Sedang tengah syok menikmati minum petang bersama anak-anak aku disebuah medan selera di Pekan Tg. Malim tiba-tiba anak yang nombor 3 bersuara. "Ayah una nak aiskrim, teringin la dah lama tak makan". Aku pun pelik juga memikirkannya. Rasanya baru minggu sudah dia makan ais krim RADIX. Memang auta kelin betui le anak aku yang sorang ni.
Aku memang tak bagi dia makan aiskrim memandangkan dia baru je pulih sedikit daripada batuk yang kuat. Kalau dia batuk kesian aku nengoknya. Dah la kurus-kering. Apabila batuk bertambah nyata kekurusan dan kekeringannya.
Anak aku yang nombor 4 pun nak aiskrim jugak. Ni yang aku tak boleh tahan ni. Sebab deme dah nampak aiskrim tu di depan mata. Kalau di romah tak pe deme tak nampak. Memang shushah memikirkannya. Deme hendak juga aiskrim sambil selagi tak dapat apa yang dihajati deme akan ngentak-ngentak kaki dan muncung pun akan jadi panjang sejengkal. Orang-orang yang ada dimeja sebelah dah mula merenung dan melihat gelagat anak aku yang hendakkan juga aiskrim.
Dalam nada separa marah plus bergurau plus menahan sabar, aku cakap pada anak aku "Boleh dengan syarat, Sapa batuk ayah akan tumbuk, sekali batuk sekali tumbuk". Habis je aku mengungkapkan ayat itu tiba-tiba ada seorang pakcik selang dua meja daripada tempat aku dan anak-anak minum tu bukan main lagi batuknya menjadi-jadi pulak tak renti-renti. Lengkung-lengkung dia batuk. Bergema satu medan selera.
Semua anak aku dah mula ketawa. Aku pun dah tak boleh tahan dan kontrol terpaksa ketawa jugak. Meja sebelah aku pun dah tersenyum-senyum kambing. Mungkin mereka dengor aku cakap tadi "Sapa batuk ayah akan tumbuk".
Macam biasa inilah saatnya anak aku yang nombor tiga nak mengenakan aku. "Ayah atuk tu batuk pergi la tumbuk dia". Daripada nak marah langsung aku pun terus ketawa yang pada tahap maksimum iaitu ketawa berdekah-dekah......... bak kata bapak sedara aku yang tinggal di Manir Trengganu kah kah kah sampai le ke MEKAH....

Itule paseynye.
BalasPadamTeman selalu jugak nyakat anak-anak, lebih tepat lagi 'ugut' kalu deme bergalak sehingga bergaduh..
"Kalu sorang menangis, baba balun dua-dua sekali," ugut teman kat deme.
Nyeghongen jer deme dengor..
aje ngan ye. Cakap elok-elok bukan nak nengor. Kena cakap ropa itu kadang-kadang baru paham.
BalasPadamMemang letih dibuatnya tapi bebanyak le sabor.
Nyerongin selalu baru lapang rasa dada