Nuffnang

Pengikut

Ahad, 30 Mei 2010

Mengapa penyakit tak sembuh setelah banyak menggunakan herba Part II


Entah macam mana pada satu hari sedang aku browsing dari satu web ke satu web aku terjumpa web Dr. Snider. Wow aku amat kagum dengan hasil penemuananya dalam dunia perubatan alternatif. Malangnya selepas 2 kali aku membaca artikle yang ditulis oleh Dr. Snider web tersebut langsung tidak boleh di akses hingga kini. Apabila aku taip nama Dr. Snider, Dr. Snider lain yang keluar...


Begini kata Dr. Snider semua penawar kepada penyakit ada dalam diri manusia. Sistem tubuh manusia ini asalnya berfungsi secara normal. Tetapi ia menjadi tidak normal apabila:


1. Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Semua zat lebihan dalam makanan
merosakkan kembali sistem badan

2. Makanan pada hari ini tidak lagi organik apabila penggunaan pelbagai jenis racun digunakan
ke atas tanaman.

3. Teknik GMO menyebabkan keadaan badan menjadi lebih parah. Menyebabkan daya tahan
badan menjadi lemah dan tak dapat merintangi penyakit yang dulunya mudah di rawat
dengan ubatan-ubatan tertentu. Umpamanya selsema.

4. Ini diburukkan lagi dengan pelbagai pencemaran alam, pencemaran pelbagai gelombang dan
gaya hidup yang tidak sihat.

5.Kesemua permasalahan di atas menjadikan emosi kita tidak stabil dan akhirnya menyumbang
kepada penyakit tertentu. Keseimbangan sistem badan dirosakkan oleh faktor-faktor di atas.
Dr. Snider mencadangkan;

1. Semasa dalam tempoh rawatan cuba hindari ke semua 5 faktor di atas. Gunakanlah apa sahaja
herba yang benar-benar organik untuk merawat penyakit tertentu hingga sembuh.

2. Setelah sembuh cuba tukar budaya hidup yang sihat. Gaya hidup oragnik-kalau pun tidak
seratus peratus organik. Hari ini HPA banyak produk organik dan Halal.
3. Pilih makanan yang organik ataupun yang menghampiri organik.

4. Exercise merupakan aspek terpenting selain menjaga pemakanan. Anggaplah senaman itu
seperti makan ubat atau herba yang operlu diambil setiap hari. Maka senaman juga perlu
dilakukan setiapa hari....

5. Banyak mengambil sayuran yang dan buah-buahan yang tinggi kandungan airnya.

6. gunakan air yang benar-benar bersih dan tidak tercemar.

7. Amalkan amalan ini selama 3,6,9 atau 12 bulan. Anda akan pulih darpada penyakit tertentu.
kualiti hidup anda juga akan lebih meningkat. Dan Yang best anda akan hidup lebih lama di
dunia ini....

Ingat !!!!!! : TINDAKAN YANG SAMA AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG SAMA

Bestkan............


Mengapa penyakit tak sembuh setelah banyak menggunakan herba

Aku memang selalu ke stokis HPA untuk membeli barang keperluan rumah seperti sos tomato,sos cili, kicap, ayam organik, jus mangga, jus rosele dan pelbagai barang lagi. Semasa menunggu Q untuk membeli barang aku terdengar perbuualan ini. Lebih kurang macam ni le bunyinya.
"Ayah akak dah makan produk kencing manis ni lama dah, mula-mula makan dulu turun kencing manisnya, tetapi akhir-akhir ini macam tak berapa rasi". Jawab budak yang jaga kaunter "Akak kena tambah dosnya dan kena tambah produk lain".

Aku rasa macam nak menyampuk je. Tapi aku pendamkan sahaja. Sebenarnya macam nilah aku nak cerita satu konsep yang orang tak paham apabila menggunakan herba sebagai perawatan. Sebenarnya bukan sahaja herba apa sahaja ubatan moden atau tradisional menggunakan kaedah yang sama.

Baca kenyatan ini kuat-kuat ye. TINDAKAN YANG SAMA AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG SAMA. JARANG TINDAKAN YANG SAMA MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BERLAINAN. Apa kaitanya kenyataan ini dengan situasi di atas.

Begini, dulu aku biasa sangat jual herba ni, ramai yang puilih penyakitnya setelah menggunakan herba yang aku jual dengan izin Allah. Soalnya mengapa?. Mengapa?.... Macam ni pada peringkat awal menggunakan herba anda dinasihatkan untuk jaga makan, kurang makanan berlemak bergula dan makanan masin. Memang semua peraturan ini dipatuhi. Maka sudah pastilah dengan bantuan khasiat herba penyakit tersebut cepat sembuhnya.

Ada pelanggan aku yang sepatutnya operation jantung, tak jadi operation. Ada pelanggan aku yang dulunya lelah sembuh lelahnya. Tak kurang juga yang mengidap kencing manis dan darah tinggi beransur pulih penyakitnya. Mengapa agaknya ya?. Jawapannya sama gabungan antara keyakina emosi yang positif, jaga pemakanan dan khasiat herba akhirnya badan kembali berfungsi secara normal. Ditambah dengan senaman hasilnya memang diluar jangkaan.
Tetapi setelah lama menggunaka sesuatu herba kekuatan emosi positif semakin longgar, makanan yang sama menyebabkan kita menghidap sesuatu penyakit mula diambil dengan kuantiti yang tak terkawal dan ada yang meninggallkan atau kadang-kadang makan kadang-kadang tidak produk herba tersebut.

