Sebenarnya artikel ni sambungan tentang sikap orang melayu yang terus layu. 1/6/2009 genaplah umur anak aku yang sulung 12 tahun. Maka sudah pastilah menjadi kewajipan dia kena membuat kad pengenalan. Oleh kerana hari tu aku sibuk ngan urusan bank maka orang rumah akulah yang menguruskan soal pendaftaran untuk membuat kad pengenalan.
Alhamdulillah kata orang rumah aku orang tak ramai dan pejabat pendaftaran pun tak sesibuk mana. Urusan di lakukan dikaunter 4 jabatan pendaftaran negara tapah. Apa yang orang rumah aku perhatikan sikap pegawai-pegawainya tidak menumpukan pada tugas.
Menyembang, bergurau dan ketawa-ketawa. Apa yang merisaukan orang rumah aku takut mereka tersilap key in nama aku. Sebab banyak kali di jabatan lain nama aku kerap di salah eja. Nasri jadi nazri. Rupa-rupanya apa yang dibimbangi isteri aku berlaku juga apabila mereka silap key-in nama anak aku Siti Solehah jadi Siti Solehan.
Maka urusan pendaftaran terpaksa dibatalkan dan ditangguh ke hari lain. Aku datang dari Sungkai ke Tapah sejauh hampir 80 km pergi dan balik. Hanya hari tu je aku ada free. Nak datang lagi entah bila aku dapat. Itupun aku rangkumkan dengan tugas lain yang kalau boleh dapat aku selesaikan semuanya hari itu.
Aku rasa bengang kerana sikap sambil lewa(bergurau, gelak-gelak dan bersembang semasa key in data) pegawai yang tak bertanggungjawab maka aku terpaksa buat kerja dua kali. Tiba-tiba hari ini pegawai @#$%^&* telefon orang rumah aku suruh datang ke Jabatan pendaftaran negara Tapah untuk selesaikan urusan yang tergendala semalam. Sedangkan aku sibuk sungguh hari ni menyelesaikan tugas di Tg. Malim. Selesai urusan di Tg. Malim aku bergegas pulak ke Tapah. Penat Woiiiiiii. Bukan nya dekat Tg. Malim dan Tapah
Kalau jabatan penerangan, jabatan agama atau jabatan hal ehwal orang asli aku tak kisah lah kalau dia buat silap. Sebab perkara key in nama ni bukan rutin. Tapi ini JABATAN PENDAFTARAN NEGARA !!!!. Memang itu kerja rutin (Core Busines) hari-hari dan ini melibatakan dokumen penting seumur hidup. Sepatutnya tak boleh salah dan satu Dosa Besar kiranya salah sebab sekali lagi aku tegaskan ini JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MANGKUK !!!!!!!!!!.
Aku yang ada kenderaan ni tak de la masalah sangat untuk datang. Bagaimana kalau perkara yang sama kena pada orang kampung yang tak de kenderaan nak datang. Terpaksa naik bas turun bas empat lima kali. baru sampai ke Tapah. Macam mana pulak kalau kena pada murid-murid asli aku yang duduk jauh di pedalaman. Nak keluar pun susah. Woiii pikir la! jangan kerja main-main.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan