Nuffnang

Pengikut

Khamis, 29 Julai 2010

Ikan pun pandai SMS memang ajaib bukan Sudin Ajaib Ya


Ingat lagi cerita Markonah(bukan nama sebenar) dan ayam. Entah apa mimpinya minat pulak dia belajor hari ini. Ada kawaannya yang membuat bising di tegurnya supaya diam sebab dia nak dengor aku bercakap. Duduk pun di bahagian depan sekali.


Pelajar kelas aku memang lemah dan ramai yang lurus bendul. Kalau kelentong pun memang deme percaya. Termasuklah Markonah walaupun tak berapa bendul rasanya kalau di kelentong percaya juga agaknya sperti cerita aku di bawah.


Mengajar kelas ni tak boleh mengajar seperti kelas lain. Maklumat yang diajar sedikit sahaja. Dah lah sedikit kadang-kadang perlu dringkaskan lagi supaya mereka paham. Penyampaian mesti santai dan happy. Kalau tidak bercakap dengan dinding le jawabnya.


Hari ini aku bercerita tentang negeri Perak. Bagaimana Perak dapat nama. Bagaimana Perak mendapat Sultan dan hasil utama negeri perak satu ketika dulu ialah bijih Timah. Untuk lebih memudahkan pelajar aku menggunakan teknik cerita kreatif.


Ceritanya berbunyi begini .Ada seekor ikan perak memakai songkok, dia hendak pergi ke masjid bersembahyang. Dia membawa bersamanya Sabun (merujuk kepada Tun Saban). Selesai sembahyang ikan pun mandi, setelah mandi ikan sms (Sultan Mahmud Shah) Pakcik Muzzaffar untuk mengingatkannya membawa alat yang bernama Cura Si Manjakini. Apabila tiba ditempat yang dijanjikan Pakcik Muzzaffar lupa membawa alat tersebut dan dia hanya membawa bijih timah.


"Cigu saya ingat itu ikan, ikan Kopiah la", Kata pelajar india kepada aku. Menung juga aku memikirkan ada ke ikan kopiah. " Woi Tambi bukan ikan kopiah la ikan talipia" komen seorang pelajar yang nakal tetapi tak tahu membaca. "Apa la enko ni, mana ada ikan talipia, ikan tu mana ada tali" sampuk seorang lagi pelajar yang agak nakal juga tetapi boleh membaca sikit-sikit.


"Salah tu ikan tu ikan talampiah" jawab seorang lagi pelajar. Sedari tadi aku hanya mendiamkan diri. Seronok melihat gelagat mereka bertengkar tentang ikan tersebut. Setelah habis semuanya baru aku betulkan. Semuanya salah yang sebenarnya ikan tilapia. Tengaga mereka mendengar penjelasan aku tentang ikan tilapia.


Markonan yang dari tadi mendiamkan diri bersuara dengan penuh rasa ingin tahu dan dengan muka yang berkerut. "Cikgu ikan pun pergi sembahyang ke?" belum sempat aku menjawab Markonah bercakap lagi "Cigu ngapa ikan tu pakai kopiah, saya tak peronah tengok ikan pakai kopiah?"


Rasa nak pecah perut aku gelak. Ropanya Markonah percaya cerita tu cerita betui. Mampuih ngajor budak macam ni semuanya dia percaya betui. Apa pun inilah keseronokan mengajor kelas hujung yang tidak didapati di kelas pandai. Meriahnya Malaysia. Ha ha ha.....

Sabtu, 24 Julai 2010

Motor terbang


Kalau anda biasa ke Taman Rekreasi Air Panas atau Hot Springs di Sungkai sudah pasti anda terpaksa melalui kawasan perumahan Felda Sg. Klah. Sebelum sampai ke Felda Sg. Klah anda akan melalui kawasan tanaman kelapa sawit yang luas terbentang di kiri dan kanan jalan.


Felda Sg. Klah adalah felda terawal yang terdapat di kawasan Sungkai. Bak kata kawan aku dah ramai ramai generasi awalnya yang bekerja di pejabat tanah (meninggal dunia). Yang tinggal kebanyakannya ialah generasi kedua dan ketiga peneroka.


Kebanyakan generasi ketiganya bersekolah di sekolah aku iaitu SMK. Sg. Kruit. Apabila bercerita tentang panorama Sg. Klah apa yang aku boleh gambarkan banyak rumah di sini yang sama paras dengan jalan dan ada juga yang di bawah paras jalan. Memandu di sini perlu berhati-hati kerana jalannya agak sempit.


Kombinasi antara jalan sempit dan rumah sama paras atau di bawah paras jalan cukup merisaukan aku apabila sesekali memnadu kereta menghantar anak murid aku setelah habis aktiviti sekolah. Tambahan pula sekiranya kita memandu pada waktu malam yang menuntut perhatian 100% dan pandangan mata yang tajam serta daya awareness yang tinggi.


Aku selalu membayangkan apa akan jadi sekiranya ada kereta yang putus brek melalui jalan seperti ini. Sudah pasti kereta tersebut akan menuju ke atap rumah. Itu kalau kereta. Cuba anda bayangkan kalau lori hantu yang mengangkut buah kelapa sawit setiap hari dari ladang ke kilang mengalami keadaan yang sama. Huh ngeri memikirkanya.


Nak dijadikan cerita selepas aku memikirkan kejadian yang belum berlaku itu, tidak berapa lama seorang anak murid aku kaki rempit yang membawa motornya dengan laju dan hilang kawalan melayang daripada jalan utama ke atas atap salah seorang peneroka di sini. Nasib baiklah dia jatuh di atas atap bahagian beranda.


Aku cuba membayangkan apa akan jadi sekiranya sedang pakcik di dalam rumah tu makan tengahhari bersama keluarganya tiba-tiba jatuh motor anak murid aku di atas atap bahagian dapur tempat makan mereka sekeluarga. Lagi sekali anda cuba bayangkan sedang sedap-sedap makan nasi kuah tempoyak tiba-tiba jatuh motor bersama anak murid aku di atas hidangan kegemarannya. Tak ke haru. Yang best lagi anda cuba bayangkan anak murid aku masih berada di atas motornya dalam keadaan senyum.


Mesti pakcik tu tergamam habis ataupun anak murid aku tu teruk di belasah pakcik tu. Selepas kejadian itu jenuh juga bapa anak murid aku membayar ribuan ringgit ganti rugi bagi membaiki bahagian rumah yang rosak. Aku terangsang menulis cerita setelah membaca kejadian kereta menjunam ke atas bumbung rumah di kawasan pinggir gunung di Alassio utara Itali. Setelah memabaca cerita ni serta merta aku teringat kejadian yang berlaku ke atas anak murid aku tidak lama dahulu. Memang ngeri Bro....

Khamis, 22 Julai 2010

Markonah dan Ayam


Semenjak mula mengajar aku tidak pernah terlepas daripada menjadi guru kelas. Selalunya aku diberikan tanggungjawab menjadi guru kelas bagi kelas yang hujung-hujung. Sebenarnya seronok jadi guru kelas ni. Sebabnya kita akan rasa yang kita ada anak murid berbanding mereka yang tidak menjadi guru kelas. Hanya mereka yang menjadi cikgu merasai perasaan ini.

Untuk tahun ini aku memegang kelas yang paling hujung.dan paling nakal Murid-muridnya memang hardcore. Ada yang langsung tak tahu membaca. Ada yang boleh baca sikit-sikit. Ada yang mempunyai rekod disiplin yang banyak di sekolah rendah. Tak kurang juga yang sudah mula menunjukkan kadar peningkatan rekod disiplin walaupun baru berada hampir 7 bulan di sekolah menengah.

Ada seorang pelajar perempuan ni memang agak lain daripada yang lain.Badannya agak besar berbanding pelajar yang sebaya dengannya. Aku namakan pelajar ini Markonah (bukan nama sebenar). Markonah merupakan pelajar yang sangat lemah. Tidak tahu membaca dan lambat menulis. Namun keyakinannya bercakap cukup hebat. Kehebatannya mematahkan hujah lawan memang tidak dapat disangkal.Salah satu kegemarannya yang menjadi rutin ialah mencari Cikgu dibilik guru. Setiap kali masa pertukaran guru dia akan cepat-cepat keluar kelas untuk mencari guru dibilik guru.

Cara dia mencari seolah-oleh seperti dia tak sabar dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk belajar. Kadang-kadang kita baru melangkah keluar daripada pintu bilik guru kelibatnya kita sudah nampak dari jauh. Apabila ditanya kamu nak kemana. Dia akan menjawab mencari cikgu le. Namun apabila berada di dalam kelas kesungguhannya mencari guru tak sama dengan kesungguhannya belajar di dalam kelas. Jauh panggang dari api.

Buku memang tak de. Kalau ada pun buku tak macam buku. Kerja memang tak pernah siap. Di suruh salin ibarat penukul dan pahat. Sekali disuruh sekali buat. Kegemarannya mencari masalah dengan pelajar lain. Senjata utamanya perkataan yang keluar daripada mulutnya amat berbisa. Ni yang aku ceritakan di awal tadi keyakinan bercakapnya cukup tinggi. Dengan selamba dia mengutuk, mengata, mencarut dan mengeluarkan pelbagai perkataan yang tidak sepatutnya kepada pelajar lain.

Tujuannya hanya satu . Apabila dia sibuk berlawan cakap dengan pelajar lain dia tak payah buat kerja yang cikgu suruh. Hari ini aku rasa nak tergelak besar. Markonan selalunya memang pantang dicuit, dia akan melenting, melawan dan menghamburkan pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya. Namun hari ini dia terkedu dengan satu perkataan yang dilontarkan oleh kawannya.

Antara dialognya "Hisyam tak ajor kamu ke " kata Markonah tersebut kepada rakan sekalsnya "Jawab rakannya itu yang juga pelajar perempuan "Hisyam tu bapak aku , ngapa kamu kata bapak aku tak ajor". "Aku bukan sebut nama bapak kamu, hisyam tu nama bapak saudara ku, he tak malu" jawab Markonah. Maka bermulalah pertengkaran mulut. Kemudian Markonah berkata lagi mempertahankan hujahnya "hisyam tu bapak sedara aku la bodoh". Tiba giliran rakannya pula membalas "Sapa bodoh , kamu la bodoh, kalau pandai sangat cuba eja ayam".

