Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 30 Oktober 2009

Rumah Bangla vs Cili Cot

[bangla+1.jpg]


Cerita 23 Top 60

Bagi mereka yang pertama kali naik kapal terbang, jangan pakai seat belt macam ni.. huhuhu. Kome tengok muka bangla tu selamba je macam tak de apa-apa. Dia ingat seat belt kapal terbang macam seat belt kereta agaknya.


Anak aku yang nombor tiga ni agak bermasalah menyebut perkataan tertentu. Walaupun dah masuk darjah dua namum terdapat beberapa sebutannya yang masih tak betul. Kadang-kadang sebutannya itu amat melucukan hati aku. Kadang-kadang bagus juga sebab banyak vocab baru yang pelik-pelik aku dapat dengor.


Aku teringat juga tentang opah aku yang selalu sebut cili sos sebagai cili cot. Hari Krismas jadi Hari krismis. Pernah sekali aku tengah makan jemput-jemput kemudian opah aku bersuara "Cuba cicah jemput tu ngan cili cot tu sedap sikit".


Aik lain macam pulak bunyi nye. Rupanya dia nak sebut cili sos tetapi jadi cili cot.Aku memang nak ketawa tapi tak sampai hati. Terpaksa la tahan ketawa tu dan di postpone ke suatu tarikh yang belum ditentukan oleh penyimpan mohor besar raja-raja melayu lagi.

Antara sebutan anak aku yang selalu aku dengor lain macam bunyinya ialah sekolah kebangsaan disebut sekolah kebangkaan. Mayonese disebut menonet. Tengok di sebut tengot. Harimau disebut kalimau dan macam-macam lagi. Kadang-kadang sebutan anak aku nombor empat lebih lancar dan betul sebutannya.

Tadi semasa aku memandu di sebuah kawasan perumahan di Bidor tiba-tiba dia bersuara. "Emak Cikgu Linda tu tinggal kat rumah BANGGLA macam ni la" Sambil dia mununjukkan ke satu rumah. Aku pun heran jugak ada pulak rumah banggla kat sini. Setahu aku tak de bangla yang tinggal disitu sebab kawasan tu agak elit juga.


Dalam hati terus berkata-kata "Rumah Bangla?" lama aku berfikir, baru aku dapat menangkap maksudnnya. Bangla yang dimaksudkan anak aku tu ialah Banglow.(Rumah Banglow)

Bermakna dia keliru antara sebutan banggla dan banglow. Perkataan banggla dia selalu dengor. Sementara perkataan Banglow mungkin sekali-sekali je dia dengor. Maka perkataan Banglow jadi banggla.


Apa lagi berderailah ketawa aku, orang rumah dan anak-anak yang lain. Yang bestnya tu tanpa ada rasa apa-apa dia sambung lagi cerita "Tapi sekarang dia dah tak tinggal rumah banggla, dia dah tinggal rumah kuarters". Apa lagi lagi kuat la kami sekeluarga menyambung ketawa.....


Yang naik treadmil hati-hati ya...



Cikgu wayar putus 3

Cerita 22 Top 60


Jadual waktu dan guru adalah ibarat isi dan kuku. Jadual waktulah yang menentukan pergerakan seharian cikgu di sekolah. Tanpa Jadual Waktu sekolah akan jadi haru-biru dan tenggelam punca. Selalunya jadual waktu ditampal di meja atau dalam buku rekod mengajar.


Jadual keseluruhan guru dalam sesebuah sekolah biasanya dipegang satu salinan oleh pengetua. Sebagai guru kita mesti mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan. Perubahan jadual waktu memang kerap berlaku terutamanya awal tahun.


Namun kadang-kadang sehingga pertengahan tahun pun jadual waktu masih di rombak disebabkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan. Aku nak sambung sedikit lagi cerita tentang cikgu wayar putus dan jadual waktu.


Cikgu ni memang tak pernah hirau dan kurang ambik berat tentang jadual waktu. Kadang-kadang ikut suka dia je nak masuk kelas. Banyak kali insiden dia nak termasuk kelas orang lain. Kadang-kadang orang lain terpaksa menunggu dia tak keluar-keluar dari kelas yang dia mengajar walaupun masanya dah habis.


Selalunya apabila dia tiba di satu-satu kelas semacam dah jadi satu amalan dia akan bertanya pelajar "waktu apa sekarang ni?" walaupun masa tu ada cikgu lain dalam kelas tersebut. Pelajar-pelajar pun kadang-kadang dah jemu nak jawab soalan. Ini menunjukkan kelemahan dia sebagai guru yang mungkin tak ambil tahu atau kurang ambil tahu tentang jadual waktu.


