Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 31 Januari 2009

Jalan-jalan cari makan tanjong malim. Perok


2 hari lepas aku ke Tanjong Malim pekena nasi lemak Pak Din. lama sangat tak pekena. Memang kow rasanya macam dulu jugak. Kalau anda datang ke Tanjong Malim singgah ke gerai majlis depan balai polis tanjong malim gerai no 18 Warung Pak Din Nasi lemak.

Anak aku yang sorang ni nak mee rebus order kedai sebelah kow juga mee rebusnya gerai no 19 warung mangga. Anak yang sorang lagi nak gado-gado order kedai sebelahnya kow jugak no 20. warung gado-gado. Selain gado-gado ada rojak mee dan menu specialnya gado-gado ayam.

Sebelah warung gado-gado ialah kedai Abdullah Kamil. Dalam siri lepas aku ada cerita yang jual mee bandung tu. Mee bandung dia memang kow malangnya sekarang dia tak buat dah. Kedai dia buka pada waktu petang.

Lain-lain gerai kat sini yang sedap makanannya ialah gerai mee kari no. 15 warung juita. Kalau nak rasa nasi ayam dan sate yang sedap datung ke warung lee sate no 7. Warung lee dia buka petang. Tak rugi singgah. Kalau selalu singgah Pau Yik Mun apa kata sekali-sekala singgah ke gerai majlis. Tempatnya tak jauh dengan Yik Mun tu....

Aku dan Sahabat

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3

Aku nak cerita tentang seorang sahabat baik aku. Mula-mula aku jumpa dia aku tak berapa suka kat dia ni termasuk ngan geng-gengnya. Makin lama aku makin baik ngan dia ni. Mungkin sebab aku ngan dia ada minat yang sama Muzik. Tambahan pula masa kat Hostel di UKM bilik aku ngan dia berhadapan. Kadang-kadang masa zaman kering duit jenuh cari duit syiling celah katil bawah tilam. Dapat duit pergi kat shell bandar baru bangi beli maggi. Kadang-kadang pukul satu pagi.kadang-kadang pukul 3 pagi.

Kat Hostel memang selalu buat kolokium (nyembang sampai pagi). Kadang-kadang ramai yang join. Dari situ kami selalu main gitar bersama. Suara dia memang sedap. Nyanyi la lagu apa pun penghayatan dia cukup sempurna.Pernah hasil galakkan dia aku dapat tempat kedua dalam pertandingan karoake. Memang Happening zaman tu. Kalau bab main gitar bagi kat maun lagu apa pun boleh main. Memang skillfull.

Pernah sekali aku ngan sahabat aku ni ke Petaling Street dalam hujan lebat. Sebenornya tak de plan pun. Tiba-tiba je entah macam mana boleh Sampai ke Petaling street. Bukan ada apa-apa pun saja jalan-jalan. Satu perkara yang aku suka tentang sahabat aku ni dia ni sangat berani dalam banyak tindakan dan keputusan. Aku sangat percaya satu hari nanti dia boleh berjaya. Dalam kerjaya dia di dunia pendidikan banyak kejayaan yang dia capai. Antara yang aku bangga apabila ramai anak muridnya score keputusan A dalam SPM. Itulah Sahabat aku Abdul Samad bin Jaafar. Tengok gambar-gambar kenangan aku ngan Samad.

Gambar 1 : Samad (yang tengah nyani) dan Awie masa pertandingan kesenian inter blok
Gambar 2 : Persembahan sempena lawatan pelajar universiti songkhla
Gambar 3: Sama seperti gambar 2

Jumaat, 30 Januari 2009

RE: 50,000 kakitangan awan terjebak dalam skim cepat kaya



Aku tertarik dengan berita utusan malaysia dalam blog chik din (boleh klik kat bawah). Kalau ikutkan memang ramai kakitangan awam yang terlibat dalam skim cepat kaya. Pandangan aku begini sebenarnya orang kita terutama orang melayu kebanyakannya (bukan semua) mempunyai mentaliti mudah percaya cakap orang tanpa menkaji apa yang orang tu cakap, main percaya bulat-bulat. Tak nak ambil inisiatif kaji, teliti dan berfikir jauh ke hadapan dari pada segi kesan dan akibatya.

Kadang-kadang bukan sahaja skim cepat kaya dan pelaburan internet tetapi leader-leader dalam direct selling pun menganjurkan pelbagai skim . Yang bestnya sasarannya kakitangan awam. Contoh 2 hari lepas ada leader satu syarikat mula huruf H berakhir huruf O datang jumpa aku nak jadikan aku ni kaya. Dengan syarat buat pinjaman RM 20,0000 atau RM 35,000 atau lagi besar lagi bagus. Kemudian dia akan bagi 10 penapis air atau baju pembentuk badan wanita. Aku kena cari lagi kawan yang boleh buat pinjaman. Berterusan 3 bulan aku akan ada income yang besar. Memang betul la kalau dapat orang. Kalau tak dapat apa macam. Masalahnya aku tak sanggup nak menjanjikan harapan palsu pada kawan-kawan atau sedara-mara. Sebenarnya ini penipuan secara halus.

Cuba fikir kalau dia cerita pada orang yang tak pernah buat MLM, atau ada buat tapi tak begitu faham tentang MLM atau kakitangan yang mampu buat pinjaman dan nak cepat kaya dah tentu terpengaruh. Sebabnya bila dia menerangkannya macam mudah sangat benda tu. Dan setakat kita buat pinjaman 20,000 macam tak de apa je.

Tapi hakikatnya, kawan-kawan aku yang dah buat dengan syatrikat ni hampir kesemuanya gagal. Penapis air tersadai dirumah, terpaksa tanggung hutang. Leader yang janji nak tolong mencari downline dan nak tolong jualkan penapis air pun lesap. Akhirnya dia akan cakap buat MLM ni kena usaha sendiri kalau nak berjaya. Masa mula-mula datang jumpa kita cerita semuanya senang, mudah dan semua benda dia boleh tolong.

Piiiiiiiirah......... aku dah masak dengan MLM yang macam ni.Macam-macam skim aku dah dengor. Leader yang datang dengan kereta-kereta mewah lagi aku tak percaya. Lagi besor kereta dia lagi banyak kelentongnya.Bukan semua MLM aku marah. Banyak produk MLM yang bagus-bagus Cuma Aku marah jenis MLM yang macam ni. Hati-hati kakitangan awam anda sering jadi mangsa kerana anda boleh buat pinjaman.

Kalau jumpa geng macam ni dengar boleh. Kalau dia ajak masuk bagi alasan nak fikir dulu. Lepas tu pandai-pandai le. Jangan terlampau ghairah.......

Khamis, 29 Januari 2009

PENGISYTIHARAN CUTI UMUM NEGERI PERAK SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN AZLAN SHAH

Bagi menjulang serta memartabatkan kegemilangan upacara perayaan sambutan jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, maka dengan ini kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah bersetuju dan meluluskan pengisytiharan tarikh 3 Februari 2009 (Selasa) bersamaan 7 Safar 1430H sebagai cuti umum bagi seluruh jajahan takluk negeri Perak Darul Ridzuan.

Upacara penganugerahan bintang tertinggi AZLAN II yang akan berlangsung pada 3 Feb. 2009 jam 10.00 pagi, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut mendapat liputan langsung. Dengan cuti umum ini, akan memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak khususnya bagi mengikuti siaran langsung tanda memperingati tarikh tersebut.

Maka seluruh rakyat Perak mengambil kesempatan cuti umum ini untuk merayakan Jubli Perak bersama-sama kerajaan negeri. Berbagai-bagai majlis dan program telah diatur bagi memperingati sambutan jubli Perak ini. Kemuncaknya ialah pada 14 Feb. 2009 yang mana semua DYMM Tuanku Sultan setiap negeri termasuk TYT Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak) , DYMM Sultan Brunei dan pemimpin negara akan berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi satu upacara gemilang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kebawah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dikurniakan kesihatan, keampunan serta keadilan dalam memerintah negeri Perak DR yang kita cintai ini.