Tiba-tiba Markonah yang banyak cakap terdiam kerana dia memang tidak boleh mengeja. Masuk kelas pemulihan pun wal hasil balik asal. Cakapnya bukan main tapi mengeja ayam pun tak tau. Aku yang sedari tadi memerhati memanggil kedua-duanya. Setelah memberikan nasihat barulah reda pertengkaran tersebut. Namun dalam hati aku terus rasa ingin ketawa. Rupanya ini je cara nak menutup mulutnya yang bising. Suruh dia eja ayam...... ha ha ha . Teringat lagu ayam Jalil Hamid.

Selasa, 20 Julai 2010

Cukuplah tu........


Aku tertarik degan satu berita di ruangan Dunia muka surat 38 Berita Harian 20 julai 2010. Tajuknya Bunuh isteri akibat tak tahan kena leter. Cerita ini berlaku di kompleks perumahan Soreang indah Jawa barat.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Yaya Sujana 45, seorang tukang kayu bertindak mencekik isterinya hingga mati kerana isterinya tidak berhenti membebel dan memakinya. Tidak cukup dengan itu isterinya itu telah dipotong-potong dengan pisau dapur dan dibuang ke beberapa tempat disekitar Bandung.

Ngeri juga membayangkan hanya kerana leteran dan bebelan menyebabkan seorang isteri melayang nyawanya. Sebenarnya leteran dan bebelan ini kalau dilayan memang menyakitkan kepala. Boleh meruntuhkan mood bukan sahaja mood zahir tetapi termasuklah mood batin.

Rasanya aku pernah tulis tentang cerita seorang suami yang tak tahan dengan bebelan si isteri. untuk mengimbau kembali cerita tersebut anda boleh klik link tersebut untuk membacanya. Begitulah hebatnya kesan bebelan dan leteran seorang isteri sehingga mampu membuat manusia menjadi hilang akal dan tergamak melakukan perkara yang diluar daripada nilai kewarasan seorang manusia.

Apabila membebel sudah pastilah pelbagai perkara yang tidak baik dan negatif keluar daripada mulut isteri. Ungkit-mengungkit, kata-mengata dan kadang kala sampai benda-benda dalam kain dan dalam seluar semuanya terhambur keluar. Ada yang lebih hebat lagi apabila segala yang boleh dicapai di tangan akan dihempas, dibaling malah dipiring terbangkan.

Yang paling tidak baik apabila leteran dan bebelan serta sesi pertengkaran tersebut turut didengari oleh anak-anak. Ini memberi kesan psikologi kepada anak-anak dan bebanan psikologi ini akan dibawa oleh anak-anak sehingga dewasa. Apabila mereka berumahtangga pada masa akan datang sudah pasti mereka pula akan mencontohi apa yang dilakukan oleh ibu dan bapa mereka. Yang tak bestnya itu benda-benda dalam kain dan seluar turut dihamburkan sebagaimana yang dilakukan oleh yang dan ibu mereka dahulu.

Teringat aku tentang peristiwa seorang sahabat yang begitu tertekan dan tidak tahan dengan leteran isterinya sehingga membaling sesuatu objek yang keras. niatnya untuk membaling isterinya tetapi terkena kepada mata anaknya yang menyebabkan sebelah mata anaknya hampir buta. Akhirnya menyesal tak sudah... apa yang boleh dibuatkan lagi mata anaknya yang comel itu kekal cacat dik kerana sikap dan tindakan ibu bapanya sendiri.

Ada suami yang hanya mendiamkan diri apabila dibebel namun tak kurang juga yang kerap berbalas kata-kata. Masing-masing dengan hujah. Masing-masing ingin menang supaya hatinya puas. Tetapi kalau difikirkan kembali untuk apa? Sebenarnya yang menang ialah satu makhluk iaitu Syaitan laknantullah.. Bertepuk-bersorak dan bergembira atas kejayaannya menghasut manusia dengan sifat-sifat keji yang dimurkai oleh Allah.

Kepada isteri-isteri kurang-kurangkanlah membebel dan berleter. Sebenarnya suami yang diam bukan bermakna suka, suami yang diam juga bukan bermakna si isteri telah menang. Pertengkaran, pergaduhan, bebelan dan leteran tidak menyelesaikan masalah pun. Sebaliknya perkara tersebut akan menjadi seperti api di dalam sekam ataupun sperti gunung berapi yang diam. Apabila sampai sesuatu tahap ia akan meletus sehingga tidak dapat dibendung lagi seperti perisiwa suami yang membunuh isteri di Jawa Barat tersebut.

Percayalah seseungguhnya leteran dan bebelan ini akan menyebabkan seluruh jiwa dan raga menjadi tertekan sehingga memberi kesan luaran dan kesan dalaman. Aku akhiri tulisan ini dengan kata-kata Socrates. Renung-renungkanlah

"Silalah berkahwin jikalau itu yang membahagiakan anda. Andainya anda mendapat isteri yang baik, anda akan bahagia. Sekiranya anda mendapat seorang isteri yang teruk, anda akan menjadi ahli falsafah"

Ahad, 18 Julai 2010

Aku suka babak ni


Ada beberapa filem yang sangat seronok aku menontonnya. Walaupun diulang-ulang beberapa puluh kali masih belum puas menontonnya. Antara filem yang menjadi kegemaran aku ialah Twister, The Furgitive lakonan Harisson Ford , Indiana Jones juga lakonan Harrison Ford dan Public enemy lakonan willsmith serta Dantes Peak lakonan Pierce Brosnan.

Kalau filem tempatan akau cukup suka filem loceng maut, kembara seniman jalanan, rozana cinta 87, rock dan filem-filem P. Ramlee. Apabila memperkatakan tenhtang filem P. Ramlee sebenarnya ada babak-babak tertentu dalam filemnya yang aku suka tengok dan kadang-kadang aku sanggup menghabiskan menonton filem P. Ramlee yang ditayangkan di TV semata-mata hendak melihat babak dalam filem tersebut yang aku suka.

Umpamanya dalam filem Pendekar bujang lapuk aku cukup suka babak Ramli, sudin dan ajis yang digelakkan oleh seorang tua kerana tidak dapat menyebut huruf jawi yang diajar oleh cikgu Ros. Yang amat menarik perhatain aku apabila cikgu ros meminta orang tua tersebut menyebut huruf di papan hitam dia menyebut huruf M. Apalagi ajis, Ramli dan Sudin memulang paku buah keras kepada orang tua tersebut sampai naik atas bangku mereka mentertawakan orang tua tersebut. Tersipu-sipu orang tua tersebut menahan malu sambil digelakkan dik Ajis, Ramli dan Sudin.

Di dalam filem ibu mertuaku aku cukup suka babak combi sedang bersembang dengan osman yang buta sambil terdengar bain meniup seksafon. Osman pun meminta combi memanggil bain dengan membawa seksafonnya. Selepas itu osman bertanya kepada bain berapa lama dia sudah bermain seksafon. Kemudian osman meniup seksafon lagu jeritan batinku.

Bain pun berkata "macam kasim selamat ya". Kemuncak babak ini yang aku paling suka apabila Mamak Mahyudin taukeh cederamata Review menyebut "Kassim selamat awat cek tukaq nama, nama kasim bukan ka baguih". Memang best babak ni... Berpuluh kali tengok pun masih menimbulkan rasa yang sanagat mendalam dalam jiwa aku..... Anda bagaimana?

Sabtu, 17 Julai 2010

Padi menguning vs nyiur melambai-lambai


Setiap kali menyampaikan cermah motivasi dan teknik belajar aku cukup suka menggunakan teknik ini. Teknik ini sangat berkesan dalam mewujudkan rasa empati perasaan pelajar ke arah perubahan diri yang lebih baik.


Terutamanya apabila aku menyentuh tentang bab memecahkan halangan minda. Halangan minda yang ketiga ialah derhaka kepada ibu bapa. Selagi hubungan pelajar dengan ibu bapa tidak baik maka tak usah harap untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Terutamanya restu ibu, restunya adalah sumber keramat dalam menentukan kejayaan pelajar.


Kata-kata ibu sangat mustajab. Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu. Inilah antara rahmat tersbesar yang dukurniakan oleh Tuhan kepada hambanya. Apabila tiba bab ini aku akan meminta pelajar memejamkan mata. Membayangkan ibu mereka seolah-olah berada dihadapan mereka. Renung wajahnya, renung matanya, renung kedut-kedut tua dimukanya.


Betapa tangan yang dulu halus mulus kini menjadi kasar demi mengenyangkan perut anak-anak. Betapa ibu yang dahulunya berambut hitam kini rambutnya memutih. Betapa ibu yang dahulunya kuat tenaganya kini sudah lemah tidak berdaya. Lihat tangannya dengan tangan itulah kamu didukung, digendong tak kala kamu menangis tiada henti-henti. Dengan penuh kasih sayang ibu bersengkang mata menyusukan dirimu yang sentiasa kelaparan.


Tatkala orang lain diulit mimpi ibulah peneman setia yang berusaha dan terus berusaha mendodoikan kamu. Sebenarnya kalau nak disambung banyak lagi. Kadang-kadang semasa aktiviti persatuan pun aku menggunakan kaedah ini.


Ketika melatih pelajar koir tadi sekali lagi aku minta pelajar memejamkan mata untuk menghafal lirik lagu Perak. Antara bait liriknya. Lihat padi menguning, menambah seri daerah kerian, dihilir perak nyiur melambai-lambai, oh sungguh subur tanah airku.