Akhirnya mereka ini kembali mengidap penyakit yang sama. Ini yang aku maksudkan TINDAKAN YANG SAMA MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG SAMA. Setelah lama tidak menjual herba aku masih mencari kaedah yang paling baik untuk penyakit terus hilang dari badan dan kita boleh menikmati makanan yang kita suka dalam kadar yang terkawal. Akhirnya aku bertemu dengan tulisan seorang pakar perubatan Alternatif Jerman Dr. Snider.


Bersambung dalam n3 seterusnya.......

Sabtu, 29 Mei 2010

Beriani Gam Prima Tanjong Malim Perok

Banyak kali sahabat aku Dr. SMS mengajak aku makan Briani Gam di Bangi. Katanya Briani Gam tersebut special dan sedap bangat rasanya. Namun disebabkan keterbatasan masa dan jaraknya yang memang jauh dari rumah aku dan terpaksa merentas dua negeri hasrat itu aku pendamkan sahaja. Namun hasrat tidak terpendam begitu sahaja akan ku tunaikan juga satu hari nanti.

Pada suatu hari aku ke Tanjong Malim. Sebelum sampai ke pekan Tg. Malim dari arah utara aku ternampak kedai makan baru yang tertulis di papan tandanya Beriani Gam Prima. Apalagi aku tidak melepaskan saat-saat yang ku idamkan untuk makan Beriani Gam. Maklumlah kat tempat aku (pekan sungkai) yang ada cuma gam kasut dan gam cair. Beriani gam jauh sekali.

Kujungan kali pertama aku ke sini tidak menghampakan. Aku memesan Nasi Beriani Kambing Gam dan anak aku pula order Beriasi Gam Ayam Kampung. Fuhhhhhhh memang sedap sehingga menjilat siku. Puas hati rasanya. Kalau kome tak percaya cuba sendiri. Susah aku nak mengatakan sesuatu makanan itu sedap kalau tak betul-betul sedap.
Lokasinya anda ikut jalan lama nak ke Tanjong Malim dari arah utara ataupun kalau ikut lebuhraya anda keluar di tol Behrang. Lebih kurang 2 kilometer sebelum tiba ke pekan Tg. Malim anda akan nampak sederet bangunan kedai di sebelah kiri jalan yang ada pasaraya Billion. Sebaris dengan pasaraya Biliion anda akan nampak Papan tanda Beriani Gam Prima.
Namun kini lokasinya berubah sedikit apabila Beriani Gam menyewa kedai yang lebih besar di lot tepi bangunan tersebut. Lokasinya masih dalam kawasan yang sama. Semkin hari semakin ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Rugi kalau anda tak rasa memang betul-betul fantastic dan Marvelous. Antara menunya ialah Ayam kampung, ayam gam, ayam kuzi, kambing gam dan kambing kuzi. Harganya antara RM 7.50 ke RM 8.50. Memang berbalo kalau bawa famili makan kat sini. Difahamkan kedai ini merupakan cawangan Beriani Gam Prima yang famous kat bandar Muar. Datang ye jangan tak datang....

Otai Burger Memang best rugi tak rasa.....

Agak lama aku tak menulis tentang tempat makan yang menarik. Maklum la aku memang sedang menjaga pemakanan yang masuk ke dalam perut aku. Namun sekali-sekala aku berkunjung juga ke tempat yang menyajikan makanan yang menyelerakan.Salah satu tempat yang memnag holiyau makanannya ialah gerai otai burger yang terdapat di taman u di Tanjong Malim. 2 tahun lepas setiap malam sabtu aku menghantar dan menuggu orang rumah aku berkuliah di Taman U untuk kelas masternya. Pada mulanya aku berasa hairan mengapa ramai orang yang mengunjungi gerai tersebut. Apabila aku lihat harga burger tersebut ternyata agak mahal berbanding gerai burger yang lain yang ada di Tanjong Malim.
Melihatkan ramai orang yang mengunjunginya sudah pasti ada keistimewaan pada burger otai ini. Aku pun mencuba burger daging special. Memang tidak menghampakan. Rasanya sempurna, tip top dan tidak tergambar dengan kata-kata. Perfect.... tu yang aku boleh gambarkan. Aku teringat seorang nurse yang menjual mee goreng panas di sebuah wad di Ipoh. Dia menggambarkan kesedapan meenya itu dengan perkataan "Panas, meleleh dan bernanah..." Begitu juga dengan burger di atas. Sebenarnya bagi aku ini burger yang kedua paling sedap pernah aku rasa setakat ini di atas muka bum ini. Burger paling sedap ada di Ipoh. Aku nak explain tempatnya agak sukar. Nanti aku lukiskan untuk mereka yang berminat. Semoga Otai Burger terus menjadi peneraju industri Burger Franchise terulung di Malaysia..

Khamis, 27 Mei 2010

Kuasa Marketing


Setelah berguru dengan mahaguru hebat dalam marketing barulah aku paham mengapa orang yang kaya bertambah kaya dan orang yang miskin bertambah miskin. Tentu anda biasa mendengar jenama Power Root. Macam mana jenama ni tiba-tiba muncul dalam market dan menjadi fenomena di Malaysia.


Pernah dengar jenama Ambi Pur macam mana juga tiba-tiba mereka muncul dalam pasaran dan terus mengusai pasaran serta menjadi fenomena serta meninggalkan jauh pesaing utamanya yang telah lama berada di pasaran. Begitu juga jenama Al-Jabar. Teringat aku semasa aku berulang-alik mengajar dari bangi ke sekolah Sri Murni di batu 10 cheras. Setiap hari aku lalu pergi dan balik di hadapan sebuah rumah kayu yang tertera nama pusat rawatan Al-Jabar. Semasa itu perniagaannya kecil sahaja dan hanya mengeluarkan produk hati.


Namun tiba-tiba Al-Jabar menjadi jenama yang hebat juga menjadi fenomena dalam negara. Begitu juga produk Jusmate Dr. Rozmy meledak di pasaran Malaysia dalam sekelip mata. Kesemuanya ini adalah kuasa marketing. Menurut pengasas Al-Jabar 1/3 perolehan syarikat diperuntukkan untuk marketing. Mereka sanggup menggunakan sejumlah wang besar untuk pengiklanan akhbar 1 mukasurat penuh di akhbar dan juga on-air di primetime di TV.


Pemikiran pengguna, pembaca akhbar dan penonton TV akan disumbatkan dengan maklumat-maklumat syarikat sehingga melekat di dalam otak separa sedar. Apabila setiap hari dirangsang maka ia seolah-olah mewujudkan satu keperluan kepada pengguna untuk membelinya. Ingat lagi bagaiman HPA muncul kembali sebagai gergasi MLM bumiputera setelah tenat bertahun-tahun. Hanya dengan penampilan iklan RADIX di Buletin Utama satu ketika dulu telah melonjakkan jualan syarikat hampir RM 18 juta sebulan.


HR Marketing yang amat popular dengar jenama High Goatnya terpaksa membuka kilang baru kerana permintaan yang semakin tinggi setelah iklan 1 mukasuratnya terpapar di dada akhbar harian Metro. Menurut pemilikinya jualan bulanan meningkat kepada RM 10 juta sebulan. Hebatkan kuasa Marketing.


Namun apa yang aku belajar marketing dibahagikan kepada 3 kawasan. 1. kawasan daerah 2. Kawasan Negeri 3. Kawasan Nasional (Seluruh negara). Terpulanglah kepada kemampuan seseorang atau syarikat untuk memasarkan produknya. Sekiranya anda berkemampuan dan berani nescaya anda boleh berjaya seperti syarikat-syarikat yang disebutkan di atas.


Ombak besar umpamnya hanya bermula di rumah. Tetapi dengan strategi pengiklanan yang betul kini perniagaannya bernilai jutaan ringgit. Aku sedang menantikan sebuah lagi company Catering yang bakal menjadi fenomena di Malaysia iaitu Mak Ngah Catering. Lihat iklannya yang cantik di akhbar harian Metro. Dengarnya sahabat baik aku DR. SMS juga akan mengiklankan produknya di peringkat Nasional. Syabas dan tahniah kepada anda...........

Bestnya jadi hebat......

Dr. Ary Ginanjar Agustin founder ESQ

"Cikgu saya mau tanya sikit?" Kata budak Kelas Peralihan aku sambil membantu aku menstapler soalan latihan sejarah aku. "Tambi apa mau tanya?" balas aku... "Cikgu ini butul cakap punya cikgu banyak rajin, semua kerja cikgu bikin. lain cikgu rileks saja apa pasal ha". Wow tersentak dan terkejut monkey aku dengan kenyataan pelajar ni....


Kalau bekas pengetua aku yang pernah melabelkan aku pemalas, tak de inisiatif dan macam-macam label negatif dengar kenyataan ni dia pun mesti pengsan 3-4 kali. Dalam hati aku mula berkata-kata budak ni cakap sebab nak bodek aku ke?. Yang sebenarnya dia tak tau. Cikgu lain telah menyelesaikan kerja mereka dari awal. Sedangkan aku memang last minit punya kerja.


Sudah pasti lah nampak macam aku banyak kerja. Namun tersemat juga dalam hati kalau lah ini satu doa yang mendoakan aku agar menjadi seorang yang kuat bekerja aku rasa ok jugak tu. Sebab hidup hanya sekali. Hidup ini amat singkat. Purata hayat manusia 60-70 tahun. Sebenarnya tak de masa untuk kita rileks dan membuang masa.


Apabila aku kaji perlakuan dan tabiat mereka yang hebat seprti ibnu Sina, Al-Radzi, Profesor Ungku Aziz, Imam Ghazali, Socrates dan sebagainya memang mereka ini mempunyai masa rehat yang sangat sedikit. Mereka sentiasa meluangkan masa melakukan kajian terhadap ,pelbagai bidang ilmu untuk ditinggalkan kepada generasi yang akan datang. Maka tidak hairanlah insa-insan ini menguasai pelbagai disiplin ilmu dan terus menjadi rujukan sehingga kini.


Kalau difikirkan hidup kita ini amat singkat dan banyak masa yang kita habiskan dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah yang tidak menjurus kepada peningkatan ilmu. Aku sangat yakin dan pasti sekiranya kita terus berusaha mengisi masa-masa berkualiti kita dengan membaca, membuat kajian, meningkatkan ilmu melalui seminar, bahan DVD dan seumpamanya, kita juga akan menjadi manusia yang hebat kalaupun tidak setanding dengan tokoh-tokoh di atas cukuplah sekadar menghampiri standard yang telah mereka tetapkan.


Aku sangat teruja dengan buku-buku yang dihasilkan oleh Harun Yahya. Kualiti ilmu yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Rasanya kalau aku diberi peluang hidup 2 kali pun dalam dunia ini tak mampu aku nak mengkaji dan menghasilkan buku dalam pelbagai disiplin ilmu. Antara penulis dan presenter lain yang amat aku kagumi ilmunya ialah Anthony robin, Azizi Ali, J. Losier, Dr. Ary Ginanjar, Dr. Azizan Osman dan sahabat baik aku Bhag Singh.


Kualiti ilmu yang mereka curahkan melaui buku, seminar dan sebagainya amat berkualiti tinggi dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian serta berpijak dibumi yang nyata. Namun ada satu ciri yang sama bagi mereka ini ialah sebelum sampai ke tahap sekarang mereka telah menghabiskan banyak masa berkualiti untuk belajar, mengkaji, menuntut ilmu daripada pelbagai sumber. Mungkinkah satu hari nanti nama aku juga akan tercatat sebaris dengan tokoh-tokoh di atas.........

Isnin, 24 Mei 2010

Anakanda dan ayahanda


Seperti biasa apabila aku mengajar di dalam kelas pelbagai teknik PnP aku gunakan bagi menarik perhatian pelajar dan menjadikan pelajar lebih seronok belajar. Setakat hari ini kebanyakan teknik yang aku gunakan memang terbukti berjaya.


Umpamanya teknik Peta minda + Akronim sangat memudahkan pelajar mengingati semua fakta dan dapat mengeluarkannya pada bila-bila masa dan yang bestnya kesemua fakta tersebut dapat dikeluarkan mengikut susunannya. Penggunaan warna dan gambar dalam peta minda amat disukai oleh pelajar kerana segala fakta yang rumit dapat diingati hanya menggunakan gambar.


Mulanya aku sangkakan hanya pelajar yang pandai sahaja boleh mengaplikasikan teknik ini. Rupa-rupanya pelajar yang lemah juga mampu mengingati fakta yang telah aku tukar dalam bentuk peta minda (contoh peta minda). Apabila menggunakan peta minda kedua-dua otak kiri dan kanan pelajar dirangsang secara serentak. Dengan menambah teknik Akronim ingatan itu terpasak dengan begitu kuat di dalam memori jangka panjang pelajar.


Hari ini aku menggunakan teknik imaginasi yang aku kutip daripada pakar NLP tekenal Anthony Robin. Perkara yang perlu diingati oleh pelajar yang lemah ialah Anakanda berharap agar ayahanda dan bonda dalam sihat sejahtera. Walaupun ayat ini nampak mudah untuk diingati oleh pelajar biasa namun bagi pelajar lemah kalau menggunakan cara biasa amat sukar bagi mereka untuk mengingatinya. Cara mengingatinya ialah aku minta pelajar memajamkan matanya dan bayangkan kamu berada di tepi pantai yang anginnya sepoi-sepoi bahasa dan desiran ombak yang menghempas pantai.


Dihadapan kamu ada orang yang sedang mandi-manda sambil bermain jetski. Ayahanda dan bonda ada bersama-sama kamu di pantai tersebut. Pada masa yang sama 9 perkataan tadi berada di awang-awangan dan ingin menghampiri kamu.


Kemudian perkataan pertama Anakanda menuju laju ke arah kamu dan masuk ke dalam diri kamu. Perkataan kedua berharap juga meluru laju ke arah kamu dan masuk ke dalam diri kamu. Begitu juga perkataan seterusnya agar masuk ke dalam diri kamu. Perkataan ayahanda dan bonda masuk ke dalam diri ayahanda dan bonda kamu. Ayahanda dan bonda kamu berpegang tangan. Tangan yang berpegangan itu ada perkataan dan. Ayahanda dan bonda meluru ke arah kamu untuk memeluk dan mencium kamu kerana mereka terlampau sayangkan kamu. Sudah lama mereka tidak memeluk dan mencium kamu (ada pelajar yang dah menunjukkan reaksi sedih).


Kemudian perkatan dalam meluru laju ke arah kamu. Sihat dan Sejahtera dua perkataan akhir yang datang beriringan berebut-rebut hendak masuk ke dalam tubuh kamu. Apabila semua perkataan tersebut sudah ada di dalam diri kamu maka berakhirlah percutian kamu di pantai. Dan kamu boleh balik semula ke kelas dan kamu boleh buka mata.


Tergambar dimuka mereka wajah kegembiraan dan keceriaan.Ada juga pelajar yang menunjukkan reaksi sedih. Apabila aku menyuruh mereka menyebutkan perkataan-perkataan tersebut segalanya mampu dikeluarkan dengan lancar. Sekali lagi otak iri dan kanan digunakan semaksimum mungkin.


Ada seorang pelajar ni apabila aku tanya kamu nampak apa kat pantai. "Cikgu saya nampak ada ramai perempuan bakai baju mandi sedang mandi dan lalu di depan saya, lawa cikgu...". Sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh pelajar-pelajar lain...... Kalau aku pun rasanya macam-macam benda yang aku nampak lagi... ha ha ha....

Sabtu, 22 Mei 2010

Bestnya Sihat


Terus terang aku katakan tahun ini adalah tahun sihat aku. Kualiti kesihatan aku sangat meningkat. Kalau 2 tahun dahulu aku kerap demam, batuk, angin ,sakit batu karang dan darah yang kadang-kadang tinggi, kini semunya sudah hilang. Kalau dahulu sakit ini datang silih berganti seolah-olah tiada nokhtah hentinya.


Tambahan dengan barat yang berlebihan menjadikan aku tidak aktif, malas dan berfikiran negatif. Sampai satu tahap sakit yang tidak tertanggung, mula menyedarkan aku betapa aku perlu mengubah cara berfikir, cara makan dan hidup secara lebih sihat.


Bermula bulan 6 tahun sudah aku telah mula mengubah tabiat pemakanan. Makan makanan yang sihat, berkualiti dan lebih organik. Buah-buahan, jus buah dan sayur-sayuran telah menjadi menu wajib aku. Aku mengikut saranan pakar motivasi terkenal Anthony Robin dalam bukunya Unlimited Power. Memang berkesan dan menjadikan aku lebih bertenaga.


Sahabat aku Razali Awang juga banyak memberi tip kepada aku tentang cara hidup sihat dan cara-cara exercise yang betul. Bagi aku untuk sihat kena pelajar daripada orang yang pernah sakit dan akhirnya dia sihat. Kalau nak menurunkan berat badan kena belajar dari mereka yang pernah mengalami masalah berat badan dan akhirnya turun berat badan mereka.


Jangan percaya dengan lambakan produk-produk menurunkan berat badan yang ada kerana kebanyakan syarikat menyarankan agar kita menggantikan makanan harian kita dengan produk yang dijual oleh mereka. Pada masa yang sama menghalang pengambilan makanan bergoreng, berlemak, lebih gula dan lebih garam.


Berdasarkan sedikit pengalaman yang aku ada apabila kita sudah menurangkan pegambilan makan di atas sebenarnya berat badan memang boleh diturun tanpa perlu mengambil produk menurunkan berat badan. Inilah yang kita tidak mampu lakukan apabila teruja dengan makanan bergoreng dan berlemak.


Aku masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan walaupun aku dah turun hampir 30 kilogram. Talipinggang aku sudah ditebuk lubang baru (empat lubang) , hampir 3-4 inci. Ramai juga yang menyedari penurunan berat badan aku dan cuba mencungkil rahsia dengan bertanya makan produk apa?. Jawapan aku mudah.


1. Kurang makan 2. Pilih makan 3. Exercise.....


Seronok rasanya menjadi orang yang sihat dan bertenaga......

Isnin, 17 Mei 2010

Memoir seorang guru 2


Dalam pada sibuk dalam dunia direct selling dan dunia broker ada satu hobi yang aku tak tinggalkan. Kerap membeli pelbagai buku dalam pelbagai disiplin ilmu dan menghadiri seminar. Inilah antara faktor yang menyebabkan aku berubah hampir 110% daripada dulu.

Perniagaan aku dalam Direct Selling semakin merosot apabila leader utama dah lompat syarikat lain. Aku terkapai-kapai. Hilang motivasi dan yang paling menyentap jiwa dan raga aku rakan kongsi bissnes direct selling aku iaitu ibu aku sendiri pergi mengadap ilahi. Selepas pemergiannya apa sahaja yang aku lakukan tidak menjadi. Semuanya serba tak kena.

Aku pula kerap ditimpa pelbagai jenis penyakit. Demam, angin dan batu karang silih berganti. Pemikiran kacau-bilau walaupun diluar nampak cool. Semua orang menganggap aku orang kaya. Walaupun sebenarnya aku hampir pokai. Duit keluar macam air. Gaji hanya dapat bertahan sehingga minggu kedua sahaja. Apabila aku ditukarkan ke sekolah yang lebih jauh bisnes Direct Selling aku terus hancur. Perbelanjaan perjalanan aku ke sekolah baru menyedut 1/3 daripada gaji aku. Buisnes Broker pulak langsung tidak menampakkan sinar walaupun ada lah juga projek kecil yang aku dapat. Namun tak berbaloi.