10 ACCIDENTS THAT CAUSE LOSS

Chernobyl $200 Billion
Space Shuttle Columbia $13 Billion
Prestige Oil Spill $12 Billion
Challenger Explosion $5.5 Billion
Piper Alpha Oil Rig $3.4 Billion
Exxon Valdez $2.5 Billion
B-2 Bomber Crash $1.4 Billion
MetroLink Crash $500 Million

Tanker Truck vs Bridge $358 Million



Titanic $150 Million

Rabu, 28 Januari 2009

Beta karotena dan Darah Hijau



Kandungan Beta karotena dalam spirulina 25x lebih tinggi daripada lobak merah. Juga dikenali sebagai Raja Beta Karotena.Fungsinya mengawal pertumbuhan sel yang tidak normal atau bertindak sebagi anti oksidan (punca kebanyakan penyakt moden dewasa ini. sati kajian imunologi yang dijalankan oleh Institiut Teknologi Massachussetts (MIT) Antara faedah lain membantu perokok yang menjadi penderita kanser peparu, kerongkong,esofagus prostat dan uterus.

Berdasarkan kajian 10 tahun sekolah perubatan Havard mendapati risiko serangan jantung di kalangan pesakit yang mengambil beta karotena berkurang kepada setengah. laporan juga menjelaskan 333 doktor yang terlibat dalam kajian tersebut mendapati risiko serangan jantung bagi pesakit jantung dan keperluan pembedahan jantung perigkat awal dikurangkan kepada setengah.

Kandungan klorofil dalam spirulina 30x lebih tinggi daripada rumput gandum. Fungsinya juga dikenali saebagai darah hijau membantu penghasilan hemoglobin dan mensterilkan serta meneutralkan toksin dalam darah juga mengandungi bahan-bahan anti keradangan. Spirulina juga boleh mencegah anemia di mana ia akan meningkatkan kepekatan sel darah merah dan mencatikkan kulit wanita. Bertemu lagi esok.....

Selasa, 27 Januari 2009

Bolasepak Negara apa nak jadi?


Bila sebut tentang bolasepak semua orang teruja. Ada yang marah, ada yang kata pengurusan kena tukar dan ada yang kata bagi tumpuan kepada program belia. Aku nak mEnyorot kenangan lampau. Aku ada seorang kawan yang bekerja di MSN. Tugasnya menentukan kecergasan atlit melalui pemakanan yang di ambil. Tau apa dia cakap. Majoriti Atilt malaysia tidak berdisiplin dan syndrom aku hebat serta lantaklah. Latihan main-main, makan tak jaga kemudian mana yang dah jadi star bersikap besar kepala.

Katanya atlit korea walaupun star macam mana dia masih hormat dan patuh pada jurulatih. Kena lempang kena rotan tu biasa. Atlit Malaysia kena tegur sikit dah merajuk. Abih cam no?. Tu sebab atlit Taekwando Malaysia pergi berlatih di korea masak semuanya. Atlit badminton yo yo kita yang sorang tu masa latihan sempat jawap panggilan telefon dan sms. Jurulatih nunggu macam orang bodoh.Atlit lompat pagar yang star satu ketika dulu cakap jurulatih tak nak dengar. Pemakanan main balun je. Had itu sahajalah pencapaian anda.

Yang paling bagus katanya nicole n David. Latihannya diikiuti sepenuhnya ikut jadual.Dengar cakap jurulatih. Pemakanan jaga. Sebelum pukul 10.00 malam dah tidur. Sehingga ke hari ini amalannya masih berkekalan Tak heranlah dia boleh jadi jaguh dunia. Bolasepak ini bukan masalah jurulatih. Hantarlah jurulatih yang pernah menang kat piala dunia pun rasanya tak ke mana. Dulu kita ada Claude le Roy bila dia melatih pasukan malaysia hancur. Bila dia melatih sebuah pasukan di Perancis ke Afrika? aku dah lupa pasukan mana . Mengapa pasukan tu boleh berjaya...

