Nuffnang

Pengikut

Rabu, 28 Oktober 2009

Lampu gasoline


Zaman berubah dengan pantasnya. Meninggalkan banyak perkara lama yang sudah tersimpan di dalam perpustakaan kenangan silam Perkembangan era globalisasi dan komunikasi menjadikan pergerakan hari ini semakin pantas. Mengubah budaya hidup lama kepada budaya hidup baru serba moden dan serba canggih.

Ada anak-anak yang tinggal di bandar besar sudah tidak kenal bagaimana rupanya ayam. Pernah aku tulis dalam entry yang awal. Kebiasaannya ibu bapa membeli ayam-ayam yang sudah dipisah-pisahkan bahagian tertentu umpamanya kepak, dada dan peha. Perkara ini menyukarkan imaginasi kanak-kanak tentang rupa ayam yang sebenarnya. Akan datang apabila disebut ayam kemungkinan anak-anak ini hanya menunjukkan ayam yang ada di Kentucky Fried Chicken.

Begitu juga corak perhubungan komunikasi. Kalau dahulu urusan banyak dilakukan secara bersua muka iaitu face by face bak kata orang Bagan Datuk. Kini dengan perkembangan internet yang mewujudkan kemudahan chatting dan laman sosial seperti facebook, myspace dan twitter menyebabkan kita hanya berhubung secara maya.

Betul kah orang yang sedang kita chatting tu orang yang sebenar. Mungkin juga lelaki menyamar sebagai perempuan. Ataupun perempuan menyamar jadi lelaki. Tengah syok kita berchatting rupanya kita berchating dengan pondan. Ataupun lelaki melayan perasaan dengan lelaki. Alamak suwei betul la......

Satu lagi anak-anak zaman moden mungkin tidak mengenal lampu gasoline dan pelita minyak tanah. Kalau zaman dulu inilah sumber cahaya yang menerangi rumah-rumah di kampung-kampung. Anak-anak zaman dulu belajar dengan bertemankan limpahan cahaya pelita. Pagi esoknya apabila dikorek hidung penuh serombong hidung dengan jelaga hitam.

Mungkin ada anak-anak zaman ini sudah tidak kenal lampu gasoline dan pelita. Mungkin mereka lebih mengenali Pelita Nasi Kandar daripada Pelita itu sendiri. Aku rasa memsang lampu gasoline ini memberikan pengalaman yang sangat unik. Pencipta lampu gasoline ni memang genius. Mungkin inilah antara teknologi portable yang sukar di cari ganti.

5 ulasan:

  1. Anjang..
    Ingat aku jer yg gila kat filem Tamil nih..ada juga member..Tahniah anjang kita serupa..Inilah kesan pengalaman masa bebudak.Pak Uda awal 60an...hujung minggu kami ( Sepupu dan Pak sedara ) berhibur dengan filem Tamil di Narborough Estate, Sungkai...Masa tu hero top ialah Sivaji Ganesan dan MGR Ramachandran..(Lepas bersara jadi ahli politik..jadi Ketua Menteri Tamil Nadu..)..Diantara hero top kini Kamal Hasan... teruja tengok lakonannya dalam INDIAN....

    BalasPadam
  2. Pak uda Kamal Hasan memang favourite hero aku, Rajinikanth pun aku minat jugak. Ada lagi ke Narborough estet tu. Hari aku pergi nampak macam ada kawasan kuarters kat situ

    BalasPadam
  3. Tahun bila dikeluarkan pelita ni?

    BalasPadam
  4. Tahun bila dikeluarkan pelita ni?

    BalasPadam
  5. Pencipta : Max Graetz tahun 1910, Mula digunakan di seluruh dunia pada tahun 1916

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...