Ingat lagi cerita Markonah(bukan nama sebenar) dan ayam. Entah apa mimpinya minat pulak dia belajor hari ini. Ada kawaannya yang membuat bising di tegurnya supaya diam sebab dia nak dengor aku bercakap. Duduk pun di bahagian depan sekali.
Pelajar kelas aku memang lemah dan ramai yang lurus bendul. Kalau kelentong pun memang deme percaya. Termasuklah Markonah walaupun tak berapa bendul rasanya kalau di kelentong percaya juga agaknya sperti cerita aku di bawah.
Mengajar kelas ni tak boleh mengajar seperti kelas lain. Maklumat yang diajar sedikit sahaja. Dah lah sedikit kadang-kadang perlu dringkaskan lagi supaya mereka paham. Penyampaian mesti santai dan happy. Kalau tidak bercakap dengan dinding le jawabnya.
Hari ini aku bercerita tentang negeri Perak. Bagaimana Perak dapat nama. Bagaimana Perak mendapat Sultan dan hasil utama negeri perak satu ketika dulu ialah bijih Timah. Untuk lebih memudahkan pelajar aku menggunakan teknik cerita kreatif.
Ceritanya berbunyi begini .Ada seekor ikan perak memakai songkok, dia hendak pergi ke masjid bersembahyang. Dia membawa bersamanya Sabun (merujuk kepada Tun Saban). Selesai sembahyang ikan pun mandi, setelah mandi ikan sms (Sultan Mahmud Shah) Pakcik Muzzaffar untuk mengingatkannya membawa alat yang bernama Cura Si Manjakini. Apabila tiba ditempat yang dijanjikan Pakcik Muzzaffar lupa membawa alat tersebut dan dia hanya membawa bijih timah.
"Cigu saya ingat itu ikan, ikan Kopiah la", Kata pelajar india kepada aku. Menung juga aku memikirkan ada ke ikan kopiah. " Woi Tambi bukan ikan kopiah la ikan talipia" komen seorang pelajar yang nakal tetapi tak tahu membaca. "Apa la enko ni, mana ada ikan talipia, ikan tu mana ada tali" sampuk seorang lagi pelajar yang agak nakal juga tetapi boleh membaca sikit-sikit.
"Salah tu ikan tu ikan talampiah" jawab seorang lagi pelajar. Sedari tadi aku hanya mendiamkan diri. Seronok melihat gelagat mereka bertengkar tentang ikan tersebut. Setelah habis semuanya baru aku betulkan. Semuanya salah yang sebenarnya ikan tilapia. Tengaga mereka mendengar penjelasan aku tentang ikan tilapia.
Markonan yang dari tadi mendiamkan diri bersuara dengan penuh rasa ingin tahu dan dengan muka yang berkerut. "Cikgu ikan pun pergi sembahyang ke?" belum sempat aku menjawab Markonah bercakap lagi "Cigu ngapa ikan tu pakai kopiah, saya tak peronah tengok ikan pakai kopiah?"
Rasa nak pecah perut aku gelak. Ropanya Markonah percaya cerita tu cerita betui. Mampuih ngajor budak macam ni semuanya dia percaya betui. Apa pun inilah keseronokan mengajor kelas hujung yang tidak didapati di kelas pandai. Meriahnya Malaysia. Ha ha ha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan