Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 24 Oktober 2009

Mazwan Anak Gajah

Mazwan anak Gajah yang di tengah

Cerita 16 Top 60

Rinuel Napitupulu a/l James Friedolin. Agak-agak kome dia ni orang apa ?. Agak pelik nama tu kan?. Nak nyebut pun letih panjang bebeno. Aku tanya pelajar ni mengapa namanya lain macam je bunyi nye? dan dia orang apa ? Katanya datuk saya asli campur batak cikgu. Oh... macam tu ke, kata hati aku patut le namanya pelik macam penyanyi Indonesia keturunan batak tu Edi Silatongga,

Ada sesetengahnya tu nama orang asli ni bunyinya macam bunyi jawa pun. Ada yang namannya Amitjoyo dan Marjo Martopo. Yang ni sapa nak jawab.Yusri Bakir boleh jawab kot?. Aku tanya lagi mereka ni ada kahwin dengan orang jawa ke. Mereka senyum je. Aku sentiasa terbayangkan sahabat aku Yusri Bakir je. Apa sebabnya ? aku pun tak tau, Ada juga yang mengambil nama sempena nama buah seperti Bah langsat dan nama Cina seperti Bah Achong serta nama yang aku tau daripada mana diambilnya seperti Watcha Rolin.

Ada juga yang mengambil nama sempena minuman seperti Bah Sirap. Minggu lepas aku baru jumpa Bah sirap ni semasa dia mewakili pasukan takraw daerah Batang Padang ke peringkat negeri. Hebat juga dia ni sebenarnya. Ada juga yang mengambil nama sempena haiwan seperti Mazwan anak Gajah. Suaranya sedap selalu pihak RTM Ipoh panggil dia.Baru-baru ni dia menang pertandingan Juara Asyik anjuran RTM.

Pernah menyertai uji bakat AF pada tahun lepas dan berjaya sampai ke final stage tetapi memandangkan dia masih bersekolah di tingkatan enam maka pihak AF suruh dia uji bakat lagi tahun ni. Mungkin tahun ni Mazwan anak Gajah menjadi peserta asli pertama layak ke AF.

Nama orang putih memang ramai la antaranya Bah Roy, Bah Tommy, Julia,Tom dan banyak lagi. Nama yang berunsur Hindustan pun ada jugak seperti Rahul. Namun ada satu nama yang tak berapa sedap di dengar. Cerita ini diceritakan oleh sahabat aku Cikgu Dollah.

Nama pelajar tu aku tak ingat. Yang uniknya nama bapak nya. Mula-mula dia perkenalkan diri. “Nama saya ____ a/p bah ta`ik”. Ha taik kata Cikgu Dollah penuh kehairanan. "Bukan taik Cikgu sebutannya Ta....... ik....... bukan taik". kata pelajar tu. Kata Cikgu Dolah dalam hatinya sama la tu.Cuma sebutannya sedikit berbeza. Tulisan dan maksudnya tetap menjurus kepada maksud yang sama.

Kesiannya budak ni apabila dah besor nanti. Bayangkan kalau dia menjadi Cikgu, Pegawai Polis atau menteri ke (mana tau satu hari nanti). Apabila orang nak mempersilakannya untukmenyampaikan ucapan “Dipersilakan Puan __ a/p Bah Taik untuk menyampaikan ucapan”. Mahu satu dewan ketawa. Kesiannya dia…….

2 ulasan:

  1. Deme pun ikut trend juga...Kalau Melayu sekarang asyik keluo anak lelaki..tak habis ngan Ryan atau Rayyan...sesak dah nama tu...
    Ketika Pop 60an tengah top ada orang asli Sungkai namakan anak deme Jefridin dan A.Ramlie...Kalau ada lagi Jefridin nih dah 40 an umur nya...

    BalasPadam
  2. Sebenornya Pak Uda aku menunggu-nunggu nama Siti Nurhaliza. Setakat ni belum berjumpa lagi, mungkin yang nama macam tu masih di sekolah rendah.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...