Cerita 7 Top 60
Inilah restoran tempat aku selalu lepak dengan geng-geng aku. Pelbagai isu telah dikolokiumkan dan dibahaskan disini. Mencakupi pelbagai isu negara sehinggalah ke isu-isu yang entah apa-apa. Pelbagai resolusi dan usul mencapai kata putusnya disini.. Banyak juga hujah yang bernas dan yang tak berapa bernas di utarakan.
Geng-geng politik pun ramai yang menjadi kedai mamak mamak ni tempat persidangan tak rasmi terutama semasa pemilihan cawangan hari itu. Mamak tu senyum je. Lantak la isu apa pun yang kome cerita. Cukup tahun balik india. Yang penting ada masyuk.
Cuma macam biasa la mamak ni memang kuat kelentong. Kalau kira makanan memang tak pernah yang betul sedari dulu, kini dan selamanya. Daripada sumber risikan dalaman setelah disahkan oleh ketua kampung Poh (Sebuah kampong di Bidor) dan Ajk putri kampung gontong (Sebuah kampong di sungkai) menjelaskan bahawa setiap harga makanan yang dikira, mereka akan upkan harga makanan yang kita makan.
Katakan harga semua yang kita makan RM 15.00. Dia akan up jadi RM 17.00. RM15 tokeh punya RM2 ringgit dia punya. Mungkin mereka mengamalkan konsep win-win situation. Rahsia hanya pecah di perut tidak dimulut. Apabila diminta kira sekali lagi dan harga makanan, dan harga tersebut tak sampai seperti yang mereka kira maka dia akan buat muka kesian dan dengan mudahnya member alasan tersilap.
Yang menjadi masalah tokehnya tak de disitu, dia hanya ada wakil tokeh macam mandur la. Tokeh restoren tempat yang aku selalu minum ni ada 25 buah restoran lagi di seluruh Malaysia. Kome bayangkanlah mana sempat dia tunggu kat situ. Yang dia tahu hanya untung, pekerjanya nak buat apa pun dia peduli apa.
Yang ada hanya assistant boss yang selalunya bersekongkol dengan semua pekerjanya. Selain assistant boss mereka juga menentukan 2 ke 3 orang yang kerjanya menjadi tukang kira. Tukang kira ni berperanan besar untuk memastikan misi mereka tercapai. Mungkin komisen daripada collection haram tu assistant boss akan dapat lebih berbanding dengan yang lain.
Satu lagi perkara, sebenarnya mereka tak ikut harga makanan yang ditulis di papan harga dikedai tersebut. Banyak kali apabila aku kira balik harga makanan tersebut berdasarkan papan harga nyata berbeza RM 2 ke 3 ringgit. Apabila mereka menyedari yang kita tahu harga sebenar sekali lagi mereka akan buat muka kesian dan alasan biasa tersilap kira. Daripada nak marah langsung kitapun cair.
Menurut kata kawan aku yang memang rapat dengan mamak ni, katanya biasanya yang akan menjadi mangsa penipuan harga ialah bagi mereka yang datang berkeluarga atau berkumpulan yang makan banyak jenis makanan. Sebab kita pun tak pernah ambil pusing tentang apa yang dikiranya. Maklum lah dah banyak , kita pun tak terkira. “Aru gere, aru gere semua RM 34.00 encik”. Kata tukang kira tu.
Yang makan setakat roti canai dan teh tarik jarang la yang kena tipu. Yang bestnya tu pulak duit collection itu akan dikumpul dan dikongsi bersama sesame pekerja yang bekerja di restoran tersebut. Macam lagu wonder pet la “Apa yang penting, kerjasama”. Tokeh takkan perasan sebab bahagian tokeh tetap sama tak berkurang. Mereka hanya mengambil wang lebihan harga yang di upkan.
Itulah sebabnya kalau kita perhatikan susah mereka nak berhenti kerja di satu-satu tempat. Mereka akan bekerja disitu untuk satu tempoh yang lama. Kome bayangkan berapa collection mereka satu hari. Kedai mamak ni siang malam penuh orang. Apabila kita mintak sponsor apa-apa cukup la kedekut. Jawapannya berniaga sekarang susah tarak banyak untung.
Makanan tak lah sesedap mana. Kari pun masam. Aku selalu bergurau dengan mamak ni mintak "mamak roti canai satu tapi kuah mau semalam punya tak mau hari punya ha." Dia pun senyum je. Memang dah jadi kebiasaan kuah semalam akan dibawak ke hari ini. silap-silap seminggu punya kuah yang sentiasa dihangatkan kembali.
Itu lah kelebihan mamak ni kutuk la macam mana pun dia tetap akan senyum je. Walaupun banyak yang negatif tentang kedai mamak dan semua orang tahu namun masih ramai orang yang mengunjunginya. Apa la mandrem yang di pakai. Memang berhantu betul.......
Restoran mamak bukan amik kira kebersihan dapur. Bahagian kaunter dan meja makan, memang dia jaga. Tip Top, Cuba jengah ke belakang, muntah pun boleh.
BalasPadamMendrem 786..
BalasPadam