Ada dua kata kunci yang kalau diamalkan oleh semua atlit sukan, kita akan berupaya menjadi jaguh dunia. SIKAP,SIKAP,SIKAP DAN DISIPLIN,DISIPLIN dannnnnnn DISIPLIN...

Isnin, 26 Januari 2009

Lagenda atau fakta


Masa mak aku masih ada selalu dia ceritakan tentang keturunan aau yang datang dari Pagar Ruyung. Moyang-moyang aku dulu katanya keturunan raja di sana. Disebabkan perang saudara dia lari ke Tanah Melayu. Ditanah Melayu dia menukar identitinya menjadi tukang emas dan dipanggil tukang kuning. Dia berkahwin dengan moyang aku yang tinggal di Padang Rengas Kuala Kangsar.

Dari situ lahirlah keturunannya di situ. Kalau diperhatikan muka,kulit dan rupa memang ada ciri-ciri persamaan. Kemudian dia menghilangkan diri. Ada yang kata dia balik ke kampungnya. Ada yang kata dia merantau ke tempat lain antaranya ke batu kurau, tapah, sungkai dan slim river. Masa mak aku ada dia pernah tanya tentang tukang kuning ni.Ramai yang mendakwa mereka juga keturunan tukang kuning.

Menurut satu kisah lagi (diceritakan oleh tukang besi di Batu Kurau-Dia dah meninggal alfatihah-aku sempat jumpa dia ni). Moyang aku datang ke tanah melayu ni dengan cara menyelam dari sana dan timbul di kuala kangsar. Sebabnya juga perang saudara. Dia ni pandai besi. Dia membawa bersamanya peralatan pertukangan besi. Peralatan besi tu masih ada di Batu Kurau.Menurutnya lagi moyang akulah yang membuka Batu Kurau. Selepas tu dia merantau ke banyak tempat.

Belah ayah aku pulak berasal dari Kampong Datuk Tapah ada yang berasal dari tapah road. Satu lagi yang aku tak tau kesahihannya belah bapak aku ada kena mengena dengan Toh Tan Dewa Sakti. Yang rajin cerite arwah datuk aku dia dah meninggal. Suku-sakat belah ayah aku ramai di chikus,jeram perak, tapah road dan tualang sekah malim nawar. Antara yang aku tau anak cikgu saisi Kazaruddin. Sambung lagi esok.




Ahad, 25 Januari 2009

Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah Perak











Kalau kome semua ada masa lapang berkunjunglah taman rekreasi air panas (TRAP) Sg. Klah. Bawak anak-anak. Memang seronok mandi-manda kat sini teutamanya kat sotong beso. Ralit tak sedo rasenye. Tiba-tiba dah 3,4 jam mandi. Betul-betul holiyau. Dulu aku ingat tak best. Maklum le sg. klah ni selalu sangat aku pegi. Bila sorang kawang ajak aku pegi aku pun pegi le neman kan dia.

Ropa-ropanya best betui. Lepas mandi kat sotong berendam kat kolam ayo paneh dia. Mula-mula rasa tak boleh masuk panas. lama-lama makin sedap udah tak nak keluor pulak.

Kalau nak merebus telor pun ada tempatnya. Ini telo betui bukan telo sendiri. Memang masak telo tu. Kalau rasa tak cukup paneh ada kolam yang lebih paneh kome buleh masuk. Aku dah cube.Langsung tak buleh masuk.

Kalau nak ngurut badan pun ade disediakan teknik ayuverdha. Kalau nak urut refeksologi pun ada juga. Memang disediakan. Tempat makan tak de masalah-macam-macam ada. Kalau cuti umum macam ni memang rame yang datang.Tak percaya kome cube le...

Cara nak pergi, keluar tol sungkai. ambik sebelah kiri. Lepas tu follow singboard banyak singboardnya memang tak sesat. Satu lagi kereta boleh parking kat bahagian parking dalam , jangan parking kat luor. jauh nak berjalan. Ok aku nak pergi makan kenuri dulu. bye.....

Sabtu, 24 Januari 2009

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

13 May dan kesannya sehingga skrg...

________________________________________
Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab?

Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit.

Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang.

Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini. Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu.

p/s: kalau rasa thread ni tak sesuai ..mod tlg delete..just nak syer sejarah kita.

Sengaja.....!

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharap kan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK
DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingat kan kita bahawa dia
bukan lah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk
mengalami nya.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahami lah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke
penghujung nya. Hari esokpun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
kita. Gapai lah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggal
kan larangan NYA..

PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada NYA....aMIN...

Razali Awang dan Nazri Kahar

Dalam Buletin utama malam tadi aku tengok razali awang wartawan tv3 ada kat Gaza. Sebenarnya aku memang baik dengan dia ni dulu zaman muda-muda. Tapi aku tengok dia kurus sangat. Apa pase, muka pun dah lain. Razali Awang ni orang trengganu. Dia dah kerja dengan banyak stesen tv. Dia ni memang seorang yang tegas dalam banyak tindakan. Dari dulu lagi dia juga memang segak dan kemas orangnya. Sesuai sangatlah dia kerja sebagai wartawan.

Seorang lagi member aku yang top dalam bidang penyiaran ialah Nazri Kahar. Dia ni orang Melaka. Dari dulu dia ni memang cool je. kuat membaca dan pandai berdebat. Memulakan kerjaya kat TV 3 dan lama juga dia jadi penerbit Malaysia Hari Ini. Sekarang dia dekat Astro Awani. Kenangan aku tak boleh lupa dengan dia ni ada dua. Satu dia minat sangat kat Deanna Yusof. Masa cerita selubong main kat panggung pernah dia ajak aku & the gang tengok wayang. Satu lagi, ada satu malam aku follow dia naik ,motor.

Aku kat belakang dia kat depan. Tiba-tiba dia hilang. Rupa-rupanya dia jatuh dalam longkang besor. Kesian pun ada nak gelak pun ada.Nazri.....Nazri.....

Jumaat, 23 Januari 2009

Pantai buatan Manusia- macam-macam ada















Gambar di atas merupakan pantai buatan manusia. Kalau dilihat bahagian dalamnya, saiznya keseluruhannya sangat besar. Saksikan......
Diambil daripada forum carigold

Lagi gambar keajaiban air


Dirty Word
Devil
lets do it
beautiful
angel

Dipetik daripada arkib HADO Dr Masaru Emoto

Khamis, 22 Januari 2009

Keajaiban Air

Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
gambar 8

Gambar 9

Ingat tak satu ketika dulu Dr. Mahathir pernah medakwa Dr. Harun Din jual air Jampi. Gempar satu negara, beritapun kat muka depan semua surat khabar utama. Jenuh Harun Din dicemuh. Ditakdirkan Allah seorang pengkaji air di jepun Dr. Masaru Emoto menjelaskan bahawa memang terdapat kesan apabila dibacakan sesuatu sama ada yang baik dan tak baik kepada air. Habis semua senyap.

Menurut kajian Dr. Masaru Emoto air boleh berubah kepada bentuk tertentu apabila dibacakan dengan perkataan yang baik dan tak baik. Kalau perkataan yang baik bentuknya cantik. kalau perkatan tak baik bentuknya pun tak menarik. Bayangkanlah kita yang selalu mengata, mengumpat dan macam-macam me..... bila bersembang kedai kopi sambil minum air. Macam mana la bentuk air yang kita minum.

Semasa satu seminar tentang air di Kuala Lumpur Dr. Masaru membuat demo. Mana-mana air yang dibacakan ayat Al-quran semuanya berbentuk cantik. Mana yang dibisikkan kata-kata yang kurang menyenangkan cukup buruk bentuknya. Bayangkan ibu-ibu yang sambil masa nasi marah anak-anak atau suami. Macam mana lah rupa nasi yang dimasaknya ya. Lupa pulak satu lagi air zam-zam merupakan bentuk yang paing cantik apabila ditengok di bawah microskop. Tengoklah gambar-gambar bentuk air untuk kita fikirkan.

Keterangan Gambar

Gambar 1-5 (Air yang dibacakan dengan perkataan yang baik)
Gambar 6-9(Air yang dibacakan dengan perkataan yang tak baik)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...