Apabila bercerita bab projek, bukannya kecil-kecil semuanya besar-besar ratus-ratus juta. Daripada projek penapis minyak, jual minyak, construction di Malaysia sampailah ke Dubai. Dimulut aku LOI, BQ,Drawing,persen, Proof of fund, Direct nego,open tender, Company wibawa, Dato`, Tan Sri , hotel hilton, hotel pokok ketapang sentiasa meniti dibibir.

Aku pernah deal ngan anak atau cucu (aku dah lupa) Lim Goh Tong dan pernah jumpa menantu pengasas Hyundai. Tetapi aku menyedari ini bukan bidang aku. Senang sangat kena tipu. Duit sangat senang habis. Duit dalam simpanan terus menyusut dan menyusut. Badan pula asyik sakit dan tak sihat.

Sehinggalah aku membaca sebuah buku tentang kuasa getaran yang sangat menyedarkan aku tentang hakikat kejadian manusia. Badan, roh,minda dan semangat ini seperti magnet. Apabila banyak yang negatif dalam percakapan,tindakan,perlakuan,pemikiran maka ia akan menarik perkara-perkara yang negatif daripada luar. Menyebabkan tindakbalas rantaian yang memberi kesan kepada apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup.

Duit bocor, projek tak jadi, takut kena tipu lagi kuat kena tipu, tak henti-henti sakit, kereta selalu rosak, bissnes jatuh pendek kata segala-galanya tidak menjadi. Rupanya ini adalah kesan daripada fikiran dan tindakan yang negatif seperti melawan bos, melawan sistem yang ada, bersangka tidak baik, sentiasa hendak marah, keluh-kesah, rungsing, fikiran kacau-bilau dan sebagainnya. Aku sedar kalau akau terus hidup macam ni aku mungkin tak lama di dunia ini. Hidup dalam dunia yang sentiasa bergaduh dengan orang. Hidup dalam dunia yang disumpah seranah orang dan Hidup dengan minda dan persekitaran yang negatif.

Aku kena berubah mesti berubah dan wajib berubah. Apabila aku ditukarkan ke sekolah baru yang lebih dekat dengan rumah aku, aku melihat ini kesempatan untuk aku berubah. Aku akan buang mana sikap yang boleh aku buang dulu. Kuncinya Husnuzzan dan Positif Thingking.

Walaupun perubahan dalam hidup masih belum menampakkan kesannya namun aku tetap bersangka baik dan berfikiran positif. Aku akan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi lagi kepada dunia pendidikan yang walaupun dekat tetapi sebenarnya amat jauh untuk aku satu ketika dulu.

Rupa-rupanya apabila kita berada dalam Positif Thinking tuhan terus tunjukkan jalan apa yang perlu kita buat dalam kehidupan seharian. Setiap tindakan kita berada pada landasan yang betul. Semua sentuhan kita akan menjadi. Aku mula sedar sebenarnya aku ada banyak potensi dalam diri yang belum aku bangunkan atau pernah aku bangunkan satu ketika dulu. Akhirnmya aku bertemu seorang Mentor yang dapat memandu dan menunjukkan jalan agar aku lebih berjaya dalam hidup.

Dengan pengalaman silam yang pernah aku lalui diadun dengan pengetahuan daripada pembacaan dan seminar yang pernah aku baca dan hadiri dicampur pula dengan tunjuk ajar mentor insyaalah aku tidak akan melanggar lebih banyak dinding. Aku akan sentiasa berfikiran positif dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan aku dari segi ide dan buah fikiran.
Disebalik kesukaran ada kesenangan. Disebalik kejahatan ada kebaikan. disebalik yang negatif ada yang positif. Negatif akan menarik yang negatif. Positif akan menarik yang positif. Pilihan ditangan anda......Don`t Drink and Drive (ada kaitan ke?) Belasah je lah.

Memoir Seorang Guru


Apabila mengenangkan tentang seorang cikgu ni yang sentiasa tiada di bilik guru dan apabila ada sesuatu perkara untuk dimaklumkan kepadanya, dia amat sukar dicari maka serta merta mengingatkan aku tentang kisah silam aku sepanjang aku bergelar insan bernama guru.



Apa yang dilakukan oleh cikgu tersebut adalah bayangan masa silam aku. Itu sebab aku sangat faham perasaan cikgu tersebut. Sebenarnya hati dan perasaan aku pada masa itu memang tawar dan hambar dalam dunia pendidikan. Minat aku lebih kepada bidang perniagaan.



Tambahan pula aku ada income yang besar dalam perniagaan Direct Selling. Pada masa yang sama juga aku bergiat dalam bidang broker projek. Turun naik ke KL memang sudah menjadi rutin. Pernah sekali hampir 14 hari aku berulang alik ke KL. Habis waktu sekolah aku akan ke Kuala Lumpur. Sekitar 3.00 ke 4.00 pagi aku tiba dirumah. Esok pergi semula ke Kl. Begitulah rutin kerja aku sepanjang 14 hari. Dengan siapa aku berurusan? Tak payah le kome tau nanti macam aku riak pulak.



