Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 28 Ogos 2010

Perubahan kecil membawa makna besar 1

Lemang merupakan makanan tradisi yang digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia. Warga asing juga sudah mula mengenali dan menggemari lemang. Kesedapannya akan lebih terserlah apabila di makan bersama rendang. Perghhhhhhhh..... memang sedap.

Aku memang salah seorang pengemar tegar lemang. Kalau berkunjung ke rumah saudara-mara semasa musim perayaan lemang merupakan juadah pertama yang akan aku rasa. Pendek kata tak de kuih lain pun tak pe janji ada lemang.

Menghampiri musim perayaan maka akan banyaklah gerai-gerai dikiri dan kanan jalan yang menjual lemang. Satu soalan daripada saya gerai lemang manakah yang menjadi pilihan anda?. Kalau ada dua gerai menjual lemang. Gerai pertama meletakkan singbord bertulis LEMANG dan gerai yang satu lagi meletakkan Sigboard LEMANG PANAS. Yang manakah menjadi pilihan anda?.

Sudah pasti jawapannya anda akan singgah di gerai yang ada singboard LEMANG PANAS. Walaupun sebenarnya gerai yang menjual LEMANG PANAS itu sebenarnya bukan nmenjual lemang yang dimasak disitu dan lemangnya hanya disandarkan di palang besi pembakar lemang dan diletakkan bara api dibawahnya bagi menarik atau boleh juga dikatakan bagi mengelirukan pelanggan.

Sebenarnya inilah strategi marketing. Apabila terlihat perkataan PANAS minda pembeli sudah mula membayangkan batapa lazatnya lemang yang di makan panas-panas. Minda juga membayangkan betapa freshnya lemang tersebut. Mungkin juga minda pembeli dapat membayangkan kelazatan lemang yang di makan dengan rendang. Secara autiomatik minda pembeli terus dihubungkaitkan dengan pengalaman lalu makan lemang yang masih panas.

Ini yang aku maksudkan sedikit sahaja perubahan yang dilakukan tetapi membawa makna yang sangat besar. Insyallah aku akan meneruskan siri Perubahan Kecil membawa makna yang besar pada entry yang akan datang.

Bazar Ramadan Tg. Malim Perak 28.8.2010




















Khamis, 26 Ogos 2010

Buah Tembikai vs Badak Berendam : Law of Attraction

Sedang aku meronda-ronda di pekan Sungkai tiba-tiba aku ternampak buah tembikai yang sangat menyelerakan. Memang aku teringin sangat dengan buah tembikai tersebut. Aku sudah dapat membayangkan kesedapan buah tembikai tersebut apabila di kunyah perlahan-lahan. Airnya akan memercik keluar dan memenuhi mulut.


Pasti rasa tembikai amat sedap dan bisa menghilangkan dahaga. Namun hati ini berkata biarlah dulu, aku mesti menyelesaikan urusan lain yang lebih penting. Apabila semua urusan selesai aku akan pergi semula ke kedai menjual tembika yang amat sedap pada pandangan mata aku.


Apabila selesai semua urusan lain, aku terus sahaja menaiki bas untuk pulang ke rumah. Di dalam bas baru aku teringat aku dah terlupa untuk membeli tembikai. Alamak terasa penyesalan yang amat sangat. Hilang semua bayangan kesedapan tembikai dari bayangan minda. Namun hati masih berkata-kata sedapnya tembikai "Kalaulah dapat makan tembikai memang best ni". Inilah anatara peristiwa yang aku alami semasa zaman kanak-kanak.


Keinginan terhadap tembikai tersebut memang kuat. Apabila tiba di rumah rasa untuk menikmati tembikai masih ada. Apabila aku lihat di atas meja makan, tiba-tiba perasaan gembira, suka dan teruja menyelinap satu badan. Buah Tembikai yang aku idamkan ada di atas meja makan.


Aku bertanya kepada arwah emak aku "Mak beli tembikai ni ke ?". Emak aku hanya mengangguk. Kadang-kadang aku terfikir mungkin ada connection psikik antara aku dan emak. Apabila apa yang aku inginkan di dalam minda, minda aku akan menghantar isyarat kepada minda di bawah sedar ibu. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa psikik atau Hypnosis. Kejadian seumpama ini kerap kali berlaku. Apabila aku amat, amat dan teramat inginkan sesuatu terutamanya makanan selalunya apabila pulang ke rumah makanan itu sudah disediakan oleh arwah emak.


Semalam berlaku satu lagi kejadian yang hampir serupa. Sehari sebelumnya aku ke Bazar Ramadan Sungkai untuk membeli bubur lambuk. Semasa hendak membeli bubur lambuk aku ternampak kuih badak berendam yang amat meenyelerakan pada pandangan aku. Namun aku tidak membelinya kerana sebelum itu aku sudah membeli banyak kuih jenis lain. Dalam hati aku berkata "Aku akan membelinya pada hari sabtu dan aku mesti beli pada hari sabtu sebab aku terlampau teringin merasanya".


Semalam aku tidak dapat membelinya kerana ada majlis berbuka puasa di sekolah. Hari jumaat aku akan berbuka puasa di kampung Jambai Tapah. Cuma hari sabtu baru akau dapat membeli kuih badak berendam. Namun apabila pulang ke rumah rasa nak makan badak berendam amat kuat. Aku asyik terbayang rupa badak berendam. Rasa, teksturnya dan serta kelazatan intinya sudah terbayang diminda. Namun hati ini terus dipujuk oleh minda "Tak pe hari sabtu nanti aku akan beli badak berendam tersebut".


Selepas berbuka puasa makan nasi beriyani dalam program berbuka puasa di sekolah, aku pun pergi ke tempat hidangan buffet yang disediakan untuk melihat apa lagi menu yang boleh di makan. Tiba-tiba aku ternampak kuih yang memang aku ingingkan iaitu badak berendam. Aku rasa nak melompat dan menjerit keriangan.Aku tersenyum sendirian tanpa disedari oleh orang lain. Hati ini terus berbunga-bunga kerana puasnya apabila tercapai juga hajat nak makan badak berendam. Dalam hati aku tidak lupa mengucapkan syukur pada tuhan. Sebelum hari sabtu tuhan sudah memakbulkan hajat aku untuk makan badak berendam.


Rasanya dan teksturnya memang seperti yang aku gambarkan. Memang best la kuih ni..... Tak cukup makan disitu aku meminta kuih tersbut utuk dibungkus bawa balik memandangkan perut sudah kekenyangan, aku hanya mampu makan satu sahaja. Sedapnya kuih badak berendam....Inilah mungkin yang dimaksudkan apabila gambaran minda kita kuat untuk memiliki sesuatu akhirnya kita akan memilikinya jua mengikut Hukum Law of Attraction.

Rabu, 25 Ogos 2010

Ada kuasa dalam Matlamat hidup


Dari zaman sekolah hinggalah ke zaman aku bekerja acapakali aku mendengar tentang peri pentingnya matlamat hidup. Aku mendengarnya dalam ceramah agama, sesi motivasi dan juga dalam program direct selling. Namun perkara itu terus berlalu tanpa akau memahami maksud sebenar di sebalik perlunya ada matlamat hidup.


Apa yang aku faham mereka yang ada matlamat hidup akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Aku juga selalu menasihatkan kepada pelajar-pelajar aku tentang pentingnya mempunyai matlamat hidup tanpa aku mengetahui falsafah di sebalik pentingnya mempunyai matlamat hidup.


Ibarat makan tanpa rasa atau mandi tanpa rasa basah. Begitulah kefahaman aku tentang matlamat hidup. Namun apabila aku banyak terlibat dengan program pembangunan minda,ESQ, NLP dan memahami maksud Law of attraction serta falsafah Reiki barulah segala-galanya terseingkap dengan jelas dan terang.


