Aku terjaga dari tidur, Bagai ada satu suara, Yang lembut membisik padaku... pulanglah..., Termenung dipagi yang dingin, Terkenangkan kampung halaman, Terbayang wajah wajah sayu... kurindu..., Kenangan mengusik jiwaku, Berlari dipinggiran desa, Damainya dipangkuan bumi... tercinta, Meskipun kini ku bahgia, Namun jiwaku keresahan, Padamu kasihku tercurah... desaku. Begitu lah antara bait lagu Pulanglah dendangan Dato Shake.
Aku pernah tak balik ke kampong semasa hari raya semasa aku baru habih belajo. Tinggallah aku berhari raya ngan member aku di rumah sewa di Sungai Tangkas, Bangi. Aku pun tak pasti mengapa aku tak balik. TV pulak memainkan lagu Dato Shake Pulanglah. Apalagi rasa nak menitis-nitis air mata.
Sarapan pagi tu cuma Maggi. Lagilah syahdu. Masa tu bayang rendang ayam power emak aku, lemang, wajah emak, wajah ayah dan wajah opah menerjah di ruang fikiran. Sehingga ke hari ini apabila aku terdengar lagu tu pasti aku terasa sungguh kesyahduannya dan kemelankoliknya.
Cuba bayangkan bagi mereka yang dah lama berkelana ke luar negara macam Dato Shake sudah pasti imej-imej alam seperti sawah padi, lambaian nyiur, kebun sawit, pantai, rumah ayah/bonda dan sebagainya sentiasa bermain di jiwa. Rindu serindu-rindunya begitulah agaknya perasaan mereka. Kalau boleh masa itu juga rasa nak terbang balik.
Itu sebab pantang ada cuti orang kita pasti berduyun-duyun balik ke kampung. Lebuhyara, jalan lama, jalan baru semuanya jem. Sesak macam manapun orang tetap akan pulang ke kampung kerana suasana desa dan orang-orang tersayang.
2 perkara iaitu suasana desa dan orang-orang tersayang merupakan perkara yang tak boleh dipisahkan. Ia memenuhi tuntutan naluri berjuta jiwa. Aku selalu perhatikan mereka yang masih pulang ke rumah pusaka ibu dan bonda di kampong walaupun orang yang tersayang sudah tiada seolah-olah tidak berseri suasananya. Ada kekosongan yang tak dapat dipenuhi dan diganti dengan apa cara sekalipun.
Dulu aku hanya mendengar perasan kekosongan, kehampaan dan kehilangan . Kini aku sendiri yang mengalaminya walaupun aku masih ada Ayah untuk aku bergantung harap dan mencurah kasih-sayang. Namun kehilangan seseorang yang di panggil ibu cukup mengesankan jiwa. Tambahan bagi mereka yang kehilangan kedua-dua insan yang tersayang.
Kalau tak percaya anda tanyalah kepada mereka yang pernah mengalaminya. Mungkin bait lagu ini menggambarkan perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang. Meskipun kini ku bahgia, Namun jiwaku keresahan. Ya Allah bagi lah kekuatan kepada aku untuk terus menongkah arus masa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan