Nuffnang

Pengikut

Khamis, 22 Julai 2010

Markonah dan Ayam


Semenjak mula mengajar aku tidak pernah terlepas daripada menjadi guru kelas. Selalunya aku diberikan tanggungjawab menjadi guru kelas bagi kelas yang hujung-hujung. Sebenarnya seronok jadi guru kelas ni. Sebabnya kita akan rasa yang kita ada anak murid berbanding mereka yang tidak menjadi guru kelas. Hanya mereka yang menjadi cikgu merasai perasaan ini.

Untuk tahun ini aku memegang kelas yang paling hujung.dan paling nakal Murid-muridnya memang hardcore. Ada yang langsung tak tahu membaca. Ada yang boleh baca sikit-sikit. Ada yang mempunyai rekod disiplin yang banyak di sekolah rendah. Tak kurang juga yang sudah mula menunjukkan kadar peningkatan rekod disiplin walaupun baru berada hampir 7 bulan di sekolah menengah.

Ada seorang pelajar perempuan ni memang agak lain daripada yang lain.Badannya agak besar berbanding pelajar yang sebaya dengannya. Aku namakan pelajar ini Markonah (bukan nama sebenar). Markonah merupakan pelajar yang sangat lemah. Tidak tahu membaca dan lambat menulis. Namun keyakinannya bercakap cukup hebat. Kehebatannya mematahkan hujah lawan memang tidak dapat disangkal.Salah satu kegemarannya yang menjadi rutin ialah mencari Cikgu dibilik guru. Setiap kali masa pertukaran guru dia akan cepat-cepat keluar kelas untuk mencari guru dibilik guru.

Cara dia mencari seolah-oleh seperti dia tak sabar dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk belajar. Kadang-kadang kita baru melangkah keluar daripada pintu bilik guru kelibatnya kita sudah nampak dari jauh. Apabila ditanya kamu nak kemana. Dia akan menjawab mencari cikgu le. Namun apabila berada di dalam kelas kesungguhannya mencari guru tak sama dengan kesungguhannya belajar di dalam kelas. Jauh panggang dari api.

Buku memang tak de. Kalau ada pun buku tak macam buku. Kerja memang tak pernah siap. Di suruh salin ibarat penukul dan pahat. Sekali disuruh sekali buat. Kegemarannya mencari masalah dengan pelajar lain. Senjata utamanya perkataan yang keluar daripada mulutnya amat berbisa. Ni yang aku ceritakan di awal tadi keyakinan bercakapnya cukup tinggi. Dengan selamba dia mengutuk, mengata, mencarut dan mengeluarkan pelbagai perkataan yang tidak sepatutnya kepada pelajar lain.

Tujuannya hanya satu . Apabila dia sibuk berlawan cakap dengan pelajar lain dia tak payah buat kerja yang cikgu suruh. Hari ini aku rasa nak tergelak besar. Markonan selalunya memang pantang dicuit, dia akan melenting, melawan dan menghamburkan pelbagai kata-kata yang tidak sepatutnya. Namun hari ini dia terkedu dengan satu perkataan yang dilontarkan oleh kawannya.

Antara dialognya "Hisyam tak ajor kamu ke " kata Markonah tersebut kepada rakan sekalsnya "Jawab rakannya itu yang juga pelajar perempuan "Hisyam tu bapak aku , ngapa kamu kata bapak aku tak ajor". "Aku bukan sebut nama bapak kamu, hisyam tu nama bapak saudara ku, he tak malu" jawab Markonah. Maka bermulalah pertengkaran mulut. Kemudian Markonah berkata lagi mempertahankan hujahnya "hisyam tu bapak sedara aku la bodoh". Tiba giliran rakannya pula membalas "Sapa bodoh , kamu la bodoh, kalau pandai sangat cuba eja ayam".

Tiba-tiba Markonah yang banyak cakap terdiam kerana dia memang tidak boleh mengeja. Masuk kelas pemulihan pun wal hasil balik asal. Cakapnya bukan main tapi mengeja ayam pun tak tau. Aku yang sedari tadi memerhati memanggil kedua-duanya. Setelah memberikan nasihat barulah reda pertengkaran tersebut. Namun dalam hati aku terus rasa ingin ketawa. Rupanya ini je cara nak menutup mulutnya yang bising. Suruh dia eja ayam...... ha ha ha . Teringat lagu ayam Jalil Hamid.

2 ulasan:

  1. hehe kelakar pulak dengar cerita nie.. saya suspek mesti dia leh eja nama dia sendiri kan.. ke xleh eja gak hehehee ;)

    BalasPadam
  2. Eja nama pun tak berapa boleh. Kalau tengok gayanya memang brutal.....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...