Pada satu pagi yang bening dia tergopoh-gapah datang ke kelas dan terus nak masuk kelas tu. Oleh kerana ada cikgu lain sedang mengajar di dalam kelas tersebut maka seperti biasa dia akan bertanya kepada pelajar "Waktu apa sekarang ni?". Yang bestnya tu ada sorang budak jawab "kalau jadual waktu pun tak tau, tak payah jadi cikgu le".


Mungkin pelajar ni dah jemu hendak menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali. Sekali dengar memang kasar jawapan budak tu. Tetapi kalau difikirkan kali kedua ada kebenaran jawapan itu. Jadi Cikgu Wajib kena tahu jadual waktu. Jadual waktulah yag akan menentukan kelicinan dan kelancaran Core Business P&P. Kalau tidak jangan le jadi cikgu.....

Cepat-cepat! mari! mari! mari!

Khamis, 29 Oktober 2009

Cikgu Wayar Putus 2

Cerita 22 Top 60

Aku sambung lagi kisah cikgu putus wayar tu. Sejak kedatangan dia bermacam-macam perkara yang dilakukannya. Kalau di tegur apa yang dilakukanya itu salah ada sahaja alasan yang diberikan .


Apabila ada tugas dan perkara baru yang kita nak terangkan kepada dia, dia akan jawab semua perkara tersebut dia dah tahu. Namun apabila sesuatu perkara itu dilaksanakan amatlah menyimpang daripada arahan yang diberikan. Bukan sekali, bukan dua kali sudah berkali-kali perkara tersebut berlaku.

Fening memang feninglah. Semua guru-guru pening apabila berurusan dengan dia ni. Satu peristiwa yang agak melucukan berlaku semasa sambutan hari guru tahun lepas. Biasalah apabila sambutan hari guru diadakan pelajar-pelajar akan mengadakan pelbagai persembahan utuk menghargai jasa guru.

Apabila tiba giliran persembahan guru, pengacara majlis menjemput mana-mana guru untuk membuat persembahan. Malangnya tiada seorang guru pun yang naik membuat persembahan. Entah macam mana ada lah sorang pelajar melaungkan nama guru putus wayar ni untuk membuat persembahan. Dengan penuh confident dan bangga dia mencapai microphone serta menyanyikan lagu Inggeris.

Kalau tengok kepada gaya persembahannya memang penuh penghayatan. Siap pejam-pejam mata lagi sementara itu tangannya di angkat ke atas dan ke bawah. Kadang-kadang di genggamnya tangan. Ekspresi muka mengalahkan peserta akademi fantasia. Mungkin dia menjiwai lagu itu.


Namun suaranya tuhan sahaja yang tahu. Langsung tak sedap. Tak usah lah cerita bab pitching dan sebagainya. Nak dengor pun tak de selera. Bunyi keretapi atau bas lalu lagi sedap di dengor. Namun apa boleh buat nak tak nak dengor je la. .

Pelajar-pelajar yang dari tadi agak pasif mula bersorak. Bergema satu dewan. Apabila mendengarkan sorakan yang kuat daripada pelajar-pelajar lebih bersemangat lah cikgu wayar putus ni menyanyi. Mendengarkan sorakan tersebut dia menyanyi dengan lebih kuat bersama dengan Feel nya bukan main hebat. Sekali tengok macam budak spastik pun ada.Memang perah santan betul cikgu ni.


Apa yang dia tak tahu sorakan itu sebenarnya bercampur antara suara ketawa dan sorakan yang berniat untuk menyindir dan mengata. Habih je persembahan tu dia turun dengan bangga sambil melambai-lambai tangan. Macam artis la pulak. Nasib la engkau hanya satu dalam seribu. Kalau seribu dalam satu alamatnya haru-biru sekolah.Cikgu oh Cikgu....


Untuk semua pembaca blog, perantau di luar negara dan semua cikgu sebuah lagu yang aku amat suka penuh bermakna dan bersemangat daripada Carpenters



Lactuca Sativa


Salad atau nama saintifiknya Lactuca Sativa merupakan sayur mentah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Teksturnya yang rangup dan rasanya yang segar amat sesuai di makan mentah. Salad kaya dengan zad besi,kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, vitamin C, magnesium dan Zink.

Antara kelebihannya dapat merawat masalah insomnia. Pangambilan salad dalam diet seharian menyebabkan tidur anda menjadi lebih nyenyak dan tenang. Selain itu salad juga dapat mampu mengurangkan paras gula dalam kandungan badan, mencegah kanser,gout, penyakit jantung dan masalah penghadaman.

Mengamalkan sayuran mentah seperti salad dan ulaman-ulaman adalah merupakan rahsia generasi dulu lebih sihat dan bertenaga. Salad juga dapat menurunkan suhu badan yang panas selepas kita memakan daging lembu, daging kambing, rempah ratus, cabai dan bawang.