Bagi membantu mereka mengingat dengan lebih jelas tentang lirik tersebut aku minta pelajar memejamkan mata sambil membayangkan padi yang menguning dan nyiur yang melambai. Permulaannya semua ok. Namun apabila aku bertanya kepada pelajar sama ada mereka nampak atau tidak padi menguning dan nyiur melambai. Semuanya menyahut nampak. tiba-tiba seorang pelajar india berkata "Cikgu aku dah pejam tapi tak nampak apa-apa. gelap je".


Rasa nak pecah perut aku gelak. Pelajar-pelajar lain pun turut ketawa tak henti-henti. Kome tau mengapa dia tak nampak?. Sebabnya dia hanya pejam dan tidak membayangkan. Memang le yang nampak hanya gelap. Sorang lagi pelajar india ni pun boleh tahan kelakarnya . Dia ni daripada kelas hujung. Aku suruh dia menyanyi secara solo rangkap pertama.


Baris pertama dah Fail. Lirik yang sepatutnya Perak Darul Ridzuan sudah tukar jadi Datuk Ridzuan. Dengan penuh konfiden dan bersungguh-sungguh serta dengan suara yang lantang dia mengalunkan Perak Datuk Ridzuan sekuat-kuatnya. Kome pun boleh bayangkan apa jadi selepas itu kan. Indahkan dunia sekolah....

Rabu, 14 Julai 2010

Kosmos Energy

Minggu ni aku belum menulis sebarang entry. Mungkin disebabkan kerja yang banyak dan badan yang tak berapa sihat. Namun memang hasrat untuk menulis sentiasa membara. Minggu ni juga aku menghabiskan masa untuk menonton video the Arrival. Daripada satu video ke satu video hinggalah yang ke-51.

Ada fakta yang boleh dihazamkan, ada fakta yang terpaksa membuat aku berfikir dahulu dan ada fakta yang terpaksa di hold on dahulu untuk mencari fakta-fakta lain yang menyokong kebenarannya. Namun bukan itu topik yang aku nak kongsi dengan pembaca blog semua. Topik yang aku nak kongsi ialah bab tenaga. Bukan tenaga batin, tenaga nuklear atau tenaga dari Tongkat Ali tetapi ialah tenaga positif dan negatif yang berlegar di di dalam diri manusia juga di dunia luar manusia.


Pepatah Inggeris ada menyatakan "What goes arround comes arround". Maksudnya apa yang pergi akan kembali semula. Bermaksud apa sahaja gelombang atau tenaga yang keluar daripada diri kita akan datang semula kepada diri. Kalau positif akan membawa kebaikan . Kalau negatif akan membawa keburukan. Kenyataan ini diperkuatakan lagi dengan kenyatan ayat Al-quran yang lebih kurang begini maksudnya "Tuhan menurut apa yang maknusia sangkakan".
Di dalam kajian Law of Attraction, kajian barat tentang tenaga positif dan tenaga negatif hanya terhenti setakat kebaikan dan keburukan. Tetapi di dalam kajian seorang pakar NLP muslim mendapati di atas segala tenaga itu akhirnya merujuk kepada Rab. Disinilah ada sedikit perbezaan falsafah antara NLP barat dan Islam juga Law of Attraction barat dan Islam.

Rupa-rupanya semua perkara ini telah disentuh oleh Al-quran dan Nabi Muhammad lebih 1400 tahun dahulu. Senyum itu sedekah persoalnnya Mengapa? Apa penjelasan saintifiknya. Rupa-rupanya apabila kita senyum sebenarnya kita sedang memberi atau sedekah tenaga positif yang ada di dalam diri kita kita kepada mereka yang kita senyum kepadanya. Dan apabila dia membalas senyuman kita pula pula akan menerima sedekah atau mendapat tenaga positif yang banyak daripada orang tersebut. Sekiranya dia tidak senyum seluruh tenaga positif itu akan kembali kepada kita. Bertepatan tak dengan konsep Law Of Attraction?

Terima kasih kepada sahabat aku Bhag Singh yang telah berkongsi maklumat kepada aku tentang NLP ini kira-kira 15 tahun dahulu. Semasa itu aku sendiri tidak memahami apa itu NLP. Satu fakta yang lebih menarik sesungguhnya orang yahudi (Illuminati) begitu faham tentang konsep tenaga ini. Itu sebab sebelum membina apa sahaja mercu tanda mereka, mereka akan mencari tempat yang mempunyai titik persilangan LEY kerana dipercayai pada titik persilangan ini terdapat kekutan tenaga di dalamnya. Namun mereka hanya menumpukan kepada tenaga yang negatif. Apa tujuannya? Untuk menanti kedatangan Dajjal sebagai Nabi penyelamat mereka.

Satu lagi fakta yang menarik, mereka (illuminati) sedar bahawa titik kuasa yang paliang hebat dibumi ialah Baitullah (Makkah) . Ada beberapa sebab 1. Kaabah itu rumah pertama dimuka bumi 2. Kaabah itu terletak ditengah-tengah bumi 3. Pusingan tawaf ikut lawan jam memberikannya jumlah tenaga yang banyak sehingga menembus 7 lapis langit.
Satu fakta lagi yang mengejutkan (Videonya aku belum jumpa lagi) apabila pihak NASA mengesahkan mereka nampak seolah-olah kabus putih yang keluar dari satu tempat dibumi. Apabila diselidiki dimana tempat tersebut maka jawapann yang memeranjatkan tempat itu ialah Kaabah Baitullah. Bersambung lagi kalau hati tak kacau.... he he...


