Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 20 Jun 2009

Welcome to Boston with Lamborghini

"Yong ambik le gula tu, bungkus bawak balik" kata ijan sepupu aku pada orang rumah aku semasa kenduri kahwin adik ijan yang bernama mas sambil basuh pinggah di belakang rumah. Orang rumah aku terpinga-pinga. Nak buat apa bawak balik gula. Jarang orang kenduri kahwin suruh bawak balik gula.

Bila orang rumah aku tanya nak ambik ke gula tu serta-merta aku terinat kenangan lama.Teringat aku perkara yang sama iaitu gula pernah diperdebatkan sengan sepupu aku ein (Sobirin) masa aku kecik-kecik dulu. Masa tengah khusyuk makan tengah hari Emak sedara aku yang aku panggil wah (emak ein) bersuara." e (nasri), ambik le gula tu sedap makan ngan nasi". Dalam hati aku gula manis takkan makan ngan nasi.

Aku pun jawab "gula manis wah" sampuk ein "gula pedas" aku balas balik "gula manis" ein jawab semula "pedas". Bergaduh-gaduh menegakkan hujah masing-masing. Akhirnya arwah emak aku merungkai permasalahan.

Katanya orang di sekitar bota kanan (Boston), teluk sena, teluk kepayang dan kawasan sekitarnya menyebut gulai itu sebagai gula. Gula tu disebut seperti sebutan baku.Untuk pengetahuan pembaca blog mana-mana perkataan yang ada ai di belakannya seperti gulai, kedai, pakai, i tersebut akan gugur berdasarkan dialek orang di sini. Maka gulai akan jadi gula, kedai jadi keda dan pakai jadi paka.

Gula pedas yang dimaksudkan oleh wah aku dan ein tu sebenarnya gulai. Betul le pedas. Tak percaya tanya azhar yang handsome lagi macho tu atau Kay Janda ataupun chkidin lamborghini.

Sebenarnya aku yang tak paham gula yang dimaksudkan wah aku tu adalah gulai. Sama macam yang dialami oleh orang rumah aku. Mujur la orang rumah aku tanya aku dulu tentang Gula tu. Buatnya dia tanya mana gulanya atau pun terus je ambik gula kat rumah tu kan lain jadinya.

Inilah masalah Dialek. Teringat aku cerita kawan aku tentang orang perak nak ngajuk dialek kelantan. "Mok Cik Pele ni (pelam) sekilo berapa" Selamba makcik tu jawab "Pele dale seluar mu la". Tersengih-sengih Mamat Perok tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...