Nuffnang

Pengikut

Rabu, 24 Jun 2009

Meninggalkan Keselesaan

Untuk terus hidup dan berjaya kita wajib meninggalkan keselesaan. Tak kiralah apa bidang yang kita ceburi. Pada peringkat awal sudah pasti kita tepaksa melalului onak duri yang penuh ranjau. Sekiranya kita terus hidup dalam keadaan yang selesa kita akan terus berada di takuk lama.

Dalam kehidupan kita pun begitu juga. Bayi umpamanya untuk terus membesar dia terpaksa meninggalkan keselesaan tinggal di dalam perut ibunya selama 9 bulan 10 hari. Kalau diberi pilihan sudah pasti bayi ingin terus tinggal dalam perut ibunya.

Dulu-dulu masa nak masuk asrama kita terpaksa meinggalkan keselesaan hidup di rumah. Tak dapat tengok TV. Terpisah dengan keluarga yang dicintai seterusnya tak dapat merasai keenakan masakan ibu.

Sampai di asrama kain baju basuh sendiri. Kalau dirumah kita ambik je dalam almari. Semuanya tersedia. Di asrama juga makan ikut waktu dan banyak kesenangan dan keselesaan lain yang kita tinggalkan demi untuk bergerak maju ke hadapan serta mencapai sesuatu impian.

Untuk bergelar seseorang Siswazah kita terpaksa berkelana ke suatu tempat jauh dan asing dari kampung halaman. Juga kita meninggalkan kebiasaan dan rutin hidup di kampung yang aman damai serta jauh dari hiruk pikuk yang menyesakkan pemikiran.

Masuk zaman rumahtangga kita juga meninggalkan kebebasan zaman bujang. Semasa anak-anak masih kecil langsung kita tiada waktu untuk diri sendiri. Tengah malam anak menangis terpaksa bangkit bancuh susu. Kalau anak sakit jawabnya tak tidurlah sampai pagi.

Pendek kata untuk terus hidup dan berjaya kita terpaksa meninggalkan keselesaan. yang pernah kita nikmati suatu masa dahulu. Bagi dunia bisness pun begitu. Ramai yang susah dahulu. Kadang-kadang bangkrap dan muflis berkali-kali. Barulah berjaya mencapai sesuatu kejayaan.

Keselesaan sementara ditinggalkan demi untuk kesenangan yang berkekalan pada masa akan datang. Kesimpulannya Keselesaan suatu perkara wajib ditinggalkan untuk mencapai kesempurnaan dalam hidup.

Isnin, 22 Jun 2009

THE KEY TO A HEALTHY LIFE 3

Makan hanya satu makanan yang padat untuk satu hidangan. Makanan yang padat ialah makanan yang tidak kaya dengan air contohnya daging. Sekali lagi diingatkan jangan makan unsur protein dan karbohidrat dalam satu hidangan seperti nasi dan daging. Sekiranya kita nak makan juga jarakkan masa makan daging semasa makan tengah hari dan makan nasi semasa makan malam.

Ini kerana daging lebih panjang masanya untuk dihadamkan berbanding nasi serta mempunyai jenis jus penghadaman yang berbeza. Itu sebab kita tengok orang Arab kalau dia makan daging dia tak campur benda lain. Hanya daging sahaja.

Namun sayur-sayuran boleh di makan sama ada dengan unsur protein dan karborhidrat. Pernahkah anda bangkit daripada tidur tetapi anda masih merasa letih dan lesu walaupun sudah tidur hampir 6,7 atau 8 jam.? Soalnya mengapa?

Ini disebabkan oleh kombinasi makanan yang salah yang kita makan. Kombinasi makanan yang salah akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan serta sistem badan menggunakan tenaga yang banyak untuk menghadamkan sehingga menyebabkan kita masih merasa letih selepas bangun tidur. Terutamnya apabila kita banyak makan daging.

Sekiranya kita makan kombinasi yang betul ia akan mengambil masa yang singkat untuk dihadamkan. Selain itu kita juga dilarang minum semasa dan selepas selesai makan. Kerana ini akan mencairkan jus penghadaman dan melambatkan proses penghadaman.

Seelok-eloknya setengah jam atau sejam selepas makan baru lah kita minum. Ingat pesan orang tua-tua nak kuat badan jangan minum semasa makan. Rupa-rupanya petua orang tua dan sains sebenarnya seiringan. Hanya kita yang tidak nampak kebaikan daripadanya. Watammat.....

THE KEY TO A HEALTHY LIFE 2

Makanan berunsur karborhidrat contohnya roti, kentang dan nasi memerlukan medium penghadaman alkali seperti enzim ptyalin. Manakala makanan berunsur protein contohnya daging, susu, dan kekacang memerlukan medium penghadaman asid seperti asid hydrochloric dan pepsin.

Dalam undang-undang kimia kedua medium yang bertentangan ini tidak boleh bekerjasama dalam satu-satu masa. Hanya Wonder pets yang boleh bekerjasama. Setiap satu medium apabila dicampurkan akan meneutralkan di antara satu dengan yang lain. Penghadaman akan terganggu atau berhenti sepenuhya.

Mana-mana makanan yang tidak terhadam merupakan tempat pembiakan bakteria yang baik. Lebih parah lagi makanan akan tertapai dan menyebabkan ketidak selesaan perut serta melepaskan gas. Gas inilah yang menjadikan angin di dalam badan. Aku pernah menghadapi masalah angin yang serius.

Ikut atas tak keluar ikut bawah pun tak keluar. Libang-libu rasanya. Sapa yang pernah kena tentu tau azabnya. Kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan tenaga kita merosot yang berpotensi menimbulkan pelbagai jenis penyakit.

Asid yang berlebihan akan menyebabkan darah menjadi pekat dan aliran darah akan menjadi perlahan serta memberi kesan mengurangkan penyerapan oxygen olah badan. Terus bersambung untuk siri ketiga.......

THE KEY TO A HEALTHY LIFE 1

Aku selalu ngantuk dan kurang bertenaga serta keletihan setiap kali lepas makan nasi bersama lauk-lauk sperti ayam, ikan atau daging. Kadang-kadang sampai empat lima kali nguap. Mata tak tertahan-tahan rasa nak tidur. Rasanya anda juga ada pengalaman seumpama ini.

Aku sentiasa mencari jawapan kepada permasalahan itu. Akhirnya aku berjaya menemui punca dan berjaya merungkai permasalahan tersebut. Nak tau? Baca dan terus baca. Mungkin agak sedikit panjang untuk aku menghuraikannya.

Ramai saintis hari ini menkaji tentang kombinasi makanan. Jawapannya ada di situ. Sebenarnya permasalahan ini amat mudah untuk dirungkaikan. Hanya dengan sikit ilmu dan pengetahuan. Asas utamanya ialah sesetengah makanan tidak boleh dimakan dengan sesetengah makanan yang lain.

Jenis-jenis makanan yang berlainan memerlukan jus penghadaman yang berlainan. Umpamanya nasi lain jus penghadamannya berbanding dengan ikan . Begitu juga daging dan kentang, keju dan roti serta susu dan bijirin.

Kombinasi makanan diatas sekiranya di ambil bersama dia akan merosakkan sistem dalaman badan secara beransur-ransur dan menurunkan keberkesanan penggunaan tenaga harian kita. Akhirnya selepas mengambil makanan tersebut kita akan berasa letih, mengantuk dan kurang bermaya. Soalnya mengapa Baca dalam entry yang seterusnya Bersambung.......

Perut Punca penyakit


Menurut pakar perubatan zaman Arab Purba Al Harith ibn Khaladah menjelaskan " Perut itu sarang penyakit, berpantang larang itu adalah petua segala perubatan". Pendapat ini dikuatkan dengan hadis nabi " Tidak ada bekas yang lebih keji yang disikan oleh anak adam daripada perut".

Kedua-dua pendapat di atas menjelaskan kepada kita betapa pemakanan yang kita ambillah yang menentukan tahap kesihatan kita.Jika kita pandai berdisiplin di dalam aspek menjaga makanan dan kesihatan maka dengan izin Allah kita tidak akan di serang penyakit. Berdisiplin bermaksud kita makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Kita juga perlu pandai memilih unsur makanan yang senang di hadam dan unsur makanan yang susah di hadam. Keduanya tidak boleh di makan bersama. Atau lebih tepat unsur asid tidak boleh di makan dengan unsur alkali. Atau lebih tepat lagi daging (Unsur Protein) tidak boleh di makan dengan nasi (Unsur Karbohidrat). Namun sayur-sayuran boleh dimakan dengan unsur alkali atau asid.

Kerana daging berunsur asid dan nasi berunsur alkali. Dalam hukum fkimia alkali tidak boleh dicampur ngan asid. Tapi hari ini dengan mudah sahaja unsur asid dan alkali dicampurkan di dalam perut kita apabila unsur protein dan karbohidrat atau lebih tepat nasi dan daging kita makan bersama. Bayangkan apa yang ditanggung oleh perut kita selama bertahun-tahun

Namun sayur boleh di makan dengan unsur karbohidrat. Bagi masyarakat asia sudah tentu kita tidak menerima fakta ini kerana corak pemakanan kita memang mencampurkan unsur asid dan alkali. Umpamanya daging dimakan dengan nasi.

Ini lah maksud disiplin yang perlu kita patuhi.Namun untuk kali ini aku cuma menghuraikan unsur alkali dan asid dalam makanan.

Halal, Organik dan Hijau


"Kalau kita nak makan banyak kita kena makan sikit, Kalau makan banyak nanti kita akan makan sikit". Aku dah lupa di mana kenyataan ini aku baca. Yang pastinya kata-kata tersebut mengandungi banyak falsafah dan pengertian yang mendalam tentang kesihatan.

Maksudnya kalau hari ini kita makan banyak dan main bedal sahaja apa yang kita makan nescaya kita akan dihidapi pelbagai penyakit dan akhirnya mati cepat . Bila umur pendek kita akan makan sikit. Kalau kita kawal pemakanan kita dan memilih pemakanan yang sihat nescaya pula kita akan sentiasa sihat dan panjang umur. Maka kita akan boleh makan banyak sebab umur kita panjang.

Itulah maksud kenyataan di atas. Kalau tak silap aku kenyataan ini ditulis oleh pakar kesihatan terkemuka. Amat jelas menunjukkan kepada kita makananlah punca penyakit kepada kita. Aku tertarik dengan kata-kata Hj. Ismail pangasas HPA. Katanya "Jadikanlah makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan".

Maksudnya kalau kita memilih makanan yang baik dan sihat atau lebih tepat halal dan organik makanan tersebut akan menjadi penawar terhadap penyakit-penyakit yang kita hidapi. Masalahnya hari ini terlampau banyak makanan yang telah diproses di pasaran.

Bila menyebut tentang makanan yang telah diproses seperti Burger, sosej ,kordial dan seumpamanya, sudah tentulah ia mempunyai kandungan kimia yang tinggi bagi mengekalkan ia bertahan lama dan tidak rosak.

Lantaran itu maka hari ini lahirlah penyakit moden yang sukar diubati dengan penawar biasa dan kadangkala memakan jumlah angka korban yang besar serta sukar dikawal. Oleh itu kembalilah kepada makanan yang halal dan organik serta hijau. Nescaya kita akan menjadi lebih sihat dan mudah-mudahan dipanjangkan umur.

KONTROVERSI


Hari ini aku berjumpa dengan tokoh kontroversi politik perak. Ada macam-macam cerita yang diceritakan. Daripada hal remeh-temeh hinggalah ke cerita behind the scence politik Perak. Semua disampaikan dengan terperinci dan jelas tentang kemelut yang berlaku di Perak.

Cuma apa butirannya biarlah aku rahsiakan. Cuma apa yang diceritakannya bagi aku banyak juga kebenaran dan logiknya. Walaupun dia mengaku dia bukanlah orang yang bijak. Hanya yang dilihat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman secara langsung yang di laluinya.

Namun demi melihat kuasa politik terus berada di tangan orang kita, maka adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan kemelut politik Perak. Sejauh mana pembetulan yang dia nak buat itu aku tak pasti.

Apa pun hari ini aku mendengan penjelasan secara one to one. Kalau sebelum ini tulisannya diinternet tu meragukan aku daripada segi kesahihannya. Namun hari ini kesemuanya terjawab dengan penjelasan secara langsung. Seperti mana yang selalu aku tulis. Kalau hari ini kita lalai dan alpa maka Bumi yang dipijak akan jadi milik orang........

Ahad, 21 Jun 2009

Suka sama suka

Kanak-kanak merupakan pemerhati yang baik. Juga peniru yang baik dan juga pengingat yang baik. Apa sahaja yang emak bapak dia buat di perati je. Kemudian ada masanya mereka pulak yang meniru apa yang dibuat atau meniru cakap apa yang di cakap oleh mak bapak dia.

Kalau emak bapak nya kuat mencarut anaknya pun kuat le mencarut. Aku pernah jumpa sorang budak asyik mencarut je. Kejap-kejap eh b#@$% dan kejap-kejap eh p*&%#& .Kadang-kadang kita yang naik malu. Bila aku selidiki ropanya-ropanya emaknya kalau marah macam-macam lah benda dalam kain yang keluar.

Ada sorang lagi budak berumur empat tahun setengah dia nengor je emak dia nyembang dengan jiran.Kata emaknya "Aku tak tau hendak cakap apa dah dengan si raman tu, dia hendak juga kahwin dengan budak Ayu tu" Selamba je budak tu nyampuk "Nak buat macam mana mak dah deme suka sama suka". Tercengang-cengang emak ngan jiran sebelah romah tu.

Satu lagi kisah yang tangkap syahdu tentang sorang budak anak jiran aku. Peristiwa ni berlaku masa aku kecik-kecik dulu . Emak dia cakap kat dia "Mud kamu ni dah sunat kena le buat baik, dengor cakap emak dan jangan tinggal sembahyang" .

Kemudian adik dia yang kecil tu mencelah "Emak ayah tu dah sunat, tapi jarang sembahyang". Tekulat-kulat emak dia nak menangkis jawapan anak tu. Itu sebab depan anak-anak kita tak boleh tunjukkan perlakuan yang tak sepatutnya. Kejap je deme tiru.

Tambah lah kalau ada tetamu berkunjung ke rumah, masa tu lah perangai dan perlakuan yang pelik-pelik dia keluor. Dia tau kita takkan marah. Kata member-member aku yang dah mempunyai anak remaja, nak mengawasi anak-anak remaja lebih sukar. Membela dan membesarkan senang tapi yang sukarnya nak mendidik dan mengawasi.

Sabtu, 20 Jun 2009

Welcome to Boston with Lamborghini

"Yong ambik le gula tu, bungkus bawak balik" kata ijan sepupu aku pada orang rumah aku semasa kenduri kahwin adik ijan yang bernama mas sambil basuh pinggah di belakang rumah. Orang rumah aku terpinga-pinga. Nak buat apa bawak balik gula. Jarang orang kenduri kahwin suruh bawak balik gula.

Bila orang rumah aku tanya nak ambik ke gula tu serta-merta aku terinat kenangan lama.Teringat aku perkara yang sama iaitu gula pernah diperdebatkan sengan sepupu aku ein (Sobirin) masa aku kecik-kecik dulu. Masa tengah khusyuk makan tengah hari Emak sedara aku yang aku panggil wah (emak ein) bersuara." e (nasri), ambik le gula tu sedap makan ngan nasi". Dalam hati aku gula manis takkan makan ngan nasi.

Aku pun jawab "gula manis wah" sampuk ein "gula pedas" aku balas balik "gula manis" ein jawab semula "pedas". Bergaduh-gaduh menegakkan hujah masing-masing. Akhirnya arwah emak aku merungkai permasalahan.

Katanya orang di sekitar bota kanan (Boston), teluk sena, teluk kepayang dan kawasan sekitarnya menyebut gulai itu sebagai gula. Gula tu disebut seperti sebutan baku.Untuk pengetahuan pembaca blog mana-mana perkataan yang ada ai di belakannya seperti gulai, kedai, pakai, i tersebut akan gugur berdasarkan dialek orang di sini. Maka gulai akan jadi gula, kedai jadi keda dan pakai jadi paka.

Gula pedas yang dimaksudkan oleh wah aku dan ein tu sebenarnya gulai. Betul le pedas. Tak percaya tanya azhar yang handsome lagi macho tu atau Kay Janda ataupun chkidin lamborghini.

Sebenarnya aku yang tak paham gula yang dimaksudkan wah aku tu adalah gulai. Sama macam yang dialami oleh orang rumah aku. Mujur la orang rumah aku tanya aku dulu tentang Gula tu. Buatnya dia tanya mana gulanya atau pun terus je ambik gula kat rumah tu kan lain jadinya.

Inilah masalah Dialek. Teringat aku cerita kawan aku tentang orang perak nak ngajuk dialek kelantan. "Mok Cik Pele ni (pelam) sekilo berapa" Selamba makcik tu jawab "Pele dale seluar mu la". Tersengih-sengih Mamat Perok tu.

PADAIYAPPA 2

Seperti biasa apabila ada masa terluang aku akan bersembang ngan anak murid. Itupun setelah mereka menyiapkan kerja yang aku bagi. Satu hari tu menyembang ngan sorang pelajar india. Aku memang hairan tengok bapak dia ni banyak sangat lori. Macam mana dia dapat duit beli lori.

Asalnya hanya bekerja ngan orang sebagai pemandu lori. Lepas tu dia beli lori sendiri. Semakin lama semakin banyak lorinya dan mula menggajikan orang membawa lori. Jenuh aku menyungkil rahsianya. Lama-lama baru dia bagi tau.

Adik-beradik bapanya ramai yang bekerja kerajaan dan ada juga yang berniaga. Mereka ni sanggup kumpulkan duit adik-beradik dan berikan kepada bapa dia sebagia modal. Yang best nya tu adik-beradik bapanya sanggup meminjam bagi memolehkan bapak dia memaulakan perniagaan lori.

Aku tanya lagi adakah perkara ini berlaku dalam lain-lain keluarga India. Dia jawab ramai yang buat macam tu sekarang ni. Hubungan antara adik-beradik kuat. Kalau mana-mana ahli keluarga yang ada peluang perniagaan yang bagus dia akan maklumkan kepada semua ahli keluarga.

Mereka akan bersama-sama cari jalan macam mana nak mengatasi masalah modal. Orang kita apa macam? Sesama adik-beradik pun bergaduh. Bagi pinjam duit lebuh. Akhirnya nanti bumi yang dipijak milik orang...........

Tolong-menolong

Susah nak tengok kedai cina yang bangkrap kat tempat aku. Malahan makin sehari makin banyak kedai baru yang naik. Yang baru naik tu pulak mampu bertahan lama berkat dokongan dan sokogan bangsa sendiri. Begitu juga kedai-kedai bangsa india yang juga semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari.

Apa rahsianya dan apa resepinya. Aku pun dapat cerita ni dari member aku yang agak rapat dengan peniaga cina. Biasanya persatuan peniaga cina akan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang nak memulakan perniagaan. Khidmat nasihat dari peniaga-peniaga otai memberi panduan kepada mereka untuk memahami sepak terajang dalam dunia perniagaan.

Mereka hanya perlu meniru apa yang dilakukan oleh peniaga-peniaga yang dah berjaya dan established. Beginilah proses ini berulang-ulang berlaku sehigga mereka mampu melahirkan ramai peniaga cina yang berjaya dan bertahan lama dalam pasaran.

Bagi menjamin kedai tersebut berdaya tahan semua ahli diwajibkan membeli barang dari kedai yang baru di buka sebulan sekali. Itu sebab kita tengok kedai cina boleh bertahan lama. Umpamanya restoran cina sentiasa penuh kerana setiap ahli persatuan diwajibkan berbelanja di kedai tersebut sebulan sekali.

Bilangan ahli bagi satu-satu persatuan ramai ada yang mencecah 10,000 ribu ke 15,000 ribu. Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dijana bagi satu-satu kedai. Persatuan- persatuan bukan sahaja menguasai ekonomi malahan mencorak politik di seseuatu pekan.

Kalau dia kata tahun ni semua pangkah bulan. Maka bulanlah menang. Kalau dia kata pangkah dacing maka dacing lah menang. Mereka bersatu hati. Orang kita apa macam?....... Sebelah nyebelah berniaga pun berbomoh-bomoh.

Taukeh cina membantu, Taukeh melayu membantut

Sekitar 3 tahun yang lepas pintu kereta sebelah kanan depan dan belakang tak boleh dikunci menggunakan remote kereta. Agak lama terpaksa mengunci secara manual sahaja. Aku pun pergilah ke sebuah kedai accessories di bandar warisan Taiping.

Agak lama juga aku tunggu pekerja kedai tu merepair kunci aku. Lepas satu jam belum siap lagi. Masuk jam yang kedua tak siap lagi. Masuk jam ketiga tak siap lagi. Aku dah resah sementara anak-anak pula dah gelisah. Aku tanya pekerja mengapa lambat. Macam-macam alasan dia bagi.

Jenuh juga macam-macam cara dia buat tetap tak boleh repair. Namun dia tak putus terus cuba dan cuba. Akhirnya dia mengaku kalah dan terpaksa panggil pekerja kedai accessories yang lain untuk datang membantu.

Aku tengok pekerja kedai accessories yag lain tu sekejap je dia buat terus ok. Sedangkan pekerja kedai accessories yang mula-mula jenuh. Bila aku tanya siapa yang datang tu dia kata yang datang tu expert bahagian kunci.

Apa yang aku nampak disini seolah-olah ada satu MOU tak bertulis antara semua kedai accessories yang akan membantu sesama mereka apabila sesuatu masalah itu tak dapat diselesaikan.

Semalam sekali lagi sikap ini aku lihat apabila aku tanya taukeh kedai repair tangki kereta tu kalau-kalau dia tahu mengapa aku punya kereta kuat goyang apabila brek. Selang beberapa minit aku nampak sorang pomen entah dari mana datang membantu menyelesaikan masalah yang aku tanya tu.

Apa yang aku boleh simpulkan disini sikap peniaga cina cukup kuat membantu sesama sendiri. Pengalaman aku merepair kereta di kedai melayu suatu ketika dulu agak berlainan. Bila aku tanya taukeh kedai repair kereta A tentang kedai repair kereta B. Macam-macam dikutuknya. Kedai tu tak bagus, tak reti repair kereta dan orang banyak lari dari kedai dia.

Bagi aku kita kena berubah ikut cara peniaga cina yang banyak membantu peniaga-peniaga baru yang baru nak naik. Aku akan sambung lagi cerita ini dalam entry yang sterusnya.

Jumaat, 19 Jun 2009

Kereta oh kereta, dengarlah rintihanku



Bulan ni kereta aku kerap meragam. Mula-mula kena RM 3,400. Lepas tu tayar pulak RM 500.00 dan semalam tangki radiator RM 400.00. Aku dah fening lepas ni apa pulak la. Oh kereta dengarkanlah rintihan aku ini. Tak mampu rasanya nak menagggung bil-bil perubatnmu yang semakin hari semakin banyak.

Yang best tu kereta orang rumah pun meragam jugak. Setakat ni dan RM 1,200 melayang Lepas ni kena bela tayar pulak tak tau la berapa lagi nak kena keluar.

Itu belum dikira yang kecik-kecik lagi. Nombor Plat cabut, bumper tertanggal, kunci tak boleh bukak dan macam-macam lagi. Wak Wood interest kereta baru turun lagi ke ?

Mee Udang Mak Jah Kg. Menteri, Kuala Sepetang




Sedang membelek buku kat pameran buku MPH di Atrium Taiping Sentral orang rumah telefon, katanya mesyuarat dah habih. Sempat la aku beli lima buah buku bernilai hampir RM 100.00. Aku pun bergegas mengambil dia di Taiping Golf Resort.

Memandangkan hari masih awal aku ambil keputusan untuk ke kuala sepetang. Sambil berjalan sambil menikmati Mee udang Mak Jah. Dah lama berniat nak singgah kat kedai Mee udang Mak Jah tapi banyak sangat urusan. Hari ni baru aku dapat singgah.

Kepada yang nak cari kedai Mee udang ni berhati-hati sikit. Sebab sepanjang jalan dari Simpang ke Kuala Sepetang ni banyak sangat gerai mee udang lain yang wujud bagai cendawan tumbuh. Aku pun hampir keliru.

Mujurlah Mak Jah ni meletakkan bunting dan banner yang banyak di sepanjang jalan ke kedainya. Kalau tidak confuse juga. Aku order mee banjing udang spesial. Memang nalerke udangnya. Besor-besor dan fresh. Cuma dari segi rasa bagi aku biasa sahaja nothing special. Kalau tak tahan pedas makan udang je la.

Nasib baik hari aku pergi tu hari khamis kalau hari rabu kedai Mak Jah ni tutup (menurut kata pelayan kedai Mak Jah). Aku tercari-cari juga Mak Jah tak de pulak aku nampak. Orang tak berapa ramai mungkin sebab hari tu hari bekerja. Selepas aku sampai tiba pula pelancong dari Singapore.

Selepas snap-snap gambar aku pun apa lagi balik le menuju ke teratak indah. yang terletak beratus kilometer jauhny. Oleh kerana badan tak berapa sihat aku suruh orang rumah aku drive. Aku pun terus terlelap kepuasan setelah dapat juga merasa mee udang Mak Jah. Bukan Mak Jah ye......... Kalau pelayan mak jah tu ok gak...

Restoran Bismillah Taiping






Hari khamis lepas aku menghantar orang rumah mesyuarat di Taiping Golf Resort di Kamunting. Badan memang tak berapa sihat tapi aku gagahkan juga menghantar orang rumah memandangkan kereta tak berapa sihat (macam tuannya juga). Risau pulak aku dia drive sorang-sorang.

Tepat pukul 9.00 aku tiba Di Taiping Golf Resort. Selepas menghantar orang rumah, cadangnya nak berehat kejap. Terkebil-kebil biji mata tak mau terpejam. Akhirnya aku ambik keputusan untuk makan pagi di Kedai Nasi Lemak Warung Muhibbah yang pernah tersiar dalam rancangan Warung Kita.

Malangnya kedai tu tutup. Frust betui aku. Akhirnya aku ambil keputusan ke Restoran Bismillah. Agak lama aku tak ke sini. Tak de apa yang berubah serupa macam dulu je. Aku mencuba tosenya walaupun aku rasa roti canai,nasi briyani dan murtabak nya lebih sedap .

Bagi orang-orang lama kedai ni banyak kenangan kerana restoran ni dah lama betul wujud di sini sejak tahun1900. Menurut bapa mertua aku yang pernah bawak teksi satu ketika dulu restoran ni memang happening sekitar 70-an dan 80-an.

