Nuffnang

Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

Bergagar beb......


3 minggu lepas aku ke Ipoh dengan YB Yusri Bakir. Ada sedikit urusan nak diselesaikan. Masuk waktu Zohor aku dan YB singgah ke masjid negeri Ipoh untuk bertemu dengan tuhan. Seperti biasa aku dan YB akan bersembahyang di ruangan bawah masjid.

Selesai mengambil air sembahyang aku dan YB pun berjalan menuju ke saf di tepi tiang masjid. Semasa nak mengangkat takbir tiba-tiba aku terdengar bunyi yang amat kuat. Bunyi nye lebih kurang macam ni.... Krooohhhhhh, krooooooohhh, piiiiiiiiiiiiiiiii, pussss, diikuti bunyi seperti bunyi benda mengelegak dan diakhiri dengan bunyi letupan bushhhhhhhhhhhhh.

Aku menoleh ke belakang mencari punca datangnya bunyi tersebut. Aku ternampak satu objek besar di atas lantai. Rupanya seseorang yang agak besar sedang sedap tidur sambil berdengkur. Aku tak pernah dengor bunyi dengkuran yang sebegitu hebat,mantop. dan pelbagai variasi. Pada Mulanya senyap, keluar bunyi sikit, kuat lagi sikit bunyinya, bunyi menggelegak dan akhirya seperti bunyi letupan.

Sebelum bunyi letupan keluar, perutnya bergegar-gegar dan berombak-rombak sperti ombak Tsunami. Kelihatan seperti ada sesuatu yang tak sabor-sabor nak keluor dari perutnya. Mungkin gegaran itu 8.5 pada sekala ritcher. Apabila bergegar dan berombak perutnya maknanya akan keluarlah satu bunyi letupan yang kuat. Semasa tu juga aku nampak seorang makcik tua terbongkok-bongkok dan terketar-ketar sedang berjalan perlahan melintasi orang yang berdengkur tersebut.

Aku cukup risau takut makcik tu terkejut dan pengsan semasa bunyi letupan keluar daripada orang yang berdengkur. Pada agakan aku kalaulah bunyi letupan tersebut keluar tepat semasa makcik tu melintas depan orang berdengkur tersebut silap-silap boleh pengsan makcik dan masuk ICU makcik tu.

Memang kuat sungguh bunyinya. Aku rasa satu ruangan bawah masjid boleh mendengarnya. Aku tengok ramai yang sedang menahan ketawa mendengarkan bunyi dengkuran yang unik juga rasa gelihati melihat perutnya yang akan bergegar-gegar dan berombak sebelum bunyi letupan keluar. Di belakang depan, kiri dan kanan masjid aku terdengar ramai yang ketawa kecil. Ada juga yang merah padam muka menahan ketawa.

Aku juga jenuh menahan ketawa semasa sedang sembahyang. Rupanya YB pun menahan ketawa juga. Habis je sembahyang aku dan YB ketawa sampai tak sedor diri. Dalam kereta pun aku dan YB masih ketawa berdekah-dekah. Tak pernah aku tengok YB ketawa macam tu.

Memang lawak betui la orang yang berdengkur. Nasihat aku la kepada kaki dengkur jangan la tidur kat tempat awam kerana betul-betul mengganggu ketenteraman awam. Kemudian kesian orang yang nak bersembahyang langsung tak khuyuk. Silap-silap jenuh mengulang sembahyang sebab asyik ketawa setiap kali mendengar bunyi letupan tersebut.

Bergagar beb.......... Aku tak bawa kamera kalau tidak memang aku videokan....... Kalau rasa nak ketawa. ketawa je puas-puas. Lawak tahun baru ni ha ha ha

Meremang bulu roma setiap kali..........

"Oh diah oi tolong, tolong" jerit opah aku di tengah-tengah malam. Apalagi bergegas le arwah emak aku mendapatkan opah aku di tingkat atas rumah aku. Namun setelah sampai ke bilik opah aku didapati opah aku sedang nyenyak tidur. Emak aku cuba mengejutkan opah aku kerana takut apa-apa yang berlaku kepadanya.

Setelah tersedar opah aku pulak bertanya "ha ngapa kome gerak aku?". Alamak ropanya dia mengigau. Yang tak tahan tu apabila dia mengigau dia kan memekik-mekik dengan suara yang kuat seolah-olah sedang dilanda masalah besar.

"oi diah oii cepat-cepat, udah dekat benor ni". Sekali lagi bergegas arwah emak aku mendapatkan arwah opah aku. Situsi seperti sebelumnya juga berlaku. Sebenarnya dia sedang mengigau dan tak sedar pun apa yang diperkatakan. Dalam seminggu mesti ada harinya arwah opah aku akan mengigau. Kadang-kadang kejap. Kadang-kadang lama.

Mula-mula kami sekeluarga agak ketakutan setiap kali arwah opah aku mengigau. Kalau anda semua dengar memang seram. Kadang-kadang terpekik terlolong dan kadang-kadang mendayu-dayu dan kadang-kadang ketawa.

Lama kelamaan aku dah lali dengan situasi itu. Anda bayangkan kadang-kadang tengah tidur nyenyak diulit mimipi tiba-tiba dengor orang tepekik terlolong sekitar pukul 2- 3 pagi. Mahu tak seram. Pernah sekali aku tidur lewat malam. Tiba-tiba arwah opah aku mengingau, mak oi berderau darah aku.

Pernah juga aku tanya arwah opah aku masa mengigau tu apa sebenarnya yang berlaku. Katanya dia mimpi kena kejor hantu. Kadang-kadang rasa orang nak bunuh dia. Tapi yang bestnya tu nama lain dia tak panggil hanya nama emak aku.

Tabiat ini diwarisi pula oleh anak aku yang nombor dua yang selalu mengigau waktu tengah malam. Tapi caranya lain pulak. Setiap kali mengigau dia akan duduk di atas tilam sambil menepuk-nepuk tilam. Selepas menepuk-nepuk tilam sambil mebebel-bebel dia akan tidur balik.

Pernah satu masa kami sekeluarga tidur lewat kecuali anak yang nombor dua aku terlena tidur. keletihan. Tiba-tiba dia bangkit duduk sambil menepuk tilam dan berkata "Haikal bak sini, abang punya tu, jangan ambik". Sambil menunjuk ke arah remote. Mungkin dia bermimpi berebut remote kut. Selepas itu elok dia tidur balik.

Memang enggak bisa menahan ketawa dong. Aku dan keluarga ketawa tak henti-henti sampai rasa nak terkencing melihat gelagat anak yang nombor 2 tersebut mengigau. Rupanya ada juga di kalangan cicit arwah opah aku yang mewarisi tabiat mengigaunya.

Kalau arwah opah aku masih hidup, mungkin dia boleh menjadi sebahagian produk pelancongan yang berunsurkan suasana seram. Mungkin rumah aku boleh dijadikan homestay dan tempat bermalam bagi mereka yang nak merasakan suasana seram dan cabaran adrenalin yang ekstrim. Apa macam ada berani ka?

Rabu, 30 Disember 2009

Ayam melompat


Berlari berkejaran,
berlari ke dewan makan,
kalau tak kejor, ayam pun sapan,
di kebas hantu dan setan.

Antara bait lagu yang telah diubahsuai daripada lagu seiring sejalan nyanyian Broery Marantika dan Sharifah Aini daripada dalam filem hapuslah air matamu. Banyak kisah suka duka di sebalik lagu ini. Lirik yang telah diubahsuai di atas menggambarkan kegigihan sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama dalam usaha untuk mendapat ayam goreng yang paling besar di dewan makan. Teruskam membaca ya....

Apapila berbunyi sahaja loceng pada waktu terakhir persekolahan pada hari Rabu sekumpulan pelajar ini akan berlari-lari ke dewan makan terutamanya apabila menunya ayam goreng. Adapun tujuan larian tersebut adalah untuk mendapatkan ayam goreng paling besar. Siapa mereka itu?. Ramai sangat nak disebut namanya. Cukuplah kalau aku katakan salah seorangnya aku.

Sapa yang tak lari jawabnya dapat ayam kecik ataupun langsung tak dapat. Nasib le sapa yang lewat. Larian tersebut bukanlah lari-lari anak tetapi seumpama pelari olimpik menuju ke garisan penamat. Sebaik wisel dibunyikan (loceng waktu terakhir) maka semuanya akan memecut laju selaju-lajunya. Selalunya aku dalam kumpulan top ten. Mungkin disebabkan dalam acara 100meter aku selalu masuk final.

Sesampai di dewan makan, mata kena cekap untuk melihat di mana kedudukan ayam yang besar. Jangan kira apa rembat dulu, yang lain belakang cerita. Matlamat mesti diutamakan.Tujuan hanya satu AYAM GORENG BESAR.

Itu kisah semasa tinggal di asrama. Apabila dikenangkan rasa nak ketawa pun ada. Sebenarnya bukan kelas aku sahaja seperti ini. Kelas-kelas lain pun sama juga. cuma taklah segigih kelas aku yang berusaha sampai tahap 110%. Kalau boleh ditayangkan semula babak-babak tersebut memang malu woiiii. Semuanya sudah menjadi kenangan.

Antara kenangan lain yang ada kaitan dengan ayam goreng yang aku tak boleh lupa ialah pada satu hari apabila aku selesai memilih ayam yang besar maka akupun duduk di tempat aku sambil menyuap makanan. Memang lazat menu hari tu. Ayam goreng dan kuah kari. Perrghhhhhh memang holiyau.

Sedang aku khusyuk makan sambil berasa puas hati dan berasa bangga sebab mendapat ayam goreng yang besar ada rakan yang lain masih sibuk memilih ayam kesukaan mereka,.Dalam kekalutan memilih ada yang tertepuk tray aku. Yang bestnya tu ayam dalam tray aku melompat. Alamak habis lah ayam besar aku jatuh ke lantai. Berputih mata la aku hari ini..... Sia-sia sahaja larian touch down aku hari ini.

Tapi bak kata orang tua-tua kalau dah rezeki tu buatlah macam mana tetap rezeki kita. Kome tau ke mana perginya ayam tu?. Ayam tu melompat tinggi dan jatuh betul-betul di atas bahu kanan aku. Tertenggek cantik je di atas bahu kanan aku. Macam dah dilatih je ayam tu. Mungkin berkat orang yang sentiasa bersabar dan gigih berusaha.

Apalagi dengan selamba aku ambil dan letakkan ayam tersebut ke dalam tray dan meneruskan makan tengah hari dengan bersahaja dan santai. seperti tak da apa-apa yang berlaku. Rupanya ramai geng aku yang memerhati adegan sebabak tersebut. Macam nak pecah perut geng-geng aku yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa terbahak-bahak. Rasanya ramai geng-geng lama yang masih ingat peristiwa ini.

Aku rasa sahabat aku Termizi Rafie sampai berayo bijik mata gelak............. Kepada mereka yang tinggal di asrama dan makan di dewan makan jangan pula ditiru aksi ini merbahaya. Aksi ini hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan jurulatih bertauliah sahaja.......

Dengarkan lagu yang membangkitkan nostalgia lama ini


Selasa, 29 Disember 2009

Cikgu ini hari, hari last saya rokok, esok saya tak mau rokok lagi


Antara kawasan larangan merokok ialah sekolah. Cikgu-cikgu memang tidak dibenarkan merokok dalam kawasan sekolah. Namun bagi perokok tegar sudah pasti peraturan ini menyusahkan mereka. Bagi perokok tegar mereka tetap akan mencari jalan untuk merokok.

Bagi sesetengah pengetua amat memahami keperluan perokok tegar. Ada yang menyediakan tempat tertentu bagi merokok di sekolah. Adanya juga pengetua yang memberi kebenaran secara tidak langsung asalkan semasa mereka merokok tidak dilihat oleh pelajar.

Bagi sekolah yang tidak menyediakan kawasan khas untuk merokok,maka cikgu-cikgu tegar merokok terpaksalah mencari port yang sesuai. Termasuklah seorang cikgu berbangsa india iaitu Cikgu Ravi (bukan nama sebenar). Macam-macam port telah digunakan untuk beliau merokok. Dalam tandas, belakang kantin, tepi padang, dalam stor dan sebagainya.

Kadang-kadang merokok secara solo. Kadang-kadang pula merokok secara berkumpulan. Namun pada satu hari Cikgu Ravi memang sudah tidak tahan merokok. Nak ajak geng-geng tegar yang lain semuanya ada kelas. Port-port biasa pula tak berapa clear. Jenuh juga dia nak mencari port yang sesuai. Akhirnya dia mendapati tapak semaian kemahiran hidup clear daripada sebarang anasir.

Senyap-senyap Cikgu Ravi menyusup masuk ke situ. Hatinya berasa sangat gembira kerana dapat juga dia melepaskan giannya kepada nikotin. Setelah sampai di situ Cikgu Ravi mencari port yang sesuai sambil mengeluarkan rokok dan lighter.

Sedang bersiap sedia menyedut sedutan pertamanya tiba-tiba dia nampak objek yang bergerak-gerak. Rupanya seekor ular yang besar sedang memerhatikannya. Apalagi tak cukup tanah cikgu Ravi berlari sambil berkata "Ayoyo kadawali besar punya ular, besar punya ular". Anda cuba bayangkan bagaimana agaknya gaya cikgu Ravi berlari mungkin macam usai bolt agaknya.

Takut juga rupanya cikgu Ravi dengan ular. Kalau di tengok pada perawakannya gagah dan berani. Apatah lagi ada pendapat yang mengatakan kalau jumpa India dan ular bunuh India dulu. Maka sudah tentulah dia lebih gagah daripada ular. Pucat lesi wajah Cikgu Ravi. Nasib baiklah kulitnya gelap tak nampaklah sangat kupucatan dan kelesiannya.

Tidak berapa lama selepas itu Cikgu Ravi dan geng perokok tegar dipanggil oleh pengetua. Negelabah betul Cikgu Ravi apabila dipanggil pengetua berkaitan masalah merokok di kawasan Sekolah.

Pengetua bersuara "Cikgu Ravi, Cikgu Ravi merokokkan?". Belum sempat pertanyaan pengetua habis ditanya Cikgu Ravi terus menjawab "Cikgu ini hari, hari last saya rokok, esok saya tak mau rokok lagi". Melihat gelagat Cikgu Ravi rakan yang lain dah pengetua sudah mula ketawa.

Kome tau pasal apa pengetua dan rakan-rakan lain ketawa?. Macam mana agaknya Cikgu Ravi yang dah berpuluh tahun merokok tiba-tiba boleh berhenti sekelip mata. Memang ajaib. Sebenarnya pengetua cuma nak bagi tahu kalau nak merokok pandai-pandai sorok daripada penglihatan murid-murid dan jangan sepah-sepahkan puntung rokok.

Mungkin dalam perjalanan hendak berjumpa pengetua, pelbagai alasan telah disediakan. Ditambah dengan sikap ngelabah biawaknya maka secara spontan jawapan tersebut keluar daripada mulutnya.

Alahai Cikgu Ravi lu memang World........... Nalarke...... number one....

Isnin, 28 Disember 2009

Cakcibo


Kesiannya anak-anak zaman sekarang ada yang masih tidak dapat mengenal haiwan tertentu. Lembu dengan kerbau tak kenal. Ada juga yang tidak dapat mengenal antara kambing dan lembu. Inilah yag berlaku kepada anak aku satu ketika dulu.

"Ayah ramainya lembu tu."kata anak aku kepada aku. Lain macam pulak bunyinya. Aku pun memerhatikan lembu yang ditunjukkan oleh anak aku. Rupa-rupanya bukan lembu tetapi kambing. Jenuh pulak aku menerangkannya serta membetulkan penjodoh bilangan yang salah.

Pada satu masa yang lain "Ayah tadi una nampak 2 orang lembu tengah makan rumput". Alamak dah dua orang lembu pulak. Abang dan kakanya sudah mula ketawa. Cuba anda bayangkan kalau betul yang makan rumput itu orang tak ke pelik bunyinya. Lagi sekali aku membetulkan penjodoh bilangan.

Ketika berkunjung pula ke rumah sahabat baik aku yang melaui kawasan perkampungan. Anak aku bersuara "Ayah lembu tu laju betul larinya". Sebenarnya apa yang ditunjuknya bukan lembu tetapi kerbau. Terpaksa pulak aku menerangkan perbezaan antara lembu dan kerbau.

Yang paling aku tak tahan pada satu hari ketika melalui satu jalan anak aku yang nombor 3 bersuara "Ayah kambing nak pergi mana, beratur je dia jalan" Alamak ini kes parah kerana babi disangkakan kambing. Terpaksa lah aku menerangkan yang itu bukan kambing tetapi babi.

Sampai ke hari ini anak aku yang nombor 3 ni masih tak dapat membezakan kerbau dan lembu. Kalau nampak seladang rasanya lagi le dia confius. Dah jenuh aku bawa ke zoo taiping, masih juga dia confius. Sebaliknya anak yang nombor empat lebih mengenal binatang-binatang yang dia jumpa.

Agaknya kalau aku sebut cakcibo lagi dia konfius. Takut tersilap sebut je jadi J*b%. Seronokkan jadi seorang ayah yang dapat menerangkan ke konfiusan anak-anak.

Ahad, 27 Disember 2009

Sindrom 3G


Senario 1

"Sejak aku makan produk J ni berat badan aku dah turun sebanyak 12 kg". Kata kak N kepada adiknya.

Senario 2

"kaki akak ni kurang sikit sakitya apbila menggunakan produk s, badan pun terasa ringan" terang seorang kakak tu kepada aku.

Senario 3

"Aku makan produk M ni ok, tapi belum nampak perubahan lagi" kata seorang rakan sekerja setelah menggunakan produk M selama 3 bulan.

Senario penggunaan produk melangsingkan badan menjadi fenomena di Malaysia. Pemikiran kita telah diprogramkan apabila menggunakan produk tertentu kita akan dapat bentuk badan yang langsing, menarik dan mengiurkan.

Benarkah begitu atau hanya mainan psikologi. Apa yang aku perhatikan mereka yang mendakawa ada perubahan setelah menggunakan produk tersebut sebenarnya tak de apa-apa perubahan pun. Sama je macam dulu. Cuma keyakinan mereka bercakap sahaja yang bertambah.

Umpamanya seorang rakan aku yang mendakwa dirinya sihat namun pada masa yang lain apabila dia bercakap sering merungut pula tentang sakit-sakit lain yang masih dihidapinya dan terus mengah dan sakit lutut memanjat tangga-tangga. Mungkin dia lupa apa yang diperkatakan sebelum itu.

Ada yang mendakwa berat badan dah turun, namun hakikatnya masih macam tu juga. Sebenarnya aku pun tak pasti benarkah produk tersebut benar-benar berkhasiat dan dapat menurunkan berat badan.

Yang bestnya ada produk yang menyuruh kita hanya makan produk tersebut, jangan makan makanan lain. Ada produk yang menyuruh kita mengurangkan kuantiti dan kalori makanan yang biasa kita ambil sehingga 2/3 daripada yang biasa kita ambil.

