Nuffnang

Pengikut

Selasa, 20 Oktober 2009

Orang ketiga


CERITA 9 TOP 60


Aku tak tahu mengapa sesetengah orang tak suka dengan kehadiran orang ketiga. Aku cukup suka dan memang aku amat nanti-nantikan. Cinta dan kasih sayang aku terhadap orang ketiga berbunga-bunga dan sentiasa mekar.


Namun orang rumah aku agak moody kadang-kadang sampai 2-3 hari tak bercakap dengan aku disebabkan kehadiran orang ketiga dalam hidup kami. Bagi aku memang macam itu lah lumrah hidup.


Apabila ada orang ketiga maka orang kedua sedikit terabai. Kami akan tidur bersama setiap malam. Aku belai rambutnya dan kuusap pipinya. Hilai tawanya menyebabkan aku asyik dalam dunia maksyuk.


Aku nak buat macam mana. Takdir Allah menemukan aku dengan orang ketiga. Tak terdaya aku menolaknya dan tak ada apa nak aku kesalkan malahan hidup aku lebih ceria serta gembira berbanding biasa.


Aku rasa ramai orang di dunia ini berubah hidupnya dengan kehadiran orang ketiga. Dato`-dato, Tan Sri-tan Sri, orang politik dan ahli korporat agaknya inilah perasaan mereka apabila adanya orang ketiga dalam hidup mereka. Indahnya dunia.


Arwah emak dan ayah aku pun amat merestui kehadiran orang ketiga dalam hidup aku Kalau kedua orang tua aku tak kisah dan merestuninya, kenapa pulak orang lain nak marah.


Maknanya dia orang restu lah tu. Siang dan malam aku membayangkan orang ketiga ni. Aku memang sayang orang ketiga. Siang malam rasa nak dekat je. Kalau boleh selalu je nak bersama.


Orang lain jangan jealous ha. Ini lah saat indah dalam hidup aku. Terasa perubahan yang besar dalam hidup. Tanggungjawab semakin berat. Namun inilah kekuasaan tuhan yang manusia tak boleh nak tolak kehendaknya. Daripada orang ketiga aku dapat orang keempat, kemudian orang kelima dan kemudian orang keenam dalam kehidupan berumahtangga.


Bersyukur aku dengan anugerah tuhan mengurniakan aku 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Cadangnya nak tambah lagi tapi nampaknya dah tak da rezeki. Tak macam member aku Benjo asyik menambah koleksi. Katanya dia masih kuat lagi ha ha ha

1 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...