Nuffnang

Pengikut

Ahad, 12 Julai 2009

Bawah Par : Cikgu oh Cikgu

Penambahan masa bagi subjek Bahasa Inggeris merupakan penyelesaian yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkasa Bahasa Inggeris. Bagi aku rasanya masa pengajaran Bahasa Inggeris tu dah cukup. Yang perlu di perkasakan ialah Cikgunya. Seterusnya kurikulum juga perlu diubah suai sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa serta sesuai dengan kehendak client.

Bagi aku corak pengajaran hari ini membosankan dan tak dapat menarik minat pelajar. Dalam satu-satu sekolah hanya terdapat beberapa cikgu yang berjaya menghidupkan suasana pembelajaran dan mampu menarik minat pelajar. Dan banyak juga Cikgu yang berada di paras bawah Par.

Kadang-kadang kurikulum yang ada juga sekadar mengikut perancangan di atas buku walaupun kadang-kadang murid-murid tak dapat apa pun. Hanya penat dan letih datang sekolah. Kadang-kadang guru-guru tidak berfikir diluar lingkungan kurikulum yang ada. Akhirnya pengajaran menjadi beku, lesu dan membosankan.

Selalu aku tekankan guru adalah pemudahcara. Kita sentiasa memikir dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah mungkin melalui perbincangan dengan rakan sekolah atau dengan guru-guru sekolah lain atau daripada sumber-sumber luar yang berkaitan.

Kadang-kadang satu-satu kurikulum itu digunakan untuk kepentingan kroni atau pihak tertentu. Contohnya sistem Asbalis untuk murid yang tidak pandai membaca tetap digunakan bertahun-tahun walaupun ternyata sistem tu gagal mengeluarkan murid yang lemah dari zon tidak boleh menbaca. Akhirnya di peringkat menengah pun masih ramai pelajar yang lemah membaca dan menulis.

Kerana pencipta mazhab Asbalis ,kroni dalam dan kroni luar mendapat habuan yang tinggi daripada penjualan buku dan sistem yang mereka bina. Mungkin orang dalam juga mendapat habuannya. Sedangkan kalau diselidiki di universiti-universiti tempatan terdapat sistem yang direka oleh pensyarah tertentu yang terbukti mampu mengajar murid-murid lebih cepat membaca, menulis dan mengira.

Namun apabila sistem ini cuba di perkenalkan orang-orang luar dan dalam menentang habis-habisan kerana takut hilang habuan yang telah dinikmati sekian lama. Itu sebab aku rasa hari ini Kementerian Pendidikan perlu membuat satu anjakan paradigma atau lompatan saujana untuk membetulkan keadaan ini. Pencapaian murid-murid perlu diutamakan berbanding perkara yang remeh-temeh.

Ada sistem yang bagus dan terbukti berkesan kita gunakan. Jangan beku dengan sistem yang lama. Apa gunanya setiap tahun kita membuat kajian tindakan namun hasilnya tidak digunakan. Hanya terperam sebagai bahan sejarah kebanggan orang-orang tertentu.

Sedangkan setiap tahun ramai yang membuat kajian tindakan. Dibentangkan di peringkat negeri dan kebangsaan akhirnya terperam begitu sahaja tanpa di ketahui oleh sesiapa. Adalah lebih baik sekiranya kajian itu dikumpul mengikut subjek dan diedarkan kepada semua guru di Malaysia. Daripada pemerhatian aku banyak teknik yang bagus dan berkesan serta mampu menarik minat pelajar telah dihasilkan melalui kajian tindakan ini.


Berbalik kepada Bahasa Inggeris ada komponen-komponen yang penting tidak diwujudkan dalam kurikulumnya. Umpamanya Comunication dan listening tak de dalam kurikulum. Sedangkan inilah dua asas yang perlu dihazamkan oleh murid-murid dan amat menbantu pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Malah juga membantu pelajar dalam proses mereka menguasai kemahiran writing.

Sebenarnya bukan subjek Bahasa Inggeris sahaja malahan semua kurikulum subjek-subjek lain juga perlu dikaji semula agar lebih interaktif, ceria,segar,menyeronokkan dan cepat dikuasai oleh pelajar. Faktor yang paling utama ialah guru-guru juga wajib dimotivasi kan semula agar membuka pemikiran yang lebih positif apabila menghadapi sesuatu masalah dalam P&P berbanding dengan hanya menyalahkan pihak tertentu.

Ataupun diadakan indeks KPI untuk guru bagi mengkaji keberkesanan pengajaran guru. Mana yang tak mencapai standard dilatih semula. Murid-murid didahulukan pencapaian diutamakan. Jangan marah ha..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...