Agak lama juga aku mengenali arwah Pak Andak ni. Orangnya berjiwa besar walaupun hidup dalam serba kekurangan. Pernah bekerja sebagai driver jabatan hutan. Selepas pencen amat aktif dalam Direct Selling. Disinilah aku mula mengenali Pak Andak. Namun belum berapa mesra.
Selepas aku beralih arah ke syarikat jualan lansung lain agak jarang sangat aku jberumpa dengan Pak Andak kerana dia meneruskan perjuangan dalam syarikat lama. Walaupun sesekali berselisih sekadar mengangkat tangan. Selepas agak suram dalam direct selling Pak Andak melakukan pelbagai jenis kerja berat. Kesian juga aku tengok dalam usia emas dia masih membantimg tulang dan mengerah keringat.
Siang malam dia bekerja untuk menyara anaknya yang ramai. Pak andak juga mempunyai seorang anak yang istimewa, namun anak itu mampu berdikari sendiri. Setiap kali berjumpa dengan anaknya kini yag sering merayau di Pekan Bidor aku pasti menghulurkan sedikit duit belanja untuknya.
Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Dalam keadaan hidupnya yang susah isterinya pula terkena stroke. Masa nilah hubungan aku ngan Pak Andak agak rapat. Memandangkan masa tu aku suruh dia cari tuan tanah untuk satu tanah yang agak strategik di Jalan Teluk Intan. Selalu aku berulang ke rumah Pak Andak
Sebenarnya aku amat simpati sangat dengan dia. Sambil itu aku mengajak dia untuk sama-sama join aku dalam syarikat direct Selling yang sedang aku usahakan. Memandangkan income aku masa tu boleh tahan jugak. Akhirnya Pak Andak bersetuju. Maka bermulalah episod aku ke sana dan ke mari dengan Pak Andak. Memang tepat makna MLM tu meeting larut malam.
Apa yang menghairankan aku setiap kali aku berhenti minum dengan Pak Andak ni, apabila tiba masa aku nak bayar bilnya, taukeh kedai akan cakap tak payah bayar dah ada orang bayar. Kehairanan aku semakin memuncak namun aku pendamkan sahaja. Lama kelamaan Pak Andak mula bercerita tentang perkara yang menghairankan aku. Mungkin dia boleh baca sifat ingin tahu dalam hati aku.
Ropanya Pak Andak ni antara orang kanan dalam PEKIDA. Patut le dia ni ramai kawan. Pergi mana pun ada kawannya. Darinya aku mendapat sedikit info tentang PEKIDA. Banyak juga ceritanya tentang bagaimana dia membantu Dato` Zahid Hamidi yang kerosakan kereta. Kemudian berjumpa dengan Pak Lah di Bidor. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak tau. Aku tak nak banyak soal aku percaya je.
Sehinggalah sebulan sebelum meninggal dia betul-betul mengajak aku join PEKIDA. Aku masih berdiam diri. Seminggu sebelum dia meninggal dia macam merajuk kat aku sebab aku masih mendiamkan diri tentang ajakannya untuk aku join PEKIDA. Malam sebelum dia meninggal pada keesokan paginya, aku masih minum dengan dia. Dia ada cakap kat aku "esok cikgu kalau nak kenduri ramai orang kot no". Aku paham sebenarnya dia merajuk ngan aku.
Namun semasa aku menyembang denganya buat kali terakhir pandangannya agak jauh, sayu dan agak kurang ceria seperti selalu. Sebulan sebelum tu pun dia selalu cakap kat aku Pak Andak ada rasa bayang hitam selalu ikut Pak Andak. Aku yang naik seram memandangkan selepas aku menghantar dia balik ke Bidor. Aku akan memandu berseorangan merentasi Bikam dan Sungkai untuk pulang ke rumah sekitar 2-3 pagi.
Apa yang menyedihkan aku sebelum Pak Andak disemadikan di tanah perkuburan anak istimewanya itu memeluk mayat yang dikapankan sambil menangis hu hu hu. Memandangkan dia tak boleh bercakap. Yang dia tahu hanya hu hu dan hu sampai menepuk-nepuk jenazah Pak Andak. Mungkin dia tak dapat menerima hakikat yang dia kehilangan seorang ayah. Mungkin juga baginya hilanglah tempatnya bergantung. Namun hanya Allah yang tahu apa yang difikirkan.
Aku memang rasa tak tahan. Menitis juga air mata aku namun cepat-cepat aku kesat dengan tangan agar tidak disedari orang lain. Salah seorang orang kuat Pak Andak ni membisikkan pada aku "Pergi jugak pak Andak No". Dalam entry yang akan datang aku akan ceritakan mengapa aku belum sampai seru nak join PEKIDA ni. Wa chow dulu....esok nak sekolah be......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan