Banyak ropenya menu roti canai di kedai mamak ni. Yang biasa kita order roti kosong dan roti telur...Sesekali baru nampak roti tisu.... anak aku pulak suka roti yang dia suka roti planta. Akhir-akhir ni aku pulak suka roti tampal...entah ngapa sedap pulak rasanya roti tampal ni.....
Kepada yang tak tau roti tampal ni ialah roti kosong biasa...kemudian diletakkan telur diatasnya dan dibalik-balikkan sampe telur masak....Makan panas-panas memang sedap....Roti canai kosong sebenarnya amat sedap di makan dalam keaadaan berbentuk bulat....Kalau potong-potong kepanasnnya dah hilang....
Satu lagi teknik untuk mendapatkan roti canai yang panas ialah minta roti canai empat segi...Cakap ngan mamak tu nak roti canai mepat segi dan jangan di potong..Nak tak nak dia terpaksa tebar roti yang baru...sebab jarang mamak buat roti canai empat segi yang banyaknya berbentuk bulat...Maka kita akan dapat roti canai yang masih fresh dan panas..Kalau minta roti canai biasa selalunya dia akan ambil roti canai yang memang dah siap....agak sejuk sedikit....berbanding yang baru di masak...
Selain roti tampal aku juga suka roti pisang....Cuma kadang-kadang apabila order roti pisang..pisang pulak tak de....Kena tengok kat tempat mamak ni menebar roti...kalau ada pisang tergantung maknanya ada le roti pisang....Orang romah aku pulak suka sangat ngan roti nan...Aku pun kadang-kadang layan jugek roti nan ni....Ada banyak pulak jenis roti nan ni...Ada roti nan galic...nan kashmiri...nan kosong dan macam-macam nan lagi....
Tosei pun aku layan juge....Cuma kalau terkena yang terlampau masam tu tak lalu jugek.....Satu lagi tosei rawa...yang ni memang aku tak lalu nak makan..... semacam je rasanya....Martabak pulak setakat ni aku belum jumpa lagi kedai mamak yang jual martabak yang sedap sesedap martabak restoran mamak zaman aku kucil-kecil dahulu...
Bab kuah pulak...kuah pilihan aku ialah kual parpu alias Dhal....Akhir-akhir ni pulak aku suka kuah kari ikan...macam sedap je makan ngan roti canai....Tapi sehandal-handal mamak buat roti canai sebanarnya handal lagi orang melayu buat roti canai yang sedap rasanya...
Ditempat aku dulu ada seorang melayu yang buat roti canai yang sangat sedap....tapi kejap bukak kejap tutup kedainya...Sekarang ni ada sorang lagi yang handal buat roti canai..memang lembut rotinya...kuahnya pun sedap...jauh le rasanya dengan Roti canai mamak......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan