Nuffnang

Pengikut

Isnin, 22 Februari 2010

Van Sarsi


Semenjak mendapat tender membekal makanan bermasak di sebuah kantin di Pusat latihan Trolak maka ayah aku lebih selesa menggunakan van sebagai kenderaan utama. Labih mudah baginya untuk mengangkut pekerja dan barang ke kantin.


Secara tidak langsung inilah kenderaan rasmi keluarga aku. Pergi kemana-mana pun van inilah yang menjadi pengangkutan utama. Van dan aku memang dah sinonim. Kalau tak silap aku sehingga tamat kontrak kantin pun ayah aku masih menggunakan van sebagai kenderaan utama. Memang tak merasa naik kereda sedan. Cuma jenamanya sahaja yang berbeza. Kadang-kadang nissan, kadang-kadang ford, kadang-kadang tukar semula kepada nissan.


Vanlah kenderaan yang mula-mula aku gunakan untuk belajar memandu. Namun aku teringat satu kisah yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila tentang van. Semasa itu aku tinggal di asrama. Tinggal dia asrama ini memang jauh daripada emak dan ayah.


Sesekali emak dan ayah berkunjung menjenguk kita memang merupakan saat yang amat dinantikan. Seperti biasa setiap kali ada ibu bapa yang berkunjung untuk menemui anak mereka maka corong pembesar suara akan berbunyi dan mengumumkan seperti berikut "Diminta kepada Abdul Razak bin Harun pelajar tingkatan 1 datang ke bahagian hadapan pejabat kerana ada tetamu ingin berjumpa".


Sesiapa yang disebutkan nama akan berasa seronok kerana biasanya tetamu tersebut ialah ayah dan emak. Pada suatu pagi minggu aku menunggu kedatangan ayah dan emak aku yang biasanya akan datang berkunjung apabila cukup bulan. Tambahan pula agak lama juga ayah dan emak aku tidak berkunjung melawat aku sebelum itu. Memang rindu yang teramat sangat. tunggu punya tunggu ayah dan emak aku masih tak sampai.


Corong pembesar suara sudah kerap sangat mengumumkan nama pelajar yang lain. Namun tidak pula kedengaran nama aku. Sambil menunggu aku terlelap. Tiba-tiba seorang sahabat mengejutkan aku "Anjang van datang ada kat depan sekolah".


Punyalah seronok dah tentu ayah dan emak aku sudah tiba. Tanpa berlengah aku menuju ke bahagian hadapan sekolah dengan tergesa-gesa. Rasa lambat sangat langkah aku hari tu. Setiba aku dihadapan sekolah aku berasa hairan kerana tidak pula kelihatan van ayah aku. Jenuh juga aku mencari di hadapan sekolah, di bawah pokok berhampiran sekolah dan kawasan sekitar sekolah.


Aku mengambil keputusan untuk mencari semula sahabat yang memberitahu aku tentang kehadiran van ayah aku. Setelah berjumpa dengannya dia mengajak aku ke bahagian hadapan sekolah dan menunujukkkan kepada aku sebuah van. Kome tahu van apa?. Rupanya van sarsi yang menghantar air untuk mesin air automatik minuman berkarbonat untuk mesin di hadapan sekolah.


Cilaka punya @#$@#$$%%^. Ropanya dia nak mengenakan aku. Sampai hari ini apabila terpandang van yang ada gambar minuman berkarbonat aku pasti terimbau kenangan tersebut. Syabas aku ucapkan kepada sahabat aku. Lu memang world............

Ahad, 21 Februari 2010

YA Habibi Ali Baba......

Apabila di sebut lurus bendul, selamba dan tak de rasa malu maka aku tergambarkan Pak Arab yang aku jumpa di Lost World Of Tambun pada minggu lepas. Setelah seharian berekreasi di Lost World maka aku sekeluarga menunggu giliran untuk mandi menggunakan bilik mandi yang disediakan oleh pihak Lost World.

Memandangkan orang tersangatlah ramai maka aku mengambil keputusan untuk menunggu sambil duduk di atas batu di jalan menuju ke bilik air. Tiba-tiba aku ternampak seorang Pak Arab ni dengan selambanya menukar pakaian yang basah di khalayak ramai. Bukan main selamba dan bersahaja.

Mula-mula ditanggalnya baju yang basah. Kemudian dia menyarungkan kain pelikat. Selepas itu dia menanggalkan seluar basah. Yang tu ok lagi la aku tak kisah sangat. Apabila tiba bab dia menganggalkan seluar dalamnya yang ini aku rasa lain macam sikit. Setelah dia menanggalkan seluar dalamnya dengan penuh bersungguh-sungguh dia memerah sambil mengibas-ngibaskan seluar dalamnya di khalayak ramai. Nasib baiklah tak de Abdul Kibas kat situ.

Aku nampak air kibasan seluar dalamnya merecik terkena makcik yang berada berhampiran dengannya. Namun wajahnya selamba sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah itu dia memakai baju berwarna putih dan menyarungkan seluar dalam berwarna putih. Aku mula risau menyaksikan aksi ini takut-takut ternampak telur mata kerbaunya. Maklumlah dia memakai seluar dalam tersebut seperti memakainya di rumah.

Selepas itu, dia mengeluarkan sikat yang kelihatan seperti berus basuh kain. Di depannya sikat dan di belakangnya cermin. Bukan main dia bersikat sambil membetulkan jambulnya dan sesekali melihat cermin. Kemudian dia menyikat jambangnya pula. Setelah semuanya selesai dia terus berlalu pergi. Memang best la Pak Arab ini memang Selamba Kodok dia menukar pakaian di khalayak ramai tanpa ada apa-apa rasa.

Sesudah aku sekeluarga menukar pakaian, aku sekeluarga singgah di kedai cenderamata. Sekali lagi aku bertembung dengan Pak Arab ni. Memang kalut dan happening betul Pak Arab ni. Rupanya kali ni dia nak beli T-Shirt Lost World. Macam-macam soalan ditanyanya pada jurujual. Jenuh juga jurujual tersebut nak menjawabnya. Bahasa Inggerisnya pun agak berterabur.

Yang bestnya tu belum sempat membayar baju tersebut dia terus hendak memakai baju tersebut. Jurujual tersebut memintanya untuk membayar dahulu sebelum memakainya. Namun Pak Arab tersebut tetap berkeras. Maka terpaksalah jurujual tersebut menscan baju tersebut di badan Pak Arab. Kemudian seorang lagi jurujual terpaksa memotong tanda harga dan mengeluarkan tag keselamatan (tag untuk mengelakkan kecurian) yang masih berada pada baju yang dipakainya.

Setelah membayar wang Pak Arab tersebut teus berlalu. Memang betul la Pak Arab ni semuanya hendak cepat, segera dan ringkas. Keletihan pada hari tersebut terubat dengan gelagat Pak Arab yang penuh selamba.......

Rabu, 17 Februari 2010

14.2.2010


Pada hari ahad lepas aku membawa anak-anak ke Lost World of Tambun. Sebenarnya memang dah lama aku nak bawa anak-anak ke situ. disebabkan keterbatasan waktu dan kerja-kerja yang tak pernah habis, maka aku memilih tarikh 14.2.2010 yang betepatan dengan tarikh lahir anak aku yang keempat.

Kiranya macam hadiah harijadi untuk anak keempat aku. Cuaca agak panas dan berbahang. Orang memang tersangat ramai. Segalanya perlu berbaris panjang dan lama. Membeli tiket, mendapatlkat token locker, menyewa pelampung dan membeli makanan memakan masa hampir 2 jam.

Sebenarnya ini kunjungan aku kali kedua, setelah mengunjunginya beberapa tahun yang lalu. Ada banyak peningkatan daripada segi kemudahan yang disediakan. Kalau dahulu hanya ada kandang harimau kali ini sudah ada petzoo dan pelbagai kemudahan lain yang ditambah.


Aku sekeluarga menghabiskan masa di sini sehingga lost world menamatkan operasinya pada pukul 5.45 petang. Memang berbaloi rasanya. Walaupun keletihan namun kepuasan tetap terpancar di wajah anak-anak aku. Walaupun anak aku yang nombor 3 agak risau dengan hujung jari tangannya yang sudah berkedut dan mengerekut kesejukan.


Nanti aku cerita sebuah kisah yang mencuit jiwa berlaku semasa aku menunggu giliran untuk mandi di bilik air di Lost World. Kisah seorang Pak Arab yang amat selamba sehingga tak kering gusi aku dan orang rumah ketawa memerhatikan gelagatnya yang memang selamba.











Rindunya aku menulis blog

Hari ini aku memblog dari sekolah, memandangkan ada banyak masa free dan line internet sekolah yang agak laju serta kerja-kerja duniawi yang agak kurang. Pada mulanya agak sukar juga untuk menulis memandangkan hampir 2 bulan aku tidak mengetuk papan kekunci.

Banyak sangat perkara yang hendak di tulis, namun keterbatasan masa dan disebabkan aku menggunakan komputer sekolah hati rasa tidak berapa selesa dengan keadaan ini. Bermula saat persekolahan pada bulan 1 yang lalu, kerja bertimbun-timbun. Rasa macam tak cukup tangan untuk melakukan semuanya.

Tugas yang paling berat apabila aku diamanahkan untuk menyediakan persembahan untuk seorang rakan guru yang ingin bersara. Aku terpaksa memikirkan konsep persembahan, memilih pelajar, melatih pelajar dan menyediakan prop. Hampir setiap petang aku berada di sekolah dan balik ke rumah pada pukul 6.00 petang setiap hari.

Oleh kerana rakan guru yang ingin bersara ini merupakan orang yang banyak berjasa kepada sekolah, daerah dan negara maka persediaan peresembahannya mestilah dibuat dengan penuh teliti dan memenuhi standardnya.

Aku memang tak suka benda yang dibuat cincai-cincai. Segalanya mesti menghampiri sempurna kalaupun tidak mencapai tahap sempurna. Rakan guru yang bersara ini merupakan jurulatih hoki yang melahirkan ramai pemain hoki Malaysia antaranya Roslan Jamaludin, Tajol Rosli dan ramai lagi.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar mengikut perancangan. Namun banyak juga perkara yang perlua diperbaiki dalam persembahan yang akan datang sekiranya aku diberi amanah dan kepercayaan oleh pihak sekolah.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...