Masa aku minum ni pun kedai ni masih dipenuhi orang-orang lama. Mungkin banyak kenangan mengusik jiwa dan nostalgia lama yang tersimpan di sini. Apa pun aku suka kedai ni sebab suasananya mengingatkan aku kepada kedai-kedai mamak yang pernah aku kunjungi zaman kecik-kecik dulu.

Khamis, 18 Jun 2009

Berkongsi

Cerita ni aku baru baca daripada buku SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG yang merupakan tulisan pengarang Indonesia PARLINDUNGAN MARPAUNG. Aku nak kongsi dengan pembaca blog sebab ceritanya sangat lucu dan ada mesej yang kuat.

Ceritanya macam ni.... Ada sepasang suami isteri yang telah lanjut usia ingin mengimbau nostalgia lama dengan makan di tempat lama mereka bekerja. Lebih tepat lagi di kantin sebuah pejabat sambil menjamu makanan kegemaran mereka nasi dan sup ekor. Kebetulan pada waktu itu waktu makan tengah hari.

Sudah pastilah ramai pekerja pejabat yang berbaris panjang yang juga hendak menikmati makanan tengah hari. Pasangan ini juga berbaris bagi menunggu giliran mereka untuk memesan makanan. Sampai giliran mereka, pasangan tersebut meminta semangkuk suk ekor, sepinggan nasi dan 2 gelas teh ais.

Pelayan yang mengambil order dan orang yang berbaris hampir dengan pasangan ini kehairanan dan menganggap pasangan ini tidak mampu dan susah kerana hanya meminta sepinggan nasi dan sepinggan sup ekor untuk dikongsi 2 orang.

Sebelum makan si suami membahagikan nasi kepada dua bahagian. Si suami pun makan dengan berselera. Sementara isterinya hanya melihat suaminya makan dengan rasa penuh gembira. Pelayan tadi berasa kasihan dan menawarkan kepada pasangan tadi sepinggan nasi dan sup ekor lagi sebagai pemberian ikhlas daripadanya.

Namun tawaran itu di tolak dengan lembut oleh si isteri. Si suami menyambung menikmati semula makanannya. Si isteri hanya tersenyum melihat suaminya terus makan dengan berselera. Begitulah besarnya pengorbanan isteri untuk suami tercinta.

Namun pelayan tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairannya. Lalu bertanya "Makcik saya tengok dari tadi makcik hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu.

Kome tau apa jawapannya. Siap sedia untuk ketawa sepanjang hari. Dengan bersahaja dan tersenyum makcik tu menjawab "Makcik sedang tunggu gigi palsu, yang sedang di pakai oleh pakcik tu"

Rabu, 17 Jun 2009

Chekau chekau eh, ekau-ekau ah

Satu pagi aku singah di sebuah kedai di pekan Bidor. Cadngnya nak beli barang keperluan harian sikit. Dari jauh taukeh kedai tu panggil aku "Haiya lu mesti kaya, mesti kaya" Aku terpinga-pinga dan bertanya " Apa pasai tokeh". "Lu punya nombor kereta First Prize wo".

Baru aku paham. Mungkin dia ingat aku ni kaki nombor kot. Menurut cina tu lagi nombor kereta aku dah banyak kali naik. "Lu punya nombor kereta memang ong". Entah la yang aku tau kereta aku ni nyemedang meragam. Ikut mana ongnya asyik rugi je. Yang aku tau yang ong taukeh bela kereta. Sekali bela seribu lebih. Baru-baru ni RM 3,400.00 melayang. Macam-macam rosak.

Berbalik kepada nombor ekor tadi. Ada satu cerita yang aku dengar ada yang bukak account kat kedai nombor ekor tu. Dia bayar bulan. Setiap kali ada draw yang baru dia akan ambik je nombor tu. Cukup bulan bayo.

Yang paling aku tak sangka ada pakcik yang aku baik juga dengan dia ni. Umurnya sebaya ngan ayah aku. Kalau tengok muka memang baik. Cerita pun yang baik-baik je. Ada sekali tu aku parking kereta sebelah kedai nombor ekor tu. Aku nak kedai runcit disebelahnya.

Aku terpaksa melalui kedai ekor tu. Kebetulan dia baru keluar dari kedai nombor ekor sambil pegang tiket. Apabila bertembung ngan aku mukanya merah padam. Aku tak cakap apa, aku terus berlalu. Aku teringat pepatah Inggeris Don't Judge the book by its cover.

Ada yang memberi alasan gaji kecik. Terpaksa main. Bulan-bulan tak cukup. Tapi hanya satu kesimpulan yang aku boleh buat mereka yang aku kenal main ekor ni tak pernah kaya-kaya dan senang hidup malahan nyemedang tak cukup duit walaupun kadang-kadang menang berpuluh ribu.

Imam Magnum


Ini satu lagi kisah yang lebih menyayat hati dan aku anggap benar-benar tragis serta meningitis. Cerita ni diceritakan olah kawan baik aku. Latar tempatnya terpaksa aku rahsiakan demi menjaga perpaduan kaum belia dan beliawanis Kg. Jeram Mengkuang dan ke arah matlamat one malaysia.

Ini kisah benar yang tak pernah dipaparkan di mana-mana blog dan website. Hanya terdapat di Blog Anjang. Pelakunya pun masih ada dan aku kenal sangat orangnya. Peristiwa ni berlaku dalam sebuah surau. Macam biasa apabila nak memulakan sembahyang imam akan mengambil tempatnya di depan.

Oleh kerana makmum tak berapa ramai maka di kiri dan kanan saf masih banyak tempat yang kosong. Member aku memang datang lambat. Malam tu dia tiba di surau pada rakaat akhir. Semasa dia tengok imam sujud di rakat terakhir tiba-tiba terkeluar dua keping tiket magnum.

Aku rasa imam tu mesti gabra dan tak khusyuk. Dalam hatinya mesti cakap "malunya aku" ataupun "macam mana aku boleh terlupa keluarkan tiket magnum dari poket" ataupun "lamanya nak habih tahyat akhir ni".

Aku tak tau macam mana perasaan imam itu bila tembelangnya pecah. Selepas tu masa bersalam ngan makmum mukanya kelat-kelat masam. Moralnya : Sebelum pergi masjid periksa dulu apa yang ada dalam poket baju anda.

LUKISAN 4D

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ada satu tajuk tentang lukisan kejuruteraan. Tajuk ni memerlukan pelajar melukis dengan teknik kejuruteraan yang mudah dan simple. Selama hampir lima tahun aku mengajar KH. Mulanya takut juga aku nak ngajo KH ni. Maklum le sesuatu yang agak asing bagi aku.

Tapi berkat tunjuk ajar cikgu senior KH Cikgu Razak Lebai Ahmad (Cikgu ni dah mengembara banyak tempat menarik di seluruh dunia-nanti aku ceritakan pengalaman dia), Maka aku terus jatuh cinta dan seronok mengajar KH.

Bagi aku subjek KH ni subjek yang hidup dan semua budak suka sama ada budak pandai atau budak lemah sebab banyak benda-benda praktikal sperti bertukang, berkebun, solder litar,repair lampu, bela ikan dan macam-macam lagi.

Student pun tak ramai sebab satu kelas dia bagi dua. Yang lelaki ngan aku. Yang perempuan ada cikgu perempuan yang ajar. Selalunya waktu KH waktu yang ditunggu oleh pelajar. Kadang-kadang 5 minit sebelum waktu KH pelajar dah berderet menunggu di luar bengkel. Terutamanya pelajar asli cukup suka ngan KH ni.

Berbalik kepada lukisan kejuruteraan tadi. Antara kandungan dalam tajuk lukisan kejuruteraan ada satu tajuk lukisan Oblik. Sebelum masuk tajuk ni macam biasa kena ada set induksi. Oleh kerana pelajar yang aku akan ajar merupakan pelajar lemah campuran pelajar asli dan india maka soalan dalam set induksi pun soalan yang rendah tahapnya.

Aku tanya mereka apa lagi jenis-jenis lukisan yang mereka tahu dan pernah lihat. Ada yang menjawab lukisan orang. Ada yang menjawab lukisan binatang. Ada yang menjawab lukisan kartun. Ada yang menjawab lukisan 2D dan ada juga yang menjawab lukisan 3D.

Hebat juga jawapan mereka ni. Mungkin mereka biasa dengar nama-nama tu atau terlihat dimana-mana.Seperti mana biasa kita kena apreciate setiap jawapan mereka. Setiap kali mereka menjawab aku akan cakap bagus sambil angkat ibu jari.

Tiba-tiba ada seorang pelajar india masih nak jawab. Pelajar ni memang agak lemah, membaca pun tak lepas."Cikgu ada satu lagi lukisan" Lukisan apa aku tanya " "4D Cikgu". Tercengang juga aku. Aku tanya dia kat mana tengok lukisan tu. Dengan selamba dia menjawab "Sana pekan ada cikgu, saya punya bapak selalu masuk, dia punya kedai warna kuning".

Aku rasa macam nak pecah perut gelak. Memang tak tahan, bagi aku ini la lawak antarabangsa paling kelas sekali. Ada la dua tiga orang budak yang faham dia gelak juga. Ramai juga yang tak de apa-apa respon. Mungkin mereka taka paham.

Aku rasa kome pun tau lukisan 4D tu apa sebenornya. Aku nak gelak lagi sekali hua...hua...hua.., ha ha dan ha ha ha.

Isnin, 15 Jun 2009

Derhoyan


"Ayah bila le musim derhoyan ni, haikal dah lama tak makan derhoyan". Tiba-tiba anak aku yang nombor empat bersuara dalam nada yang sayu. Kesian jugak aku dengor, sedih pun ada. Sebab aku tau dia memang suka derhoyan. Masalahnya masa tu bukan musim derhoyan. Mana aku nak cari.

Aku perati jugak kot-kot ada derhoyan siam. Tak mandang wei. Jenuh mencarinya. Baru-baru ni semasa nak balik ke Jelai, Batu Kurau aku singgah di perhentian Bukit Gantang sebagaimana biasa.Sambil-sambil tu menjeling-jeling ke gerai kat situ kot-kot ada derhoyan. Memang ada tapi reganya RM 8.00 ringgit sekilo.

Demi anak-anak terpaksa juga le aku beli derhoyan tu. Ajak deme turun kereta makan kat situ. Seronoknya tengok anak nombor empat aku makan. Bersungguh-sungguh dia makan. Berseri-seri mukanya dapat derhoyan. Dalam hati aku rasa pueh sangat dapat menunaikan permintaan anak-anak.

Agaknya inilah rasanya ayah dan emak kita dulu apabila dapat menunaikan segala permintaan anak-anak. Cuma aku tertanya macam mana pula perasaan emak bapak yang susah dan miskin. Apa pula agaknya perasaan mereka apabila tak dapat menunaikan permintaan anak-anak. Selalu kita tengok dalam bersamamu.

Aku ingat lagi zaman emak bapak aku susah dulu masa aku kecik-kecik. Kami keputusan beras. Yang aku nak juga makan nasi. "Nak makan nasi" "nak makan nasi". Aku tengok emak aku teresak-resak menangis sambil mencari-cari dalam bekas beras kot-kot ada beras lagi.

Tengok dalam bekas beras kering. Duit nak beli tak de. Macam mana le perasaan nya ketika itu. Tentu hampa yang terangat sangat. Yang aku asyik meraung-raung. Kalau aku pun tentu tension. Akhirnya dengan menebalkan muka terpaksa la emak aku minta belas kasihan jiran untuk pinjam beras (macam cerita Ali baba bujang lapuk).

Demi untuk anak-anak seorang ibu sanggup berkorban apa saja. Mulai hari itu emak aku bertekad untuk mengubah kehidupan dengan berniaga. Macam-macam perniagan yang dibuat sehinggalah dia terlantar sakit dan meninggal dunia. Saat akhir sebelum dia strok pun dia masih berniaga.

Malahan ada yang mengaitkan kematiannya dengan masalah dengki-mendengki dalam perniagan. Yang tu aku tak nak komen. aku serahkan kepada yang maha berkuasa. Wallahu alam.

Dr. Azimuth


Dr. Azimuth merupakan rangkaian produk yang berasakan herba-herba tempatan dan luar negara. Pengasas kepada produk Dr. Azimuth ialah Dr. Aziz Azimullah. Beliau memang seaorang pakar herba yang mampu memformulasikan apa sahaja jenis herba yang boleh digunakan dengan selamat oleh consumer.

Sehingga hari ini Produk Azimuth mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh negara. Aku kenal Dr. Azimuth semasa peringkat awal produk Dr. Azimuth yang belum lagi berkembang pada ketika itu. Sebenarnya akau terperangkap apabila membaca satu iklan suratkhabar tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh Dr. Azimuth.

Mula-mula tu syok juga dengar tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh beliau. Tentang ragam pengusaha bumiputra. Sikap-sikap yang perlu ada apabila hendak menjadi sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Last-last dia keluarkan pelbagai produk Dr. Azimuth. Kalau tak silap aku antara produk awalnya rempah ratus. Mula-mula bengang jugak rasa tertipu, tetapi bila lama-lama dengar tentang penerangan produk itu aku mula teruja.

Aku pun beli beberapa produk untuk aku cuba antaranya teh misai kucing, Kolon clean dan Bioyouth. Selepas itu banyak lagi produk yang aku guna sambil menjual sikit-sikit. Antaranya minyak wangi tanpa alkohol, gelang batu hematite, produk kecantikan dan banyak lagi.

Produk Dr. Azimuth memang bagus dan sangat berkesan. Sebab aku mencuba sendiri dan terdapat banyak customer yang bagi respon bagus dan berkesan. Kolon Clean umpamanya, kalau kita menghadapi masalah sukar buang air besar makanlah Kolon Cleane. Bak kata member aku samad yang dah menggunakannya "Inilah berak aku yang paling pueh sekali".

Duduk-duduk zup keluar semua bahan kumbahan yang ada dalam perut. Satu lagi produk yang betul-betul bagus Bio Youth (marine koalagen). Yang ni bini member aku guna. Kulit mukanya semakin cantik dan muka sentiasa kelihatan segar.

Tetapi ramai orang lebih menumpukan kepada produk teh misai kucing. Bagi aku 2 produk yang aku sebutkan tadi betul-betul menakjubkan kesannya. Aku bukan promote suruh beli kat aku. Aku cuma nak kongsi produk yang bagus.

Aku pun jual sikit-sikit je. Tak de masa nak ambil barang. Kalau aku pergi ambik untuk kegunaan sendiri aku akan ambik juga untuk member-member yang pesan nak produk tersebut. Lepas le duit minyak.

Buat masa ni Produk Dr. Azimuth masih dalam bentuk trading. Kalau dia buat MLM memang aku henjut habis-habisan. Sebab produk dia memang bagus. Cuma ramai orang tak tau tentang rahsia kehebatan produk-prosyuk tersebut kerana tidak di promote secara meluas.

Kalau dia buat sistem MLM sekejap je semua maklumat tu boleh sampai kepada pengguna. Aku harap Dr. Azimuth akan jadi sebuah lagi syarikat Bumiputra Islam yang berjaya pada masa akan datang macam HPA.




Ahad, 14 Jun 2009

Nyamuk Ajaib

Nyamuk makhluk yang paling kecil. Malah berkali-kali jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saiz Zayyat dan Ir. Kamaluddin Abdul Aziz (Cekemut). Kalau Saiz Zam atau saiz aku sudah tentu jauh lebih kecilnya. Tetapi bunyi nya mampu merungsingkan kita.

Namun nyamuk ada juga kebaikannya kerana dia mampu menghadirkan dan menerbitkan rasa kasih sayang yang lebih mendalam antara seorang ibu dan anak. Buktinya masa kita kecil punya lah bersusah payah emak kita menjaga kita daripada gigitan nyamuk. Kalau ada satu tanda gigitan nyamuk di pipi atau mana-mana bahagian badan emak kita dah mula risau.

Walaubagaimanapun kadang-kadang kehadirannya juga digeruni manusia kerana gigitannya mampu membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Cuma ada satu persoalan yang dah lama bermain di fikiran aku. Macam mana nyamuk ni boleh nampak manusia dalam gelap.? Dan gigitannya tepat pulak tu. Kadang-kadang lagi kecil nyamuk tu lagi gatal gigitannya.

Tak pernah pulak dia tersilap gigit. Terigit tilam ke tergigit bantal ke atau tergigit katil. Walaupun dalam keadaan gelap pekat dan gelemat dia masih mampu menggigit manusia. Hairan bin ajaib kan. Memang fening nak jawab. Aku rasa kawan aku mat serba tau Ikmarudin (Sekarang PTD kat Parlimen) pun tak boleh jawab ni.

Namun sedang aku belek-belek buku tulisan Harun yahya. Aku terjumpa jawapannya. Seronok betui aku. Kemusykilan yang lama bersarang di kepala ini terhurai juga akhirnya. Rupanya nyamuk ni dikurniakan oleh Allah satu kebolehan istimewa boleh mengesan manusia dalam gelap berdasarkan bentuk haba.

Kaedahnya macam kamera pengesan haba yang boleh nampak orang pada waktu malam. Berdasarkan kebolehan nyamuk inilah yang memberikan ilham kepada manusia untuk mereka cipta kamera pengesan haba pada waktu malam atau gelap.

Malahan nyamuk lebih canggih dia boleh nampak urat-urat darah manusia yang bakal menjadi sasarannya untuk menghisap darah walaupun dalam keadaan gelap. Selain itu pada nyamuk ada peralatn yang membantu kerja utamanya menghisap darah.

Bagaimana agaknya ya?Rupanya pada nyamuk ada gergaji kecil yang digunakan untuk mengergaji kulit manusia sebelum memasukkan jarum seumpama picagari yang boleh menghisap darah manusia.

Bayangkan hebatnya teknologi kejuruteraan yang dianugerahkan tuhan kepada nyamuk. Tetapi maknusia sebenarnya jauh lebih hebat. Kita mampu meniru teknologi nyamuk tetapi nyamuk tak mampu meniru teknologi manusia.

Dan kalau kita berfikir lebih dalam tentang nyamuk, siapa pula yang mengilhamkan kepadanya untuk bertindak dengan sifat-sifat dan kelakuan yang sedemikian. Maka tidak lain tidakbukan jawapannya Allah S.W.T. Itu belum lagi kalau kita kaji tentang rahsia alam yang lebih besar yang masih terlampau sedikit pengetahuan dan ilmu manusia untuk mampu membongkar rahsianya.

Cerita-cerita macam ni aku memang suka ceritakan kepada anak murid aku. Semoga mereka berfikir dan terus berfikir agar mendapat sedikit pengajaran dan pengetahuan. Sama-sama kita selongkar lagi rahsia makhluk-mahkluk seni yang ada di sekeling kita. Semoga menambahkan rasa kagum dan hebatnya Allah S.W.T. Wallah hu alam.....

Makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan

Semasa aku tengah aktif sebagai stokis merangkap speaker untuk program HPA kerap aku menghadiri majlis-majlis pengayaan ilmu tentang herba. Banyak panduan dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu jenis herba yang aku perolehi daripada Hj. Ismail taukeh HPA.

Antara kalimat keramat yang selalu diungkapkan "Jadikanlah makanan sebagi ubat, dan ubat sebagai makanan". Hari ini ungkapan ini banyak digunakan oleh syarikat herba yang lain. Ungkapan di atas bermaksud makanan yang kita makan pada hari ini mampu untuk mengekalkan kesihatan badan asalkan ia bebas penggunan bahan kimia,racun serangga dan seumpamanya.

Atau lebih tepat lagi Organik. Ini lah yag sedang diusahakan oleh HPA Industries. Itu sebab kita kena sokong HPA ni. Hj. Ismail juga pernah cakap kebanyakan produk herba indonesia mengandungi bahan kimia dan dadah terlarang. Namanya sahaja herba tetapi di campur dengan bahan-bahan bukan organik. Kesannya cepat. Tetapi dalam jangka panjang dia akan mengganggu fungsi lain-lain organ.

Itu sebab bila syarikat herba Malaysia terutamanya yang diasaskan oleh Bumiputra Islam pasti akan dapat sambutan menggalakkan. Kerana mereka tahu selalunya syarikat Bumiputra Islam jujur dan amanah terutamanya dalam menentukan ramuan herba dalam sesuatu Produk.

Hari ini HPA semakin gagah di Indonesia sehinggakan Kopi Radix selalu kehabisan Stok. Aku mengimpikan banyak lagi syarikat Bumiputra Islam yang akan berjaya seperti HPA. Hari ini pasaran timur tengah, Indonesia dan banyak negara Islam dan juga negara bukan Islam lebih mempercayai produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Malaysia Bumiputra Islam.

Kerana apa kerana kebanyakan syarikat seperti ini jujur dalam isi kandungan produk sama ada yang berkaitan dengan halal/haram, penggunaan dadah terlarang dan bahan kimia. Mereka tidak lagi was-was dan rasa serba salah dan tetanya-tanya di dalam hati benarkah sesuatu produk itu benar-benar 100% herba dan Organik.

Kalau Syarikat yang bukan Bumiputra Islam sendiri mau ingat la. Dah banyak contoh-contoh penipuan dan penyelewengan demi mengaut keuntungan yang besar hasil kesusahan dan kesegsaraan orang-orang yang menggunakan produk mereka. Lu fikir la Sendiri........ Assalamualaikum

TONGKAT ALI TEGAK KE LANGIT


Pada 14 April 2009 sebuah kilang ubat kuat diserbu di Sg Choh Kajang. Sebelum itu banyak lagi ubat kuat jenama terkenal yang di haramkan. Sebelum tu ada ubat kuat sebuah syarikat jualan langsung yang selalu namanya terpapar dalam tv kerana menaja sebuah program realiti TV diharamkan.

Kebanyakan syarikat ubat kuat tu milik taukeh Cina. Berita baiknya penggunanya hampir 90% orang melayu. Sekali lagi melayu kena tipu. Ini bukan kali pertama tertipu sebaliknya dah berulang-ulang kali tertipu. Masih tak serik. Kuat punya pasal mati pun takpa.

Pengalaman aku guna ubat kuat sebuah syarikat jualan langsung yang tekenal (sekarangpun masih beroperasi). Jantung bergerak laju , berpeluh-peluh dan rasa gementar. Sejak itu lantaklah ubat tu kuat macam mana aku tak berani ambik.

Kemudian member aku seorang pensyarah perkenalkan kopi kuat. Sepeket RM 10.00 kalau tak silap aku. Dia kata kopi tu memang power. Asyik tegak ke langit je tongkat Alinya. Dia suruh aku try. Aku mintak maaf. Aku tak percaya. Sangkaan aku betul kerana syarikat itulah yang telah diserbu pada 14 April 2009 kerana menggunakan dadah terlaramg sidenafil dalam produkya.

Sidenafil ni bahan utama dalam viagra yang mesti diambil dengan prekripsi doktor. Sidenafil boleh menyebabkan serangan jantung yang membawa maut dan tersekatnya pernafasan. Kalau tak silap aku hampir kesemua syarikat single level dan multilevel atau yang tak de level serta tak de label yang diserbu semuanya menggunakan sidenafil.

Memang berkesan tetapi boleh membawa maut. Tongkat Ali kita kuat tapi yang lain lemah. Jadi berhati-hatilah kepada penggemar dan pemburu ubat kuat seperti Benjo dan Zulmukhri. Ada boleh tahan 10 ke 20 tahun lagi langsung gugur di perbatasan. Apa komen Chik din.

Sabtu, 13 Jun 2009

Badak Sumatera dan kawah panas




Kalau kenduri di Kuala Kangasar ni ada satu perkara yang aku suka. Mesti ada lauk kurma. Minggu ni saja ada dua kenduri di Kuala Kangsar yang aku hadiri. Kedua-duanya lauk kurma kambing. Nalerke. Emmmmmmmm

Satu lagi aku cukup suka memerhatikan gelagat tukang masak. Macam-macam gaya dan macam-macam fesyen. Kalau di bandar besar atau yang menggunakan khidmat Catering kita tak kan dapat tengok suasana ni. Tau-tau je ayam atau daging dah sedia termasak tunggu untuk dicedok.

Tu yang ada kes anak buah kawan aku yang menangis dan rasa kasihan serta meraung merayu supaya lembu itu jangan disembelih. Sebab duduk di kondo tak pernah tengok lembu secara live .Yang sepupu aku sorang ni langsung tak boleh makan daging lembu, bila makan muntah sebab terbayangkan macam mana lembu tu disembelih.

Di Kuala Kangsar alhamdulillah kedua-dua tempat yang aku pergi masih mengekalkan cara tradisional. Biasanya seekor atau dua ekor lembu akan ditumbangkan. Daging yang dimasak masih segar.Masak le apa pun akan terasa kemanisan daging tu.

Nasi yang dah siap masak dibubuh dalam guni untuk menjamin nasi itu terus panas. Kalau nasi tak cukup tukang masak akan masak lagi. Pendek kata masalah tak cukup nasi takkan timbul.

Lauk-lauk sentiasa panas sebab kawah sentiasa dihangatkan dan ada lauk yang sengaja dimasak lewat supaya orang yang datang kemudian dapat makan lauk panas-panas. Inilah keunikannya masak secara gotong-royong. Mampukan cara tardisional ini dipertahankan untuk 10 ke 20 tahun lagi.

Atau cara moden akan terus menenggelamkan cara tradisional. Dapatkah anak-anak pewaris bangsa generasi akan datang melihat cara tradisional ini pada masa akan datang. Atau Cara tradisional akan terus pupus seperti hampir pupusnya Badak Sumatera.

Anak Badak di Zoo dimandikan, anak sendiri langsung tak mandi, kalau mandi pun jenuh bersuruh. Karam Nizam Singh Walia melaporkan untuk Blog Anjang. Apa dah merepek ni!!!!!!!!

Tangan Kasar

Bersalaman adalah rutin rumah orang kenduri kahwin. Jumpa je orang mesti salam. Apatah lagi yang kita kenal.Termasuklah bersalam dengan emak sedara aku yang sorang ini. Kalau tadinya semua tangan-tangan yang aku salam rasanya biasa. Tetapi tangan emak saudara aku ini luar biasa kasarnya.

Macam ada duri tumpul yang menyucuk tangan. Kasar betul telapak tangannya. Ada satu perasaan yang tak dapat aku nak jelaskan selepas aku bersalaman dengan dia.Sedih campur hiba campur simpati. Sebab aku mengenangkan dengan tangan kasar itulah dia bersama suaminya bekerja berhempas pulas siang malam membesarkan anaknya yang ramai.

Macam-macam kerja yang dilakukan bagi mengisi perut anak-anak yang sentiasa lapar dan belum mengerti erti kesusahan. Malahan sampai ke hari ini pun hidupnya masih dibelenggu seribu kepayahan dan penderitaan. Tiada erti kesenangan dalam kamus hidupnya.

