Semasa kecil aku kerap mengikut ayah ke kedai kopi. Dalam seminggu tu hampir 2 ke 3 kali ayah membawa aku ke kedai kopi. Memang seronok duduk di kedai kopi sambil minum-minum.
Setiap kali ke kedai kopi aku akan minum air soya botol. Itulah minum kegemaran aku sehingga pada satu hari aku tertarik dengan sejenias minuman yang aku tak tau namanya. Ramai kawan ayah aku yang memesan minuman tersebut. Aku juga jadi teringin hendak minum minuman tersebut. Nak minta tak tau pula namanya. Aku hanya memendamkan keinginan tersebut.
Namun keinginan aku membuak-buak hendak minum minuman tersebut. Nak minta aku tak tau namanya, hendak tunjuk aku hendak minuman seperti yang kawan-kawan ayah minum malu pula rasanya. Hampir beberapa bulan keadaan tersebut berlalu sehingga pada satu hari ayah aku pula memesan minuman tersebut.
Apa lagi aku pun memberitahu ayah aku yang aku hendak minuman macam yang ayah aku minum. Ayah aku memangil pelayan kedai kopi "Mat tolong buat teh ais satu lagi".Kata ayah aku kepada pelayan tersebut.
"Oh Teh ais namanya", bisik hati aku. Sejak hari itu teh aislah yang menjadi minuman kegemaran aku. Warnanya dan rasanya memang sedap. Akhirnya tercapai juga hajat aku hendak minum minuman yang ramai kawan ayah aku minum.
Ayah aku akan ke kedai kopi apabila ada perlawanan bolesepak liga Inggeris yang melibat kan Tottenaham Hotspurs. Rupanya dia peminat Hotspurs. Sehingga ka hari ini pun team yang dia minat tetap Hotspurs. Aku juga terikut dengan minatnya yang meminati Hotspurs.
Aku ingat lagi antara pemain yang aku minati ialah Steve Archibald, Garth Crooks, Glenn Hoddle, Osvaldo Ardiles. Cuma sekarang ini aku agak kurang mengikuti perkembangan pasukan ini. Namun ayah aku terus setia meminati dan menyaksikan Hotspur beraksi. Bravo......

Teringat masa kecik dulu, semasa di sekolah rendah, hujung tahun pasti cikgu buat majlis jamuan akhir tahun. Murid kena bawa makanan ringan dan minuman sendiri. Sapa yg bawak air botol kira hebat dah. Setakat bawak kopi, teh, boleh jeling je lah.
BalasPadamAku bawak air botoi, tapi member bagi pecah.
Punya lah 'hangin satu badan', sampai sanggup aku bertumbuk dengan dia semata-mata pasal air botoi pecah.
Tapi member aku tu sekarang dah tak ada, mati muda sebab jadi drug addict.
Sori Bro, gua layan Man U jer...
kalau aku pun angin satu badan.
BalasPadamGood luck for MU