Nuffnang

Pengikut

Rabu, 29 Julai 2009

Asang kepala besor


Kalau aku sebut kedai cina kepala besor di belakang stesen bas mengundur mesti ramai yang tau. Kerana kedai menjual jajannya cukup happening masa zaman aku kanak-kanak, zaman sekolah rendah sampai le zaman sekolah menengah.

Kalau aku sebut Asang sudah tentu otai-otai sungkai kenal. Hari ni entah macam mana aku terserempak ngan Asang sedang berjoging kat Taman Permai. Aku pun cepat-cepat berhentikan kereta terus bukak pintu dan meluru mendapatkan Asang.

Seronok betui aku dapat jumpa Asang. Dapat juga aku mengimbau kenangan lama. Yang best tu dia masih ingat kat aku. Aku tanya dia mengapa telaga dan surau kat belakang kedai dia dah tak de. Katanya ini semua disebabkan pertelingkahan orang atasan yang masing-masing nak tunjuk power.

Kalau dulu sebelum naik bas untuk ke destinasi tertentu kawasan sekitar sungkai, aku tak lepaskan peluang membeli-belah kat kedai Asang. Macam-macam jenis permainan dan jajan yang ada. Mulut Asang cukup becok terutama kalau ramai budak-budak yang nak beli jajannya. Hari ini kedai tu masih ada tapi tak semeriah dulu. Turut lesu di mamah masa.

Bila aku tanya emak dia ada lagi ke?. Asang kata dah hampir 10 tahun dia mati. Kesian juga aku dengo. Kalau dulu dekat emak dia la dia bergantung harap. Aku boleh tengok masa tu betapa sayangnya emaknya kepada Asang. Namun kini segala-galanya telah hilang. Hari ini Asang juga membeli besi-besi buruk.

Asang yang aku kenal sejak zaman kanak-kanak dah berumur 51 tahun. Namun untuk mengekalkan kesihatannya Asang berjoging setiap hari. Aku salute kat Asang. Aku rasa nanti aku nak ngeTea ngan Asang dan aku nak korek banyak cerita lama ngan Asang. Selain bas Mogah, Balai Polis lama dan pekan Sungkai, Asang juga boleh diangkat sebagai Ikon Sungkai.

Selasa, 28 Julai 2009

PUSANIKA UKM





Beberapa minggu lepas aku ke UKM menemani orang rumah mencari bahan untuk tesisnya. Kebetulan pelajar baru mula mendaftar di UKM. Apalagi penuh sesak lah suasananya. PUSANIK yang lesu setiap kali musim cuti kini kembali ceria dan bernafas semula. Termasuklah tuan-tuan kedai di PUSANIKA tersenyum lebar kerana dengan adanya pelajar bermaksud rezki yang mencurah-curah.

Hampir 2 jam menunggu isteri mencari bahan tesis maternya, perut dah mula terasa lapar. Aku pun menjenguk ke kafeteria PUSANIKA. Nyata suasananya sangat berbeza. Kawasan kafeteria zaman aku dah tak de. Kalau dulu konsepnya foodcourt. Ada stall-stall kecik yang menjual pelbagai juadah.

Sekarang kawasan tersebut kosong dan lapang. Sebaliknya kafeteria dipindahkan ke kawasan sebelahnya. Masa aku makan di situ student agak ramai suasananya juga crowded. Namun terdapat pelbagai pilihan makanan. Makanan melayu, india, cina, masak panas dan western. Pendek kata macam-macam ada.

Daripada susun atur dan dekorasi kafeterianya lebih canggih, teratur dan up to date berbanding zaman aku dulu. Member aku pun pernah satu ketika dulu menjadi taukeh Kafeteria ini iaitu Encik Din dan Encik daniel. Namun rasanya kafeteria sekarang jauh lebih terkini dan teratur.

Sempat juga aku makan roti Nan dan dan kuah kacang kuda. Wow Marvellous, Nalerke dan Holiyau. Nasib baik le zaman aku makanan tak sedap macam ni. Kalau tidak nescaya keluar je daripada UKM dah tentu ramai yang tak kenal aku mungkin jadi Manjalara la aku. Apapun kalau ke UKM singgah la ke Kafeteria PUSANIKA. Anda pasti tidak akan kecewa.



Isnin, 27 Julai 2009

Salah kah faham atau faham kah salah


Sedang aku nak berada di gerbang pintu tandas sekumpulan pelajar perempuan asli yang berada di seberang tandas memanggil aku. " Cigu nak tengok" Aku pun membalas "Kalau nak tengok mari sini". Maksud aku tunggu la diluar tandas tu.

Tiba-tiba mereka tersenyum-senyum simpul sambil berkata "Tak mau la cigu" Aku kata "Tadi nak tengok". Baru aku tangkap maksud mereka mungkin ingat aku ajak ke dalam tandas. untuk melihat sesuatu. Sebenarnya maksud aku tunggu di luar tandas lepas tu sama-sama ke bilik guru untuk melihat gambar mereka menari sewang.

Semalam mereka datang jumpa aku nak tengok gambar sewang. Aku kata esok la. Kebetulan hari ini mereka ternampak aku nak masuk tandas. Maka terjadi la peristiwa salah faham. Takkan aku nak bagi tengok aku punya. Bahaya wo.......... Hak ekslusif ni...

Dato Shake








Bagi aku suara Dato Shake sangat unik, lain dari yang lain. Sempat juga aku mengimbas nyanyiannya di era 70an, 80an, 90an dan tahun 2000 dalam youtube. Memang best dan menghiburkan. Baru lah aku dapat lihat betapa hebatnya sambutan terhadap Dato Shake di Perancis.

Lagu-lagu hitnya di Malaysia seperti Lina(elle s`en eva), Pulanglah (Avec Elle) , Umi (angle) dan banyak lagi lebih sedap didengar dalam Bahasa Perancis. Terasa sungguh kemerduannya. Sebutannya dalam Bahasa Perancis melekat, pekat dan likat.

Yang aku heran ngapa di Malaysia tak dijual album Perancisnya. Sedangkan pada hemat aku lagu-lagunya lebih mantap dinyanyikan dalam Bahasa Perancis. Aku memang dari dulu suka sangat nga lagu-lagunya.

Melihat kepada pengalaman panjangnya dalam dunia hiburan di Perancis, timbul rasa kagum. Aku selalu membayangkan betapa rindu perasaannya terhadap tanahairnya. Ada satu gambar dia sedang memeluk seorang perempuan tua (mungkin ibunya) cukup menggambarkan betapa rindunya terhadap tanah tumpah darahnya dan orang tersayang.

Apa yang membanggakan aku dia tidak segan atau malu mengaku yang dia orang Malaysia. dan berbangsa melayu. Apatah lagi beliau seorang celebrity yang berjaya di Perancis. Kadang-kadang orang Malaysia sendiri malu mengaku sebagai orang Malaysia apatah lagi mengaku sebagai orang melayu.

Orang melayu pun kadang-kadang malu nak mengaku orang melayu dan lebih parah lagi malu nak ubuh nama melayu dan lebih teruk lagi malu yang teramat besar nak kahwin ngan orang melayu. Yang hidung kembang dan sah-sah melayu lebih rela kahwin ngan orang putih.

Sedangkan orang putih tu entah dari mana dikutipnya. Entah apa latarbelakang orang putih tu tolak ke tepi , janji orang putih. Semuanya bagus. Melayu yang nak jadi orang putih pun ramai jugak. Rambut hitam dah tak standard terpaksa celup perang.

Lepas tu mengaku la ada keturunan orang putih belah emak ke, belah bapak ke, belah atuk ke , belah onyang atau belah bapak tiri dia. Setidak-tidak pun lahir diluar negara dah jadi satu kebangggan yang luar biasa ceritanya. Poooooorah.

Itu sebab aku suka Dato Shake karyanya bersifat bersahaja,jujur dan dekat dengan kita. Bukan dibuat-buat semacam artis klon yang semakin banyak dewasa ini.

Ahad, 26 Julai 2009

PULANGLAH (AVEC ELLE-Bahasa Perancis)


Aku terjaga dari tidur
Bagai ada satu suara

Yang lembutmembisik padaku... pulanglah...

Termenung dipagi yang dingin
Terkenangkan kampung halaman

Terbayang wajah wajah sayu... kurindu...

Kenangan mengusik jiwaku

Berlari dipinggiran desa

Damainya dipangkuan bumi... tercinta

Meskipun kini ku bahgia
Namun jiwaku keresahan
Padamu kasihku tercurah... desaku

Tiba-tiba aku tersedar

Langkah kakiku terhenti
Ku aturkan jejak kembali... padamu

Bersama pengalaman ini

(Dewasa bersama cabaran

Akan ku curahkan padamu... oh ibu

Perjuanganmu yang abadi

Akan ku teruskan semula
Membangunkan tanah pusaka... yang indah

Bertapa kesedaran kini
Bumiku dahagakan baktinya

Terimalah pulangku ini...oh ibu
...

Meskipun kini ku bahgia, Namun jiwaku keresahan

Aku terjaga dari tidur, Bagai ada satu suara, Yang lembut membisik padaku... pulanglah..., Termenung dipagi yang dingin, Terkenangkan kampung halaman, Terbayang wajah wajah sayu... kurindu..., Kenangan mengusik jiwaku, Berlari dipinggiran desa, Damainya dipangkuan bumi... tercinta, Meskipun kini ku bahgia, Namun jiwaku keresahan, Padamu kasihku tercurah... desaku. Begitu lah antara bait lagu Pulanglah dendangan Dato Shake.

Aku pernah tak balik ke kampong semasa hari raya semasa aku baru habih belajo. Tinggallah aku berhari raya ngan member aku di rumah sewa di Sungai Tangkas, Bangi. Aku pun tak pasti mengapa aku tak balik. TV pulak memainkan lagu Dato Shake Pulanglah. Apalagi rasa nak menitis-nitis air mata.

Sarapan pagi tu cuma Maggi. Lagilah syahdu. Masa tu bayang rendang ayam power emak aku, lemang, wajah emak, wajah ayah dan wajah opah menerjah di ruang fikiran. Sehingga ke hari ini apabila aku terdengar lagu tu pasti aku terasa sungguh kesyahduannya dan kemelankoliknya.

Cuba bayangkan bagi mereka yang dah lama berkelana ke luar negara macam Dato Shake sudah pasti imej-imej alam seperti sawah padi, lambaian nyiur, kebun sawit, pantai, rumah ayah/bonda dan sebagainya sentiasa bermain di jiwa. Rindu serindu-rindunya begitulah agaknya perasaan mereka. Kalau boleh masa itu juga rasa nak terbang balik.

Itu sebab pantang ada cuti orang kita pasti berduyun-duyun balik ke kampung. Lebuhyara, jalan lama, jalan baru semuanya jem. Sesak macam manapun orang tetap akan pulang ke kampung kerana suasana desa dan orang-orang tersayang.

2 perkara iaitu suasana desa dan orang-orang tersayang merupakan perkara yang tak boleh dipisahkan. Ia memenuhi tuntutan naluri berjuta jiwa. Aku selalu perhatikan mereka yang masih pulang ke rumah pusaka ibu dan bonda di kampong walaupun orang yang tersayang sudah tiada seolah-olah tidak berseri suasananya. Ada kekosongan yang tak dapat dipenuhi dan diganti dengan apa cara sekalipun.

Dulu aku hanya mendengar perasan kekosongan, kehampaan dan kehilangan . Kini aku sendiri yang mengalaminya walaupun aku masih ada Ayah untuk aku bergantung harap dan mencurah kasih-sayang. Namun kehilangan seseorang yang di panggil ibu cukup mengesankan jiwa. Tambahan bagi mereka yang kehilangan kedua-dua insan yang tersayang.