Kalau tak kerana ramainya orang di rumah kenduri nescaya aku telah menumpahkan air mata jantan aku. Kerana kuatnya bekerja, kerana kuatnya membanting tulang dan kerana kuatnya mencari rezeki untuk mengisi perut anak-anak dia rela tangan yang asalnya halus dan mulus menjadi kasar seumpama kerikil dan duri tumpul.

Kasar tangannya adalah menifestasi betapa kuatnya azam dan semangat untuk mengenyangkan anak-anak. Kalau pun tidak didunia ini dia senang aku mendoakan di akhiratlah untuk dia menuai semua hasil semaian di dunia atas usaha dan kebaikannya membesar serta membesarkan anak-anak.

Kemuncup


Semasa nak ke rumah walimatulurus sepupu orang rumah di Kati Kuala Kangsar kami sekeluarga melalui kawasan yang banyak rumput berkemuncup. Bila habis je kenduri aku bergegas nak balik ke Bidor sebab ada meeting. Dalam kereta anak-anak dah merungut betapa banyaknya kemuncup yang lekat kat seluar dan kain serta mengatalkan.

Teringat aku zaman sekolah dulu rasanya hari-hari kemuncup lekat kat stokin. Balik sekolah jalan kaki melaui padang dan kawasan yang banyak kemuncup. Sampai rumah je berlambak kemuncup yang melekat. Biasanya sebelum tanggal stokin aku akan mencabut semua kemuncup yang ada kat stokin dan seluar. Macam tu lah rutin hampir setiap hari.

Anak-anak zaman sekarang kena kemuncup sikit gatal, merungut-rungut dan malas nak cabut kemuncup. Sanggup biarkan. Aku juga membayangkan mungkin juga anak-anak zaman sekarang terutama yang duduk di bandar-bandar besar perkataan kemuncup pun tak pernah dengar.

Apalagi nak tengok kemuncup. Kalaulah kemuncup lekat kat stokin atau seluar ia merupakan satu perkara yang dianggap asing. Atau pun mungkin ada yang fobia atau takut dengan objek asing yang bernama kemuncup. Ataupun mungkin ada yang menjerit ketakutan apabila kemuncup melekat di seluar atau di stokin.

Selasa, 9 Jun 2009

Serai! oh Serai!

Aku tak tau berapa ramai lagi orang melayu akan ditipu. Buat direct selling kena tipu, plannya cantik yang menjanjikan bulan bintang. Last-last syarikat tutup. Termasuk aku pun kena (Leading Profiles yang jual propolis).

Skim cepat kaya dan pelaburan Internet. Siapa yang kena?.Orang melayu yang kena. Akhir-akhir ini pelaburan di koperasi. Siapa yang kena?. Sekali lagi orang melayu yang yang kena. Soalnya mengapa? . Jawapannya aku bagi dihujung artikel ni.

Tadi aku tengok berita TV3, bagaimana sebuah koperasi tiba-tiba lesap dan tak dapat dikesan. Sebelum ni dia dah kutip deposit kononnya untuk pelaburan dalam telekomunikasi dan penanaman serai. Sebenarnya entry-entry awal dulu ada aku tulis tentang koperasi ni.

Masa tu ramai orang marahkan aku dan tak percaya yang koperasi adalah koperasi penipu. Sebab apa penipu sebab aku tau dia ambik benih dimana dan kemana dia nak jual serta berapa harga dia nak jual. Sebenarnya dia dah buat taik dengan tempat dia ambil benih. Oleh itu kilang tu tak mau ambik balik hasil serai yang dah matang.

Bila berlaku begitu akhirnya serai yang dah matang tak boleh jual kerana buat masa ini kilang yang proses pati serai tak banyak kat Malaysia. Mungkin hanya satu je di Sungai Buloh. Niat awal koperasi ni pun sebenarnya dia nak jual benih je. Aku rasa berjuta dia berjaya jual. Bila dah kaut duit banyak dia dan pejabtnya pun lesap.

Begitu juga dengan syarikat penanaman serai yang lain. Banyak yang menipu. Sebenarnya sejarah koperasi yang meipu ni memang banyak berlaku. Antara Koperasi yang mula huruf B__ yang join dengan AK United melabur dalam Projek Seaweed akhirnya kantoi. Begitu juga sebuah koperasi yang menwarkan produk emas akhirnya kantoi juga.

Senang je nak tau satu-satu koperasi tu Con atau tak Con. Kalau perjajnjian keuntungan lebih daripada Bank Rakyat maknanya Con lah tu. Penanda aras aku Bank Rakyat sebab ini koperasi yang paling berjaya. Kemudian tengok perjanjian dia macam semuanya senang dan perjanjian menjanjikan keuntungan bulan bintang. Maknanya Con la tu.

Kalau kome betul-betul berminat dengan tanaman serai, member aku dapat contract Farming direct dengan kilang. Dia pun dah ada ladang sendiri di Perlis 50 ekar. Kemungkinan dapat lagi tanah 100 ekar di pondok Tanjong. Ada juga projek tanaman kelompok yang masuk bawah program dia. Seekar dua ekar pun boleh. Untung memang lumayan.

Dia memang direct ngan kilang.Pemilik kilang ni orang melayu yang dah mengusahakan tanaman serai selama 20 tahun. Sebenarnya hampir keseluruhan syarikat serai yang ada di Malaysia ambik benih dengan dia termasuklah koperasi yang aku cakapkan tadi.

Kilangnya memproses minyak pati dan dia ada contract dengan syarikat luar negara. Buat masa ni permintaan serai diseluruh dunia sangat dan sangat tinggi. Sebab apa kerana kajian seorang Profesor Israel mendapati minyak pati serai mampu melawan kanser sampai ke umbinya.

Berita baiknya negara kita amat sesuai di tanam dengan tanaman serai. Kalau berminat e-mail aku nasriabidin@yahoo.com. Aku cuma tolong je. Nak tanam serai modal tak de. Aku nak bagi jawapan soalan di atas mengapa orang melayu selalu kena tipu.

Kalau berniaga dia 1. Nak cepat kaya 2. modal kecik 3. usaha sikit (kadang-kadang tak nak usaha duduk je dapat duit) 4. untung nak banyak. 5. Tak mengkaji dan buat research. Apa yang orang cakap terus percaya terutama kalau yang datang tu bawak Mercedes atau BMW. Bagi aku kalau yang datang tu bawak bawak BMW dan Mercedes yang tu lagi kena waspada dan berhati-hati.

Anda jangan terus sing up atau terus bersetuju balik fikirkan dan buat research. Kalau terus percaya itu yang banyak terkena. Fikir-fikirkanlah.......



KEMALANGAN F1 PALING NGERI


Sumber : Forum Carigold

Aku hilang sentuhan

Mengapa sejak akhir-akhir ni apa yang aku buat tak menjadi. Terutamanya dalan bidang bisness. Sampai kadang-kadang aku naik give up dan malas nak buat apa-apa. Dulu buat lah apa saja bisness, banyak yang menjadi. Semasa zaman belajo di UKM orang sibuk belajo aku sibuk bisness.

Alhamdulillah semua yang aku buat menjadi. Ekspo buku, ekspo komputer, seminar motivasi dan seminar SPM. Semunya suksess. Ekspo buku dan komputer memang tak menang tangan. Syarikat-syarikat buku dan komputer memang menunggu-nunggu ekspo yang aku anjurkan. Masa tu aku buat one man show je.Siap boleh hanto duit balik kampung. Sekali hanto seribu ke dua ribu jugak

Begitu juga seminar motivasi dan seminar SPM. Dari utara sampai ke Selatan aku menjelajah. Sampaikan aku ada 2 ke 3 group penceramah yang bukan calang-calang. Pensyarah UKM, UM, UPM dan UIA. Bila aku anjurkan semua nak ikut sebab payment cantik.

Selepas tu aku dan kawan bukak kedai komputer pun suksess. Namun disebabkan eksiden aku terpaksa manarik diri dan balik ke kampung. Balik ke kampung aku berjinak ngan MLM. Alhamdulillah suksess juga sehingga sampai pangkat tertinggi dalam sebuah Company. Income pun tak kurang empat angka sebulan.

Tetapi hari ni banyak yang aku usahakan tak menjadi. Kata Dollah member aku, kita kena berhijrah. Sebab dia dulu masa duduk di Sabah suksess dalam bisness kereta terpakai. Bila balik ke kampung habis semuanya tak menjadi. Kadang-kadang aku fikir betul je. Dulu aku banyak berjaya di tempat orang. Balik kampung jadi lesu.

Agaknya itu sebab Mat Indon dan Bangla boleh kaya-raya di Malaysia atas faktor Hijrah.Do or Die. Tak usaha bersungguh-sungguh mereka akan mati di negara orang. Jadi hendak tak hendak mereka kena berusaha sampai berjaya.

Mungkin aku juga kena berhijrah. Itu yang aku fikirkan sekarang. Nak berhijrah ke mana itu pun kena fikir jugak. Sebab bukan macam dulu hidup bujang. Sekarang dah banyak tanggungan , Tanggung anak, tanggung bini, tanggung kereta, tanggung kad kredit, tanggung bank rakyat. Kalau aku berhijrah juga terpaksa tinggalkan ayah aku yang semakin tua dan adik aku yang masih belajo. Sekali-kali fikir mungkin macam ni sahajalah kesudahan hidup ini.