Ada yang menyuruh mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan seruibu satu cara lagi yang perlu digunakan untuk menurunkan berat badan, namun produk tersebut perlu juga diambil.

Setelah lama memikirkannya aku mempunyai satu kesimpulan. Sebenarnya kalau kita sudah berpantang mengurangkan kuantiti dan kalori makanan serta melebihkan pengambilan buah-buah dan sayur-syuran itu sudah cukup untuk meguragkan berat badan. Tak perlu ambil produk-produk tersebut.

Untuk menahan diri daripada makan makanan yang tinggi lemak, berkaborhidrat dan sebagainya itu yang menjadi masalahnya. Sekiranya perkara tersebut berjaya dilakukan nescaya tak perlu sebenarnya kita pada produk pelangsingan badan.

Kemudian diikuti dengan exercise yang dibuat secara rutin. Masalahnya orang kita exercise hanya hangat-hangat tahi ayam. Kombinasi menjaga pemakanan dan exercise yang konsisten merupakan kunci penurunan berat badan dan cara yang paling baik mendapatkan badan yang sihat.

Satu lagi aspek yang penting diketahui ialah kepandaian kita membaca kalori makanan. Ini juga akan dapat membantu kita mengetahui had pemakanan yang perlu diambil dalam sehari. Dengan adanya exercise yang konsisten, manjaga pemakanan dan tahu membaca kalori hasrat kita ke arah menurunkan berat badan dan hidup secara sihat akan tercapai.

Hentikan tabiat membeli produk-produk yang hanya menghabiskan duit anda. Lebih baik anda melaburkan duit anda untuk membeli alat senaman seperti treadmil, basikal statik dan lain-lain lagi ataupun membeli penapis air berkualiti tinggi kerana air yang kita minum juga memainkan peranan yang penting ke arah penjagaan kesihatan yang baik.

Sebenarnya inilah azam tahun baru aku untuk hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan organik. Itupun kalau mampu sebabnya kebanyakan makanan organik amat mahal harganya.

Pontianak Harum Sundal Malam


"Ayah Calling telepon" Kata Anak aku nombor 3 kepada aku dengan kuat. Calling disebut dalam sebutan melayu. Jenuh juga aku memikirkan caling mana pulak yang telepon ini. Apabila aku tengok di skrin handphone rupanya perkataan "Calling".

Dah nak masuk darjah tiga sebutannya masih banyak yang tak betul. Pada satu hari aku sedang aku memandu kereta anak aku yang nombor 3 bersuara. "Ayah ngapa banyak SALE tertulis kat kedai tu". Oleh kerana sebutannya dalam bahasa melayu maka aku terpinga-pinga jugak SALE apa pulak ni?.

Aku tanya lagi "SALE apa?". "Ayah tak nampak ke tadi ada tertulis kat kedai tu SALE?" kata anak aku kepada aku. "Ayah tengah bawak kereta macam mana nak tengok" aku menjawab. "Tapi kat kedai-kedai lain pun banyak tertulis SALE, kalau jumpa lagi una tunjuk kat ayah"

Aku menjawab "ok". Tiba-tiba dia besuara lagi "Ayah kat depan tu ada SALE lagi". Aku pun melihatnya. "Oh ini maksud SALEnya"Bisik hati aku. Rupanya Sale yang bermaksud jualan murah. Memang la ada di merata-rata di kedai.

Malam ni dalam perjalanan aku kedai untuk membelin telur ayam tiba-tiba anak aku yang nombor tiga bertanya lagi. "Ayah ngapa telur yang kita beli tak jadi anak, ayam tu tak menyeram ke?". Ah keluar lagi perkataan baru MENYERAM.

Dalam hati aku terasa nak ketawa jugak sebab membayangkan susah juga ayam nak dapat anak terpaksa melalui suasana seram baru dapat anak. Terpaksa la kita suruh ayam tu tengok cerita pontianak harum sundal malam atau cerita seram yang lain. Susahkan jadi ibu ayam ni.

Sekali lagi dia main taram je sebut, mengeram jadi menyeram. Janji ada bunyi ram kat hujungnya. Namun anak aku yang nombor dua lebih teruk kesannya kepada aku sekeluarga apabila perkataan bahasa Inggeris difahamkan dengan makna melayu.

Kalau anda tengok di rumah anda apakah perkataan yang tertulis di atas kotak suis utama?. Perkataannya ialah Main Switch. Apalagi anak aku menarik suis yang ada kerana mungkin disangkanya suis itu boleh dimain. Kesan sampingannya bergelaplah rumah aku apabila suis tersebut tersebut jam. Tarik ke atas tak boleh dan tarik ke bawah pun tak boleh.

Aku bertanya kepada anak aku "Mengapa abang main suis tu" "Tu ada tulis main swicth" kata anak aku. Alamak nak marah pun ada, rasa nak ketawa pun ada. Sapa yang nak disalahkan apabila berlaku perkara seperti ini......... Aku rasa Karam Singh Walia pun tak boleh jawab ni. Hati-hati ya jangan biarkan anak anda bermain dengan main Switch.

Saksikan klip video hantu pokok pisang

Rabu, 23 Disember 2009

Maafkan Cikgu Ya


"Cikgu, cikgu kenal saya lagi ke?, saya anak murid cikgu tingkatan lima tahun 1998" Kata seseorang kepada aku

"Minta maaf le cikgu memang tak ingat, sapa nama kamu, kamu di mana sekarang" Aku membalas semula pertanyaannya.

"Nama saya Siti Jamilah (bukan nama sebenar), Saya dekat Melaka, saya pun jadi cikgu sekarang" Dia menambah.

Lama aku memikirkan pelajar tersebut. Akhirnya baru aku teringat pelajar ni dulunya pendiam dan berada di kelas pertengahan. Namun hari ini apabila dia menegur aku dan aku lihat lain sungguh pemnampilannya. Lebih lawa, manis dan matang.

Begitulah kebanyakan pelajar, pada zaman persekolahan bukan main selebet. Apabila sudah bekerja berubah sungguh penampilannya sehingga sukar untuk aku mengenali mereka ini. Nasib baiklah tak terngorat. Kalau tidak buek malu yo.

Jadi Cikgu ni bukan boleh buat tak tentu hala, ramai bekas-bekas anak murid yang memerhatikannya. Bukan semuanya yang menegur kita. Kebanyakannya hanya mendiamkan diri. Kadang-kadang di hotel ada anak murid. Di pejabat tanah ada anak murid. Di Pasar basah ada anak murid dan sesetengahnya pula sudah bertebaran ke lain-lain negeri.

Sebagai cikgu kita memang kena jaga perangai walau di mana berada. Kalau tidak japa yang kita lakukan akan menjadi isu seperti bekas cikgu aku yang suka berkunjung ke tempat yang tidak sepatutnya. Sehingga hari ini masih di kenang oleh bekas anak muridnya.

Bekas anak murid kita mungkin bilangannya sudah mencecah berpuluh ribu orang. Mereka semua kenal kita, sedangkan kita tidak mampu mengenal kesemuanya. Hanya yang paling nakal biasanya yang kita ingati. Bagi yang sederhana ni memang kita tak ingat.

Tambahan pula pelajar perempuan apabila tamat persekolahan penampilannya amat berubah. Yang dulu selebet kini dah cun melecun. Yang dulu diam kini dah menjadi peramah. Yang dulu tak berapa bergaya kini sudah mengalahkan artis.

Sekali pandang memang tergoda. Satu lagi ramai juga yang sudah berkahwin dan beranak-pinak. Yang jenis ni pun kadang-kadang sukar kita hendak mengenali memandangkan mereka sudah menjadi emak orang. Cikgu tetap cikgu dan kadang-kadang ada yang daripada awal posting di sekolah yang sama sehingga pencen.

Ada yang mengajar sehingga 3 generasi dalam sesuatu keluarga, bapa, anak dan cucu terutamanya bagi anak murid yang kahwin awal. Begitulah senarionya dunia perguruan..... Kepada anak murid yang berjaya cemerlang dalam PMR Saybas diucapkan. Kepada yang kurang menyerlah. Ini bukan pengakhiran dalam menempuh kehidupan mendatang. Ini hanyalah sebahagian rutin hidup yang wajib ditempuhi. Teruskan usaha dn tingkatkan prestasi.....

Selasa, 22 Disember 2009

Teh Ais dan Tottenham Hotspur


Semasa kecil aku kerap mengikut ayah ke kedai kopi. Dalam seminggu tu hampir 2 ke 3 kali ayah membawa aku ke kedai kopi. Memang seronok duduk di kedai kopi sambil minum-minum.

Setiap kali ke kedai kopi aku akan minum air soya botol. Itulah minum kegemaran aku sehingga pada satu hari aku tertarik dengan sejenias minuman yang aku tak tau namanya. Ramai kawan ayah aku yang memesan minuman tersebut. Aku juga jadi teringin hendak minum minuman tersebut. Nak minta tak tau pula namanya. Aku hanya memendamkan keinginan tersebut.

Namun keinginan aku membuak-buak hendak minum minuman tersebut. Nak minta aku tak tau namanya, hendak tunjuk aku hendak minuman seperti yang kawan-kawan ayah minum malu pula rasanya. Hampir beberapa bulan keadaan tersebut berlalu sehingga pada satu hari ayah aku pula memesan minuman tersebut.

Apa lagi aku pun memberitahu ayah aku yang aku hendak minuman macam yang ayah aku minum. Ayah aku memangil pelayan kedai kopi "Mat tolong buat teh ais satu lagi".Kata ayah aku kepada pelayan tersebut.

"Oh Teh ais namanya", bisik hati aku. Sejak hari itu teh aislah yang menjadi minuman kegemaran aku. Warnanya dan rasanya memang sedap. Akhirnya tercapai juga hajat aku hendak minum minuman yang ramai kawan ayah aku minum.

Ayah aku akan ke kedai kopi apabila ada perlawanan bolesepak liga Inggeris yang melibat kan Tottenaham Hotspurs. Rupanya dia peminat Hotspurs. Sehingga ka hari ini pun team yang dia minat tetap Hotspurs. Aku juga terikut dengan minatnya yang meminati Hotspurs.

Aku ingat lagi antara pemain yang aku minati ialah Steve Archibald, Garth Crooks, Glenn Hoddle, Osvaldo Ardiles. Cuma sekarang ini aku agak kurang mengikuti perkembangan pasukan ini. Namun ayah aku terus setia meminati dan menyaksikan Hotspur beraksi. Bravo......

Isnin, 21 Disember 2009

SMS


Apakah tindakan anda apabila mendapat SMS yang amat menyakitkan hati.

A. Terus balas
B. Mendiamkan diri
C. Membalasnya pada masa yang sesuai setelah memikirkan hujah-hujah.

Sebenarnya ke tiga-tiga cara pernah aku lakukan. Namun cara yang kedua dan ketiga lebih kerap aku gunakan. Antara cara kedua dan ketiga aku lebih kerap menggunakan cara yang ketiga. Apabila kita terus membalas SMS tersebut selalunya apa yang kita luahkan itu bersifat emosi dan banyak menunjukkan kelemahan diri sendiri.

Kadang-kadang aku fikir tak sepatutnya kata-kata yang aku tulis dalam SMS itu. Selalunya aku akan mengambil masa selama sehari atau 2 hari untuk membalas SMS yang sedemikian rupa. Tempoh bertenang tersebut menjadikan lebih tenang dan lebih bujak menyusun kata.

Hujah yang keluar menjadi lebih mantoppp dan mengesankan hati orang yang menerima SMS balas tersebut. Kadang-kadang hanya sebaris ayat mampu menjadikan manusia yang menghantar SMS yang menyakit hati sedar sedar tentang apa yang dilakukan dan mengakui kesalahannya.

Namun ada juga yang memang keras kepala. Kalau jenis manusia macam ini walaupun selepas kita membalas SMSnya dia masih menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati biasanya aku tak layan dah. Lantak dia la nak hantor berapa ribu SMS pun. Aku akan terus delete SMSnya. Tak payah baca, buang masa je. Hanya menggugat semangat dan emosi untuk aku melakukan kerja-kerja yang seterusnya.

Dulu semasa terlibat dalam perniagaan jualan langsung dan menjadi broker projek memang hampir setiap hari aku menerima SMS yang menyakitkan hati. Aku pun tak sanggup nak menulis kata-kata tersebut di entry ni. Cukuplah aku katakan amat menusuk jiwa. Semuanya ini berlaku kerana salah faham dan kerana adanya orang tengah yang menjadikan keadaan lebih buruk.

Namun ini menjadikan aku lebih matang dan banyak mengenali kawan dan lawan serta lebih memahami pelbagai kerenah manusia serta menjadikan aku lebih banyak berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata.

Sabtu, 19 Disember 2009

Tepek Keras


Pagi yang gelap kini sudah terang. Begitu antara bait lagu kumpulan hujan. Yang tak bestnya susudah terang cuaca kembali gelap hari ini. Mungkin hendak hujan agaknya. Cuaca macam ni memang menjadikan mata mengantuk sahaja. Tambahan pula sekiranya hujan turun. Perut pun apa lagi asyik berdendang minta diisikan sesuatu.

Aku teringat semasa kecil dahulu pada waktu musim hujan arwah emak aku akan membuat tepek keras. Bentuknya macam capati tetapi agak sedikit keras. Cara buatnya pun macam capati. Tepung gandum dibancuh dengan air garam.

Setelah itu diuli dan di lenyeknya dengan meggunakan botol kaca sehingga nipis. Kemudian diletakkan di atas kuali sehingga masak. Kemudian diangkat dan di makan panas-panas. Nak sedap lagi bubuh sedikit planta di atasnya.

Ia perlu di makan-makan panas-panas. Kalau dah sejuk agak kurang "kick". Kemudian di makan dengan ikan masin, perghhhh memang sedap. Selalunya sambil emak aku masak, aku akan makan tepek keras yang sudah di masak sebelum itu. Kadang-kadang belum sempat masak tepek keras yang seterusnya, tepek keras yang sudah dimasak sebelum itu sudah licin di makan.

Namun makanan seperti ini hanya sedap di makan dalam suasana sejuk. Tak sedar kadang-kadang sampai 2-3 keping aku makan sorang. Bestnya tepek keras ni. Ayah aku lagi best kadang-kadang makan dengan sambal tumis petai atau kadang-kadang makan dengan petai mantah dan ikan masin.

Lama dah tak rasa tepek keras. Rindu pulak rasanya maklumlah musim-musim cuaca sejuk dan hujan ni. Memang rindu serindu-rindunya.

Jumaat, 18 Disember 2009

Beg kosong



Suatu hari aku bersembang dengan seorang rakan guru sekolah lama aku. Bukan main rancak kami menyembang maklumlah lama tak jumpa. Macam-macam topik yang kami bincangkan. Terutamanya perkara-perkara yang melibatkan disiplin pelajar.

"Ri engko perasan tak sekarang ni semakin ramai budak yang datang sekolah tak bawa buku, beg kosong, seluar kaki kecil dan rambut tercacak" katanya kepada aku

"Ha ah betul la kamis (bukan nama sebenar), aku sebenarnya dah lama perhatikan masalah ini, apabila tidak diambil tindakan perkara ini akan berjangkit kepada pelajar lain, semakin hari semakin ramai" Aku menambah.

"Apa yang menghirankan aku, semasa pergi ke sekolah emak bapak tak tanya ke mengapa bawa beg kosong, atau boleh ke pakai seluar kaki kecik dan boleh ke rambut tercacak ke sekolah" tambahnya lagi.

"Betul juga takkan emak bapak tak tegur, Mungkin juga emak bapak dah tak boleh tegur dan hanya menyerahkan kepada pihak sekolah." aku menambah.

"ini yang tak betulnya takkan nak serah pada pihak sekolah 100%. Dulu ri aku pernah tangkap budak kes disiplin dan panggil ibu bapanya datang ke sekolah, engko tahu apa bapak nya cakap" member aku berkata dengan penuh semangat.

"Dia kata apa?" aku bertanya.

"Bapaknya kata Cikgu saya dah tahu nak buat apa dan tak larat nak tegur , saya hanya harapkan pihak sekolah untuk membetulkan anak saya" ceritanya kepada aku.

"Kalau pakcik pun dah larat dan tak boleh tegur anak, saya pun lagi tak larat juga nak menegur dan membetulkan anak pakcik. kami di sekolah pun ada pelbagai kerja hendak dilakukan termasuklah menjaga disiplin anak pakcik. dan masa kami terhad di sekolah sahaja, selepas itu sepatutnya tanggungjawab ibu bapa" kata kawan aku.

Jadi satu kesimpulan yang aku boleh buat emak dan bapak hari ini takut hendak menegur anak-anak tentang kesalahan yang dilakukan, Takut merajuk, takut lari dari rumah dan mungkin juga membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak begitu sahaja.

Maka kegagalam mereka mendidik anak-anak di sekolah dipindahkan pula kepada pihak sekolah. Sepatutnya kita sama-sama bertanggungjawab. Jangan dibiarkan lama untuk menegur kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Sebaik dia buat kesalahan maka terus tegur. Apabila dia sudah melakukan kesalahan kemudian baru ita nak menegur maka anak-anak akan memberontak dan marahkan ibu bapa.

Oleh itu janganlah serahka 100% masalah anak anda kepada sekolah.

Khamis, 17 Disember 2009

Tabik tuan :Balada seorang bapa


Encik Rahman (bukan nama sebenar) seorang anggota polis berpangkat rendah. Gajinya pula tidaklah sebesar mana. Dia mempaunyai anak seramai empat orang. Setiap hari dia bertugas di pondok masuk ke balai polis. Apabila lalu pegawai berpangkat tinggi maka setiap kali itulah dia kena tabik.

Namun kegigihannya membesarkan anak-anaknya sehingga semuanya ke menara gading amat membanggakan. Sehingg ke hari ini perwatakannya yang sederhana amat menyenangkan semua orang. Dia pernah menceritakan bagaimana caranya dia memberi kefahaman dan menyuntik semangat motivasi kepada anak-anaknya sehingga ke menara gading.

Pada satu hari dia memanggil kesemua anak-anaknya dan menunujukkan slip gajinya kepada anak-anaknya dan dia berkata "Nak ini slip gaji ayah (RM 800.00), dengan duit inilah kita makan, hendak bayar sewa rumah, kenderaan, belanja sekolah dan lain-lain keperluan"

Katanya lagi "Ayah memang tak mampu untuk menghantar kamu semua ke tuisyen seperti anak orang lain. Jadi kamu berilah tumpuan belajar di sekolah dan belajar sendiri di rumah".

"Ayah juga tak mahu kamu jadi macam ayah yang setiap hari memberi tabik hormat kepada orang atas lantaran tidak cemerlang dalam pelajaran. kalau boleh ayah nak kamu menjadi oarng yang lebih baik daripada pegawai atasan yang setiap hari ayah tabik" Tambahnya

"Ayah juga hanya mampu menyediakan makan-minum dan pakai seadanya"

Mulai hari itu pembelajaran anak-anaknya meningkat walaupun tanpa kelas tambahan seperti anak orang lain. Apa yang menariknya di rumah anak-anaknya saling bantu-membantu sesama sendiri bagi memastikan kesemua adik beradiknya berjaya dalam pelajaran.

Hari ini Encik Rahman boleh berbangga dengan kesemua anak-anaknya.



Ada berani ka?

PROGRAM JELAJAH BELIA MERENTASI DENAI
RAJA ASAL - MAT KILAU


Perasmi
Dato' Seri Dr. Zambry Abd.Kadir
Menteri Besar Perak

Tarikh
25 hingga 27 Disember 2009

Tempat
Padang Kg. Lintah, Slim Village,
Slim River Perak

Masa
3.00 petang

anjuran
Persatuan Belia Slim Village


www.total-escape.blogspot.com

*Jemput datang ke program tersebut antara peneraju utama program ini sahabat baik aku YM Raja Musa Raja Osman.
PROGRAM JELAJAH BELIA MERENTASI DENAI RAJA ASAL - MAT KILAU

Tipu bahagian akhir

Aku nak sambung lagi kisah penipuan ini. Apabila cara gores dan menang telah di reject oleh kebanyakan orang kampung, syarikat tersebut telah menukar strateginya.

Strategi 1

Juga menggunkan ejen melayu terutamanya gadis belasan tahun untuk membuat survey tentang ICT. Katnya "Jangan takut encik kami hanya nak survey, bukan jual barang". Mereka memperkenalkan diri yang mereka ini daripada jabatan tertentu dalam kerajaan. Macam-macam soalan di tanya. berkaitan ICT . Namun akhirnya dia tetap menjual barang dan mereka offer nak jual komputer riba. kepada aku Pada masa itu aku memang membuka kelas komputer di rumah. Aku pun menunjukkan beberapa biji komputer yang aku miliki. Ejen tersebut keluar dari rumah dengan perasaan hampa. Selamat aku.....

Strategi 2

Menyamar sebagai pegawai kesihatan untuk menyembur ubat nyamuk. Waktu ejen tu datang pada tengah hari buta. Aku memang kenal dengan ramai kaki tangan kesihatan dan mereka memaklumkan semburan hanya akan dilakukan pada waktu selepas subuh atau waktu senja dan percuma. Apabila aku menolak, mereka terus memaksa untuk membuat semburan dan perlu membayar sejumlah bayaran. Mereka juga menunjukkan surat kebenaran semburan daripada pejabat kesihatan dan mengatakan semua rumah telah membuat semburan .Hanya rumah aku yang masih berdegil.

Selepas itu datang pula kononnya pegawai atasannya yang terus mengertak dan memaksa aku membuat semburan. Aku dah tak boleh tahan. Aku kata tunggu kejap aku telefon pejabat kesihatan tapah. Apabila melihat aku ingin menelefon pejabat kesihatan Tapah semuanya melarikan diri dengan van biru yang menawarkan kad gores dan menang sebelum ini. Cuma drivernya sahaja yang berbeza.

Strategi 3

Menawarkan perkhidmatan memeriksa tangki gas. Kononnya mereka ini daripada sebuah agensi kerajaan yang bekerjasama dengan bomba. Aku tidak membenarkan mereka masuk untuk memeriksa tabung gas aku kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada rakan aku. Sebelum itu saluran gasnya memang ok. Selepas dilakukan pemeriksaan tiba-tiba saluran gas tersebut bocor.

Selepas itu ditemui kesan cucukan halus pada saluran gas. Selepas itu mereka menawarkan saluran gas dan kepala tong gas bermeter dengan harga yang berlipat kali ganda daripada harga di luar. Bapa mertua aku yang tinggal di Kg Jelai, Batu Kurau juga pernah di datangi oleh ejen yang sama untuk memeriksa saluran gas. Yang bestnya Van warna biru itu juga digunakan. Maknanya mereka bergerak satu negeri perak menggunakan modus operandi yang sama. Yang jadi balacinya orang melayu.

Strategi 4

Selepas itu ada bermacam strategi lagi digunakan. Survey penduduk, survey penggunaan minyak masak, baucer tesco dan bermacam lagi. Dan terkini mereka menggunakan telefon dan mengaku sebagai ejen pelancongan untuk memberi kad diskaun. Apabila kita menolak mereka boleh tanya sebab apa kita menolak?. dan siap marah-marah. Apalagi inilah kesempatan aku memaki hamun dan mengeluarkan perkataan @#$%^&. Padan muka, orang dah cakap tak nak banyak cengkadak pulak.

Aku akhiri dengan cerita seorang member yang di datangi ejen perempuan muda . Pada suatu hari member aku tinggal seorang diri dirumahnya kerana isteri dan anaknya keluar ke pekan berhampiran. Tiba-tiba datang seorang ejen yang beria-ria sangat hendak masuk ke rumah dan menawarkan pelbagai tawaran. Setelah memaksa member aku dengan pujuk rayunya maka member aku membenarkannya masuk.

Selepas itu dia menerangkan tujuannya datang dan mula menawarkan hadiah dengan bayaran tertentu. Member aku terus menolak. Namun ejen tersebut terus mendesak. Akhirnya..... jeng jeng..... jeng...... Member aku masuk ke dalam bilik dan keluar semula dengan memakai tuala serta duduk bersebelahan ejen tersebut sambil merenung ke atas dan ke bawah. Mungkin ketakutan ejen tersebut lari keluar ke rumah.

Member aku ketawa berdekah-dekah. Menjadi juga strategi. Orang dah cakap tak nak tak paham bahasa. Kena macam tu btru dia tahu. Mungkin ejen tersebut berasa serik selepas itu.....

Selasa, 15 Disember 2009

lagi-lagi tipu

Penipuan ke 2

Aku sambung lagi cerita tentang jiran aku yang hampir terbunuh kerana gores dan menang. Modus Operandinya sama seperti yang arawah emak aku alami. Cuma barangannya sahaja yang berbeza. Kali ini baranganya ialah oven elektrik. Harganya yang mesti dibayar memang mahal daripada harga biasa.

Setelah mendapat oven tersebut jiran aku merasa begitu seronok dan mula berkira-kira untuk memasak pelbagai resepi yang istimewa. Walaupun dia membayar harga yang tinggi dan mendapat barangan yang entah apa-apa jenamanya, namun dia masih berasa gembira.

Pada suatu hari tibalah masanya untuk dia membuat makanan yang digemarinya menggunakan oven, tersebut. Dia tidak saba-sabar untuk menghidangkan resepi tersebut kepada suami dan anak-anaknya.

Setelah semua adunan makanan siap dibuat maka dia memasukkan adunan tersebut ke dalam over. Kemudian apabila dia menekan suis elektrik sambil memegang oven dirinya telah direnjat oleh renjatan elektrik rumah yang kuat. Serentak dengan itu juga ovennya berasap dan ada letupan kecil.

Naisb baik anaknya sempat memberikan pertolongan, kalau tidak memang arwah. Setelah di periksa oleh mereka yang berkemahiran tentang elektrik ternyata pendawaiannya tidak sempurna dan dibuat secara tangkap muat serta tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak seperti sirim.

Apabila di telefon syarikat tersebut mereka langsung tidak diangkat telefon. Nasib baiklah tuhan memanjangkan umur jiran aku. Barangan tersebut dibayar dengan harga yang mahal telah hampir meragut nyawanya.

Kata jiran aku yang menghantar barang tersebut taukehnya juga berbangsa cina memakai van berwarna biru serta ajennya juga seorang gadis melayu yang masih muda.Adakah aku masih racist lagi?

Penipuan yang seterusnya


Aku sambung lagi entry semalam. Penipuan ini dilakukan di kawasan perumahan orang melayu terutamanya di felda dan kampung-kampung. Ramai yang dah jadi mangsa ada yang hampir terbunuh kerana penipuan yang dilakukan oleh sindiket ini.

Penipuan 1

Perkara ini berlaku ke atas arwah emak aku sendiri. Pada satu hari rumah aku di datangi ejen gores dan menang bebangsa melayu. Pada mulanya dia kata dia hanya hendak ambil masa sedikit sahaja. Setelah memperkenalkan diri daripada sayarikat tertentu dia mengeluarkan kad gores dan menang. Arwah emak diminta untuk menggores kad tersebut.

Setelah digores kad tersebut, emak aku menang hadiah utama. Ajen tersebut bersorak kegembiraan dan terus menelefon kawan-kawan yang rupanya sudah siap sedia berada di sekitar rumah aku.

Sekejap sahaja ruamah aku dikerumuni kawan-kawan ajen yang menunjukkan reaksi yang sangat seronok apabila emak aku menang hadiah Utama. Ada yang muka terkejut, ada yang menekup-nekup mulut seperti terlampau suprise dan tak kurang juga yang memberi tahniah kepada emak aku. Aku hanya memerhati dari dalam bilik tanpa disedari oleh mereka.

Ada yang kata "makcik beruntung, bukan senang nak menang hadiah ni". Ada juga yang berkata "buka senang nak menang, dalam ramai-ramai di kawasan ini makcik yang menang hadiah utama" dan macam-macam lagi.

Namun apabila emak aku diminta membuat sedikit bayaran emak aku menolak. Ajen terus memujuk katanya kalau makcik tak nak hadiah utama ni boleh tukar hadiah lain seperti pinggan-mangkuk. Emak aku kata kalau pinggan mangkuk kena tengok contohnya. Sebenarnya itu hanya alasan emak aku untuk menolak.

Namun ajen tersebut menelefon bosnya. Tidak sampai seminit bosnya yang bebangsa cina tiba di rumah aku dengan van berwarna biru metalik membawa pinggan-mangkuk tersebut. Habis semua sample dibuka tanpa kerelaan emak aku. Namun untuk mendapat hadiah tersebut juga dikenakan sedikit bayaran yanga jumlahnya agak tinggi juga berbanding kualiti barangan yang boleh didapati di pasar malam.

Apabila arwah ibu aku menolak, mereka mula marah-marah nak mengugut. Aku yang dari tadi berada di dalam bilik keluar. Melihatkan aku mereka sudah mula kelam kabut kerana mereka menyangka hanya arwah emak berada di rumah.

Aku pun bertanya apa masalahnya kepada emak aku. Emak aku menerangkan situasi sebenarnya. Aku menyoal bos dan ajen tersebut tengok pinggan-mangkuk tersebiut belum tentu nak beli dan mana boleh paksa-paksa orang untuk beli. Aku terus mengangkat telefon seperti hendak menelefon polis. Serta-merta mereka minta diri dan hilang dalam sekelip mata.

Yang sedihnya ajennya semua melayu. Tetapi bos dibelakagnya cina. Minta maaf ya aku bukan racist. Ini hakikat yang aku sudah alami berkali-kali. Nanti aku sambung bagaimana jiran aku hampir terbunuh kerana sindiket seperti ini.

Sindiket Cina tipu melayu



" Hello, you ada kad kredit" tanya seorang jurujual merangkap ulat.

"Ada" jawab kawan aku.

"Kalau ada you boleh ambik hadiah" Kata jurujual tu lagi

Kebetulan kawan aku baru dapat kad kredit yang dipohonnya. Maka dia pun menjawab dengan jujur tanpa menyangka ada apa-apa maksud udang di sebalik mee daripada jurujual. Setelah tiba di outlet jurujual tersebut.

"Ini you punya hadiah, sebelum itu you boleh gores ini kupon mungkin boleh menag hadiah"Kata jurujual

Tanpa berlengah kawan aku dengan penuh tulus dan ikhlas menggores kopun tersebut. Tiba-tiba

"Tahniah Encik, tahniah Encik, Encik sudah menang hadiah utama" Kata jurujual bersana konco-konconya.

Kawan aku bukan main gembira kerana memenangi hadiah tersebut.

"Tetapi sebelum dapat hadiah ini encik kena buat sedikit bayaran sebanyak RM !@#$%. Boleh guna kad kredit" Kata jurujual.

Nasib baiklah kawan aku terus menelefon aku sebelum menyerahkan kad kredit tersebut untuk di gores.

"Ri aku menang hadiah, ri aku menang hadiah" suranya keseronokan.

"Hadiah apa?" tanya aku.

"Aku gores kupon dan aku dapat hadiah, tapi kena buat sedikit bayaran guna kad kredit" katanya yang masih kegembiraan.

"Berapa?" tanya aku. "RM !@#$$" jawab kawan aku. Aku sudah mula tidak sedap hati memandangkan jumlah yang disebutnya agak besar juga.

"Tunggu dulu sampai aku datang, jangan berikan kad kredit" kata aku kepadanya.

Sesampai aku di outlet tersebut aku dapati kawan aku telah dikerumuni oleh jurujual dan konco-konconya. Aku bertanya kepada jurujual "Mana hadiahnya" Jurujual menunjukkan penapis air seperti jenama yang terkenal. Namun apabila aku baca jenamanya, aku pun tidak pernah dengar jenama tersebut. Sebenarnya penapis air tersebut tersangatlah murah harganya.

Aku terus hendak mengambil penapis air tersebut. Tetapi di halang oleh jurujul. "Mengapa tak boleh ambik tadi kata hadiah" kata aku "Tak boleh encik, kawan encik kena buat bayaran". Kata jurujual. "Tadi kata hadiah, kalau hadiah apa pasal mau bayar lagi" aku bertanya kepada jurujual

Jurujual tersebut tak boleh menjawab. Setelah itu aku tarik tangan kawan aku dan aku berbisik kepadanya "man ini semua penipuan, sindiket cina tipu melayu". Aku lihat jurujual dan konco-konconya memnadang dengan penuh geram kepada aku.

Peristiwa ini berlaku kira-kira enam tahun dahulu di Greentown mall Ipoh semasa aku dan kawan aku ni window shopping di situ. Kebetulan perut meragam dan aku ke tandas. Semasa itulah dia dihampiri oleh jurujual aka Ulat Cina tipu melayu.

Memandangkan sahabat aku ini jujur orangnya maka mudah sangat dia percaya dengan orang tertentu. Aku pula bukan hendak bangga, tetapi aku dah jenuh berhadapan dengan penipuan seperti ini. Dah masak cara dan kaedah penipuannya.Bersambung dalam entry seterusnya






Jumaat, 11 Disember 2009

Pagar Roboh

Ada pelbagai perkara yang palsu dalam dunia ini. Seluar palsu, baju palsu, bunga palsu,produk-produk palsu malah cinta pun ada yang palsu. Namun kepalsuan ini tidak menghalang orang daripada membelinya. Anda pergilah ke Petaling Street ada bermacam produk palsu yang menjadi penggemar pengunjung daripada serata dunia.

Namun ada sahabat aku yang jarang sekali menggunakan barang yang palsu. Semua barangan yang ada ditubuh badanya semuanya yang branded. Baju Baranded, Seluar branded, Kasut baranded malah seluar dalamnya pun branded. Memang lu mat branded la bro .Namun sesuailah dengan orangnya yang handsome dan bergaya.

Apabila memperkatakan tentang hal palsu ini hanya ada satu benda yang walaupun palsu kita terpaksa menggunakannya bagi menutup kekurangan diri. Iaitu gigi palsu. Rasanya ramai sangat orang hari ini yang memakai gigi palsu. Tanpanya ramailah anak-anak dara yang tidak akan berkahwin. Maklumlah ada yang pagar hadapan hampir ke semuanya sudah roboh. Suatu pandangan yang agak menjelekkan apabila dilihat oleh bakal suami.

Artis-artis juga ramai yang memakai gigi palsu. Cuba anda bayangkah artis pujaan anda menyanyi tanpa gigi palsu macam manalah ropanya. Bagi isteri yang memakai gigi palsu, cuba si suami menyuruh isterinya supaya sehari tidak memakai gigi palsu macam pula mana ropanya. ataupun berjalan-jalan di shopping kompleks tanpa memakai gigi palsu.

Aku hendak menceritakan sedikit pengalaman kawan-kawan yang menggunakan gigi palsu. Sebagai seorang guru bercakap merupakan perkara yang paling utama. Pagar hadapan kena ok beb, kalau tidak bersembur-sembur air liur. Naya murid yang duduk di bahagiaan hadapan terkena tempias. Terpaksalah setiap hari mereka menyediakan payung sebelum hujan.

Pernah juga seorang rakan guru yang hampir hendak tercabut gigi palsunya apabila bercakap. Sedang bercakap dengan penuh semangat tiba-tiba giginya hendak tertanggal. Nasib baik sempat di tangkap kalau tidak...... anda sendiri boleh bayangkan. Aku pernah cuga membayangkan bagaimana sekiranya giginya jatuh dan sempat ditangkap oleh anak muridnya. Memang lucukan kalau situasi seperti itu berlaku.

Satu lagi cerita yang agak melucukan tentang seorang sahabat baik aku. Pada suatu hari dia mandi di sebuah kolam di subuah hotel terkemuka. Bukan main seronok dia mandi kerana tercapai hajatnya hendak mandi di kolam hotel. "Rasa macam orang kaya la pulak" katanya. Hampir 2 jam dia mandi di kolam tersebut.

Apabila telah puas mandi dia pun keluar daripada kolam tersebut. Setelah mengeringkan dirinya dia pergi ke bilik yang disewanya di hotel tersebut. Kemudian dia bersiap-siap untuk pergi makan. Setelah memakai baju dan seluar dia mengadap cermin untuk menyikat rambut.

Apabila dia tersenyum melihat cermin barulah dia menyedari yang gigi palsunya sudah tiada apabila melihat pagar roboh di dalam cermin tersebut. Dia sudah mula mengelabah dan mula memikirkan di mana pula gigi palsunya terjatuh. Fikir punya fikir mungkin jatuh di kolam bisik hatinya.

Dia bergegas ke kolam tersebut dan masuk ke dalam kolam untuk mencarinya. Jenuh juga dia mencari ke sana dan ke mari. Gelagatnya diperhatikan oleh ramai juga pengunjung yang sedang mandi. Hendak meminta pertolongan mungkin berasa malu. Takkan lah hilang gigi palsu pun nak minta tolong orang lain mencarinya. Namun kalaulah orang lain membantunya mencari gigi palsunya mungkjin suasananya seperti anggota CSI yang ramai sedang mencari bahan bukti.

Nasibya memang baik, cari- punya cari dan selam punya selam dia ternampak objek putih kemerahan tersangkut di corong air yang mempunyai jaring besi di bahagian bawah kolam renang . Nasib baik ada jaring besi, kalau tidak terpaksalah memasamkan muka dan mendiamkan diri pada hari itu. Takut rahsia terbongkar.

Dengan tergesa-gesa dia pun memakai semula gigi palsu. Nasib baik ngam. Buat nya gigi palsu tersebut orang lain punya tak ke naya. Apa macam pembaca anda ada pengalaman tentang gigi palsu. Bolehlah anda coretkan dalam ruangan komen. Anda juga boleh membaca artikel dengan mengklik link di bawah tentang gigi palsu yang di tulis oleh Parlindungan marpaung. Memang lebih melucukan.

Dengarkan juga halwa telinga ini.......Mutiara daripada kumpulan mutiara







Khamis, 10 Disember 2009

Sleepwalking atau Somnambulism


Pernahkah anda melihat atau berhadapan dengan situasi orang berjalan dalam tidur?. Atau ada di kalangan ahli keluarga anda yang mengalaminya?. Atau mungkin juga anda sendiri pernah mengalaminya?.

Masalah berjalan tidur ini disebut sebagai sleepwalking atau somnambulism. Majoriti mereka yang terlibat dengan masalah ini ialah anak-anak yang berumur 8-12 tahun. Namun terdapat juga di kalangan orang dewasa yang menghadapi masalah ini. Antara punca yang dikenalpasti ialah :

  • Keletihan
  • Stres
  • Gelisah
  • Demam
Aku juga pernah menghadapi situasi yang sama baru-baru ini apabila seorang anak buah aku yang hampir setiap malam berjalan dalam tidur. Perkara ini sering berlaku pada waktu tengah malam.

Anak buah aku akan berjalan ke mana-mana tempat. Kadang-kadang ke ruang tamu, dapur, dalam bilik lain di rumah tersebut dan biasanya akan tertidur di situ sehingga pagi. Pada satu pagi aku dapati dia berada di hujung kaki aku. rupanya dia berjalan daripada biliknya masuk ke bilik tempat aku sekeluarga tidur.

Mujurlah dia tidak keluar ke rumah. Mungkin kerana dia tidak sampai untuk membuka kunci pintu untuk ke luar rumah. Rupanya-rupanya perlakuannya berjalan di dalam tidur ini diwarisi daripada datuk saudaranya yang juga menghadapi masalah berjalan di dalam tidur.

Pada masa remaja penyakit berjalan di dalam tidur datuk saudaranya lebih hebat apabila berjalan ke luar rumah sambil membawa bantal dan selimut terus menuju ke kawasan semak di luar rumah dan tidur di situ sehingga waktu pagi. Bukan main lena dia tidur di dalam semak lengkap berbantal dan selimut.

Kelam kabut adik-beradik yang lain mencarinya. Setelah agak lama dicari dia ditemui sedang tidur nyenyak di dalam semak. Kalau macam ini memang parah. Sekiranya ketika berjalan dalam tidur mereka ini membasuh pinggan atau mambsuh kain rasanya ok juga. Dapatlah meringakan kerja harian ibu.

Aku akhiri artikel ini dengan sebuah kisah yang aku petik daripada sebuah forum cerita humor Indonesia tentang berjalan dalam tidur.

Seorang pasien yang memiliki penyakit aneh sedang berkonsultasi dengan seorang dokter

Pasien : "Dok, saya ini punya penyakit aneh, saya suka berjalan sambil tidur, pak Dokter bisa
memberi obat yang mujarab untuk saya"

Dokter : "Oh, itu gampang, saya punya obat yang mujarab untuk menyembuhkannya"

Pasien : "Wah ternyata ada ya pak, apa itu obatnya ?"

Dokter : "Ini obatnya di dalam kotak ini, cara pakainya, sewaktu mau tidur, Bapak cukup
tebarkan obat ini ke sekeliling tempat tidur Bapak"

Pasien : "Oh, gampang sekali ya cara pakainya, nggak pake diminum segala, memang itu
obatnya berbentuk apa Pak ?"

Dokter : "Paku payung"

Memang berkesan ubat tersebut......

Rabu, 9 Disember 2009

Berdosakah aku

Di sekolah lama aku pada setiap hari khamis akan diadakan mesyurat sekolah. Maka pelbagai isu dibincangkan. Mesyuarat ini merupakan tempat untuk pengetua membuat teguran kepada guru-guru. Setiap kali teguran dibuat maka ada sahaja mata-mata guru-guru di sekolah tersebut melihat atau menadang sinis kepada aku dan seorang lagi cikgu senior yang merupakan sahabat baik aku.

Aku mengerti kerana aku dianggap guru yang banyak masalah. Namun keengganan aku mematuhi sesetengah arahan itu bersebab dan ada alasannya. Pada satu hari pengetua memberi ingatan kepada semua guru Bahasa Malaysia agar masuk ke kelas kerana ada rungutan daripada ibu bapa.

Habis sahaja mesyuarat ketua panitia mencari aku dan pertanyaannya kepada aku seolah-olah akulah yang tidak masuk ke kelas. Aku memberitahu kepada ketua panitia tersebut cikgu boleh memeriksa buku yang selalu ditandatangan oleh guru setiap kali masuk ke kelas yang dipegang oleh ketua kelas. Aku memberitahu kepadanya cuba cikgu cari dalam buku tersebut hari yang aku hadir ke sekolah tetapi aku tidak masuk ke kelas.

Kalau cikgu tidak yakin dengan buku tersebut tanya kepada pelajar siapa cikgu yang selalu tidak masuk kelas. Namun tindakan sperti itu tidak akan dilakukannya kerana aku tahu ramai juga guru yang tak masuk kelas atau lamabat masuk kelas. Kalau betul mencari kebenaran bongkarkan semuanya. Seingat-ingat aku masuk ke kelas inilah yang aku paling jaga. Walau aku dicop macam manapun. Kelas jarang aku tidak masuk. Rasanya kadar masuk kelas aku 99.9 %.

Kerana ini jugalah pihak sekolah tidak boleh mengenakan sebarang tindakan kepada aku kerana tugas P&P aku selesai. Kalau tidak sudah lama bermacam tindakan yang boleh diambil ke atas aku. Memang sudah lumrah apabila kita dicop sebagai bermasalah maka selamanya kita akan dianggap bermasalah. Mereka tidak pernah mencari puncanya mengapa. Banyak kali aku meminta kepada pihak sekolah agar diberi ruang untuk aku berjumpa dan bercakap dengan pihak PPD. Namun mereka hanya senyap. Oleh kerana mereka ada kuasa mereka boleh melakukan dengan sewenang-wenangnya.

Sebenarnya disekolah lama, aku banyak membuat kerja di belakang tabir tanpa mengharapkan nama. Kerana kertas kerja yang aku buat persatuan sejarah mendapat peruntukan yang besar untuk membuat lawatan daripada pihak sekolah. Pengetua kata kertas kerja tersebut bagus. Tidak ada komen terus lulus.Ketua panitia yang dapat nama walaupun aku yang membuatnya. Tapi aku tidak pernah kisah tentang hal itu.

Apabila aku mencadangkan agar di ambil cikgu luar yang benar-benar pakar untuk mengajar pelajar yang tidak tahu mambaca dan menulis cadangan aku ditolak mentah-mentah. Namun pada tahun berikutnya apabila ketua bidang mencadangkan perkara yang sama dengan mudah diterima. Apa maksudnya tu?. Banyak lagi sebenarnya kalau aku nak tulis di sini. Namun biarlah aku simpan takut nanti dianggap riak dan takabur.

Itu sebab sehingga hari ini aku susah hendak percaya kepada golongan pentadbir di sekolah walaupun yang menjadi pentadbir itu pernah menjadi sahabat baik aku satu ketika dahulu. Apabila sudah ada kuasa dan jawatan pandangan mereka lain tidak seperti dahulu. Tidak semasa zaman sama-sama susah dahulu. Bolehlah aku katakan hanya menyelamatkan tengkuk masing-masing. Aku lebih percaya kepada tukang kebun, jaga dan tukang sapu di sekolah. Mereka lebih ikhlas

Namun aku berasa sedikit kecewa kalau setiap kesalahan yang berlaku di sekolah aku akan menjadi mangsa pertama yang dituduh melakukan kesalahan. Umpamanya kes tidak masuk kelas yang aku tulis di atas tadi. Rupa-rupanya yang tidak masuk ke kelas seorang yang berpengaruh di sekolah. Namun apa tindakan mereka selepas itu hanya diam. Kalau memang aku yang tak masuk ke kelas rasanya sudah dapat surat tunjuk sebab.

Kalau aku nak huraikan lebih banyak kepincangan di sekolah, mungkin ada yang disoal BPR. Namun cukuplah. Engkau tidak menganggu periuk nasi aku, aku juga tidak akan menganggu periuk nasi engkau.

*Aku minta maaf kepada pembaca blog kerana tulisan ini agak beremosi. Aku tak tahu mengapa tiba-tiba aku rasa aku nak tulis luahan isi hati aku. Minta maaf kalau ada pihak yang terasa.


Selasa, 8 Disember 2009

Soknya bola.........



Menonton siaran langsung piala dunia memang menyeronokkan terutamanya menontonnya secara beramai-ramai terutamanya di asrama. Memang gegak gempita apabila gol di jaringkan oleh pasukan yang bermain. Inilah peristiwa yang berlaku pada aku satu ketika dulu.

Selalunya kami di asrama menonton perlawanan bolasepak di dalam dewan yang dikhaskan. Namun disebabkan perlawanan akhir disaksikan oleh ramai warga asrama menyebabkan dewan tak muat. Akhirnya lokasi dipindahkan ke tengah padang di antara dua blok asrama.

Ramai juga yang membawa bantal,tilam dan tikar. Tak terkecuali aku. Siap bawak tilam dan bantal. Oleh kerana perlawanan diadakan lewat pagi, sementara hendak menunggu siaran langsuang mata sudah mula mengantuk. Akhirnya aku tertidur dengan lenanya.

Apabila aku sedar perlawanan sudah tamat. Aku bertanya kepada rakan di sebelah aku "game dah start ke". Jawab member aku "Dah habih dah". Alamak punya la menyesal rasanya. Lama juga aku terduduk diam sambil menyesal dan hati berkata "Mengapa la aku tertidur"? .Memang aku teringin sangat tengok game tu memandangkan aku jarang menyaksikan game-game pada pusingan awal.

Kalau nak tengok perlawanan bolasepak tak boleh ropanya bawa tilam dan bantal, jawabnya memang lebuh tertidor....

Aku tetap sangsi dengan dengan roket

Aku pun tak paham mengapa orang kita suka bergaduh. Apa faedahnya atau apa yang kita dapat. Seronok juga aku mendengar wartawan indonesia bercakap dalam buletin utama tadi katanya. Pulau pinang hancur batam hancur, Kuala lumpur hancur jakarta hancur.

Betul katanya itu apa faedah negara serumpun bergaduh. Yang tepuk tangan negara pulau yang kecil tersebut hanya sebesar setengah Negeri Melaka. Memang dia suka tengok kita bergaduh. Lagi kuat kita bergaduh lagi mereka akan seronok.

Di dalam negara pun sama orang lain bergaduh main-main. Kita bergaduh betul-betul. Siapa yang rugi. Orang kita yang rugi. Opsssss jangan cakap macam tu nanti dikatakan perkauman. Orang lain bercakap tak pa. Kita semua tak boleh dianggap perkauman. Siapa yang rugi sekali lagi orang kita yang rugi.

Mereka yang naik roket bukan main seronok tengok orang kita bergaduh. Apa yang aku perhatikan segala-gala isu nak di bangkang. Yang melibatkan kepentingan orang kita patutnya sama-samalah kita pertahankan.

Semuanya nak dibagi,dibuka dan didedahkan. Sama rata sama rasa. Kalau orang yang naik roket memerintah adakah dia akan buat begitu?. Minta maaf la. Sampai kan Chin peng nak balik malaysia orang kita nak sokong. Lantak dia la, ini tanah dan air kita. Aku takut tanah dan air kita hanya tinggal Kelantan dan Trengganu sahaja pada masa akan datang. Minta maaf lah aku amat tak percaya dengan orang naik roket ni.

Aku sayangkan negara ini, aku sayang orang kita, aku sayangkan Malaysia. Kalau beginilah sikap orang kita yang bergaduh sesama sendiri maka tidak mustahil rasanya macam tak lama dah bumi dipijak milik orang.

Projek tanjong sudah berjaya. Kini misi mereka lebih besar apabila mensasarkan negara bertuah ini. Kalau sudah terlepas mampukah kita mendapatkannya semula. Mereka ada mentor kanan di pulau kecil yang berpengalaman memusnah kuasa orang kita. Tidak mustahil cara yang sama akan dipraktikkan di sini.

Kalau kita tidak bersatu dan masih bertelagah , jawabnya PRU ke-13 kita akan berputih mata mungkin juga berputih tulang. Lupakan perselisihan yang kecil-kecil, kerajaan bantulah negeri orang kita walaupun berlainan ideologi. Aku nak sangat tengok orang kita kembali bersatu.

Jangan pula diletakkan apa-apa syarat. Buatlah dengan ikhlas. Nescaya kebebasan dan keamanan negara akan terus mampu dipertahankan. Hanya negara ini yang kita ada. Orang roket ada negara mereka. Inilah sahaja yang kita ada. Andai kata kuasa politik beralih pada tangan orang roket maka tak tau nak cakap apa.

Berilah apa jua hujah dan fakta. Lambakkan 1000 kebaikan mereka aku tetap sangsi dengan orang roket.

Ahad, 6 Disember 2009

HPA Sg. Petani


Ini artikel terakhir aku tentang kunujungan aku bandar HPA di Sg. Petani. HPA SG. Petani merupakan pusat jualan HPA yang menawarkan semua produk yang ada dijual di HPA. Suasana pusat jualan tersebut sangat kondusif dan amat tenang suasananya. Terdapat lebih 500 produk yang ada dijua di sini.

Susun aturnya sangat menarik. Produk-produk yang dipamerkan dengan cara yang menarik dan mampu menarik minat pengunujung untuk mencuba produk HPA. Suasana lima bintangnya benar-benar menggambarkan tentang kemampuan dan kegagahan HPA dewasa ini dalam melangkah ke arah memperjuangkan produk Halal dan sesuai dengan Tag linenya "Produk Halal tanggungjawab bersama"

Sebagai sebuah syarikat MLM Bumiputra terulung dalam negara diharapkan HPA akan terus diterima di peringkat antarabangsa. Aku sebagai insan kerdil ini hanya melalui penulisan seumpama ini yang sedikit-sebanyak cuba membantu dan memperkenalkan syarikat kepada lebih ramai orang.

Semoga HPA akan berjaya melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjadi peneraju industri halal di dunia. Semoga tuan Pengarah Urusan yang kita semua sayangi akan terus diilhamkan dengan perancangan yang hebat untuk mengangkat HPA sebagai sebuah syarikat Halal yang berjaya ke seantero dunia.

"Industri Halal tanggungjawab bersama"

HPA Collection


HPA Collection merupakan sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderamata HPA. Antaranya seperti lampu, payung, pen. keychain dan sebagainya. HPA collection juga menjual T- Shirt dan vest berjenama HPA.

Bagi muslimah pula terdapat pelbagai baju yang dijual dengan harga yang berpatutan. Kedainya menawarkan suasana yang kondusif serta mesra pengguna. Terletak bersebelahan dengan Stokis HPA Sg. Petani.

Kita juga boleh mendapatkan pelbagai buletin lama yang dikeluarkan oleh HPA sebelum ini. Kosmetik keluaran yang berasaskan pegaga juga ada dijual di sini. Terletak dalam jajaran pelbagai perniagaan HPA di bandar SG. Petani menjadikannya mudah dikunujungi.

Jawi Herbs Shop, HPA Training IT dan Multimedia, HPA Multimedia Sales and Services


Jawi Herbs Shop
Bagi merealisasikan perubatan jawi yang diperjuangkan oleh pengarah urusan Tuan Haji Ismail Ahamad maka HPA telah mewujudkan sebuah pusat rawatan Jawi Herbs Shop. Para herbalis terlatih telah ditempatkan di sini terutamanya bagi membantu mereka yang ,engalami pelbagai penyakit.

Terdapat pelbagai kaedah pengesanan penyakit yanbg digunakan seperti mengesan penyakit melalui tapak tangan, denyut nadi,iridologi dan sebagainya.Bagi merawat penyakit yang telah dikesan ada pelbagai kaedah yang digunakan seperti menggunakan produk HPA atau menggunakan herba yang difomulasi khas oleh pengarah urusan sendiri.

HPA Training IT dan Multimedia
Lain perniagaan yang sedang dalam perancangan HPA ialah HPA Trining IT dan Multimedia yang khusus untuk memberi pengatahuan dalam bidang IT dan multimedia kepada sesiapa yang berminat.

HPA Multimedia Sales and Services
HPA juga menubukan HPA Multimedia Sales and Services sebagai sokongan kepada HPA Training IT dan Multimedia.

Lagi perniagaan HPA

Islamic Book Store

HPA mengorak langkah dengan mewujudkan kedai bukunya sendiri. Terdapat pelbagai koleksi Al-Quran, buku-buku agama, buku-buku berkaitan HPA seperti buku pengetahuan produk, Inilah jalan kami, Inilah pegangan kami dll, majalah-majalah, buku kanak-kanak, alatulis dan didalam book store ini juga terdapat kiosk HPA. Semoga koleksi buku-buku terus bertambah dari semasa ke semasa mungkin boleh setanding seperti Saba Media Islamic Services.

HPA Ilham Holidays


HPA juga menubuhkan syarikat agen pelancongannya sendiri . Anak syarikat HPA ini bemberi khidmat sebagai agen pelancungan luar negara dan dalam negara, agen tiket dan lain-lain. Setakat ini HPA telah memberi khidmat untuk melaksanakan umrah dan program pelancongan ke destinasi pelancongan utama di Indonesia

Untuk keterangan lanjut, hubungi dengan HPA Ilham Holiday (013 -4389727 - Puan Roszaitun) Di alamat:

No.32 Tingkat Bawah, Lengkok Cempaka 1

Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

(013 -4389727 - Puan Roszaitun)


Toharah Dobi


HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam perniagaannya dengan mewujudkan satu lagi bentuk perniagaan iaitu kedai dobi. Majlis Perasmian Toharoh Dobi telah diadakan pada 29/8/08 (Jumaat) di Amanjaya Sungai Petani,Kedah.

Serentak dengan majlis pelancaran ini 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar dilancarkan memasuki pasaran. Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair dan kebaikannya adalah untuk mereka yang elergi dengan bentuk serbuk terutama bagi mereka ada gangguan penafasan.


Kejayaan HPA mewujudkan kedai dobi ini memberi peluang kepada semua pengedar HPA yang ada di sekitar utara untuk mendapatkan perkhidmatan di sini. Sokongan dan dokongan daripada seluruh ahli HPA amat diperlukan bagi memastikan perniagaan ini terus maju dan berjaya menguasai dan mengambil pasaran yang ada di negara kita.



Sabtu, 5 Disember 2009

el-zahra inn sg. petani

Dipetik daripada lawan web HPA

Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah.El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok.

Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan.

Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.

Kemudahan dalam bilik

  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.

Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.Bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih bilik yang executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah (RM150)


Bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe (RM100)


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...