Selalunya salad hanya menjadi penghias kepada makanan lain seperti ikan, daging dan sebagainya. Akhirnya salad hanya di buang tanpa di makan. Anda boleh mengamalkan makan salad dalam diet seharian kerana harganya yang murah berbanding dengan pelbagai khasiat yang kita perolehi.

Dalam satu kajian di Sewden mendapati pengambilan salad mampu merawak masalah kanser buah pinggang khususnya di kalangan wanita. Namun hari ini salad kerap di makan bersama dressing seperti Mayonis. Ini serba sedikit akan menurunkan khasiat salad.

Mulakan langkah anda makan salad hari ini. Bagi orang Malaysia salad selalu digunakan dalam laksa dan burger. Namun adalah lebih baik jika salad di makan begitu sahaja ataupun dijadikan ulam.

Rabu, 28 Oktober 2009

Cikgu Wayar Putus



Cerita 21 Top 60

Dalam dunia pendidikan kita akan berjumpa pelbagai ragam guru dan pegawai pendidikan. Kepelbagaiaan ini wujud di semua peringkat sama ada kementerian, JPN,PPD dan sekolah. Ragam-ragam ini yang mewarnai rencah sari dunia pendidikan. Kalau bercerita tentang budak sekolah lagilah banyak kerenah dan cengkadaknya.


Hari ni aku nak cerita pada kome tentang seorang pendidik yang tiada istilah dapat mengambarkan tentang dirinya.. Kadang-kadang macam tak betul pun ada, macam sasau pun ada. Senang cerita aku istilahkan wayar putus.


Lokasi sekolahnya terpaksalah aku rahsiakan. Dia ini merupakan seorang guru wanita yang baru dipostingkan daripada daerah lain. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai di sekolah lama pun baynyak masalah yang ditimbulkan. Memang agak sukar bagi mana-mana pentadbir sekolah nak handle orang macam ni.

Semasa mula-mula dia dipostingkan di sekolah sekarang, dia merwar war kepada semua orang bahawa dia dihantar ke situ dengan membawa satu misi kementerian. Itulah sebabnya dia di hantar ke situ. Olah kerana dia ni hebat dan sentuhannya sentiasa menjadi maka dia di hantar ke sekolah tersebut untuk merubah keadaan disitu.


Katanya lagi mana-mana sekolah yang dia pergi dia menggalas tugas dan misi kementerian untuk membetulkan sekolah tersebut. Kiranya dia ni troubleshooter la. Sebenarnya troublemaker. Katanya lagi dia mempunyai banyak idea canggih yang tak mampu difikirkan oleh orang lain. Bukan main power ayat dia ni.

Oleh kerana kata sudah terlepas daripada mulut maka terpaksalah dikotakan semua janji tersebut. Seterusnya dia memulakan sentuhan ajaibnya yang pertama . Antara sentuhan ajaibnya yang memberi impak besar kepada sekolah ialah dia menawarkan diri untuk menulis kata-kata hikmat pada dinding sekolah.


Setelah mendapat kebenaran darpada pihak Pengetua maka projek tersebut dimulakan lah dengan menelan kos berjuta-juta ringgit. Semua orang menanti dan menunggu sentuhan ajaib serta idea canggih yang diwar-warkan sebelum ini.


Hampir semua dinding sekolah ditulisnya dengan kata-kata hikmat. Macam-macam kata hikmat ditulisnya. Namun hasilnya amatlah mendukacitakan. Aku tengok dah macam contengan anak-anak aku kat dinding rumah .


Warna yang digunakan langsung tak matching. Kome bayangkanlah semua dinding kat sekolah berkeadaan begitu. Bayangkan setiap masa kita melihat contengan yang menyakitkan mata.

Apabila diberitahu tentang tulisan tersebut.Dengan pantas dia menjawab inilah teknik freehand. Katanya kepada seorang Cikgu Seni. Mungkin pada anggapannya Cikgu seni tak tau apa itu Freehand. Kalau cantik tak pa. Ini ikut suka dia je.


Apa yang terlintas dalam kepala dia, dia akan tulis. Oleh kerana dia tak sukat dinding tu dengan ukuran tertentu maka ada perkataan yang tak muat di barisan pertama dia akan sambung di barisan kedua. Contohnya Sekolah ku Syurga ku. Setengah pekataan Syu kat baris atas. Sambungan rga kat bawah. Kome bayangkan lah.

Maka memang berubahlah keadaan sekolah tersebut dengan sentuhan ajaibnya. Berjaya juga misinya nak membawa perubahan yang besar. Semua orang pening kepala tengok apa dia buat. Dia buat selamba je malah sangat berbangga dengan hasil kerja seni masterpiece yang agung itu. Kalau Picasso tengok tulisan ni mau pengsan agaknya. Mungkin ini juga yang dia katakan idea canggihnya itu. Memang Cangggggggihhhhhhhhh....


· Baru-baru ni dinding tersebut telah dicat semula.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...