Nuffnang

Pengikut

Ahad, 4 Julai 2010

Sekolah Lembu Version 2.1

Seperti biasa sambil mengajar sambil bersembang dengan pelajar-pelajar adalah cara aku untuk membuat pelajar tidak boring. Kalau tidak bukan saja budak dengan cikgu-cikgunya pun boring. Tambahan pula pada waktu tengah hari rembang, mata pun asyik nak terpejam je. Sehingga kini cara ini sangat berkesan dan aku dapat mengenali secara lebih dekat latarbelakang mereka seorang demi seorang.

Kadang-kadang banyak cerita eksklusif yang aku perolehi daripada pelajar-pelajar ini. Mereka tidak segan atau malu bercerita dengan aku. Tidak kira pelajar lelaki atau pelajar perempuan semuanya sama sahaja.

Yang bestnya tu tidak mengira bangsa . Pelajar India, Cina melayu dan orang Asli semuanya boleh bersembang dengan aku tanpa rasa yang tidak selesa. Umpamanya pelajar asli ni selalu menceritakan kisah mereka yang pergi berjoget sampai mabuk-mabuk kepada aku. Tu yang setiap kali ada joget mereka akan memberitahu kepada aku.

Begitu juga pelajar India yang selalu main judi dan terlibat dengan gangsterisme di luar sekolah semuanya diceritakan kepada aku. Namun pada minggu ini topik yang banyak disembangkan ialah bolasepak piala dunia.

Macam-macam soalan aku tanyakan kepada sekumpulan pelajar campuran pelajar perempuan melayu dan India yang rancak menceritakan tentang pasukan bola pilihan mereka. Ada yang minat Brazil, Argentina, Belanda, England dan sebagainya. Memang hebat pengetahuan mereka tentang Bolasepak Piala ni. Kadang-kadang ada perkara yang aku sendiri pun tak tahu.

Seorang pelajar perempuan India ini sedari awal mendengar perbualan aku dengan pelajar lain dengan penuh khusyuk. Anda ingat lagi tak kisah sekolah lembu. Pelajar inilah yang aku maksudkan. Dia ni memang lemah selemah-lemahnya. Pengetahuan amnya memang kurang. Itu sebab apabila orang bersembang dia banyak mendiamkan diri walaupun adakalanya aku melihat seolah-olah dia nak sangat bercakap.

Melihat lenggok badannya yang ingin memperkatakan sesuatu tetapi mungkin segan, aku cuba bertanya soalan untuk menariknya bercakap. Akupun bertanya "Ini piala dunia awak suka pasukan apa?". Agak lama dia mengambil masa untuk memberi jawapan. Kemudian terpacul satu jawapan yang membuatkan semua mulut ternganga "MU Cigu",. Aku tanya lagi untuk mendapat kepastian kali kedua "pasukan apa?". Jawabnya "MU cigu".

Seketika terhamburlah gelak ketawa yang sangat kuat dari kawan-kawanya. Dia masih tak paham dan turut ketawa bersama. Kesian juga aku tengok dia yang masih tak faham mengapa orang ketawa. Tiba-tiba sekali lagi dia bersuara "MU best Cigu" sambil mengangkat jari tanpa ada rasa yang sebenarnya jawapannya itu menyimpang jauh daripada soalan yang aku kemukakan kepadanya. Maka bertambah kuatlah kawan-kawannya ketawa...

Agak-agak kome perlu tak aku ketawa. Sebab dalam hati ini ada sedikt rasa kasihan bercampur rasa nak ketawa..... Kita lihat Apa kata Survey.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...