Kelas hujung yang nakal ni, lagi hebat. Memang kadang-kadang ada cikgu yang gerun nak masuk. Tambahan kalau jumlah pelajar yang hadir ke kelas pada hari tersebut mencapai hampir 100%. Memang pening kepala cikgu nak handle. Selalunya ramai yang tak datang. Terutama dekat hujung-hujung persekolahan ni ramai yang tak nampak batang hidung.
Kelas macam ni kena pegang taiko di kelas tersebut Biasanya ada sorang dua yang jadi taiko. Yang memeningkan kepala apabila baru-baru ni sekolah aku menerima pulak seorang taiko pelajar india yang dibuang dari satu sekolah atas kesalahan bergaduh. Yang bestnya ditempatkan juga dikelas hujung ni. Apalagi bertambah meriah suasananya. Memang one Malaysia la jadinya.
Kalau masuk kelas ni kena pegang taiko melayu dan taiko India. Selalunya kedua-dua taiko ni aku akan bawak ke meja guru. Kerja atau latihan memang kat meja guru, tak boleh bergerak ke mana-mana. Baru la aman kelas. Sambil mereka buat kerja sambil aku menyembang dengan mereka dalam banyak perkara yang tak berkaitan ngan pelajaran.
Disinilah macam-macam cerita tentang dunia gelap mereka yang aku dapat cungkil. Apabila banyak kisah peribadi mereka aku dapat cungkil sedikit demi sedikit , mereka akan mula segan dan hormat dengan kita. Kadang-kadang aku jugak bukak kisah kenakalan aku zaman remaja. Apabila mereka merasakan mereka telah berada di satu aras dengan aku maka lagi senang nak handle. Kerja pun insyaalah mereka akan lakukan dengan penuh kerelaan.
Apa sahaja buku yang aku baca, aku tunjukkan pada mereka, dan aku ceritakan kandungan buku tersebut kepada mereka. Yang terkini tentang dunia jin dan dan di sebalik tabir peristiwa sebelas september keruntuhan world trade centre di langgar kapal terbang. Seminggu tak habih Taiko melayu tu bertanya tentang cerita tu.
Ternganga mereka mendengar aku bercerita. Selepas tu bertalu-talu soalan yang di tanya. Kalau tengok daripada soalan yang di tanya mereka ni sebenarnya bijak. Cuma tak de orang yang bagi perhatian dan bimbingan kepada mereka. Semua orang menganggap mereka ni tak guna dan macam sampah. Akhirnya mereka menjadi liar dan susah untuk di handle.
Minggu lepas aku mengorek rahsia kehidupan peribadi taiko india. Rupanya start darjah enam apabila habis waktu persekolahan dia bekerja. Mula-mula pendapatannya kecil, sekarang ni dah dapat hampir empat puluh ringgit sehari. Kadang-kadang katanya selalu jugak dia berjudi dengan taiko-taiko cina. Kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah.
Satu perkara yang agak melucukan aku tentang buku latihan. Geng-geng ni buku latihan mereka ditinggalkan di dalam meja. Dalam beg sekolah memang tak de apa, kosong je. Apabila aku suruh keluarkan buku latihan maka kelam kabutlah mereka mencari buku untuk digunakan untuk membuat latihan.
Terselok-selok daripada satu meja ke satu meja mncari buku. Masa nilah buku kawan yang dijumpai dalam meja akan dirembat. Latihan terdahulu yang kawan buat mereka akan koyak. Jadi seolah-olah buku tu buku baru. Esoknya kawan yang jadi mangsa akan belas dendam pulak. Begitulah seterusnya. Setiap kali latihan setiap kali itulah mereka menggunakan buku baru. Yang peliknya tu buku baru tu semakin hari semakin nipis.
Hari ni A koyak buku B. Dan esok B koyak buku A. First come fisrt serve. Pensil memang tak pernah ada. Jaga lah pen dan pensil kawan. Pantang lepa ada yang kena rembat. Kalau tengok pada kolum nama dalam buku latihan hari ni nama A. Esok buku yang sama di liquid ada pulak nama B. Esoknya diliquid ada nama C. Sampai nipis buku tu. Apabila buku tu dah hampir habis. Buku kawan yang lain pulak jadi mangsa. Kadang-kadang tuan punya buku pun tak sedar bila masa bukunya hilang. Jenuh mencari tak jumpa.
Mulanya rasa nak marah juga melihat gelagat mereka ni. Lama-kelamaan dah tak lalu aku nak marah semua dalam kelas tu 2x5 je. Hari ni hang ambik buku aku, esok aku ambik buku hang. Sebagai jalan penyelesaiannya aku akan ambik dan simpan sesudah mereka membuat latihan yang aku bagi. Apabila nak buat latihan yang seterusnya baru aku agihkan buku tersebut mengikut tuan punya buku. Baru la selesai masalah ciluk menciluk buku latihan.
Minggu ni aku mendapat berita yang tak rasmi 2 murid kelas ni di tahan polis kerana kesalahan mencuri motor. Sejauh mana kebenarannya belum dapat disahkan. Namun 2 orang pelajar ni memang dah lama tak hadir ke sekolah. Menurut kawan-kawan sekampong mereka, mengatakan di kampong pun dah lama 2 orang budak ni tak kelihatan.
Ini baru sedikit daripada cerita kenakalan mereka. Ada banyak lagi yang akan aku ceritakan dalam entry yang akan datang. Salah seorang taiko ni pernah berlakon dalam cerita Ceplos di TV9. Bayangkan dia ni bukan sahaja cikgu yang selalu hentam dia, malahan bapak pelajar pun ada yang cari dan nak hentam dia ni kerana kenakalannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan