Nuffnang

Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

ESQ Parenting II 25.12.2010

Pada 10.10.2010 aku telah menghadiri ESQ Parenting siri pertama di Malaysia yang dibawa sendiri oleh pengasas ESQ 165 Dr. Ary Ginanjar. Di dalam program ini kita disedarkan tentang tanggungjawab kita sebagai seorang ibu dan bapa serta cara yang betul mendidik anak-anak semenjak dalam kandungan lagi.

Bagi membina sebuah Tamadun yang gemilang seperti Tamadun Islam di Andalusia memerlukan usaha pendidikan anak-anak yang betul semenjak dari awal lagi. Program ini sarat dengan pelbagai info dan pengetahun yang tidak ternilai harganya.

Seperti biasa program ini di sampaikan dengan suasana yang santai dan sangat mengesankan. Gabungan Skrin Lebar, Multimedia dan sistem bunyi yang sangat powerful memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa. Terasa banyak sangat kesalahan yang telah dilakukan dalam mendidik anak-anak yang juga merupakan khalifah di muka bumi.

Sesi yang sangat mengesankan jiwa aku ialah pada sesi akhir apabila semua peserta diminta mengisi borang pesanan dan luahan jiwa kepada anak-anak. Tiba di sesi ini air mata tidak tertahan-tahan apabila persatu-persatu wajah anak-anak muncul silih berganti dalam pemikiran sambil mengenangkan kesalahan-kesalahan lalu yang telah dilakukan.

Tak lengkap rasanya jika cuma aku seorang yang mengetahui info ini dan merasai pengalaman ini. Maka apabila ESQ Parenting siri dua diadakan pada 25.12,2010 di Hotel Falmingo Ampang maka aku mengambil kesempatan untuk membawa bersama orang rumah bagi merasai dan melalui pengalaman yang sangat bermakna ini. Kali ini ku datang sebagai alumni parenting.

Doli Kuey Teow Goreng

Agak lama aku tak merasai kelazatan Doli Kuey Teow Goreng. Kesempatan balik Kg. Orang rumah di Jelai, Batu Kurau, Taiping memberi peluang kepada aku untuk merasai kelazatan Doli kuey teow goreng yang sangat famous di Taiping dan seantero Malaya.

Kuey Teow Goreng
Bermula dengan berniaga di warung akhirnya Doli Kuey Teow Goreng beroperasi dari sebuah bangunan kedai yang cantik dan berhawa dingin. Pengunjung yang datang ke sini dari seluruh Malaysia. Astro juga pernah memperkenalkan Doli Kuey Teow Goreng di dalam rancangan Warung Kita.
Kuey Teow Sup
Rasa dan presentation Kuey Teow gorengnya masih sama macam dulu. Memang best, Selain itu ada juga menu pilihan yang lain Mee Kari, Kuey Teow sup, Sup ayam, Kuew Teow Spesial, Mee Rebus dan nasi ayam.
Nasi Ayam
Kalau anda berkunjung kee Taiping singgahlah ke Doli Kuey Teow Goreng seperti alamat di bawah :-

Doli Kuey Teow Goreng
No. 5, Regat Tupai,
34000, Taiping Perak

Balik kampung wei

Selepas bercuti di Pangkor aku dan keluarga mengambil keputusan untuk membeli-belah di kawasan berhampiran Jety Lumut. Antara yag sempat dibeli ialah t-shirt untuk anak-anak, makanan ringan hasil laut, ikan masin dan ikan bilis.


Selepas itu aku terus bergerak ke Taiping atau lebih tepatnya Kg. Jelai Batu Kurau Perok. Dari Lumut aku terus ke Sitiawan dan menyusuri Jalan Pantai Remis terus ke Taiping. Agak lama juga aku tidak melalui jalan ini.


Suatu perkara yang menarik apabila melalui jalan ini terutamaanya di area pantai remis banyak kedai kecil yang menjual hasil laut segar seperti udang, ikan dan ketam. Harganya sangat berpatutan dan memang murah berbanding yang dijual di pasar-pasar basah.


Pada hari tersebut perjalanan agak tersekat-sekat kerana kerja-kerja pembaikan jalan di beberapa tempat yang berasingan. Setibanya di simpang Trong ke Taiping kesesakan yang luar biasa berlaku. Hampir sejam aku tersekat di sini. Rupa-rupanya terdapat sebuah lori yang terbalik di sini.


Singgah sebentar di Masjid baru di Simpang untuk Solat Maghrib sebelum menuju ke kampong Jelai di Batu Kurau. Badan terasa amat letih dan akhirnya selepas mandi aku dan anak-anak terus tertidur dengan nyenyaknya.

Rabu, 29 Disember 2010

Pangkor Retreat Best of the Best





















Lyana Villa Chalet (Rahmanteh Enterprise)

Pembangunan Teluk Nipah sedang rancak dijalankan. Berhampiran kawasan pantaianya banyak binaan baru sedang dibangunkan. Chalet, rumah tumpangan dan hotel mengiringi pembangunan pesat Teluk Nipah.

Berbanding dengan kunjungan aku hampir 10 tahun lalu ternyata banyak yang berubah. Namun disebabkan pengalaman lalu juga menyebabkan aku lebih selektif memilih tempat penginapan.

Antara ciri tempat penginapan yang aku inginkan ialah berhampiran laut dan dekat dengan tempat makan. Alhamdulillah pencarian aku berjaya menemukan aku dengan Lyana Villa. Suatu hal amat aku tidak jangkakan rupanya Lyana Villa ini milik Syarikat Rahman Teh.

Untuk pengetahuan anda Rahman Teh adalah ushawan bumiputera pertama yang membuat sendiri hasil-hasil laut seperti sate ikan dan sebagainya. Aku pernah mengambil dan menjual berguni-guni hasil laut Rahman Teh semasa aku menganjurkan Ekspo Perak di UKM dahulu.

Namun tiba-tiba perusahaan makanan lautnya tidak diteruskan atas sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Chalet Rahman Teh (Lyana Villa) menawarkan penginapan yang selesa pada harga yang sangat berpatutan. Walaupun hujung minggu atau cuti umum harga chalet tidak dinaikkan seperti lain-lain tempat penginapan berhampirannya.

Ada kemudahan memasak sendiri disediakan, kemudahan membasuh pakaian guna mesin basuh, air panas, tambahan tilam dengan kadar RM 5.00 dan pelayan yang sentiasa tersenyum melayan pengunjung,Anda juga boleh bermain karum dan congkak di ruang tamunya. Rasnya selepas ini setiap kali ke Teluk Nipah inilah Chalet yang akan menjadi pilihan aku.... Tak percaya kome cuba le.
ni alamat dan nombor telefonnya. Contact sendiri jangan guna orang tengah atau ulat yang banyak di jetty lumut....
Lyana Villa Chalet
Lot 4439 Teluk Nipah
32300 Pulau Pangkor
Tel :05-6853393 (Lyana)/012-5364578 (Ramnah Bahari)
Fully owned Rahmanteh Enterprise Sdn. Bhd

Warung Manshor

Setelah mengalami pengalaman perit di kedai makan di kedai taukeh sombong semalam, aku cuba mengintai dan melihat kalau-kalau ada kedai makan disebelahnya. Ternyata terdapat sebuah lagi kedai makan yang menawarkan makanan yang pelbagai dan berpatutan harganya.

Tetapi kedai ini tidak dibuka pada waktu malam. Namun menu pada waktu paginya agak mengancam dan menepati selera aku dan keluarga. Selepas berjalan di sepanjang pantai selepas waktu subuh bersama dengan orang rumah akau mengambil keputusan untuk bersarapan di kedai ini.

Dengan pelbagai jenis gaya masakan rotinya menyebabkan aku rasa teruja dan gembira untuk mencuba menu-menu yang ditawarkan. Taukehnya bagus, pelayannya juga mesra. Tidaklah seperti taukeh dan pelayan di kedai yang aku pergi semalamnya.

Pelancong asing juga ramai yang makan di sini. Terubat juga hati aku dengan kerenah taukeh dan pelayan yang sombong di kedai berhampirannya semalam. Insyallah kalau aku berkunjung sekali lagi ke sini inilah kedai yang akan menjadi pilihan aku sekeluarga. Aku amat rekomen kepada semua pembaca blog, rakan-rakan dan juga kepada mereka yang bakal berkunjung ke Teluk Nipah singgah la kat kedai ni memang best....

Isnin, 27 Disember 2010

Taukeh sombong, Pelayan Mencuka

Aku amat tak sangka dengan sikap taukeh dan pelayan kedai yang aku berkunjung ke kedainya buat kali pertama untuk makan tengah hari di Teluk Nipah. Sebagai pengunjung yang baru tiba sudah pastilah aku mengharaapkan yang terbaik . Namun hampeh semuanya melesat dari jangkaan awal. Berbanding dengan kedai makan berhampirannya yang menawarkan harga berpatutan dan kepelbagaian menu.

Anak aku di herdik apabila mengangkat tangan untuk meminta order Kata pelayan tersebut lebih kurang begini bunyinya "Tunggu le tak paham ke?". Dengan muka pelayan dan taukehnya yang masam mencuka amat amat menyakitkan hati aku. Ditambah dengan kualiti makanan yang tidak seberapa dan harganya mahal sekali lagi amat menyakitkan hati aku.


Memandangkan kedai lain agak jauh dengan tempat penginapan aku maka terpaksalah jugalah aku dan keluarga makan di sini. Hati memang bengkek. Aku berasa sedih jugek dengan sikap peniaga melayu yang langsung tak pandai melayan dan mengambil hati pelanggan. Kalau tidak kerana lapar mahu sahaja aku meninggalkan kedai ni.


Pada waktu malam kedai ini di take over oleh peniaga lain yang menjual masakan panas. Pada sangkaan aku sudah pastilah sikap taukeh makanan panas berlainan sikapnya dengan taukeh pada waktu siang. Anggapan aku meleset. Taukeh waktu malam lebih dahsyat. Memandangkan pada waktu siang tadi orang rumah dan anak-anak dah letih dengan aktiviti mandi-manda di Pulai Giam maka mereka amat letih untuk keluar makan. Aku mengambil keputusan untuk keluar bersama anak lelaki aku untuk membeli makanan bungkus.


Dengan rasa lapar yang amat sangat dan harapan untuk memenuhi selera anak-anak yang dah tak larat nak keluar makan, maka aku sekali lagi ke kedai yang dah aku pergi pada waktu siangnya tadi memandangkan kedai tersebut amat hampir dengan tempat penginapan aku. Kedai lain semuanya jauh. Kedai berhampiran dengannya ditutup pada waktu malam.


Setelah mengambil tempat duduk aku pun memanggil palayan kedai tersebut dengan mengangkat tangan. Sekali lagi dengan muka yang mencuka pelayannya datang membawa sekeping kertas kecil. Aku pun mula mengoder makanan. Akhirnya aku memberitahu kepada pelayan tersebut semua makanan tersebut di bungkus. Dengaan nada suara yang amat tinggi seolah-olah satu tengkingan yang di dengari oleh kebanyakan pengunjung yang sedang makan pelayan tersebut berkata "Kedai ni tak de bungkus-bungkus, semua makan kat sini" .


Apabila melihat muka aku yang sudah berubah dan tak berpuas hati maka dia mengulang sekali lagi ayat tersebut. Apa anda akan rasa kalau mengalami suasana seperti ini. Inilah kali terkahir rasanya aku makan di kedai ini. Tidak akan aku datang lagi ke kedai ini. Kepada pembaca blog, sahabat dan teman elakkanlan ke kedai ini kerana anda mungkin akan mengalami pengalaman yang sama seperti yang aku alami. Taukeh yang sombong dan pelayan yang mencuka.


Harganya memang harga sembelih orang. Rupa-rupanya bukan hanya aku yang di layan sedemikian rupa. Ramai lagi yang terkena dengan pelbagai kerenah yang menyakitkan hati. Kalau beginilah sikap peniaga melayu memang susah nak bersaing dengan bangsa asing.......

