Nuffnang

Pengikut

Khamis, 17 Disember 2009

Tipu bahagian akhir

Aku nak sambung lagi kisah penipuan ini. Apabila cara gores dan menang telah di reject oleh kebanyakan orang kampung, syarikat tersebut telah menukar strateginya.

Strategi 1

Juga menggunkan ejen melayu terutamanya gadis belasan tahun untuk membuat survey tentang ICT. Katnya "Jangan takut encik kami hanya nak survey, bukan jual barang". Mereka memperkenalkan diri yang mereka ini daripada jabatan tertentu dalam kerajaan. Macam-macam soalan di tanya. berkaitan ICT . Namun akhirnya dia tetap menjual barang dan mereka offer nak jual komputer riba. kepada aku Pada masa itu aku memang membuka kelas komputer di rumah. Aku pun menunjukkan beberapa biji komputer yang aku miliki. Ejen tersebut keluar dari rumah dengan perasaan hampa. Selamat aku.....

Strategi 2

Menyamar sebagai pegawai kesihatan untuk menyembur ubat nyamuk. Waktu ejen tu datang pada tengah hari buta. Aku memang kenal dengan ramai kaki tangan kesihatan dan mereka memaklumkan semburan hanya akan dilakukan pada waktu selepas subuh atau waktu senja dan percuma. Apabila aku menolak, mereka terus memaksa untuk membuat semburan dan perlu membayar sejumlah bayaran. Mereka juga menunjukkan surat kebenaran semburan daripada pejabat kesihatan dan mengatakan semua rumah telah membuat semburan .Hanya rumah aku yang masih berdegil.

Selepas itu datang pula kononnya pegawai atasannya yang terus mengertak dan memaksa aku membuat semburan. Aku dah tak boleh tahan. Aku kata tunggu kejap aku telefon pejabat kesihatan tapah. Apabila melihat aku ingin menelefon pejabat kesihatan Tapah semuanya melarikan diri dengan van biru yang menawarkan kad gores dan menang sebelum ini. Cuma drivernya sahaja yang berbeza.

Strategi 3

Menawarkan perkhidmatan memeriksa tangki gas. Kononnya mereka ini daripada sebuah agensi kerajaan yang bekerjasama dengan bomba. Aku tidak membenarkan mereka masuk untuk memeriksa tabung gas aku kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada rakan aku. Sebelum itu saluran gasnya memang ok. Selepas dilakukan pemeriksaan tiba-tiba saluran gas tersebut bocor.

Selepas itu ditemui kesan cucukan halus pada saluran gas. Selepas itu mereka menawarkan saluran gas dan kepala tong gas bermeter dengan harga yang berlipat kali ganda daripada harga di luar. Bapa mertua aku yang tinggal di Kg Jelai, Batu Kurau juga pernah di datangi oleh ejen yang sama untuk memeriksa saluran gas. Yang bestnya Van warna biru itu juga digunakan. Maknanya mereka bergerak satu negeri perak menggunakan modus operandi yang sama. Yang jadi balacinya orang melayu.

Strategi 4

Selepas itu ada bermacam strategi lagi digunakan. Survey penduduk, survey penggunaan minyak masak, baucer tesco dan bermacam lagi. Dan terkini mereka menggunakan telefon dan mengaku sebagai ejen pelancongan untuk memberi kad diskaun. Apabila kita menolak mereka boleh tanya sebab apa kita menolak?. dan siap marah-marah. Apalagi inilah kesempatan aku memaki hamun dan mengeluarkan perkataan @#$%^&. Padan muka, orang dah cakap tak nak banyak cengkadak pulak.

Aku akhiri dengan cerita seorang member yang di datangi ejen perempuan muda . Pada suatu hari member aku tinggal seorang diri dirumahnya kerana isteri dan anaknya keluar ke pekan berhampiran. Tiba-tiba datang seorang ejen yang beria-ria sangat hendak masuk ke rumah dan menawarkan pelbagai tawaran. Setelah memaksa member aku dengan pujuk rayunya maka member aku membenarkannya masuk.

Selepas itu dia menerangkan tujuannya datang dan mula menawarkan hadiah dengan bayaran tertentu. Member aku terus menolak. Namun ejen tersebut terus mendesak. Akhirnya..... jeng jeng..... jeng...... Member aku masuk ke dalam bilik dan keluar semula dengan memakai tuala serta duduk bersebelahan ejen tersebut sambil merenung ke atas dan ke bawah. Mungkin ketakutan ejen tersebut lari keluar ke rumah.

Member aku ketawa berdekah-dekah. Menjadi juga strategi. Orang dah cakap tak nak tak paham bahasa. Kena macam tu btru dia tahu. Mungkin ejen tersebut berasa serik selepas itu.....

5 ulasan:

  1. Yang jeng jeng jeng tu betui ke kawan engko yang buat???
    ke tuan blog nih!!
    ha ha ha ha
    .
    .
    .
    .
    semua adegan PENIPUAN di atas telah aku temui juga.
    AKU PERAMBAT BELAKAAAAA...
    ngeh ngeh ngeh!!

    BalasPadam
  2. tuan blog ni pemalu orangnya, takkan nak buat gitu. Tak rela i.....
    .
    .
    .
    bagus jangan kasi muka, inilah perampok dalam diam

    BalasPadam
  3. Anjang,

    Arwah mak aku best gak ideanya.

    Satu pagi, dia tgh nyapu di laman, datang org nak jual barang. Dia tak tau buat apa dah, sebab nak sembunyi tak sempat. Si ejen jualan langsung tu asyik bagi salam. Dia datang kat mak aku.

    Mak aku pun jawab, " Tuan rumah ni dah kuar. Pergi kerja."

    "Abih, makcik ni sapa?"

    "Saya keja cuci-cuci kat sini. Datang dari kampung sebelah." Kata mak aku selamba.

    Kebetulan pintu rumah dan tingkap memang bertutup, jadi ejen tu percaya. Terus blah dengan muka terkulat-kulat.

    Mak aku cite kat kami ptg tu. Semua pakat gelak.

    Pandainya mak aku.

    BalasPadam
  4. Salam,
    Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...

    BalasPadam
  5. brahim nyior aku boleh bayangkan macam mana emak mike bagi tau pada orang tu yang dia daripada kg. sebelah, memang best le.


    rupanya banyak cite-cite di sebalik gores dan menang ni, boleh dibukukan kisah suka dukanya.

    Hazlin.
    Untuk maju kita perlu berhijrah,

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...