Nuffnang

Pengikut

Selasa, 15 Disember 2009

lagi-lagi tipu

Penipuan ke 2

Aku sambung lagi cerita tentang jiran aku yang hampir terbunuh kerana gores dan menang. Modus Operandinya sama seperti yang arawah emak aku alami. Cuma barangannya sahaja yang berbeza. Kali ini baranganya ialah oven elektrik. Harganya yang mesti dibayar memang mahal daripada harga biasa.

Setelah mendapat oven tersebut jiran aku merasa begitu seronok dan mula berkira-kira untuk memasak pelbagai resepi yang istimewa. Walaupun dia membayar harga yang tinggi dan mendapat barangan yang entah apa-apa jenamanya, namun dia masih berasa gembira.

Pada suatu hari tibalah masanya untuk dia membuat makanan yang digemarinya menggunakan oven, tersebut. Dia tidak saba-sabar untuk menghidangkan resepi tersebut kepada suami dan anak-anaknya.

Setelah semua adunan makanan siap dibuat maka dia memasukkan adunan tersebut ke dalam over. Kemudian apabila dia menekan suis elektrik sambil memegang oven dirinya telah direnjat oleh renjatan elektrik rumah yang kuat. Serentak dengan itu juga ovennya berasap dan ada letupan kecil.

Naisb baik anaknya sempat memberikan pertolongan, kalau tidak memang arwah. Setelah di periksa oleh mereka yang berkemahiran tentang elektrik ternyata pendawaiannya tidak sempurna dan dibuat secara tangkap muat serta tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak seperti sirim.

Apabila di telefon syarikat tersebut mereka langsung tidak diangkat telefon. Nasib baiklah tuhan memanjangkan umur jiran aku. Barangan tersebut dibayar dengan harga yang mahal telah hampir meragut nyawanya.

Kata jiran aku yang menghantar barang tersebut taukehnya juga berbangsa cina memakai van berwarna biru serta ajennya juga seorang gadis melayu yang masih muda.Adakah aku masih racist lagi?

7 ulasan:

  1. mujur makcik tu selamat..
    mmg diorang suka sgt pegi kat umah2 kampung..
    mak sedara + adik sedara pon terkena.. (geram gak kat sedara2 ni sbb tak makan saman bila org tegur "JANGAN"..)

    tapi ayah tiny best.. masa diorang 'paksa' dia gores dan MENANG.. (sama kes, semua dtg bersorak girang KONONNYA)... pastu ayah dgn selamba kodoknya cakap...

    "Camnila nak.. kebtulan hari ni hari jumaat.. pak cik nk buat sedekah... anak amik kupon ni, pegi kat boss cakap yg pakcik HADIAHKAN kat anak.. anak bawak balik hadiah tu.. pak cik sedekah.. pak cik IKHLAS nih... ambik lah.." kahkahkah....
    - terus bebudak tu terkedu tak tau nk jawab apa... kehkehkeh..

    BalasPadam
  2. Kak Tiny

    memang best la cerita tu, mesti muka sekor-sekor macam ayam berak kapur. aku boleh bayangkan perasaan dalam hati mereka. Mereka nak ngenakan orang akhirnya mereka terkena balik. Memang world lah pakcik ni. kalau jadi debators mesti boleh menang
    ha ha ha

    BalasPadam
  3. ckLah pun pernah orang datang rumah, bagi kad gores..
    Masa tu ckLah tgh pakai apron...dan pegang mop...serta tudung ikatan gaya makcik Pe'ah...


    Lalu ckLah jawab;
    "Gue sih enggak berani buka- in pagarnya kok pak. Madamnya lagi di kantor...belum pulang! Nanti gue dimarahin ama madam gue loh!"

    Dengan hidung pesek ckLah...berjaya meyakinkan orang itu untuk berlalu...

    muahaha..

    BalasPadam
  4. pernah kena tipu berkali-kali... hehehe

    BalasPadam
  5. OK JUGAK CARA CKLAH TU, MUNGKIN AKU BOLEH MNEYMAR JADI TUKANG KEBUN KE...

    HAZLIN, MEMANG RAMAI SANGAT ORANG MELAYU YANG KENA TIPU, ITU SEBAB SEKRANG ORANG YANG DATANG RUMAH NAK JUAL BARANG ATAU APA-APA AKU TAK PERCAYA, KECUALI YANG DATANG TU YANG KITA KENAL

    BalasPadam
  6. Hmmm, mujur umurnya panjang.

    Tapi mesejnya ialah berhati-hati ketika memasak guna oven gores dan menang.


    Hahahahaha,

    BalasPadam
  7. Kes nie memang ada jek kat kg2 melayu.. saya pun penah kena.. masa tuh balik rumah mak saya di kg.. yg datang tuh budak laki muda bangasa cina.. modus operandi sama.. gores dan menang.. masa tuh saya menang keta kancil hehehe... tapi saya tolak cakap saya dah ada keta sendiri.. dia beria2 minta saya ambik.. pastu saya tanya dia.. you datang naik apa.. dia kata bos dia hantar naik van.. so datang akal saya.. terus bg kupon tuh kat dia.. dan cakap.. oklah saya bagi kupon keta kancil nie kat u.. u bolehlah ambik keta nie.. senang sikit nak pergi keje.. takyah susah2 nak tumpang orang.. terus dia blah malu hehehe..

    kalau ikut cite ayah saya lagik best.. datang 2 budak laki n pompuan.. melayu.. benda yang sama.. tapi ayah saya minta no ic dia.. dia cakap.. dia bekas polis pencen.. nak check betul ke idak syarikat nie.. masa tuh juga budak2 tuh blah.. hehehehe... bagus juga akal ayah saya nie.. lari tak cukup tanah dah diorg nie.. macam2 betul ler

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...