Selasa, 6 Julai 2010

Channel Siam vs Astro

Memang best apabila menonoton bola beramai-ramai di kedai mamak. Feel dia memang sukar hendak diungkap dengan kata-kata, tak sama macam menonton di rumah. Setiap kali bola miss ataupun tepat ke sasaran maka setiap kali itulah bergemuruh sorakan satu kedai mamak. Rasa macam kat stadium pulak rasanya....

Yang bestnya kedai mamak ni semua bangsa ada kat sini berbanding kedai tomyam yang rata-ratanya orang melayu sahaja yang menjadi penontonnya. Kat kedai mamak macam-macam jenis orang ada India, melayu cina dan orang asli. Memang betul-betul one malaysia. Semuanya boleh bersembang, bersorak dan bermesra tanpa ada rasa curiga.

Pelbagai peringkat umur yang menyaksikan perlawanan bolesepak ini daripada peringkat kanak-kanan hinggalah ke peringkat veteran. Cuma ada satu sahaja masalahnya dengan kedai mamak tempat aku menonton siaran bolasepak piala dunia ni.

Kedai ini ada 4 tv dan satu skrin besar. 2 TV dan 1 skrin besar menggunakan channel Astro. 2 TV lagi menggunakan channel siam ala-ala Astro. Yang tak bestnya tu channel siam ni lambat 10 saat. Kebetulan sebanyak 2 kali aku terpaksa duduk di tempat channel siam ni.


Anda cuba banyangkan setiap kali mereka yang duduk di channel Astro bersorak, channel siam masih belum bersorak. 10 saat lepas tu barulah channel siam akan bersorak meraikan gol. Alamak macam siaran tertunda la pulak. Memang boring lambat merasa kegembiraan dan keriangan.

Walaupun 10 saat tetapi terasa amat lama. Mula-mula rasa nak marah jugak, tetapi lama-kelamaan dah jadi biasa dan disebabkan lambat bersorak maka perkara tersebut terasa amat menggelikan hati. Setiap kali bersorak akan disusuli dengan gelak ketawa dan suka ria. Memang Happening.

Semasa perlawanan Brazil vs Belanda restoran memang sendat sesendatnya. Duduk pun rapat-rapat. Tak kira dah melayu, cina dan India. Sehinggakan malam tu restoran mamak tu tak cukup gelas untuk buat teh tarik. Cuba anda bayangkan betapa meriahnya suasana. Semuanya satu matlamat menyaksikan perlawanan bolasepak piala dunia dalam keadaan gembira dan harmoni... Kalaulah boleh diterjemahkan dalam kehidupan relaiti yang sebenar kan best...

Ahad, 4 Julai 2010

Sekolah Lembu Version 2.1

Seperti biasa sambil mengajar sambil bersembang dengan pelajar-pelajar adalah cara aku untuk membuat pelajar tidak boring. Kalau tidak bukan saja budak dengan cikgu-cikgunya pun boring. Tambahan pula pada waktu tengah hari rembang, mata pun asyik nak terpejam je. Sehingga kini cara ini sangat berkesan dan aku dapat mengenali secara lebih dekat latarbelakang mereka seorang demi seorang.

Kadang-kadang banyak cerita eksklusif yang aku perolehi daripada pelajar-pelajar ini. Mereka tidak segan atau malu bercerita dengan aku. Tidak kira pelajar lelaki atau pelajar perempuan semuanya sama sahaja.

Yang bestnya tu tidak mengira bangsa . Pelajar India, Cina melayu dan orang Asli semuanya boleh bersembang dengan aku tanpa rasa yang tidak selesa. Umpamanya pelajar asli ni selalu menceritakan kisah mereka yang pergi berjoget sampai mabuk-mabuk kepada aku. Tu yang setiap kali ada joget mereka akan memberitahu kepada aku.

Begitu juga pelajar India yang selalu main judi dan terlibat dengan gangsterisme di luar sekolah semuanya diceritakan kepada aku. Namun pada minggu ini topik yang banyak disembangkan ialah bolasepak piala dunia.

Macam-macam soalan aku tanyakan kepada sekumpulan pelajar campuran pelajar perempuan melayu dan India yang rancak menceritakan tentang pasukan bola pilihan mereka. Ada yang minat Brazil, Argentina, Belanda, England dan sebagainya. Memang hebat pengetahuan mereka tentang Bolasepak Piala ni. Kadang-kadang ada perkara yang aku sendiri pun tak tahu.

Seorang pelajar perempuan India ini sedari awal mendengar perbualan aku dengan pelajar lain dengan penuh khusyuk. Anda ingat lagi tak kisah sekolah lembu. Pelajar inilah yang aku maksudkan. Dia ni memang lemah selemah-lemahnya. Pengetahuan amnya memang kurang. Itu sebab apabila orang bersembang dia banyak mendiamkan diri walaupun adakalanya aku melihat seolah-olah dia nak sangat bercakap.

