Nuffnang

Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2009

Bulu

CERITA 4 TOP 60

Peristiwa ini merupakan satu lagi pengalaman melucukan semasa aku mengajar membaca pelajar-pelajar yang
slow leaner. Slow leaner ni ada banyak tahap. Tahap penguasaan sesuatu kemahiran itu pelbagai. Tahap dia tak tahu sesuatu perkara itu pun pelbagai. Kadang-kadang dia sendiri pun dia tak tahu apa yang dia tak tahu

Ada yang boleh membaca tetapi lambat. Ada juga yang boleh membaca cepat. Ada yang mengeja cepat. Ada yang mengeja lambat. Ada yang boleh mengeja dua suku kata sahaja. Masuk 3 suku kata dia dah pening. Salah seorang pelajar ni pernah menjadi jiran aku.


Kalau tengok muka memang handsome dia ni ala-ala Salman Khan. Percakapan dia pun lancar tak menampakkan yang dia tu pelajar yang bermasalah dalam membaca. Semasa menjadi jiran aku dia pernah menghantar kad raya kepada anak aku. Kadnya memang cantik dan dia hantar sendiri kad tu pada anak aku.


Memang aku tak sangka budak ni langsung tak boleh menulis dan membaca. Sepanjang hidup aku tak pernah aku jumpa jenis tulisan yang ditulisnya. Nak kata tulis arab pun bukan, nak kata tulisan india pun bukan. Tulisan rumi jauh sekali. Jenuh anak aku membacanya. Bak kata orang Kelantan sikik habuk pun tok pehe.

Selepas itu keluarganya berpindah entah ke mana kerana krisis keluarga yang agak hebat juga, . Tiba-tiba awal tahun ni dia muncul dalam kelas intervensi aku.Kenangan aku tiba-tiba terimbau tentang kad raya tu. Matilah aku nak ngajar dia ni kalau tahap pengetahuannya masih macam dulu.


Namun aku bersangka baik, bagi aku sepanjang dia di sekolah rendah mesti tahap pengetahuannya semakin meningkat dan bertambah. Tibalah masanya aku mengadakan ujian membaca untuk mengetahui tahap penguasaan mereka di tahap mana.


Seorang demi seorang aku uji. Akhirnya tibalah giliran dia membaca. Semasa tempoh menunggu giliran aku memerhatinya dengan ekor mata. Dia mula gelisah dan mula-mula bertanya-tanya kepada kawan-kawan lain apa yang mereka baca. Sesekali terkumat-kamit mulutnya.


Apabila tiba gilirannya membaca aku menyuruh dia membaca satu perenggan pendek. Dengan selamba dan penuh bergaya dia membaca dengan begitu lancar sekali. Memang tiada cacat celanya. Lancar sahaj. Setiap kali dia membaca satu ayat aku akan cakap bagus. Apa lagi, lagi bersemangatlah dia membaca. Macam orang naik syeikh dia membaca.


Tetapi kalau kome nak tau sebenornya tak de satu perkataan pun yang betul disebutnya. Semuanya salah, semuanya dia taram. Memang kow kow punya taram. Kalau tuan director Ahmad Nisfu masih ada mesti dia akan kata “Apa yang engkau merepek ni syaitan”.


Semuanya direka-reka dan dia main sebut je. Tetapi kalau di suruh menyanyi wow boleh pulak dia ingat lirik yang panjang-panjang tiu. Mungkin kemahirannya mengingat lirik digunakan untuk merepek-repek ketika membaca sebab vokab lirik lagunya banyak dalam kepala.


Budak macam ni kalau dia boleh menulis memang cantik karangannnya sebab vokabnya banyak. Rupanya bapaknya sekarang dah buka bisnes karaoke di rumahnya. Patut le bukan main lagi dia menyayi.

Keesokannya aku panggil dia lagi untuk diuji kali kedua uji dengan membaca beberapa ayat pendek dan mudah.Perkataanya BAPA SAYA ADA BUKU. BUKU BAPA SAYA BANYAK. Seperti biasa bacaannya agak lancar. Rupanya kali ni dia menghafal. Dia minta kawannya yang pandai sedikit ajar dia.


Kebanyakan bacaanya betul cuma ada satu yang agak ganjil bunyinya.. Ini yang aku tak boleh tahan bila semua huruf K dia tukar jadi huruf L. Cuba anda bayangkan apa yang dia baca. Kan lain macam bunyinya. Apa pun inilah scenario pelajar lemah dan slow leaner.

2 ulasan:

  1. Hahahahaa.. Kelako cite ko ni, Anjang.

    Aku ingat lagi kisah Sekolah Lembu yang ko cite tu. Aku cite kat member, deme pun gelak..

    Hahaha,,,

    BalasPadam
  2. terima kasih tuan, cerita lembu, cerita yang mula-mula aku tulis tentang pelajar slow learner

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...