Banyak kali sahabat aku Dr. SMS mengajak aku makan Briani Gam di Bangi. Katanya Briani Gam tersebut special dan sedap bangat rasanya. Namun disebabkan keterbatasan masa dan jaraknya yang memang jauh dari rumah aku dan terpaksa merentas dua negeri hasrat itu aku pendamkan sahaja. Namun hasrat tidak terpendam begitu sahaja akan ku tunaikan juga satu hari nanti.
Kujungan kali pertama aku ke sini tidak menghampakan. Aku memesan Nasi Beriani Kambing Gam dan anak aku pula order Beriasi Gam Ayam Kampung. Fuhhhhhhh memang sedap sehingga menjilat siku. Puas hati rasanya. Kalau kome tak percaya cuba sendiri. Susah aku nak mengatakan sesuatu makanan itu sedap kalau tak betul-betul sedap. Lokasinya anda ikut jalan lama nak ke Tanjong Malim dari arah utara ataupun kalau ikut lebuhraya anda keluar di tol Behrang. Lebih kurang 2 kilometer sebelum tiba ke pekan Tg. Malim anda akan nampak sederet bangunan kedai di sebelah kiri jalan yang ada pasaraya Billion. Sebaris dengan pasaraya Biliion anda akan nampak Papan tanda Beriani Gam Prima.
Namun kini lokasinya berubah sedikit apabila Beriani Gam menyewa kedai yang lebih besar di lot tepi bangunan tersebut. Lokasinya masih dalam kawasan yang sama. Semkin hari semakin ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Rugi kalau anda tak rasa memang betul-betul fantastic dan Marvelous. Antara menunya ialah Ayam kampung, ayam gam, ayam kuzi, kambing gam dan kambing kuzi. Harganya antara RM 7.50 ke RM 8.50. Memang berbalo kalau bawa famili makan kat sini. Difahamkan kedai ini merupakan cawangan Beriani Gam Prima yang famous kat bandar Muar. Datang ye jangan tak datang....
Pada suatu hari aku ke Tanjong Malim. Sebelum sampai ke pekan Tg. Malim dari arah utara aku ternampak kedai makan baru yang tertulis di papan tandanya Beriani Gam Prima. Apalagi aku tidak melepaskan saat-saat yang ku idamkan untuk makan Beriani Gam. Maklumlah kat tempat aku (pekan sungkai) yang ada cuma gam kasut dan gam cair. Beriani gam jauh sekali.
Kujungan kali pertama aku ke sini tidak menghampakan. Aku memesan Nasi Beriani Kambing Gam dan anak aku pula order Beriasi Gam Ayam Kampung. Fuhhhhhhh memang sedap sehingga menjilat siku. Puas hati rasanya. Kalau kome tak percaya cuba sendiri. Susah aku nak mengatakan sesuatu makanan itu sedap kalau tak betul-betul sedap.
Namun kini lokasinya berubah sedikit apabila Beriani Gam menyewa kedai yang lebih besar di lot tepi bangunan tersebut. Lokasinya masih dalam kawasan yang sama. Semkin hari semakin ramai pengunjung yang berkunjung ke sini. Rugi kalau anda tak rasa memang betul-betul fantastic dan Marvelous. Antara menunya ialah Ayam kampung, ayam gam, ayam kuzi, kambing gam dan kambing kuzi. Harganya antara RM 7.50 ke RM 8.50. Memang berbalo kalau bawa famili makan kat sini. Difahamkan kedai ini merupakan cawangan Beriani Gam Prima yang famous kat bandar Muar. Datang ye jangan tak datang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan