Sudah 2 ke 3 kali aku terkena dengan seorang jaga ni. Mula-mula semasa dia menjadi jaga di bank kemudian semasa dia menjadi jaga di sekolah. Namun dia tidak menunjukkan reaksi marah, mungkin ramai juga orang lain yang salah sangka dengan penampilannya.
"Aya itu duit cucuk punya tempat mana ada?" Tanya aku dengan telo india . Jawab jaga tu "Kat sana encik, encik keluar balik bank ini , kedepan sikit tengok sebelah kiri". Dengan bahasa melayu yang fasih. Aku kehairanannya juga dia ni India ke Melayu.
Rasa malu dan segan pun ada. Sekali pendang memang macam India sejati. Apabila dia bersuara barulah yang aku tau sebenarnya dia melayu. Dua tiga kali selepas itu aku terkena juga sebab aku tak perasaan yang aku tanya tu sebenarnya orang yang sama. Yang bestnya setelah beberapa insiden yang tak sengaja akhirnya aku jadi baik dengannya. Sembang punya sembang rupanya dia kawan baik ayah aku. Geli hati juga dibuatnya.
Kadang-kadang memang dah terset dalam kepala kita asal terjumpa dan berbual dengan orang india automatik telo kita akan berubah jadi telo india. Kalau jumpa orang cina automatik kita akan bertutur dalam telo cina. Itu belum dikira telo jawa, banjar dan benggali.
Begitulah betapa toleran dan sikap menerima dengan seadanya bangsa-bangsa lain dalam hidup kita. Adagkah bangsa lain juga begitu sikapnya terhadap kita. Sama-sama kita fikirkan.....

1 malaysia cikgu..mcm2 ada..:)
BalasPadamperkara macam ni banyak kali berlaku dalam hidup kita
BalasPadam