Umpamnaya mengapa kita perlu ada matlamat hidup?. Apa perlunya ada matlamat hidup?. Mengapa orang-orang berjaya mempunyai matlamat hidup yang jelas?. Tidak lain lain tidak bukan matlamat hidup akan menggerakkan seluruh rasa, pemikiran, tindakan dan gerak kerja ke arah satu matlamat dengan semangat satu hati yang sangat jitu dan tidak mampu di ganggu-gugat.


Apabila bayangan matlamat hidup ini sentiasa bermain diminda ia akan menggerakkan semua gelombang yang baik-baik atau gelombang positif ke dalam tubuh kita. Semakin hari semakin kuat gelombang tersebut. Semakin hari semakin dekat kita dengan kejayan. Semakin jelas dan kuat bayangan matlamat hidup maka semakin mudah untuk kita mencapai kejayaan dan kita akan mencapai kejayaan demi kejayaan secara berulang-rulang.


Maka tidak hairanlah orang yang berjaya selalunya akan terus berjaya, Kalu pun ia jatuh mereka akan mampu bangkit dan sterusnya mengulangi kejayaan yang sama. Kadang-kadang mungkin lebih hebat daripada kejayaan yang pertama.


Aku selalu mengambil contoh kejayaan taukeh HPA tuan Haji Ismail. Selepas iklan kopi Radixnya berjaya melekat dalam minda rakyat Malayisa HPA terus memacu kecemerlangan. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh HPA. Antaranya HPA berjaya membangunkan rangkaian restoran makanan segera berasaskan ayam organik dan beberapa rangkaian restoran lain. Selepas itu juga jualan HPA meletup di Indonesia, HPA juga berjaya mengeluarkan hampir 500 ratus barangan halalan Toyyiba.


HPA juga berjaya memiliki bangunan sendiri di Shah Alam yang bernilai puluhan juta. Anda lihatlah selpas ini pelbagai kejayaan yang bakal di raih oleh HPA. Semunaya kerana matlamat membangunkan pasaran yang bereteraskan Halalan Toiyyibah yang menjadi perjuangan pengasasnya sejak dulu kini dan selamanya...


HPA pernah mengalami zaman gelapnya. Namun berkat matlamat yang tidak pernah goyah HPA bangun semula sebagai sebuah gergasi MLM Bumiputra Islam yang sangat berjaya. Aku percaya HPA bakal menggegar dunia dengan konsep organik, halal dan bersih yang sentiasa diperjuangkannya.. Dengan Motonya produk halal tanggungjawab bersama menjadikan matlamatnya lebih jelas..


Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis tentang matlamat hidup. Namun untuk kali ini cukuplah setakat ini dahulu.....

Isnin, 23 Ogos 2010

Suicided


Ramadan mengingatkan aku kepada peristiwa tragis yang berlaku hampir 7 tahun dahulu. Kalau tak silap aku peristiwa ini berlaku sebelum ramadan atau hari-hari awal Ramadan. Sukar aku mempercayainya kerana orang yang terlibat dalam kejadian tersebut amat aku kenal.


Entah apa yang menyebabkan seorang makcik tersebut bertindak demikian. Memang diluar batas kewarasan pemikiran seorang insan. Hampir setiap minggu makcik ni akan datang ke rumah aku untuk mengambil barang-barang direct selling untuk diniagakan di tempatnya yang terletak di kampung bersebelahan.


Makcik ni antara pengedar aku yang aktif dalam jualan langsung. Hampir setahun sebelum peristiwa tersebut berlaku sempat aku membuat demo produk-produk direct selling dirumahnya. sambutannya agak menggalakkan. Ada yang menjadi ahli dan ada juga yang membeli produk. Repeat Salenya juga agak tinggi.


Pernah juga dia mengikut aku dan kumpulan direct selling yang lain bermesyuarat di Teluk Intan. Namun amat sukar untuk aku membayangkan bagaimana makcik ni hilang pertimbangan akal untuk melakukan perbuatan yang aku tidak sangkakan.


Masih aku terbayang dengan motor dhoifnya dia datang ke rumah aku untuk mengambil barang direct Selling untuk dipasarkan dikampungnya. Makcik ni memang peramah dan sentiasa terpancar keriangan di wajahnya. Percakapan agak laju yang membayangkan dia seorang yang agak aktif. Agak kontras dengan watak suaminya yang lebih banyak mendiamkan diri dan menyendiri.


Tiba-tiba pada suatu hari terdengar berita yag amat mengejutkan aku dari seorang kenalan "Ri makcik Timah (buka nama sebenar), meninggal dunia" Aku amat terkejut dengan peristiwa tersebut. Sambil bertalu-talu soalan yang nak aku tanyakan kepada kenalan aku. Belum sempat aku melontarkan soalan susulan kenalan aku menambah lagi "Ri yang tak sedapnya dia mati bunuh diri, minum racun rumpai"


Perkhabaran kedua lebih mengejutkan aku,. Lebih banyak soalan yang ingin aku lontarkan kepada kenalan aku. Daripada sumber yang aku bole percayai aku diberitahu sebab-sebab makcik tersebut mengambil tindakan membunuh diri. Namun biarlah aku rahsiakan sebab tindakannya kerana sebabnya amat mengaib dan memalukan seluruh keluarganya. Biarlah aku simpan rahsia tersebut sehingga ke akhir hayat. Namun aku tetap menitipkan al-fatihah untuk makcik Timah.


Semoga tuhan mengampunkan dosa-dosanya.... Al Fatihah....

Ahad, 22 Ogos 2010

2 Asang


Setiap kali menyebut nama Asang pasti aku teringat memori indah zaman kanak-kanak. Nama ini seolah-olah menjadi hot button untuk membawa aku menerobos jauh semasa zaman aku kecik-kecik. Ingatan kepada musim deroyan, ingatan stesen bas mengundur di Sungkai dan pelbagai kenangan akan datang dengan sendirinya menerjah ruang fikiran apabila nama Ah Sang di sebut.


Zaman kecilku memang tidak boleh dipisahkan dengan musim deroyan, pokok deroyan dan dusun deroyan. Pendek kata banyak memori indah aku berkaitan dengan Raja Buah ini. Setiap kali musim deroyaan ayah aku akan membawa aku pulang ke kampungnya di Kampung Jambai Tapah Perak.

Semasa musim deroyan inilah akan muncul seorang cina penjual ikan yang bernama Asang. Dari jauh Asang akan tersenyum kerana mengetahui bahawa ikannya pasti laku kerana semua orang kampung tengah berduit. Nama Asang akan dipanggil dari jauh dengan panggilan "Asanggggg....". Tak kira orang tua, orang muda, kanak-kanak cukup suka menyebut nama Asang....

Asang kedua yang kerap mencuit memori zaman kecilku ialah Asang kepala besar yang berniaga kedai menjual jajan di belakang stesen bas mengundur Sungkai. Pada zaman dahulu stesen bas ini sangat meriah kerana kurangnya orang menggunakan kenderaan sendiri seperti bas dan van. Baslah menjadi penghubung untuk ke mana-mana destinasi.

Mahu tak mahu kedai Asang adalah destinasi wajib untuk membeli jajan atau barang permainan untuk di bawa balik. Bas bergerak mengikut jadual contohnya bas ke tempat aku hanya akan bergerak dari stesen pada pukul 8.00 pagi, 11.00pagi, 1.00 t/hari, 3 petang dan 5 petang. Agak lama juga untuk menunggu masa bas bergerak. Sambil menunggu bas bergerak maka kedai Asanglah menjadi sasaran untuk membeli jajan, air minuman atau barang mainan.

Di kedai itulah seorang lagi Asang berniaga bersama-sama emaknya. Kini kedai tersebut tidak lagi meriah dan kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Asang pun terpaksa membuat bermacam-macam pekerjaan seperti menjadi konduktor bas, mengutip besi buruk dan sebagainya.

Itu sebab setiap kali menyebut nama Asaang kenangan lama akan silih berganti menerjah ruangan minda. Asang oh Asang.

* Gambar di atas adalah Asang kepala besar yang kini berumur 54 tahun

Buffet Ramadhan Hotel Seri Malaysia Ipoh 2010



























Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...