Pulau Giam Yang mengasyikkkan

Tak sah rasanya kalau ke Teluk Nipah tetapi tidak pergi ke Pulai Giam. Mulanya aku berasa hairan jugek melihat daripada pantai Teluk Nipah betapa ramainya orang yang berada di Pulau Giam. Hati tertanya-tanya apa yang menariknya di sana sehingga menggamit ramai pengunjung ke sana. Sebelum inipun sahabat aku salah seorang jurulatih Pusat Ko di Pangkor telah memberitahu aku kalau ke Teluk Nipah wajib pergi ke Pulau Giam ni.
Pada ketika itu timbul keinginan untuk mengetahui apa keistimewaan Pulau Giam yang menarik ramai pengunjung ke sana. Setelah abang ipar aku megajak aku ke sana maka keinginan tersebut makin membuak-buak. Dengan harga RM 100.00 aku sekeluarga bersama keluarga abang ipar aku, kami 2 keluarga menaiki satu bot untuk ke Pulau Giam.
Tiba di tempat snokelling pemandangan terarah kepada ikan-ikan nemo berwarna biru. Memang cantik sungguh pemandangannya. Memang ramai pengunjung yang sedang asyik bersnokelling di sini. Aku yang tak tau bersnokelling ni hanya merenung dari jauh.
Hati memang teringin sangat nak bersnokelling tetapi tidak mengetahui caranya. Disebabkan ramai kanak-kanak di dalam bot kami maka kami tidak berhenti di tempat snokelling.Hanya melihat dari jauh sahaja. Perjalanan di teruskan ke Pantai Pulau Giam. Memang best rupanya kat sini. Ombaknya tidaklah sekuat di pantai Teluk Nipah.
Di sini aku mengambil kesempatan unutk belajar snokelling. Yang bestnya tu anak aku yang nombor tiga yang mengajar aku bersnokelling. Masa bila pulak dia pandai bersnookeelling aku pun tak tau. Apa pun memang seronoknya bersnokelling ni. Tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas.
Aku dah mula jatuh cinta dengan aktiviti snokelling. Rasanya kalau tak disebabkan hari yang semakin menghampiri senja dan hujan mahu sahaja rasanya aku berada di pantai Pulau Giam ini dengan lebih lama. Insayallah engkau tunggu Pulau Giam , aku akan datang lagi........

Sabtu, 25 Disember 2010

Pangkor Trip 2010

Balik daripada kelas Train the Tainer Dr. Azizan Osman maka bermulalah satu lagi misi iaitu Pangkor Trip bersama keluarga aku dan keluarga abang ipar. Kami meemang sudah berjanji untuk bercuti di Pangkor atau lebih tepatnya di Teluk Nipah.

Urusan tempahan Chalet sudah aku selesaikan sebelum ke kelas Dr. Azizan. Alhamdulillah hajat aku untuk mendapat chalet yang berhampiran dengan laut dan tempat makan tercapai juga. Ketika anak-anak aku masih kecil aku pernah ke sini agak lama dahulu.

Pada masa itu, jarak hotel dengan laut agak jauh. Setiap kali hendak ke laut aku sekeluarga terpaksa berjalan hampir 1km jauhnya. Pengalaman lalu menyebabakan by hook or by crook aku kena cari chalet yang berhampiran dengan laut. Tujuannya hanya satu, iaitu supaya anak-anak aku puas berendam dalam laut. Buka pintu chalet dah boleh terus ke laut.

Percutian kali ini, aku berasa sangat gembira kerana percutian kali ini disertai oleh ayahanda aku. Dah lama aku nak membawa ayahanda aku bercuti bersama aku sekeluarga. Mandi bersama, makan bersama, naik van bersama dan naik bot bersama antara moment yang paling indah dan menyeronokkan.


Yang paling best ialah apabila dapat berjalan berdua-duaan bersama dengan orang rumah selepas subuh di tepai pantai Teluk nipah yang amat indah pemandangannya. Dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, hempasan kecil ombak di tepi pantai dan sayup-sayup kelihatan bot-bot nelayan di tengah laut menjadikan moment yang sangat indah. Insyallah aku akan ke sini lagi. Tak cukup rasanya cuma sehari di sini...

Jom Sekolah

Pejam celik ,pejam celik tak sedar rasanya cuti sekolah cuma tinggal seminggu lagi. Kepadatan program sepanjang cuti sekolah menyebabkan masa berlalu dengan begitu pantas. Rasanya seperti baru sahaja hendak memulakan cuti sekolah......namun sedar-sedar dah nak sekolah balik.

Minda cuti-cuti sekolah kena disetkan kembali kepada minda untuk mengadap sesi persekolahan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Susah juga nak membawa minda kembali ke track rutin harian persekolahan seperti masuk kelas, menulis buku rekod, mengambil kedatangan pelajar dan pelbagai rutin harian lain.

Tugas untuk kembali membimbing pelajar-pelajar lemah sudah terbayang di dalam ruang pemikiran. Semoga dengan pelbagai seminar, kursus, bengkel dan wacana ilmu yang aku hadiri sepanjang cuti sekolah akan mampu sedikit-sebaanyak membantu aku membimbing pelajar-pelajar berada on the right track insyallah.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...