Nuffnang

Pengikut

Isnin, 5 Oktober 2009

Syyyyyyyy...... biarlah rahsia, jangan bagi tau sesiapa ya.


Masa berdating merupakan zaman yang indah. Mungkin sebab karen tengah kuat. Medan magnet kutub utara dan kutub selatan asyik nak menarik je. Segala-galanya cantik,indah dan lawa. Duduk bersembang 4 ke 5 jam rasa baru beberapa minit masa berlalu.

Lantak la ekonomi dunia merudum ke, dunia nak kiamat ke atau apa sahaja krisis yang berlaku dalam dunia memang tak di hiraukan. Kita asyik dengan dunia maksyuk. Maka tidak hairanlah mengapa laila dan majnun asyik dalam dunia mereka. Tidak hairan juga mengapa romeo dan juliet merasakan malam dan siang itu sama sahaja.

Inilah lumrah dunia bagi orang yang dilamun cinta. Rasanya hampir semua orang pernah hanyut dalam dunia ini. Termasuklah aku. Kalau tak jumpa sehari pun rindu betui rasanya. Namun ada satu peristiwa yang aku kira agak melucukan berlaku semasa zaman berdating dulu.

Peristiwa ni berlaku di kompleks membeli-belah The Mall. Aku memang dah lama usha restoran makanan segera Pizza Hut ni. Memang teringin sangat nak masuk kat situ. Namun setiap kali nak masuk tak terlangkah kaki rasanya sebab ada perkara besar yang bermain di fikiran menghalangnya. Memang aku tak pernah sekalipun masuk kesini kerana fobia yang teramat sangat.

Satu hari tu sedang berjalan-jalan ngan buah hati aku (sekarang dah jadi orang rumah) aku sengaja menlintas di depan pizza tu. Aku ajak dia masuk tapi aku bagi syarat urusan untuk order makanan mesti dia yang buat.

Aweks aku ni heran jugak pasal apa aku tak berani order. Aku nak bagi tau pun malu jugak. Maklum le kena jaga juga reputasi. Namun aku terpaksa juga beritahu pada dia. yang agak confuse kehairanan.

Dengan perlahan aku berbisik "aku tak tau cakap orang putih, macam mana nak order".. Aweks aku ni memang terror cakap omputih maklum le budak TESL. Tu sebab aku rasa kali ni aku rasa selamat dan boleh masuk Pizza. Dengan confiden je aku masuk. Apabila tiba time nak order aku dah mula risau dan ngelabah.

Aweks aku tergelak besor. Katanya cakap melayu pun boleh order. Aku tak percaya aku suruh juga dia order. "Ya, Cik nak order apa?". Tukang order tu cakap. "Ciss" Bisik hati aku. Boleh cakap melayu ropanya tukang order ni. Kalau aku tau boleh cakap melayu lama dah aku masuk Pizza ni. Tak payah lah tunggu aweks baru nak masuk.

Aku tersenyum sendiri mengenangkan kebodohan, kedangkalan dan sikap aku yang tak mau bertanya dan tak berani mencuba. Semenjak hari tu selalu la aku masuk Pizza. Kali ni aku yang order sendiri. Riak konon, kalau tukang order tu tau sebab apa aku tak masuk Pizza selama hari ni mau berguling-guling dia gelak.

Syyyyyyyyyy, Jangan bagi tau sesiapa ya. Ini rahsia antara kita. Biarlah rahsia.

5 ulasan:

  1. ahaks... rasanya ramai juga org yang pernah fikir cenggini.. maybe sebab dedulu bebudak jaga kaunter tuh speaking.. skrg nie xyah nak speaking2 dah.. ckp jelah bahasa ibunda.. asal jgn ckp jawa.. banjar.. bugis.. udah krg order lain dapat lain ;)

    BalasPadam
  2. memang betul tu, kalau dapat kerja kat mana-mana restoran makanan segera memang bangga. Mungkin main berabuk semua cakap omputih. Restoran makanan segera tak banyak macam sekarang, cuma ada di bandar-bandar besar. Sekarang dah bersepah-sepah dan macam-macam jenis kedai makanan segera. Sampaikan pekan kecil pun dah ada restoran makanan segera. Yang terkini Radix fried chicken seratus peratus muslim dan organic.

    Azhan : thanks terus berkunjung kesini.

    BalasPadam
  3. Teruskan menulis, jangan lupa ke Pizza Hut..
    hehehe

    BalasPadam
  4. thanks bro. Setiap kali nengok pizza hut, maka terbayangkah kenangan lama ha ha ha

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...