Nuffnang

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label First birth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label First birth. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mac 2009

Menunggu pengunjung ke 1000




Masuk bulan ketiga kelahiran blog ni. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Idea masih belum kering dan sebenarnya banyak bahan yang aku nak muatkan. Namun keterbatasan masa dan hambatan kerja yang banyak mengongkong untuk menulis. Namun segala tulisan sendiri dan petikan dari lain-lain bloggers diharapkan dapat memberi manfaat dan menambah pengetahuan pengunjung blog.




Mana yang baik manfaatkan, mana yang tak baik lemparkan jauh-jauh dan jadikan pengajaran. Bak kata Ramli Sarip AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA. Aku tak sabar menunggu pengunjung ke- 1000 Blog ni. Mungkin minggu ni atau minggu depan atau bulan depan.

Khamis, 1 Januari 2009

Firstime

Buat permulaan ni lah pos aku yang pertama. Blog ni sebagai medan untuk berkarya dan menyampaikan isi hati yang tersirat dan tersurat. Bulan 11 dan 12 merupakan bula sakit bagi aku. Masa ni macam-macam yang bermain dalam fikiran. Lepas satu sakit satu sakit yang ku tanggung. banyak perkara yang aku nak buat tak dapat diselesaikan. Mungkin 2009 membuka lembaran baru untuk aku mengejar cita-cita, harapan dan impian. akan ku usahakan juga. Masa terus berlalu namun tiada pencapaian yang membanggakan dalam hidup. Sebaliknya hanya kekesalan mengapa dulu aku tak buat benda tu dan benda ni. Mungkin ada hikmahnya. Yo bro ! dan sahabat kalau ada diluar sana blog ini cuba disaratkan dengan apa sahaja bahan yang sesuai untuk percambahan minda insyaalah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...