Nuffnang

Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

Makkal Sakti


Selain budak asli aku juga cukup suka bergaul dengan budak India. Banyak cerita-cerita sensasi yang dapat aku korek. Rupa-rupanya kesedaran politik pelajar India ni sangat tinggi. Terutamanya semasa PRU ke 12 hari tu.

Ta`asub betul mereka pada Makkal Sakti. Aku selalu provoke diaorang ni. Aku cakap "Timbang la bagus, roket mana bagus". Mereka akan balas balik "Cikgu itu timbang punya orang banyak busuk". "Makkal Sakti banyak bagus". Memang betul pun di depan estet mereka ni masa PRU ke 12. Sebesar-besar roket diletakkan.

Kalau dilancarkan mau sampai ke ISS. Memandangkan calon Makkal sakti berbangsa India di letakkan di kawasan DUN mereka. Hari-hari pun deme larat bercerita tentang Makkal Sakti. Pandangan mereka tentang "timbang" semuanya negatif termasuk pemimipin MIC yang dulunya amat mereka sanjung. dan sering dikalungkan dengan bunga malar.

Sebenarnya aku no komen lantak la kome nak sokong apa pun. Tak de apa aku dapat.Aku cuma suka melihat gelagat mereka ini yang sedar politik. Tanya kat budak kita apa pun tak tau. Segelintir je yang tau dan sedar tentang politik majoritinya apabila di tanya tentang politik jawapannya entah, tak tau dan tak minat.

Apabila ditanya kepada pelajar India mereka cukup teruja dengan politik Makkal Sakti. Namun hari ini apabila aku bertanya kepada pelajar yang sama macam mana Makkal Sakti. Lain pulak jawapannya." Cikgu Makkal sakti banyak busuk,tipu orang" "BN bagus". Kejapnya beralih arah.

Aku tak tau adakah jawapan itu jawapan yang mencerminkan pola perubahan sokongan masyarakat India kepada BN atau jawapan cover line. Hanya masa yang menentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...