Kalau tak percaya anda tanyalah kepada mereka yang pernah mengalaminya. Mungkin bait lagu ini menggambarkan perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang. Meskipun kini ku bahgia, Namun jiwaku keresahan. Ya Allah bagi lah kekuatan kepada aku untuk terus menongkah arus masa.

Sabtu, 25 Julai 2009

Yasmin Ahmad: Kau Pergi Jua Alfatihah


Pengarah tersohor Yasmin Ahmad kembali ke rahmatullah pada pukul 11.25 malam tadi.

Ku Suma

Tapak asal kedai Pak Ku Suma
Lagi pemandangan Kedai Pak Ku Suma yang dah jadi kedai May First
Pemandangan Di medan selera bandar baru bangi (Satu ketika dulu)
Lagi pemandangan di medan selera bandar baru bangi (satu ketika dulu)
Disini terletak kedai sup ekor yang paling sedap di Bandar Baru Bangi

Jalan masuk ke kedai Ku Suma melalui jalan belakang

Satu ketika dahulu di sini lah tempatnya yang menyaksikan berseminya cinta adam dan hawa. Tempat ini juga menjadi saksi pelbagai rencah dan ragam manusia. Tempat ini juga pernah mencapai zaman kegemilangannya. Dan kerana tempat ini jugalah aku terdampar di tengah jalan di langgar Mat Rempi yang !@#$%$%%^^.

Namun kini semuanya sudah berubah. Sepi sesepi-sepinya. aku pun tak paham mengapa. Mungkin kerana arus pembangunan yang hebat meminggirkannya sendirian sunyi di mamah masa. Kunjungan ku situ tidak lama dahulu amat menyedihkan.

Persekitarannya lesu dan kusam ibarat di langgar garuda. Dahulu masih ada 2 kedai makan (tapak lama kedai Pak Ku )(Kusuma)). 2 minggu lepas aku berkunjung ke sini. Namun kali ini segala-dalanya sudah tiada. Yang tinggal hanya kenangan terindah bersama rakan-rakan semasa zaman belajar dan rakan yang paling akrab yang kini menjadi orang rumah aku.

Kalau dahulu disinilah tempat aku dan rakan sewaktu berdating sambil minum-minum dan makan-makan. Disini lah rakan ku yang bernama Kawek keon minta dengan makcik Ku "Telor Kuba So"(Telur kerbau satu). Disini juga terletak kedai sup ekor yang paling sedap di Bangi dan disini juga terletak kedai Cenderamata Amir .

Pada bulan puaasa disinilah tempat kami minum selepas Sembahyang Terawih dan bersahur. ramai-ramai. Disini juga aku selalu open Table selepas selesai projek pameran buku dan komputer aku. Dan disini juga lah yang menyebabkan saiz pinggang aku semakin naik sebab semua makanan di sini lazat.

Hari ini semua itu hanya tersimpan dalam kenangan. Bila aku berada di sini timbul pula satu demi satu kenangan lama yang menyusuk jiwa dan kadang-kadang bisa menumpahkan air mata. Rasanya baru semalam aku disini ketawa dan bergurau senda bersama Kawek,Mahdi,Zulmukhri, Kay Janda, Kuek, Sapiuddin, Buyung, Marwan ,Tok Talib, Samad , Ishak dan ramai lagi sambil menunggu makanan disiapkan.

Sebenarnya semasa menaip ni aku tak tahan sebak sambil menitiskn air mata mengenangkan betapa indahnya kenangan yang tak mungkin dapat diulang semula.Ada kawan-kawan yang masih aku dapat jumpa ada juga yang menghilang entah ke mana. Semoga satu hari aku akan dapat bertemu dengan kalian semua.

Ku Suma Suatu kenangan yang amat indah. Tidak terungkap dengan kata-kata............

Manggosteen@Manggis


Musim manggis datang lagi. Manggis juga disebut sebagai ratu buah. Bagi orang Cina Durian mesti di makan dengan manggis kerana durian bersifat panas perlu diseimbangkan dengan manggis yang bersifat sejuk.

Percaya atau tidak sebenarnya buah menggis terutama kulitnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Kajian ini dibuat oleh sebuah syarikat di Amerika mendapati bahawa jus manggis mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Maka mereka telah mengeluarkan produk berasakan manggis yang di sebut XANGO. Produk tersebut telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia sehingga syarikat tersebut muncul antara syarikat yang paling cepat berkembang di Amerika. Bahangnya sampai juga ke negara kita.

Hari ini banyak syarikat Bumiputra telah mula mengeluarkan pemakanan kesihatan berasaskan manggis. Yang peliknya juga mendapat sambutan yang hangat. Nyatalah disini bahawa manggis banyak khasiat yang tersembunyi yang masih belum diketahui oleh kita sepenuhnya.

Member aku Cikgu Razak Khalid juga telah membuat kajian dan menemui bahawa kulit manggis yang dikeringkan dan dibuat serbuk mampu memulihkan penyakit buasir. Sesiapa yang ada masalah buasir insyaallah sembuh seperti sedia kala hanya dengan menggunakan produk yang dibuat sendiri oleh Cikgu Razak ni.

Dah ramai orang yang menggunakannya produk formulasi Cikgu Razak ni Alhamdulillah sembuh. Bagi aku buah manggis ini antara buah yang paling jujur dan tidak pernajh kita tetipu dengannya. Berapa pun bilangan tampuk di punggungnya maka sama dengan bilangan isi di dalamnya.

Anak aku yang nombor 3 cukup suka mengira tampuk di punggung manggis. Selepas dikira maka dia pun akan bagi tau adiknya berapa bilangan isi yang terdapat dalam buah manggis. Adiknya pun hairan sebab tak paham perkaitan antara tampuk di punggung manggis dengan isi di dalamnya. Dia kan rasa bangga dengan adiknya kerana dapat meneka dengan tepat. Hari ini atas permintaan anak aku nombor 3 terpaksa la aku beli manggis.

Katanya "Dah lama una tak makan manggis. Memandangkan sekarang musim manggis maka tak susah aku memenuhi permintaannya. Bagi anda yang kerap batuk dinasihatkan jangan makan manggis sebab ia akan menyebabkan batuk yang berlarutan.

Tahun lepas aku pernah batuk lama selepas bayak makan manggis. Selepas makan produk pankaja Kasturi yang aku ceritakan di dalam entry terdahulu, alhamdulillah akau dah boleh makan manggis banyak mana pun. Thanks to God yang menemukan aku dengan PANKAJA KASTURI.......

Twin@kembor


Aku ada anak murid yang agak unik. Kedua-duanya berada di kelas yang hujung. Namun bakat dan kebolehan mereka amat besar. Umpamanya mereka ada kemahiran membuat bakul yang cantik daripada kertas suratkhabar.

Memang cantik dan halus buatannya. Pendek kata memang boleh dikomersialkan. Kalau ada yang berminat boleh buat tempahan ngan aku. Cuma aku tak sempat nak snap gambar bakul tu. Walaupun mereka ni agak lemah dalam pelajaran tetapi semangat mereka kuat.

Satu lagi bakat mereka yang boleh diketengahkan ialah lakonan sketsa. Banyak kali dah sketsa aci-aci bukak pintu dipentaskan. Merekalah yang bawak watak hantu yang sangat berkesan. Selamba je tak de malu-malu macam sesetengah pelajar lain yang hanya berani di belakang. Apabila nak di bawa ke tengah untuk persembahan semua takut.

Satu sahaja harapan aku semoga mereka juga mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran. Memang aku sentiasa bantu mereka ni untuk berjaya dalam pelajaran. Daripada pemerhatian aku mereka ni juga tergolong dalam pelajar yang susah. Mana yang terdaya inshallah aku akan bantu.

Sewang dan pinang






Hari ini anak murid asli aku bersewang sempena hari anugerah kecemerlangan. Aku perhatikan pandai juga dia orang ni make up. Sekali pandang boleh tergoda jugak la. Dalam pada mereka bersiap-siap untuk persembahan aku tengok mulut mereka mengunyap.

Aku tanya "makan apa?". Kata mereka "makan pinang" Aku tanya lagi "mengapa makan pinang". "Makan pinang baru syok menari sewang Cikgu." Ropa-ropanya pinang ni untuk mereka lebih HIGH masa menari. Patut la kalau ada majlis joget (jugit sebutan mereka), mereka boleh menari sampai pagi.

Esok pulak ada pertandingan akhir juara asyik kat TV satu. Salah seorang bekas anak murid aku masuk pertandingan tu Mazwan Anak Gajah. Aku harap dia menang sebab suara dia boleh tahan sedapnya. Dia pernah ujibakat AF tapi tak diterima sebab masih bersekolah.

Sedar tak sedar hampir 13 tahun aku mengajar. Begitu cepat masa berlalu. Paling tua anak murid aku berumur 28 tahun. Ramai juga yang dah beranak-pinak. Ada juga yang menjadi guru usahawan dan lain-lain lagi. Sedangkan aku masih macam dulu juga ibarat sajak seorang guru tua karya Usman Awang.

Jumaat, 24 Julai 2009

Tongkat


Hari ini agak lewat aku sampai ke masjid untuk sembahyang jumaat. Maka jawabnya duduk di belakang la. Biasanya di dinding masjid hanya ada satu ke dua tongkat. Tapi hari ini aku tengok semakin banyak jumlah tongkat dan pelbagai jenis. Pakcik-pakcik yang sembahyang atas bangku pun semakin ramai. Yang sembahyang duduk pun ramai jugak.

Bila melihat keadaan itu aku baru terasa betapa cepatnya masa berlalu. Pakcik-pakcik yang dulunya segak,tampan dan bergaya sudah hilang daya dan tenaga. Kalau dulu kudrat mereka cukup kuat mengait buah kelapa sawit sepuluh ekar, kini beransur lemah. Segala-galanya telah banyak yang berubah. Kalau dulu ada yang jambulnya pelbagai rupa, kini sudah tiada lagi.

Teringat aku seorang penceramah agama pernah berkata. Beza antara orang tua dan orang muda. Orang muda itu kuat tenaganya, manakala orang tua itu semakin lemah kudratnya. Orang muda itu kuat ingatannya sementara orang tua itu semakin lemah ingatannya. Kalau nak menuntut ilmu pulun lah masa muda. Kalau masa tua lebih banyak perkara yang dilupa daripada yang diingat.

Bebalik kepada cerita pakcik-pakcik tu tadi. Di tempat aku rasanya hampir setengah pakcik-pakcik yang aku kenal dah tak de (pulang ke rahmatullah). Dalam tahun ni sahaja aku kehilangan ramai pakcik-pakcik yang agak rapat dan baik ngan aku. Antaranya Pakcik Ramli, Pak Cik Usup dan Pak Cik Saidin.

Yang dah tak berdaya pula semakin ramai bilangannya. Buktinya tongkat-tongkat yang tergantung di dinding masjid. Namun aku amat bersyukur kepada tuhan kerana ayah aku masih gagah menongkah arus masa. Tiada dihinggapi sebarang penyakit dan masih boleh mengait kelapa sawit. Matanya masih terang dan ingatannya masih kuat.

Mungkin kerana amalannya daripada muda banyak mengeluarkan peluh dan kuat bekerja. Ini lah antara amalanya yang tak dapat aku tiru dan contohi namun aku berusaha ke arah itu. Aku juga mewarisi tabiatnya yang tidak merokok. Pernah banyak kali aku cuba merokok, namun aku tak ada rasa nikmat pada rokok.

