Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 18 Julai 2009

Roti Benggali


Zaman kecik-kecik aku banyak dihabiskan di kawasan perumahan kilang sawit Trolak. . Ini kerana emak dan ayah aku terpaksa meninggalkan aku kepada arwah opah kerana hampir setiap hari mereka keluar berniaga Tupperware. Manakala arwah opah tinggal di kawasan perumahan kilang sawit Trolak dengan arwah bapak sedara aku yang bekerja di kilang sawit. .

Selepas perniagaan Tupperware agak merosot sedikit arwah emak aku membuka pula sebuah kedai runcit di kawasan ini juga . Maka zaman kanak-kanak aku banyak dihabiskan di kawasan perumahan kilang ini. Pelbagai nostalgia pahit suka-duka yang berlaku disini.

Antara yang menjadi kenangan terindah aku ialah hampir setiap petang aku menikmati roti benggali. Apa yang istimewanya roti benggali ini dibuat sendiri (handmade) oleh Bai Martin. Setiap hari dia akan menunggang sebuah motorsikal yang ada kotak besi alumunium yang besar di belakang motor. Macam-macam jenis roti ada, roti benggali, roti inti kelapa, roti inti kaya dan roti putih.

Bila terdengar bunyi honnya pon! pon! pon! . Maka aku akan berkejar mendapatkan Bai Martin. Di samping menjual roti Bai Martin juga menjual pelbagai majalah dan komik yang dimasukkan di dalam bekas plastik dan diletak di atas raga depan motorsikalnya. Komik kegemaran aku ialah Bujal yang ada watak Wak Segan dan Cikgu Markonah. Tentu ramai yang masih ingat watak tersebut.

Ada ketikanya agak lama juga Bai Martin menghilangkan diri. Rupa-rupanya dia balik ke India untuk berjumpa anak dan isterinya. Satu yang aku suka Bai Martin ni cakap la macam mana pun dia akan senyum je.

Dia sangat kenal ngan aku. Buktinya 2 ke 3 tahun lepas aku ada masuk ke sebuah kedai untuk membeli peralatan dapur. Aku dengar ada orang panggil nama aku. Ropanya Bai Martin. Dia dah bukak kedai jual peralatan dapur. Aku ingatkan dia dah balik India terus. Aku putus hubungan ngan bai Martin ni hampir 20 tahun.

Dia mengingati aku kerana setiap bulan aku akan membeli majalah Bujal. Kadang-kadang memang dia simpan komik Bujal tu untuk aku sebab aku tak pernah miss ambik ngan dia. Sampai sekarang pun kalau jumpa dia masih cerita tentang majalah bujal, tentang arwah mak aku dan tentang pengalaman dia berniaga kat kawasan kilang sawit Trolak.

Ada satu peristiwa sedih yang berlaku ke atas keluarga aku disini yang akan aku ceritakan dalam entry yang akan datang......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...