Cerita 10 Top 60
Bermulanya sessi persekolahan yang bermakna seperti biasa aku akan menerima ramai anak murid yang baru. Maklumlah setiap tahun aku diamanahkan untuk mengajar kelas tingkatan satu. Seperti biasa tahun sudah aku juga diamanahkan untuk mengajar kelas Intervensi (Kelas pelajar-pelajar yang tidak menguasai membaca dan menulis dengan baik).
Sebenarnya aku cukup selesa mengajar pelajar jenis ini. Mereka senang dibentuk, mendengar kata dan lebih ikhlas. Pada peringkat permulaan banyak kerja terpaksa dilakukan. Umpamanya kita menilai tahap kebolehan pelajar. Boleh baca ke tak boleh ke. Kalau boleh membaca kita nak tengok tahap kebolehannya.
Mungkin ada pelajar yang hanya boleh membaca tahap satu suku kata atau boleh membaca boleh tahap dua suku kata atau pun memang boleh baca. Kalau tengok pada muka ada yang macam cerdik je. Umpamanya macam pelajar yang ada aku ceritakan dalam entry sebelum ini tajuk BULU. Kalau kome tengok mukanya ala-ala salman khan. Tapi apabila baca alamak macam @#$$%^ khan.
Penyelesaiaan bagi masalah tersebut ialah ujian Diagnostik. Macam doctor le nak ubat pesakit kena tahu apa penyakitnya. Kalau tidak susah kerja kita. Apabila dah buat ujian Diagnostik barulah kita tahu dimana tahap kebolehan pelajar tersebut.
Sepanjang aku mengajar kelas intervensi memang biasa aku jumpa budak yang langsung tak kenal ABC. Terutamanya pelajar asli. Namun mereka masih boleh faham setiap arahan yang diberi dalam Bahasa Melayu dan paling koman pun boleh menyalin.
Tetapi tahun ni ada sorang budak asli yang agak unik lain daripada yang lain. Dia ni cacat sikit. Kakinya pendek sebelah. Jalan nya ringkat. Aku memang kesian tengok dia ni.
Apabila aku bagi arahan untuk buat kerja dia buat `dek` je. Mungkin dia tak de pensil, maka aku bagi pensil tapi dia buat dek juga. Aku cuba menarik perhatiannya dengan bertanyaka namanya dia buat tak tau je langsung tak de respons. Mukanya memang selamba kodok je.
Mula-mula aku rasa panas hati juga. Bila aku risik daripada kawan-kawan seasli dan sekampongnya rupa-rupanya apa benda pun dia tak tau. Membaca tak tau. Menulis tak tau. Yang aku paling sedih nak pegang pensil pun tak tau.
Apatah lagi untuk menyebut nama sendiri dan menulis nama sendiri lagi le dia tak tau. Kalau tengok pada nama macam nama orang putih. Paling koman mesti boleh baca dan boleh menulis.
Setiap kali aku bagi arahan dalam Bahasa Melayu langsung dia tak tau dan macam biasa dia buat `dek` je.
Kadang-kadang kawan dia cuba translate dalam bahasa asli pun dia tak berapa faham. Memang parah. Tetapi satu kebaikannya rajin datang sekolah. Apa yang aku boleh lakukan hanya meggunakan bahasa isyarat setiap kali berhubung dengan pelajar ni.
Mula-mula aku angkat tangan dan cakap hai dengan dia ni macam watak Aziz samsuddin menyamar jadi reporter dekat pintu gua yang selalu hai dengan P Ramlee dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Punya la dia suka, mukanya tersenyum dan dia pun angkat tangan dan cakap hai. Mulai hari itu asal jumpa dia aku akan angkat tangan dan cakap Hai.
Bermula saat itu dia dah mula nak belajar. Aku mula mengajar dia cara memegang pensil dengan betul dan melukis bentuk-bentuk bulat,empat segi dan bentuk yang dia suka supaya dia biasa memegang pensil.. Itupun macam-macam bentuk yang keluar. Bila dapat buat sesuatu bentuk sukanya dia.
Ada sekali tu aku bergurau ngan dia. Tengah sedap dia melukis bentuk kat meja aku, aku tunjuk penumbuk kat dia. Kome tau apa dia buat. Dia letak pensil terus duduk kat tempat dia semula.Selepas tu langsung dia tak mau buat apa-apa.
Ada satu perkara yang unik tentang pelajar asli ni. Kalau hari ini kita berkeras atau marah dengan pelajar asli ni, keesokannya ramai le yang tak datang sekolah. Aku pun belajo juga sikit-sikit cakap asli untuk memudahkan aku. Malau Hai et (nak pergi mana) Walah (tak payah) dan Toi Ikui (perut besar). Memang unik mereka ni, maklum la anak emas kerajaan. Ponteng lah berapa lama pun mereka tidak boleh dibuang sekolah.
salam cikgu,
BalasPadammacam2 patern rupanya yerk nak mengajar budak asli nie..tp pd cikgu la.. mana lebih susah ajar dia org nie atau ajar bebudak dr kaum lain yg belajar kat sek kerajaan tu..sbb rmai kwn sy yg mengeluh dia org tak dgr ckp..lagi2 yg sek menengah tu..tq :)
kedua-kedua jenis ada kesukaran yang berbeza. Cuma orang asli ni kita kena pandai tackle. Kena turunkan level kita sama dengan pelajar ni. Sampai dia tak malu untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka. petuanya mudah kalau kita dapat rasakan apa yang mereka rasa maka mudahlah kita nak mengajar mereka.
BalasPadamThanks berkunjung ke sini
Anjang ..mereka ini bodoh susah nak diajar cerdik tak boleh ikut...
BalasPadamAda satu ketika dulu..kereta sapu Sungkai..
Ah Kau namanya...charge orang asli satu kereta RM2 saja..Deme bantah.... mahal katanya.Susah kira....Deme nak charge sorang sorang ..masing masing bayo..RM1 sorang ..penumpang ada tujuh....kira lah..berapa Ah Kau untung atas " kecerdikan" mereka...Kisah benar...Nak mengesahkan Ah Kau dah mati...
Ada yg pandai... BAH LUYU....jadi agen kereta...
ha ha lawak betui cerita tu Pak Uda....
BalasPadampe nak buat anjang...insyAllah byk dpt pahalanya
BalasPadam