Semoga pakcik-pakcik yang aku coretkan dalam cerita aku terus dikurniakan kesihatan yang baik. Yang dah kembali kepada RabbulJalil semoga rohnya aman dan damai di samping pencipta agung yang Maha Esa. Aminnnnnn....

Telor Kambing


Hari ni anak murid aku yang sorang ni begitu rancak menceritakan lagi kisahnya dengan kambing kesayangannya. Saja aku suruh dia cerita tentang kambing. Aku rasa hampir 15 minit tak renti dia bercerita tentang kambing. Begitulah kecintaannya terhadap kambing.

Dunia kambing merupakan sesuatu yang menyeronokkannya untuk diceritakan. Begitu terujanya anak murid aku menceritakan tentang kambingnya yang nak beranak. Dia begitiu excited nak tau macam mana ropanya anak kambing dalam kandungan ibunya. "Saya dengor kat perut cikgu, tak da bunyi apa-apa"katanya.

"Saya pegang-pegang perut emaknya dan terasa kepala anaknya" Tambahnya lagi. Aku tanya "Ada berapa ekor?". "Ada 2 ekor cikgu". "Saya rasa sikit lagi beranak la dia" . Aku rasa satu hari mungkin juga pulak yang akan membidankan kambing tersebut.

Kemudian ceritanya beralih pula tentang pengalamannya menunggang kambing Jamnapari. "Seronok Cikgu". "Abang saya pun nak naik kambing tu, tapi kambing tu tak mau jalan" "Saya tolak kambing tu, tetap tak mau jalan" "Saya geram cikgu saya pun jentik telor dia cikgu" "Apalagi mencicit dia lari"

"Abang saya melambung-lambung, kemudian jatuh dalam lopak". "Apalagi kami pun gelak, sebab badan dan mukanya penuh lumpur coklat nampak mata je". Aku bukan bayangkan abangnya yang jatuh tu. Aku cuma bayangkan betapa sakitnya kambing tu apabila telornya dijentik.

Bayangkan kalau telor kita kena jentik. Mau meraung. Begitulah anak murid aku dan dunia kambingnya. Tiada apa yang dapat memisahkan kasih-sayangnya ngan kambing.

Khamis, 23 Julai 2009

Kambing Jamnapari

Kambing Jamnapari

Kambing !kambing ! kambing. Dalam hidup anak murid aku yang sorang ni yang dia tau hanya kambing. Aku dah ngajo dia hampir 2 tahun. Dari dulu hingga sekarang topik yang suka diceritakan ngan aku tak lain tak bukan kambing.

Bapanya membela kambing. Oleh itu hampir setiap hari dia ke kandang kambing. Kadang-kadang kambingnya beranak dia cerita kat aku. Kambingnya meragam pun dia cerita kat aku. Dan Antara jenis kambing yang disukainya ialah Kambing Jamnapari. Katanya kambing tu mahal harganya. Aku pun tak tau betul ke kambing tu mahal harganya.

Aku pun suka jugak layan cerita kambing dia ni sebab banyak juga info baru pasal kambing yang aku pelajari . Namun bila aku suruh dia menulis karangan cukup la susah. Satu hari aku dapat idea. Aku suruh dia tulis karangan tentang kambing. Agak positif . Banyak betul idea yang ditulisnya tentang kambing.

Cuma yang jadi masalah sekarang. Apa juga tajuk karangan yang aku bagi mesti ada cerita kambing di dalamnya. Antara tajuk karangan yang aku bagi ialah Faedah Menabung . Mula-mula ok dia tulis, last-last ada juga cerita tentang kambing. Katanya dia suka menabung sebab nak beli kambing. Bila kambing membiak dia akan menjual kambing dan dia akan dapat duit. Akhirnya dia boleh beli kereta, rumah dan jadi kaya.

Aku bagi karangan tentang hari raya. Ada jugak cerita kambing. Pada pagi hari raya bapa saya sembelih kambing untuk buat lauk. Sungguh sedap rasanya. Begitulah tulisannya. Kadang-kadang rasa nak gelak jugak.

Satu lagi aku suruh dia tulis tentang permainan bolesepak. Cuba kome baca ngan teliti karangannya. Setiap hari saya main bolasepak. Saya main dengan kawan-kawan. Saya menyepak bola. Tapi tak gol. Bola itu terkena kambing yang sedang makan rumput di tepi jalan.

Akhirnya walau tajuk apa pun yang aku bagi yang pasti baginya mesti ada watak kambing di dalam ceritanya. Aku teringat member aku yang di gelar hishamuddin shottorn (spesis kambing). Mbek....... Mbek........Mbek.....

Selasa, 21 Julai 2009

Uban

Gambar sebenar pelajar aku

Apabila menginjak usia tua maka uban pun suka bertandang di kepala. Kalau beruban di usia tua tak mengapa memang lumrah. Yang menghairankan aku ada pelajar aku yang berumur 13 tahun (tingkatan satu) kepalanya sudah banyak dipenuhi uban. Apa ke jadahnya itu. Sama-sama kita fikirkan.


Walaubagaimanapun pada aku uban ialah kesan sikap maknusia. Umpamanya pelajar hari ni cukup suka memakai gel rambut. Suka bertukar-tukar minyak rambut, menggunakan spray rambut dan tidak mengamalkan amalan tradisional dalam memelihara rambut. Segala-galanya mengambil jalan mudah.


Ada seorang lagi anak murid aku yang rambutnya semakin jarang. Rambutnya gugur dengan banyaknya apabila di sikat. Aku tanya dia berapa lama dah pakai gel. Jawapannya sejak darjah satu. Dalam apa juga keadaan pun gel mengandungi bahan kimia yang menyebabkan rambut menjadi nipis dan uban tumbuh sebelum waktunya.


Bagi masayarakat melayu kita ada cara tradisional untuk menjaga rambut seperti membasuh rambut seminggu sekali dengan campuran santan dan asam jawa. Ini akan dapat memberi zat dan nutrien kepada folikel rambut. Juga menjadikan rambut lebih bersinar dan menghitamkan rambut secara semulajadi.


Bagi masyarakat India mereka menggunakan akan shikakai atau sintok seminggu sekali untuk membersihkan dan menguatkan serta menghitamkan rambut. Akar sintok di rendam semalaman sehingga ia kembang dan mengeluarkan bahan seperti gel.


Kemudian dilumur ke atas kepala seminggu sekali. Namun genarasi muda hari ini sama ada masyarakat melayu, India dan Cina lebih gemar menggunakan gel. Sekiramya trend ini diteruskan tidak mustahil seawal belasan tahun remaja kita akan dipenuhi uban dikepalanya dan seawal 20-an kepala menjadi botak. Geng-geng yang sebaya ngan aku pun ramai juga yang dah botak licin. Yang botak tengah kepala lagi ramai. Eiii Takut nya aku...........


Selera Bollywood 4



Semalam aku terpaksa ke KL kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan. Namun selesai sahaja urusan aku bergegas balik. Jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Mata dah mula ngantuk dan dah tak larat nak drive. Akhirnya aku parking kereta depan kedai mamak 24 jam kat Tg. Malim.

Apabila tersedar aku mendapati jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Pukul 7.20 kena sampai sekolah. Tanpa berlengah aku memecut laju. Balik ke rumah mandi, sembahyang subuh dan terus bersiap ke sekolah.

Betapa letihnya badan, mata bagai digantung batu. Namun tugas asasi wajib dilaksanakan tanpa sebarang alasan. Semasa di KL aku masih terus memburu capati yang lazat. Kali ini destinasi aku Restoran Makbul Taman Tun Dr. Ismail. Kebetulan disinilah tempatnya aku berjumpa seseorang untuk urusan yang tak dapat dielakkan tu.

Aku hampa sebab capatinya tak sesedap dulu. Tebal, besar dan rasanya sekadar boleh la. Apapun oleh sebab dah lapar aku balun semacam je. Member aku order roti nan. Pun macam hampeh juga. Aku pun heran dulu ok . Mengapa sekarang hilang keOKyannya.

Sabtu, 18 Julai 2009

Roti Benggali


Zaman kecik-kecik aku banyak dihabiskan di kawasan perumahan kilang sawit Trolak. . Ini kerana emak dan ayah aku terpaksa meninggalkan aku kepada arwah opah kerana hampir setiap hari mereka keluar berniaga Tupperware. Manakala arwah opah tinggal di kawasan perumahan kilang sawit Trolak dengan arwah bapak sedara aku yang bekerja di kilang sawit. .

Selepas perniagaan Tupperware agak merosot sedikit arwah emak aku membuka pula sebuah kedai runcit di kawasan ini juga . Maka zaman kanak-kanak aku banyak dihabiskan di kawasan perumahan kilang ini. Pelbagai nostalgia pahit suka-duka yang berlaku disini.

Antara yang menjadi kenangan terindah aku ialah hampir setiap petang aku menikmati roti benggali. Apa yang istimewanya roti benggali ini dibuat sendiri (handmade) oleh Bai Martin. Setiap hari dia akan menunggang sebuah motorsikal yang ada kotak besi alumunium yang besar di belakang motor. Macam-macam jenis roti ada, roti benggali, roti inti kelapa, roti inti kaya dan roti putih.

Bila terdengar bunyi honnya pon! pon! pon! . Maka aku akan berkejar mendapatkan Bai Martin. Di samping menjual roti Bai Martin juga menjual pelbagai majalah dan komik yang dimasukkan di dalam bekas plastik dan diletak di atas raga depan motorsikalnya. Komik kegemaran aku ialah Bujal yang ada watak Wak Segan dan Cikgu Markonah. Tentu ramai yang masih ingat watak tersebut.

Ada ketikanya agak lama juga Bai Martin menghilangkan diri. Rupa-rupanya dia balik ke India untuk berjumpa anak dan isterinya. Satu yang aku suka Bai Martin ni cakap la macam mana pun dia akan senyum je.

Dia sangat kenal ngan aku. Buktinya 2 ke 3 tahun lepas aku ada masuk ke sebuah kedai untuk membeli peralatan dapur. Aku dengar ada orang panggil nama aku. Ropanya Bai Martin. Dia dah bukak kedai jual peralatan dapur. Aku ingatkan dia dah balik India terus. Aku putus hubungan ngan bai Martin ni hampir 20 tahun.

Dia mengingati aku kerana setiap bulan aku akan membeli majalah Bujal. Kadang-kadang memang dia simpan komik Bujal tu untuk aku sebab aku tak pernah miss ambik ngan dia. Sampai sekarang pun kalau jumpa dia masih cerita tentang majalah bujal, tentang arwah mak aku dan tentang pengalaman dia berniaga kat kawasan kilang sawit Trolak.

Ada satu peristiwa sedih yang berlaku ke atas keluarga aku disini yang akan aku ceritakan dalam entry yang akan datang......

Selera Bollywood 3



Aku masih lagi ketagih ngan capati. Kali ni aku teringat satu kedai yang capatinya terangkat juga rasanya yang terletak di Slim River. Pernah sekali aku beli dan bungkus bawak balik, akhirnya terkulat-kulat makan.

Selalunya kalau aku beli capati anak-anak tak berapa suka. Yang makan capati aku dan orang rumah je. Kali ni semua anak aku suka capati tersebut. Pendek kata nalerke. Nama kedai ni agak lain daripada yang lain. Restoran Aluha...... macam nama kedai-kedai kat hawaaii.

Hampir beberapa bulan setelah dibuka barulah kedai ini mampu menarik pelanggan. Rojaknya sedap juga disamping mee goreng. Namun bagi aku selain capatinya yang memang sedap tosei juga amat sedap rasanya. Kene benor ngan selere aku. Marvellous..... Cuma yang aku tak berapa berkenan lalat banyak sangat.

Baru dan Lama : Pasar Basah Sungkai.

Pasar basah baru
Pasar Basah Lama
Pemandangan pasar basah baru
Satu-satunya Peniaga ikan Melayu yang masih ada

Pasar basah baru sungkai terletak jauh daripada tapak asal pasar basah lama. Pasar basah baru terletak berhampiran taman perumahan. Lebih mudah lagi terletak disebelah kanan jalan menuju ke stesen keretapi Sungkai. Berbanding dengan pasar basah lama, pasar basah baru ni lebih selesa.

Pasar minggu lama yang terletak di pekan Sungkai juga dipindahkan berhampiran dengan pasar pasah baru. Saban minggu pasar minggu ini dikunjungi oleh penduduk sekitar Sungkai,Bidor, Felda Besout dan Felda Trolak.

Apa yang menyedihkan di pasar basah baru ialah bilangan peniaga melayu terus menyusut dengan drastik. Peniaga sayur ada tiga peniaga melayu. Peniaga ikan hanya tinggal seorang peniaga melayu. Untuk jangka panjang peniaga melayu dan peniaga cina akan pupus.

Kerana kebanyakan ruang niaga satu persatu jatuh ke tangan peniaga India. Apa sebabnya aku pun tak tau. Pasar basah lama pula terletak ditengah-tengah pekan sungkai. Satu ketika dulu ramai juga peniaga melayu berniaga disini. Yang uniknya dulu kebanyakan kedai tidak menggunakan tali ropia untuk mengikat barang.

Mereka menggunakan tali organik yang mungkin diperbuat daripada daun mengkuang yang digulung. Aku masih ingat lagi masa kecik-kecik aku selalu mengikut emak aku membeli ikan dan sayur untuk dijual di kedai runcit aku di Kilang Sawit Trolak.

Hari ini kawasan pasar basah lama ni jadi kedai minuman cina yang menjual beraneka menu. Hampir setiap pagi kawasan tu penuh dengan penduduk cina pekan Sungkai. Satu lagi kenangan yang aku tak boleh lupakan disini masa aku di sekolah menengah setiap pagi waktu cuti sekolah aku mengikut ayah dan emak aku mengedarkan mee kuning ke beberapa peniaga melayu di pasar basah lama sungkai.

Jumaat, 17 Julai 2009

DEBUNGAN WANGI




Ku cari ku mencari pada daratan yang penuh debunga wangi. Sedang aku menaip bahan blog ni sekitar pukul 3.00 pagi aku terdengar lagu Debunga Wangi daripada Lefthanded. Aku cukup suka lagu ni sebab muziknya power dengan tarikan vokal nash yang bertenaga serta permainan guitar Man Kidal dan Arwah Samad yang Mantoppp

Fikiran aku melayang semasa zaman rock kapak dulu. Masa ni tempat-tempat jam macam cendawan tumbuh. Di kampar ada Man Black Studio. Selalu juga aku dan geng atan jamming kat sini.

Kalau kat Slim River ada satu studio jamming kat bangunan kedai berhampiran petronas sekarang dah ta de. Kalau kat Ipoh lagi banyak umpamanya SYJ Studio kat pasar bulat (Sekarang dah tak de). Nina Kimi Studio pula terdapat di Super Kinta.

Sebelum kumpulan May meletup Abu May bekerja menjaga studio ni. Sempat juga geng aku Taifor dan Abu mansor Halimi jam ngan Abu May. Kalau tak silap aku, aku nyayi lagu orang timur SYJ.

Kat Super kinta ni ada dua lagi studio jam yang aku tak ingat namanya. Ada satu kumpulan ni aku cukup suka dengo dia orang jamming. Selalu main lagu Rusty Blade. Sebiji macam khalid Mobin skilnya. Kat studio ni aku pernah jam sekali ngan adik Taifon Kozin dan Suhaili (anak saudara Wan yang penynyi tu).

Satu lagi studio favourite aku kat rumah cina berhampiran Restoran Pakeeza. Kat SYJ Studio aku tak pernah jam. Nyemedang penuh. Ada lagi ke taukeh SYJ ni Syed Yahya Jamalullail?. Pemilik Studio Man Black iaitu Man Black pun aku dengar dah tak de.Dah lama kerja di pejabat tanah.

Harap-harap jadi le Mamat Khalid menerbitkan Rock 2. Dia pernah bagi tau aku bulan jun lalu shooting untuk Rock 2. Kalau betul dapat lah kita mengimbau nostalgia zaman Rock Kapak dulu. Aku cukup terhibur menyaksikan filem Rock. Terutamanya adegan pakai seluar ketat pakai plastik.

Disebabkan seluar tu terlampau ketat nak pakai seluor ni kena bubuh plastik nipis di bahagian dalam kaki seluor.Kalau tidak kaki tak boleh masuk melepasi kaki seluar. Aku pernah melalui pengalaman itu. Emak aku cukup berbulu tengok aku pakai seluor ketat ni. Sampaikan disoroknya seluo tu sebab tak bagi aku pake. Jenuh aku mencarinya.

Apabila aku nak memasuki alam pekerjaan baru emak aku pecah rahsia yang dia menyorokkan seluor aku tu. Budak sekarang memanggil seluar ketat tu dengan nama seluo cikang. Apa yang melucukan aku trend seluor ketat dah kembali menular di kalangan pelajar sekolah. Aku nasihatkan jangan pakai seluor ketat ni. Kalau nak terberak cukup payah. Satu lagi takut mandul . Apa komen Abang Mat Khalid.......

Selera Bollywood 2



Emak salah seorang anak murid aku ada jual capati. Setiap pagi aku pesan kat dia supaya bawak capati untuk aku. Harga capatinya pun tak mahal. 50 sen sekeping. Selalunya aku order dua keping.

Di kantin sekolah aku dah tak lalu makan. Asyik menu yang sama. Satu lagi makanannya kurang berkhasiat. Full of minyak dan lemak. Kalau hari-hari muntah kedarah di sini mau naik kolestrol aku. Sebelum berlaku apa-apa yang tak diingini baik aku cari alternatif yang lain.

Maka capatilah menjadi pilihan aku. Hari-hari pun aku lalu makan capati. Semalam aku ke Ipoh selepas sesi persekolahan. Ada banyak urusan tetangguh yang terpaksa diselesaikan. Sehingga pukul 8 malam aku belum makan apa-apa pun.

Setelah selesai semua urusan baru perut terasa lapar. Apa lagi dalam kepala dah terbayang kedai capati yang best kat Ipoh. Restoran Capati Medan Gopeng. Kedai asalnya terletak di jalan lapangan terbang. Dulu kalau aku ke Ipoh eku memang suka singgah kedai capati jalan lapangan terbang ni. Kalau hari jumaat dia ada sedia menu special nasi briyani. Memang sedap.

Sekarang kedai ni ada dah dua cawangan di Medan Gopeng dan Jalan Kampar. Dari segi rasa aku rasa sedap lagi capati di kedai lama di jalan lapangan terbang. Namun disebabkan perut dah lapar aku tak berkira sangat soal sedap ke tak sedap.

Selepas makan capati perut masih lapar. Aku order pulak roti nan kashmiri campur garlic. Yang ni memang kow. Kesedapannya sehingga menjilat Tak percaya cubalah........ Nanti aku tulis tentang sebuah lagi kedai capati yang sedap kat Sungkai. Kalau tak biasa ngan pekan sungkai memang susah nak cari kedainya. Memang sedap tak percaya? Cubalah........

Selera Bollywood



Selepas menyelesaikan beberapa urusan di Tapah pada hari rabu lepas perut terasa sangat lapar. Nak makan nasi tak berapa lalu. Minggu ni selera aku lain macam sikit. Selera aku selera Bollywood. Aku lebih suka makan tosei dan capati.

Memandangkan aku dah ada di Tapah aku pun teringatkan satu kedai capati yang best di Jalan Temoh (berhampiran simpang ke Cenderiang- Jalan nak ke Lata Kinjang, dikatakan air terjun tertinggi di Asia) . Agak lama aku tak ke sini.

Capati dia memang sedap dan lazat. Aku cukup berpuas hati dengan rasa dan kuahnya. Kedainya pun dah banyak diubahsuai yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Selain capati ada juga dijual nasi campur.Namun bagi aku capati is number one di sini . Semasa aku tiba di kedai tu agak penuh sesak jugak.

Pada pandangan aku Jalan Temoh ni boleh lah dianggap Jalan Capati. Sebab sepanjang jalan Temoh banyak kedai yang menjual capati. Datang lah bila masa pun capati ada dijual. Yang bestnya yang buat capati ni betul-betul keturunan Bollywood keturunan khan. Itu yang menambagh keoriginalitiannya. Tak Percaya cubalah......

Aku tidak bemaksud begitu. Percayalah


Kadang-kadang apa yang aku cakap itu ikhlas. Tetapi disalah anggap oleh orang yang mendengarnya. Banyak kali juga aku menghadapi situasi ini. Namun aku pasrah sebab niat aku bukan nak menyinggung mana-mana pihak.

Namun bagi orang yang mendengarnya mungkin memahaminya dengan pemahaman yang lain. Selepas aku mendaftar kursus KPLI di IPSI sekitar tahun 1996. Aku pun terus menuju ke asrama. Namun setelah puas aku mencari asrama tersebut masih tak jumpa.

Aku pun mula bertanya kepada 3 orang pakcik (tukang kebun) yang sedang lepak-lepak dekat depan satu bangunan lama. Aku pun bertanya tentang lokasi asrama tersebut .Bunyi nya macam ni "Pak Cik kat mana asrama (namanya aku dah lupa)" Mulanya dia jawab ok "Katanya kat depan tu je"

Aku pun sambung "Kat bangunan yang buruk tu ke?". Tujuan aku bukan nak ngutuk tentang bangunan tu yang baruk. Cuma aku nak confirmkan. Memang tidak terniat dihati untuk mengutuk apatah lagi mengeji. Pakcik tu jawab "ya".

Setelah empat lima langkah aku pun terdengar pakcik tu cakap "Jalan elok-elok ya, nanti runtuh pulak atapnya" Aku terkejut namun aku teruskan perjalanan. Aku paham sebenarnya dia nak perli aku sebab aku tanya tadi "Kat bangunan buruk tu ke?".

Satu lagi peristiwa ketika aku sedang mengedarkan surat NGO. Jenuh juga aku mencari rumah ketua kampung menderang. Terpusing-pusing. Akhirnya aku berhenti di depan kedai runcit untuk bertanya tentang rumah ketua kampung tu.

Aku pun bertanya "Bang kat mana rumah Yusuf Jamik?". Dia kata "kat depan tu je". Untuk aku lebih yakin aku pun bertanya kembali "Yang ada hutan sikit tu ke?". Abang tu jawab " Ha ah". Berberapa tapak aku melangkah aku dengar abang tu cakap "Hati-hati ya nanti kena tangkap ngan rimo (harimau)". Sekali lagi aku tau maksudnya dia perli aku sebab tadi aku cakap "Yang ada hutan sikit tu ke?"

Sesungguhnya memang bukan niat aku untuk mengutuk atau mengata. Cuma aku nak pastikan lokasi tersebut. Aku takut tersalah romah. Dengan dua peristiwa itu aku belajo sesuatu. Sebelum bercakap kena berfikir dahulu dan perlu bijak menyusun kata-kata agar tidak menyinggung perasaan orang yang mendengarnya. Entah lah........

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...