Melihat lenggok badannya yang ingin memperkatakan sesuatu tetapi mungkin segan, aku cuba bertanya soalan untuk menariknya bercakap. Akupun bertanya "Ini piala dunia awak suka pasukan apa?". Agak lama dia mengambil masa untuk memberi jawapan. Kemudian terpacul satu jawapan yang membuatkan semua mulut ternganga "MU Cigu",. Aku tanya lagi untuk mendapat kepastian kali kedua "pasukan apa?". Jawabnya "MU cigu".

Seketika terhamburlah gelak ketawa yang sangat kuat dari kawan-kawanya. Dia masih tak paham dan turut ketawa bersama. Kesian juga aku tengok dia yang masih tak faham mengapa orang ketawa. Tiba-tiba sekali lagi dia bersuara "MU best Cigu" sambil mengangkat jari tanpa ada rasa yang sebenarnya jawapannya itu menyimpang jauh daripada soalan yang aku kemukakan kepadanya. Maka bertambah kuatlah kawan-kawannya ketawa...

Agak-agak kome perlu tak aku ketawa. Sebab dalam hati ini ada sedikt rasa kasihan bercampur rasa nak ketawa..... Kita lihat Apa kata Survey.........

RX- Water Bamboo Qun


Sedang membelek Surat khabar Metro tiba-tiba ternampak iklan Air Buluh. Wah menarik ni dan unik pulak bunyinya. Perasaan ingin tahu menyebabkan aku terus mengunjungi website yang tertera di bahagian bawah iklannya. Namun hanya penerangan asas yang menyebabkan aku menjadi lebih tertanya-tanya.

Aku terus sahaja mendaftar untuk menghadiri programnya bagi mengetahui apa yang dimaksudkan dengan air buluh. Sambil tu aku mencari juga maklumat tentang air buluh. Apa yang aku jumpai ialah arang buluh yang juga mempunyai manfaat kesihatan yang amat tinggi nilainya.

Memandangkan pada hari pelancaran produk air buluh aku memang tidak ada program lain, maka aku mengambil keputusan untuk ke Shah Alam (SACC) untuk mengetahui apa yang dimaksudkan air buluh. Dalam hati pelbagai persoalan yag timbul.

Setibanya di SACC aku terus ke lobi SACC. Setibanya aku disitu aku dapati ramai orang yang berbaju oren sedang mundar-mandir melihat pelbagai barangan yang di pamerkan. Kemudian aku terlihat logo Worldwellness dan RX- Water.

Dalam hati aku terkena la aku kali ini. Rupanya Direct Selling. Namun aku tetap mengikutinya kerana atas rasa ingin tahu apa yag dimaksudkan air buluh. Yang aku tak berapa puas hati apabila ada seorang brother begitu beria-ria nak menaja aku. Aku buat dek je sebab tujuan aku datang cuma nak tau tetang air buluh.

Mendengar penerangan Dr. Nordin Darus pengasas RX-Water amat mengesankan jiwa aku apabila kelahiran RX-water adalah atas penyakit yang dihidapinya iaitu kanser darah atau leukimia. Yang agak mengerikan aku apabila dia didiagnos menginap kanser darah antara ujiannya ialah memasukkan sejenis alat sepenjang setengah depa ke dalam rongga hidung sehingga berdarah-darah hidungnya. Memang mengerikan...

Sebelum pelancaran Produk dia menceritakan pula apa yang dimaksudkan Air Buluh. Air buluh ialah salah satu bahan dalam filternya menggunakan zat buluh atau di sebut Bamboo Qun. Khasiat tentang zat buluh di singkap semenjak zaman dinasti Ming. Antara khasiatnya mampu membasmi kuman,ada Aura, ada infra red ray dan rasa air menajdi lebih lembut serta sedap.

RX-Water version lama telah dipertingkatkan dengan satu unsur baru iaitu Bamboo Qun atau zat buluh. Teruja juga aku mendengarnya tambahan pula penapis air aku sudah tidak berfungsi dengan baik. Rasanya aku akan trade in kan dengan RX-Water bamboo qun.

Kelebihan penapisa air ini di datangkan 2 dalam 1. Di samping menapis air ia juga berfungsi sebagai ionizer yang berfungsi unutk menyah toksid dalam buah, ayam, daging dan sayur. Bestkan 2 fungsi dalam 1. Siapa yang berminat cubalah.....

Sua Rasa Ipoh 2010

Selepas menghadiri majlis hari bertemu waris di sekolah anak aku, aku mengambil kesempatan untuk ke Sua Rasa 2010 di Ipoh. Ini kali pertama kali aku menghadiri program Sua Rasa yang diadakan di perkarangan Stadium Perak.
Menghampiri Tapak Sua Rasa aku dapati deretan kereta yang di Parking sejauh 2 kilometer dari tapak Sua Rasa. Dalam hati hati aku mula berkata-kata "Jauhnya nak Parking, mungkin terpaksa menapak jauh untuk tiba ke tapak Sua Rasa".
Tambahan pula dengan jalan yang di kawal oleh ramai polis Trafik. Hampir setengah jam terperangkap dalam kesesakan lalulintas menuju ke tapak Sua Rasa aku berdoa kepada tuhan sambil melakukan Alpha untuk mendapat Parking yang dekat dengan tapak pemeran, kalau boleh biarlah betul-betul di hadapan pintu masuk atau pintu belakang Tapak pesta Sua Rasa. Menghampiri bahagian belakang entry Tapak Sua Rasa tiba-tiba ada sebuah kereta yang ingin keluar. Memang nasib aku baik apabila tidak perlu menapak jauh disebabkan tempat tersebut memang hampir dengan pintu masuk bahagian belakang ke Sua Rasa. Terima kasih tuhan....Sempat juga aku mengambil gambar-gambar di Sua Rasa. Namun nasib agak malang apabila sedang leka mengambil gambar Tapak pesta Sua Rasa tiba-tiba bateri kamera habis. Alamak tak dapat le nak ambik gambar Upin dan Ipin.Suasana memang meriah dengan pelbagai produk yang dipamerkan dengan semua syarikat menjalankan promosi secara agresif. Ada seorang pakcik yang menjual kerepek menyuakan kepada aku kerepek yang dijualnya dengan berkata "Pak Cik Sua, Kamu rasa le, Baru le Sua Rasa". Dalam hati aku kreatif juga pakcik ni....
Kalau ikutkan hati memang aku hendak lama disini, kalau boleh sampai malam. Tetapi apa kan daya tuntuan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dan Argentina lebih kuat. Maka selepas meronda hampir satu jam 30 minit aku bergerak semula ke kereta dan menuju ke rumahku syurgaku.
Selepas solat maghrib aku bersama 2 orang hero aku bergerak ke kedai mamak untuk mendapat tempat yang strategik. Kalau boleh depan skrin besor. Tetapi malangnya hujan gerimis pulak maka terpaksa le duduk di depan tv di bahagian dalam kedai mamak. Kecewa juga melihat Argentina di Ratah pasukan Hitler.....

HARI BERTEMU WARIS DAN HARI KANTIN SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA`YAH IPOH








PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2010

Pada hari ahad lepas selepas menghadiri pelancaran Produk terbaru Worldwellness Air Buluh di Shah Alam Convention Centre aku terus ke Komplek PKNS yang terletak di seberang jalan SACC untuk melihat pesta buku negeri Selangor 2010.

Suasananya meriah dengan penyertaan pelbagai syarikat buku gergasi di negara kita. Antara genre buku yang mendapat sambutan hangat ialah novel remaja. Antara booth yang dikunjungi ramai pengunjung ialah Booth PTS yang menampilkan banyak buku besr seller.

Antara buku bestseller ialah Buku Travelog Haji karangan Muhd Kamil Ibrahim yang terus mencatat jualan yang memberangsangkan. Peminat buku atau ulat buku sememangnya amat teruja dengan suasana ini yang amat menyeronok dan melekakan. Aku sendiri tak sedar hampir 2 jam masa yang aku habiskan membelek pelbagai jenis buku baru dan lama.

Sedang berjalan dari satu booth ke satu booth aku ternampak booth Media Al-Syabab. Terimbau kenangan lama ketika zaman aku menjadi penganjur Pesta Buku UKM. Syarikat ni sering menyertai pesta buku yang aku anjurkan. Paling kurang pun dia akan menempah enam lot tapak unutk pesta buku. Jualan syarikat ini memang selalunya bagus.

Setiap kali aku menganjurkan pesta buku Taukeh syarikat ni (namanya aku dah lupa) akan menghadiahkan aku 3 naskhah buku. Namun ada juga syarikat yang tidak membayar sewa tapak dengan pelbagai alasan yang diberikan sedangkan jualannya rancak dan memberangsangkan.


Antara tujuan aku ke Pesta Buku Negeri Selangor 2010 ialah untuk mencari buku Teknik Memori Smart Study karangan Osman Affan. Setelah tiba di booth PTS aku meninjau-ninjau dari rak ke rak untuk mencari buku tersebut. Tiba-tiba terpandang buku berwarna kuning dan gambar seorang lelaki sedang mengangkat tangan. Ya Sah ini lah buku yang aku cari. Puas betul rasanya.

Selepas itu aku mula meninjau ke lain-lain booth untuk mencari lain-lain buku yang mungkin menarik minat aku. akhirnya aku singgah di sebuah booth dan tertarik dengan sebuah buku yang bertajuk Dajjal sudah muncul dari khurasan. agak menarik kerana ada gambar Sai Baba di dalamnya. Persoalan mula timbul apa kaitan Sai Baba dengan Dajjal.Tepat pukul 6.30 aku beredar dari Kompleks PKNS untuk bergerak semula ke SACC untuk mengambil kereta. Kemudian Singgah di hentian rehat jejantas Sg. Buloh untuk solat maghrib dan makan-makan. Selepas itu terus bergerak ke Rumah ku Syurga ku dengan badan yang keletihan amat sangat.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...