Aku percaya sejarah boleh berulang. Kecemerlangan dulu boleh diulangi semula Cuma masa, usaha dan berfikir di luar lingkungan bagi menghasilkan sesuatu perkara yang unik dan lain dari yang lain. Perlukan juga semangat keberanian dan semangat ingin mencuba dan akhirnya Tawakkal.

Malek Noor Kembali ke pangkal jalan

Aku rasa semua kenal dengan Malek Noor. Jaguh bina badan, pelakon dan bisnessman terkenal. Aku ada pengalaman makan tengah hari ngan Melak Noor. Masa tu Asmuni Awi (Timbalan pesuruhjaya PAS Perak sekarang) yang bawak aku temankan dia merangkap makan tengah hari di Hotel Casuarina Ipoh.

Asmuni ni juga lawyer yang hebat dan terkenal di negeri Perak. Pernah bertanding lawan Rafidah Aziz. Kalau pilihanraya ke-12 dia menang aku rasa Asmunilah Menteri Besar Perak bukan Nizar. Itu cerita lama. Yang aku nak cerita tentang Malek Nor ni ialah dia dah berubah hampir 360 darjah.

Aku rasa sedih,pilu dan rasa nak menitik air mata bila baca pengakuan beliau tentang dosa-dosa silam yang telah dilakukan. Betul kata alim ulamak dosa silam akan sentiasa menghantui dan mengejar kita. Umpama bayang-bayang hitam yang sentiasa mengekori kita. Kita akan sentiasa rasa bersalah sepanjang masa. Ini yang dialami oleh Malek Noor.

Macam mana hidayah ni boleh datang kepada Malek Noor? Satu hari di Penthousenya dia mendengar azan. Hari-hari lain pun dia dengan azan. Tapi azan hari tu betul-betul menusuk ke dalam hatinya yang paling dalam. Dia jadi tak tentu arah.

Berjalan ke sana ke mari dalam rumah sampai dia letih dan rasa takut yang amat sangat ngan tuhan. Esoknya dia beli senaskah al-quran dan buku agama. Mulai saat itu dia berubah sedikit demi sedikt.

Katanya kesibukan mencari kekayaan dan harta dunia menyebakan dia lalai dan hanyut jauh daripada tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Baginya dulu harta dunialah segala-galanya. Sekarang dia dah tak kisah sangat tentang semua tu. Dia hanya nak jadi seorang muslim yang baik.

Andai kata masa boleh diputar ke belakang dia nak balik ke zaman kanak-kanak dan hidup sebagi muslim yang baik yang mengikuti semua suruhan tuhan dan meninggalkan segala yang dilarang. Lama juga aku memikirkan tentang kata-kata Malek Noor ni.

Satu perkara yang aku boleh simpulkan sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita akhirnya hati yang paling dalam akan tetap merindukan yang azali. Akan tetap takut dan ingin kembali ke pangkal jalan. Akan tetap ada rasa mahu beragama dan bertuhan.

Percayalah apabila hati berasa tak tenteram dan serba salah apabila melakukan sesuatau maknanya itu dosa. Apabila hati berasa tenang dan tenteram melakukan sesuatu maknanya itu Pahala. Sekeras mana pun hati manusia, apabila sekali hatinya terbuka menerima hidayah tuhan dia akan berubah. Semoga Malek Noor terus Istiqomah dan menjadi muslim yang baik. Alhamdulillah..........

DATU RAZALI IBRAHIM

Bintang seseorang memang tak boleh dijangkakan. Baru semalam rasanya aku menyembang ngan Razali Ibrahim. Hari ini dia dah bergelar Timbalan menteri belia dan sukan. Dia ni antara senior aku di UKM yang menyerlah dan cepat naik dalam bidang Politik.

Razali ni student Law. Boleh kata majoriti budak law baik ngan aku. Di UKM pun dia memang aktif dalam politik kampus dan pernah memegang jawatang presiden PMUKM. Selepas keluar aku memang lost contact ngan dia ni. Tiba-tiba je dengor dia bertanding di Parlimen Muar dan menang.

Kalau tak silap aku daripada apa yang aku dengar dia juga ada firma guaman yang besar di KL. Macam member aku Fazli Ahamad Nordin juga lawyer yang dah jadi jutawan dengan firma guamannya. Dengan Fazli ni aku segan sikit tak tau sebab apa.

Apa yang aku lihat Razali ni boleh menjadi ahli politik yang baik sebab sikap dia ni humble dan senang didekati (Dulu le ) sekarang kalau dah berubah tak tau le aku. Aku memang selalu menyembang ngan dia dari hal politik kampus sampai le benda yang merepek-repek.

Cuma sekarang kalau dia jumpa entah dia ingat ke tidak kat aku ni. Maklum le lama sangat tak jumpa dia. Apa pun aku harap kerjaya politik yang cerah bagi Datuk Razali Ibrahim. Aku tunggu seorang lagi member aku jadi Datuk. Datuk Razali Awang. Macam sedap je bunyi nye. Aminnnnnnn.........

LUCU DAN 18SX

UPIN DAN IPIN VERSI MANA AKU ATAK TAU
POPEYE THE SAILORMAN TUT TUT
MUKA DUA
SPONGEBOB
NI BARU TERKEJUT BERUK

CINA TONCEN


Sebelum sampai ke rumah kenduri mak sedara aku di Kg. Lembah Padang Rengas, aku melintasi kawasan yang pernah tertegaknya satu rumah yang menyimpan pelbagai kenangan. Kini semuanya itu lenyap. Hanya yang ada pokok-pokoK durian yang subur dan menjulang tinggi.

Disinilah pernah tertegaknya rumah arwah emak aku. Disini jugalah dia bermain dan membesar sehingga zaman remaja. Disebabkan kesusahan dan desakan hidup maka emak aku merantau dari satu tempat ke satu tempat sambil bekerja. Pernah bekerja sebagai orang gaji kepada Azean Irdawati (Pelakon), Dan pelbagai kerja lagi dilakukan sehinggalah kahwin ngan ayah aku.

Semasa hidupnya apabila bercerita tentang zaman remajanya. Dalam ceritanya selalu juga di sebut tentang nama Cina TonCen. Pada anggapan aku sudah pastilah cina toncen sudah terlampau tua ataupun dah mati. Memandangkan arwah emak aku pun meninggal pada usia 48 tahun. Sudah tentu Cina TonCen lebih tua.

Selepas makan kenduri hari ahad lalu, Bapa sedara aku ajak umpa Cina TonCen. Aku rasa hairan. Hidup lagi ke Cina TonCen ni. akupun tanya bapa sedara aku ini ke cina toncen yang emak aku selalu ceritakan. Kata bapak sedara aku inilah cinanya. Teruja betul aku nak jumpa cina Toncen ni.

Sampai di rumah Cina TonCen di Kg. Batu Bantal Padang Rengas, aku nampak kelibat Cina berjanggut panjang. Oh ini ropanya cina TonCen bisik hati aku. Ropanya cina TonCen tak de la seperti yang aku bayangkan dah tua bertongkat dan berumur sekitar 70 ke 80 tahun. Umurnya sekitar 50-an, masih kuat dan sihat wal afiat.

Dapat juga aku jumpa orang yang selalu hadir sebagai watak sampingan dalam cerita-cerita arwah emak aku. Sebut Cina Ton Cen kadang-kadang aku teringat cerita pendekar bujang lapok JIN PAKAI TONCEN........

Ahad, 7 Jun 2009

Telur mamak satu


Member aku ni memang ngelabah sikit orangnya. Cakap dia laju dan kadang-kadang terbalik-terbalik cakap nya. Memang dah habit dia macam tu. Namun dia ni lucu orangnya. Tak kering gusi kalau bersembang ngan dia.

Satu hari di satu pagi tu (masa zaman belajo dulu) aku ajak dia minum kat kedai mamak. Kalau tak silap aku kat sebuah Restoran di jalan Tuanku Abdul Rahman. Orang kat Restoran tak berapa ramai. Sebelum menunggu mamak tu ambik order aku pun menyembang le ngan member aku ni.

Hampir 2 minit duduk mamak tak datang lagi ambik order. Rasa nak marah jugak sebab selalu mamak ni cepat je ambik order. Aku pun panggil mamak yang lalu hampir ngan meja aku. Aku order roti canai dan teh tarik. Tiba-tiba member aku order satu barang yang buat aku ketawa sepanjang hari dan tak jadi nak marah pagi tu. Rasa nak meloya pun ada.

Kome tau dia order apa. Ha macam ni bunyi ordernya "Telur mamak setengah masak dua, kasi kicap dengan lada". Aku dah tak tahan terus ketawa. Mamak tu pun senyum-senyum je. Ropanya dia silap cakap mungkin habit dia yang ngelabah tu. Aku pun tanya dia balik "Telur mamak pun engko hendak?". Dia terkulat-kulat senyum sambil cakap "aku silap".

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...