Sekolah sekadar pergi sahaja. Hanya jasad yang sampai di sekolah. Pemikiran, jiwa dan semangat aku dalam direct selling dan broker projek. Sehingga apa sahaja arahan pihak sekolah aku buat dek sahaja. Tambahan pula apabila aku ditukarkan ke sekolah yang lebih jauh daripada tempat tinggal aku.



Sebenarnya faktor bissnes adalah faktor kedua yang menyebabkan aku dingin dalam dunia pendidikan. Faktor pertama telah aku tulis dalam artikel terdahulu . Baca Artikel Keras ke kepala aku. Pada masa itu aku langsung tak takut dengan siapa sahaja Pengetua, pegawai pendidikan daerah hatta pegawai JPN. Semuanya aku langgar je.



Dalam pemikiran aku kalau orang boleh buat aku, mengapa aku tak boleh buat kepada orang lain. Maka akhirnya aku menerima banyak surat tunjuk sebab. Mesyuarat sangat jarang aku masuk. Namun kelas aku memang jaga. Rasanya kadar masuk kelas aku 99.9%. Inilah satu-satunya sebab yang pihak pentadbir tak boleh nak ambil tindakan terhadap aku.



Itu sebab apabila ada Cikgu bercakap dia hebat sebab lawan pentadbir, hebat sebab tak masuk mesyuarat dan hebat bercakap dalam mesyuarat aku rasa macam angin sepoi-sepoi bahasa yang berlalu di tepi telinga. Semua sudah aku rasa, sudah aku lalui dan akibatnya sudah aku tanggung sendirian. disinilah aku mengenal siapa lawan dan siapa kawan.



Aku dicop sebagai pemalas, tidak berdaya maju, keras kepala, kuat melawan,degil, tak reti buat kerja, macam-macam cop dan label dilabelkan kepada aku termasuklah baju cop ayam. Aiman tak kisah.... Asalkan telinga aku tak luruh, hidung aku tak luruh kome cakaplah. Sebenornya banyak yang kome tak tau apa yang aku pernah lakukan sebelum aku bergelar cikgu.



Takkan aku nak cerita dengan kome aku pernah duduk makan semeja dengan Nazrin semasa mengendalikan Majlis santapan diraja. Aku pernah jadi ketua Ekspo Negeri Perak. Pernah road tour satu Malaysia mengendalikan seminar. Kalau aku ceritapun kome takkan percaya mungkin ada yang mencemik muka. Tapi itu dulu. Kini tidak lagi. Soalnya mengapa aku berubah 110% sekarang. Aku sambung dalam entry seterusnya.

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010


"Guru Pembina Negara Bangsa"


Aku tujukan rangkap pertama sajak Usman Awang ini kepada semua guru dan anak murid seluruh Malaysia. Aku cukup suka rangkap ini.


BERBURU ke padang datar


Dapat rusa belang kaki


Berguru kepalang ajar


Ibarat bunga kembang tak jadi


(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Jumaat, 14 Mei 2010

Adegan yang tak ingin di lihat.....

Gambar ni sangat menarik hati aku. Tak tau la kenapa semakin aku tengok semakin rasa nak ketawa. Pelajar ini merupakan salah seorang murid asli di sekolah aku. Dia ni memang cool, selamba dan tak peduli apa oarang kata padanya.

Lihat aksi lompat jauhnya (gambar atas) dengan berbaju sekolah. Yang aku tak tahan siap pakai tai lagi. Kalau jaguh lompat duania tengok ni mesti dia respect kat pelajar ni. Sesudah melompat aku suruh dia possing aksi sesudah lompatan (gambar atas). Mukanya tetap cool dan maintain walaupun sesudah melakukan lompatan yang sangat bertenaga sehingga mencecah 8 meter (ye ke?). Memang world la Bah Lurang ni...

Rabu, 12 Mei 2010

Perampas Suami Orang


Seperti biasa drama yang disiarkan di TV banyak menyiarkan tentang konflik masyarakat yang tiada kesudahan. Kisah putus cinta, derhaka kepada ibu bapa, cerai-berai, kembali ke pangkal jalan dan cerita tentang perampas suami orang.


Bab tentang perampas suami orang ni yang amat menarik minat aku. Aku pun dah lupa macam mana aku boleh dapat cerita ni. Seperti biasa juga setiap kali apa sahaja cerita drama ditayangkan di TV pasti seluruh anggota keluarga akan terpaku di hadapan tv dengan penuh kosentrasi sambil memberi pelbagai ulasan. Kalau tiba bab sedih ada yang mengalirkan air mata. Aku pun kadang-kadang tak sedar air mata mengalir apabila melihat babak sedih.


Berkatalah si adik kepada abang dalam lingkungan umur 9 tahun. "Abang takutkan kalau ayah kita kena rampas dengan orang lain". Spontan terpacul kalimat tersebut keluar dari mulut adiknya. Kebetulan drama hari itu memaparkan kisah seorang perempuan yang menjadi perampas suami orang. Keluarga menjadi porak peranda. anak-nak terbiar dan keluarga menjadi kacau-bilau.


Adiknya terus mengeluarkan pelbagai pendapat apa yang akan terjadi sekiranya ayah mereka dirampas orang. Gusar, takut dan gelisah nampaknya si adik. Takut betul ayahnya dirampas orang lain seperti dalam drama. Takut dia juga akan menrima nasib yang sama seprti anak-anak yang terbiar dalam drama tersebut.


Si abang (umur 10 tahun) yang sedari tadi hanya mendengar ngomelan adiknya tiba-tiba berkata dalam nada yang penuh konfiden untuk menenangkan kegelisahan dan keresahan si adik. "Adik, adik jangan risau tak de siapa yang hendak rampas ayah kita, ayah kita tu kan hitam, botak dan tak handsome sangat".


Emaknya yang mendengar kenyataan tersebut tersenyum mungkin atas dua sebab. 1. Mungkin berasa lega tak de orang yang hendak merampas suaminya atau 2. Rupa-rupanya anaknya juga memikirkan tentang persoalan yang biasa dihadapi dalam dunia orang dewasa ataupun mereka juga ada rasa kegusaran bagaimana sekiranya ayah mereka dirampas orang lain.


Bestkan dunia anak-anak. Kadang-kadang tak terjangkau akal fikiran kita tantang apa yang mereka bayangkan.

Sabtu, 8 Mei 2010

Rindunya aku pada arwah ibu


Mengharungi Ramadhan Al-Mubarak tanpa seorang insan yang bernama ibu amat sukar rasanya. Rasa kehilangan yang amat sangat terpendam dalam lubuk hati yang amat dalam. Suara hati ini seakan-akan ingin menjerit meminta agar saat-saat manis bersama ibu kembali walau hanya untuk seketika.

Kalau dulu setiap kali Ramadhan pasti ibu akan menyajikan juadah kesukaan aku. Kadang-kadanng aku minta ibu untuk membuat makanan kegemaran aku. Puas rasanya dapat rasa air tangan ibu. Ibu juga puas melihat anaknya makan juadah kegemarnnya.

Menjelang detik-detik menyambut lebaran ibu sibuk menbuat aneka kuih dan biskut. Aku selalu menolongnya untuk membakar dan menguli serta menyedikan bahan asas sama ada kuih atau biskut. Tahu jugalah aku macam mana nak buat kuih semperit, bahulu, kuih goyang, putu kacang dan sebagainya.

Suasana ini yang aku amat rindukan sebagai seorang anak. Kadang-kadang aku berharap kalau tidak di dunia nyata, tuhan jelmakan saat-saat indah itu di dalam mimpi. Sesungguhnya aku amat merindui suasana itu.

Apabila balik ke rumah ayah melihat pinggan-mangkuk, senduk, kuali, pembacuh kek benar-benar membuatkan hati aku sayu. Terasa jauh sangat hati ini seumpama air sungai yang bergerak jauh menuju ke kuala.

Belum lagi aku melihat baju-baju lama yang pernah di pakai ibu. Ya Allah lebih memilukan hati ini dan bisa menumpahkan air mata. Tat kala aku menulis artikel 2 ke 3 kali aku sebak. Tak semena-mena air mata terus bergenang mengenangkan seorang insan agong yang bernama ibu.

Sejenak aku berada di rumah ayah aku sentiasa terbayangkan arwah ibu aku yang sedang memasak, mengemas rumah dan membayangkan mukanya yang sedang tidur keletihan setelah seharian bekerja.

Sebagai anak kadang-kadang aku terlupa mengucapkan sekalung penghargaan atau paling tidak ucapan terima kasih kepada ibu yang telah bersusah payah menumpahkan sepenuh kasih-sayangnya kepada seorang anak.

Hanya setelah ketiadaannya di dunia ini barulah kita tersedar betapa besar jasa dan pengorbanan seorang ibu. Barulah aku faham betapa betapa sayangnya ibu kepada aku Setelah ibu menutup mata buat selama-lama meninggalkan aku barulah teman-teman rapat ibu membisikkan ke telinga aku "Ri makcik tak tau nak cakap macam mana sayangnya emak kamu pada kamu". Setiap kali aku berjumpa dengan kawan baik ibu inilah antara kalimat keramat yang diucapkan pada aku.

Mujurlah di saat dia menghadapi sakratul maut aku sempat memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Entah berapa ratus kali aku memohon maaf dan air mata sentiasa berjujuran setiapa kali aku memohon keampunan. Setiap kali aku memohon maaf pasti setiap kali ibu akan menutup rapat matanya seoalah-olah dia memberi isyarat bahawa dia memaafkan aku memandangkan dia dah tak boleh berkata-kata kerana stroke.

Sehingga menghembuskan nafas terakhir dia menggenggam erat tangan aku. Terasa sedikit demi sedikit gemgaman tangannya semakin lama semakin lemah sehingga lah dia disahkan meninggal oleh seorang doktor. Dan aku terpaksa menerima hakikat yang aku sudah kehilangan seorang ibu yang amat aku sayangi. Kini aku terpaksa berdikari mengharungi hari-hari mendatang tanpa seorang ibu yang selama ini menjadi pelindung dan tempat aku mengadu nasib serta mencurahkan kasih-sayang...........

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...