Nuffnang

Pengikut

Ahad, 11 Oktober 2009

SEKOLAH LEMBU

Seperti yang aku janjikan aku akan keluarkan semula 60 cerita mencuit hati untuk pembaca blog. Satu cerita setiap hari. Terima lah seadanya.

Cerita 1 Top 60



Aku pernah mengajar budak yang tak tahu membaca dan tak tahu menulis. Sebenarnya aku memang suka mengajar budak jenis ni. Untuk pengetahuan kome semua sekarang ni pun aku masih mengajar budak-budak yang tak tahu membaca dan tak tahu menulis serta budak-budak lemah. Mereka ni lebih ikhlas dan jujur. Apa kita cakap dia akan ikut. Ada Sekali tu aku adakan ujian membaca bagi menilai tahap kecekapan mereka membaca.

Ujian ni tak boleh di buat cepat kita kena dengar satu demi satu apa dia sebut. Kadang-kadang sampai rasa nak tertidur. Ada kalanya memang tertidur, memandangkan lambatnya mereka ni membaca. Tapi banyak pengalaman melucukan. Salah satunya apabila seorang pelajar india ni membaca perkataan SEEKOR LEMBU. Punya teruk la dia nak eja Seekor tu. Se.. se.. se.. tak lepas lagi se.. se.. se.. tak lepas lagi. Bila la nak lepas ni.

Aku pun suruh dia eja lembu pulak kut-kut dia tau. Laju pulak diejanya mungkin sebab lembu dekat dengan kehidupan dia. Kemudian aku suruh dia eja SEEKOR balik . Kali ni laju. Tapi sebutannya tak betul lain yang di tulis lain yang eja. Macam Ajis, Sudin dan Ramlee dalam pendekar bujang lapok da. Dengan konfiden dia sebut SEKOLAH LEMBU.Sambil tersenyum bangga macam dapat hadiah tempat pertama lari 100 meter.

Aku dah tak tahan dah nak gelak . Nak gelak aku kesian kat dia. Last-last aku cakap kat dia aku nak pergi tandas. Lepas tu aku gelak puas-puas dalam tandas. Balik rumah aku terfikir Mungkin ada kut SEKOLAH LEMBU ni. Macam sorang lagi anak murid aku ni, apabila buat ayat je mesti ada perkataan kambing. Rupa-rupanya baru aku tau bapak dia bela kambing. Mungkin juga satu hari nanti dia nak buat sekolah untuk lembu mana tau kan.


Setiap kali aku berselisih dengan pelajar tersebut aku mesti ingat SEKOLAH LEMBU. Tambahan dengan mukanya yang sentiasa selamba menyebabkan aku selalu gelak sorang-sorang mengenagkan SEKOALH LEMBU. Kalau betul ada sekolah lembu aku rasa dia boleh jadi pengetuanya. Aku jadi jemaah nazir pun tak pa.



2 ulasan:

  1. Anjang, budak-budak ni memang jujur, tapi ada juga yang malas.

    Mungkin sebab malas tu kerana dia tak faham apa cikgu ajo?

    Tapi saya senang jumpa bekas pelajar begini. Masih ada yang ingat dan ajak saya minum.

    Tak mintak pun, tapi terharu jugak..

    BalasPadam
  2. betul tu tuan, budak-budak macm nilah yang akan tegor kita di mana-mana pun mereka jumpa kita.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...