Perjalanan aku ke Sg. Petani tempoh hari hanya untuk merasai produk-produk restoran makanan segera HPA RFC Radix fried Chicken. Pencarian RFC buat kali pertama nyata amat menyukarkan kerana tiada sebarang panduan. Hanya mengikut kata hati.
Namun impian untuk makan-makan di RFC bersama keluarga akhirnya tercapai. Apabila melihat bangunan berwarna oren yang tersergam indah di Lagenda Height Sg. Petani timbul satu perasaan bangga yang meluap-luap apabila ada juga syarikat bumiputra Islam yang mampu membangunkan restoran makanan segera yang setanding dengan bangsa lain.
Apa yang lebih membanggakan kesemua makanannya organik dan segar serta halal. Ayamnya diberi makan herba-herba terpilih dan dipelihara secara organik. Tiada sebarang suntikan hormon digunakan. Sebagai alternatif untuk merintangi pelbagai penyakit ayam, daun mambu digunakan.
Ternyata kesegaran ayam tersebut terasa. Apa yang menakjubkan aku ayamnya tidak menggunakan sebarang serbuk perasa yang boleh memeningkan kepala. Selalunya apabila aku makan di KFC atau MC Donald selepas makan kepala akan rasa sakit.
Di RFC keadaan berlaku sebaliknya. Tubuh rasa panas mungkin disebabkan kandungan herba yang terdapat dalam ramuan ayam gorengnya. Kentang putarnya juga cukup istimewa, sangat terasa kandungan herba pada kuahnya.
Pendek kata anda cubalah sendiri. Insyaallah HPA sudah mula melebarkan sayapnya dalam industri makanan segera. Aku sangat yakin RFC akan menjadi fenomena dalam negara dan bakal juga meledak di Indonesia.
Selalunya restoran makanan segera dikaitkan dengan pemakanannya yang tidak sihat. Kini tidak lagi apabila RFC menawarkana alternatif pemakanan yang berkhasiat dengan motonya fresh organik dan Halal.
Ayuh kita sokong produk Bumiputra Islam.

he he..aritu Budin dah kempen..Kita pun dah round round tempat tuh!
BalasPadamSalam anjang,
BalasPadamSaya dan keluarga dah lama teringin nak merasa RFC ni semenjak terbaca dari majalah Anis. Bilalah dia nak buka kedai di Bangi ni.Kami sokong produk bumiputera islam - halalan toyibba. Naik muak dgn kfc,mcd. Harap HPA lebih agresif, produktif dan segera bertapak di penempatan yang ramai penduduk Islam macam di BBBangi ni, insyaalah. HIDUP RFC HIDUP HPA.
salam anjang..
BalasPadambangga la dgn produk bumiputera nih..
nanti bebila jalan sg.petani, mmg teringin nak singgah.. byk dengar cerita.. tapi tak penah try sendiri..
Dulu premis ni warna merah. Tapi sejak KFC beri surat amaran (dia kata warna tu warna dia ..ceh), sekarang tukar warna oren.
BalasPadamjauhnya nak pi rasa RFC ni..
BalasPadam.
.
.
.
errr... sbnrnya sy takleh makan ayam.. alergik...
tapi teringin nak cb RFC ni... mana tau tak alergik... :D
ooo. kfc beri amaran? jgn mudah sgt bercakap tanpa bukti silap gaya KFC saman. Tidak salah menyokong tapi memberi tau sesuatu yg tidak pasti itu tak sepatutnya berlaku...tapi tak nafikan RFC sedap tapi rasa KFC lain dan tak leh dibandingkan...Nasi lemak pak Adam dan Pak Abu lain rasa...tekak masing masing. hihihih. selamat berjaya produk bumiputra
BalasPadamlagi satu ler, ayam ni samada pakai herba ke, pakai dedak ke...tak rasa sedap kalau di bekukan kemudian digoreng. Sebb itu..ada setengah tempat rfc ayam goreng sedap, ada yg lecur je...as for KFC, ayam adalah fresh...bukan dibekukan.. Cuba ler siat daging dia..masih ada air..sedap...nak lagi best..suruh RFC tu beli ayam makan kacip fatimah ler....hihihi
BalasPadamMemang RFC sudah ada perancangan hendak buka di bangi. Buat masa ini mereka terpaksa membanyakkan tempat memelihara ayam organik. Target mereka untuk mengeluarkan 300,000 ekor ayam sehari bagi memenuhi keperluan RFC dan lain-lain restoran HPA yang mengeluarkan produk berasas ayam.
BalasPadamTentang KFC dan RFC aku cuma pernah baca kenyataan tu sekali, tetapi aku tak ingat di mana aku ada baca kenyataan tu.
Ayam yang digunakan di RFC semuanya fresh bukan yang disejukbeku seperti yang dijual di stokis.
Kalau dibagi kacip fatimah takut ayam dan yang makan ayam kepitnya lebih. Auwwww tak rela i...