Nuffnang

Pengikut

Rabu, 7 Oktober 2009

Tak tahan lagi. Penantian satu penyeksaan


Apa yang terjadi kepada anda sekiranya terperangkap dalam jam. Dalam masa yang sama perut anda memulas-mulas. Tak tertahan-tahan isi perutnya nak keluar. Mungkin ada yang melalui pengalaman ini atau pernah mendengar tentang rakan-rakan yang melalui situasi kritikal ini.

Tuhan sahajalah yang tahu betapa tensionnya. Nak berhenti tak de tempat nak berhenti. Nak tahan memang dah tak boleh tahan. Dah lah terperagkap dalam jam. Inilah pengalaman yang pernah dialami sendiri oleh sahabat baik aku.

Sahabat baik aku ni selalu ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan bisnesnya. Sebenarnya masalah Jam memang dah menjadi lumrah bagi dirinya. Cuma Jam yang berlaku pada hari perutnya memulas-mulas yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya. Perut pun tak de ke tempat lain nak meragam. Boleh tengah-tengah jam dia buat kira.

Katanya sebelum tu dia makan kari mamak. Rupanya cepat sangat tindak balas kari mamak di dalam perutnya. Macam-macam cara dilakukan senget ke sini tak kena senget ke sana tak kena, Lapik dengan bantal kecil pun tak jalan.

Akhirnya berhamburan juga segala isi perutnya di dalam kereta. Baunya tuhan sahaja yang tahu. Semerbak satu kereta. Mujurlah tempat berlaku peristiwa itu dekat dengan rumah kakaknya. Boleh lah singgah. Namun anda bayangkan macam mana pulak nak naik ke rumah kakanya yang berada di tingkat atas rumah pangsa yang bertingkat-tingkat tu.

Jenuh juga katanya bahagian belakang di pekup dengan tangan takut ada yang tak berkenaan berciciran. Sesampai dirumah kakanya nasib baik la ada orang. Buatnya tak de orang lagi naya ke mana nak pergi. Aku pun ada pengalaman yang macam tu namun masih sempat ke tandas.

Itu sebab apabila orang bawak kereta laju-laju atau tak sabar-sabar nak memotong aku tak berapa marah sebab mungkin orang tu juga berada dalam situasi yang sama macam sahabat baik aku ni. Anak aku pun dah paham apabila melihat kereta di pandu laju. Katanya "Orang tu sakit perut kan ayah"

Katanya lagi mungkin masalah perut memulas ni masalah keturunan. Sebab arwah ayahnya dulu lagi happening ceritanya. Masa tu zaman darurat. Dia dalam perjalanan ke Raub dengan menaiki bas (mungkin situasinya macam rombongan cik kiah). Perut dah memulas. Macam member aku tadi la. Tak boleh nak tahan. Nak berhenti takut juga, di kiri hutan di kanan pun hutan. Mana takut komunis lagi. Namun perut meragam punya pasal satu bas terpaksa berhenti di tengah-tengah hutan.

"Oops ! oops mintak berhenti Encik " katanya kepada Drebar Bas. dalam keadaan kelam kabut "Ngapa Encik" Soal pemandu bas. "Perut dah tahan ni, dah nak keluor ni" kata ayah member aku ni. Nak tak nak drebar bas terpaksa memberhentikan bas tersebut di tegnah-tengah hutan. Kalau tidak habis satu bas mencium bau minyak wangi. Terpaksalah satu bas menunggu ayah member aku melampiaskan hajatnya.

Turun dari bas ayah member aku terus hilang dalam hutan. Agak lamanya juga baru dia muncul dalam keadaan kepuasan yang teramat sangat. Setelah dia naik bas barulah perjalanan ke Raub diteruskan. Demi kerana perut satu bas terpaksa menunggu. Anda bayangkan bertapa tensionnya orang yang menunggu. Ini baru betul dikatakan penantian satu penyeksaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...