Nuffnang

Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Akhir Hayat.....

Anak nombor 3 aku sehingga ke hari ini masih confuse dengan banyak istilah yang digunakannya. Walaupun dah masuk darjah tiga namun perkataan-perkataan yang keluar darpada mulutnya cukup untuk menggamatkan seisi rumah.

Seperti biasa jika aku tidak kemana-mana aku akan sembahyang secara berjemaah maghrib dan isyak dengan anak-anak aku. Seronok rasanya dapat berjemaah dengan anak-anak. Sukar nak digambarkan keseronokannya.

Pada satu hari apabila selesai aku dan anak-anak berjemaah tiba-tiba anak nombor 3 aku bersuara. "Ayah cuba tengok akhir hayat ni...betui ke.". Aku masih terus membaca wirid-wirid lazim. Tak puas hati kerana aku tidak menyahut panggilannya, sekali lagi dia memanggil aku.

"Ayah tengok le Una akhir hayat ni betul ke?". Lain macam pulak bunyinya. Setelah aku menoleh ke belakang barulah aku faham apa yang dimaksudkan oleh anak aku yang nombor 3. Rupanya dia hendak menunjukkan kepada aku cara duduk tahyat akhir sama ada betul atau salah.

Pada satu malam pula selepas aku menggantikan lampu-lampu yang terbakar di rumah.. anak nombor 3 bersuara. "Ayah pasang le lampu lagi kat bilik emak (bilik aku le tu), Una nampak lampu bilik tu dah malam". Tambahnya lagi "Kalau ayah tak percaya mari tengok dah malam lampu ni". Malap dah bertukar menjadi malam. Apa-apa je lah....

Istilah yang ketiga ni yang aku paling tak tahan. Rasa nak berguling aku ketawa... he he he ... aku ketawa dulu yek. Pada tahun ini kuarters guru tempat aku tinggal telah mempunya tukang sapu. Antara tugasnya menyapu dibahagian depan rumah dan kawasan sekitarnya. Ada beberapa pekerja perempuan yang telah digaji oleh pejabat pelajaran daerah untuk tugas tersebut. Biasanya mereka akan menyapu pada hari isnin.

Pada suatu hari semasa hendak menghantar kesemua anak untuk bersekolah agama rakyat pada waktu petang di dalam kereta tiba-tiba anak nombor tiga aku ternampak pekerja-pekerja wanita sedang berehat. Tiba-tiba dia bersuara "Ayah kalau ayah nak tau itu le penyapu". "Penyapu tanya aku?". "Ha tu le penyapu kat blok kita tu". Mula-mula tahan juga ketawa. Lama kelamaan tak boleh tahan terpaksa le terketawa jugek. Tukang sapu boleh bertukar jadi penyapu da......

Kereta Kabel di Bukit Nenas

Agak lama juga menyepi daripada dunia blog. Sesekali aku menjengah juga blog yang agak suam-suam sejak akhir-akhir ini. Kerja yang bertimbun menyebabkan fizikal dan mental menjadi teramat letih. Balik daripada sekolah hanya bantal yang aku nampak.

Sedang menonton rancangan panorama tentang kisah 2 orang rakyat Malaysia yang mengelilingi dunia, tiba-tiba perhatian aku tertarik kepada kereta kabel di Taskent yang terdapat dalam program panorama tersebut.

Serta merta ingatan aku semasa menaiki kereta kabel bersama arwah ibu kembali bermain di ruang fikiran. Kalau tak silap aku peristiwa tersebut berlaku di sekitar akhir tujuh puluhan atau awal lapan puluhan. Pada waktu itu aku dan arwah ibu mengikuti rombongan Cik Kiah ke Kuala Lumpur.

Ke Kuala Lumpur juga merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan bagi seorang anak kampung macam aku. Mana idaknya Kuala Lumpur hanya dapat dilihat dalam Drama minggu Ini. Bila sesekali dapat ke Kuala Lumpur memang best. Tak tidor malam kerojenye.Antara destinasi lawatan ialah Bukit Nenas. Tujuannya untuk menaiki kereta kabel Bukit Nenas.

Pada mulanya aku agak gayat dan juga enggan untuk menaikinya. Namun setelah diberi kata-kata semangat oleh ibu akhirnya aku memberanikan diri untuk menaikinya. Suatu pengalaman yang sanagt menyeronokkan apabila dapat melihat pandangan di sekitar Bukit Nenas daripada atas kereta kabel.

Kini Kereta Kabel sudah tidak ada lagi di Bukit Nenas dan telah digantikan dengan Menara Kuala Lumpur. Bagi aku pengalaman menaiki kereta kabel Bukit Nenas satu pengalaman klasik yang amat berharga. Nanti aku akan ceritakan pengalaman aku menaiki kereta kabel untuk ke Pulau Sentosa di Singapura semasa usia remaja.....tunggu ye

Sabtu, 8 Januari 2011

Aku, Ibu dan Burger...Medan Kit ipoh


Kenangan lalu amat indah untuk diingat. Mana mungkin aku melupakannya kerana itulah detik emas aku bersama insan yang amat aku sayangi. Walaupun insan itu telah lama meninggalkan aku namun kenangan bersamanya kekal dalam neuron yang telah mengakar dalam minda aku.


Setiap detik bersamanya seolah -olah baru semalam berlaku. Daripadanya aku mengenal dunia, belajar sesuatu yang baru dan merasai nikmat agong asma Allah iaitu kasih sayang. Aku masih ingat lagi pada suatu hari aku berada di atas sebuah bas di Medan Kit Ipoh.


Ketika itu aku dan ibu sedang berada di dalam bas untuk pulang ke Kampong setelah menziarahi saudara di Ipoh. Jadual perjalanan masih lama lagi tetapi ibu mengambil keputusan utnuk menunggu di dalam bas.Daripada jendela bas aku melihat sebuah stall orang menjual makanan yang agak asing bagi aku (Burger). Tidak putus-putus orang mengunjungi gerai tersebut


Aku kehairanan kerana pada waktu itu sebagai seorang budak kampung adalah sesuatu yang asing melihat gerai seumpama itu dan menjual makanan seumpama itu. Ditempat aku memang tidak pernah aku jumpa gerai seperti itu(lewat 70-an). Melihat daripada cara mamat tu masak makanan tersebut aku dapat membayangkan kesedapan makanan yang dimasaknya.


Ibu yang berada di duduk di sisi aku seolah-olah mengerti keinginan seorang insan yang bernama anak. Perlahan-lahan dia membisikkan kepada aku "Kejap ya mak nak turun kejap". Daripada jendela bas aku melihat ibu menuju ke gerai tersebut. Tidak lama selepas itu ibu naik semula ke atas bas sambil membawa satu bungkusan.


Di dalamnya ada dua bungkusan makanan bersalut tisu berwarna merah. Dari baunya aku dapat mengagak pasti makanan ini sedap. Aku pun bertanya "Mak ni apa namanya?" Dengan penuh kasih sayang ibu menjawab "Ini le burger yang ee(nama aku) tengok tadi" Rupanya ibu memerhatikan gelagat aku yang menyaksikan orang memasak burger dengan penuh minat.


Aku dan ibu sama-sama makan Burger dengan penuh berselera. Hari tersebut merupakan hari yang sangat indah dan menggembirakan bagi aku. Ternyata memang sedap Burger tersebut. Daripada ibulah aku mula mengenali Burger dan pandai makan Burger. Setiap kali anak-anak aku masak burger di rumah atau membeli burger di luar kenangan aku dan ibu makan burger pada hari tersebut datang bertali arus ke kotak fikiran.


Burger mengingatkan aku tentang kasih sayang seorang ibu. Burger mengingatkan aku tentang keprihatinan seorang ibu. Burgernya juga mengingatkan kenangan terindah aku bersama ibu. Terima kasih ibu kerana pada hari tersebut mengajar aku tentang suatu perkara baru dalam hidup aku.


Kini peristiwa itu hanya mampu dikenang. Entah mengapa malam ini aku rinduuuuuu sangat dengan suasanan itu. Aku rinnddddduuuu sangat pada saat dan suasana ketika aku makan burger bersama ibu. Mahu sahaja aku ulangi saat indah tersebut. Kini kasih sayang itu hanya dapat ku kenang... walaupun ibu telah lama meninggalkan aku, kini warisan kasih sayang ibu itu aku titipkan buat anak-anak aku yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah....


Mahu sahaja aku laungkan di tengah malam yang sunyi ini yang aku amat-amat dan amat merindui kasih sayang itu.......... ibu........

Restoran SH Saleem :The best Nasi Briyani In Town

Ini merupakan sebuah lagi restoran mamak yang menjadi pilihan aku setiap kali aku ke bandar Ipoh. Kalau anda memang orang Ipoh anda pasti mengetahui spesialities restoran ini iaitu nasi briyani dan ayam madunya yang nala besarnya.Nasi briyaninya memang sedap. Rasanya sempurna dan menepati ciri-ciri nasi briyani yang superb. Sebenarnya apabila berkunjung ke lain-lain restoran mamak memang jarang sangat aku makan nasi briyani. Tetapi kalau ke restoran ni memang aku tak pandang menu lain. Pilihan aku dah tentunya nasi briyani ayam madu, sotong dan kuah kurma kambing.

Masa menaip entry ni pun dah kecor ayor liur. Rasanya macam nak pergi je esok ke restoran ni. Restoran ni terletak di Jalan Kuala Kangsar. Kalau tengah hari restoran ni memang ramai orang. Ada tempat ber air-cond dan tak berair-cond.
Servicenya memang tip-top. Cepat dan pantas. Belum hambis makan pelayan dah tanya nak tambah apa. Namun kalau anda ke sini jangan lupa makan nasi briyaninya yang memang superb dan berbaloi-baloi daripada segi harga dan kualitinya.....

Jumaat, 7 Januari 2011

Rahsia besar planet Pluto

Entah apa silapnya tiba-tiba treadmill aku jam pagi ni. Baru mula nak bertreadmill untuk tahun ini dah dia meragam lagi. Pada pandangan aku mungkin motornya bermasalah. Nak nunggu orang datang repair memang agak lama. Kerosakan papan treadmill yang dulu pun menyebabkan aku terpaksa menunggu hampir sebulan lebih.

Kita lupakan tentang treadmill. Aku nak bercerita tentang satu lagi kisah tentang anak-anak murid aku yang baru. Semasa mengendalikan ujian Diagnostik intervensi tingkatan 1 aku diberikan kertas yang mengandungi senarai nama pelajar mengikut kelas.

Aku berasa agak keliru kerana nama kelas tidak sebagaimana biasa. Biasanya kelas di sebut dengan K R U I atau T. Tiba-tiba kali nama kelas dinamakan dengan nama planet Marikh, Zuhal, Utarid dan Pluto. Betul-betul aku confuse unutk menentukan kelas mana yang hendak dibuat uijian Diagnostik (Ujian Diagnostik hanya untuk pelajar yang lemah).


Setelah penyusunan dibuat sekali lagi masalah timbul apabila aku terberi ujian pada pelajar yang tak sepatutnya. Akibatnya aku terpaksa memberhentikan ujian tersebut untuk mereka. Untuk memastikan sekali lagi pelajar tersebut kelas mana aku memenggil seorang pelajar.

Awak kelas apa? Tanya aku kepada pelajar tersebut. Dari riak wajah dan gayanya aku dapat mengagak pelajar ini merupakan pelajar yang lemah. Selalunya pelajar lemah sangat jujur dalam jawapan mereka. Apa yang mereka rasa dan tahu itulah yang mereka akan luahkan.

Aku menanti jawapan pelajar tersebut. Namun masih tidak mendapat jawapan. Aku bertanya sekali lagi "Awak kelas apa?". Antara dengar tak dengar dia menjawab "Kelas Puntung Cikgu". Lain macam sangat bunyi aku bertanya sekali lagi "Kelas apa?". Kali ni dia menjawab dengan lebih kuat "Kelas Puntung Cikgu".

Sebenarnya aku dah mula menahan ketawa. Aku pusingkan badan membelakangi pelajar tersebut dan apalagi aku pun ketawa. Kelas Pluto dah jadi Kelas Puntung. Selepas itu aku bertanya lagi "kamu dari kampung mana?". "Kg Gontong Cikgu" (nama sebuah kg di Sungkai) Jawabnya dengan lebih confident. Aik hampir-hampir pulak bunyi hujungnya Puntung ... Gontong. Mungkin suatu kebetulan kot he he memang best la budak ni...

Khamis, 6 Januari 2011

Bior pecah di perut ye......

Minggu pertama persekolahan memang menyeronokkan. Pelbagai ragam pelajar lama dan pelajar baru dapat dilihat dan disaksikan. Antara pengalaman yang menarik ialah semasa aku mengendalikan ujian diagnosis intervensi untuk pelajar tingkatan satu ialah apabila aku terbaca satu nama ni.

Agak teragak-agak juga aku nak menyebut namanya. Namun mujrlah pelajar ini tidak menghadirkan diri pada hari tersebut. Kalau tidak tentu akan ditertawakan oleh rakan-rakan barunya dan mungkin juga dia akan berasa malu dan terus tidak mahu datang ke sekolah buat selama-lamanya.

Kome nak tau namanya.. Tapi tolong le jangan bagi tahu orang lain.. Tolong le rahsiakan ya...Kesian dia. Namanya jeng-jeng BAH ROMEN... Alamak terpecah sudah rahsianya..Bior pecah di blog bukan diluor he he.... Ada banyak lagi kisah menarik yang akan aku tulis di Entry akan datang.

Ikan Bakar Villa Lumut 5.11.2010


Pada 5 november lepas balik daripada hari keluarga sekolah orang rumah semua anak-anak sudah lapar. Memandangkan pada waktu paginya mereka mandi-manda dengan meriahnya di kolam hotel menyebabkan perut anak-anak aku terasa lapar.


Memandangkan aku pun tidak berapa mahir dengan persekitaran pekan Lumut maka aku mengambil keputusan untuk singgah sahaja di mana-mana kedai makan yang aku jumpa di sepanjang perjalanan pulang.

Tidak jauh daripada simpang hotel penginapan kelihatan sebuah restoran yang agak happening juga dengan kehadiran pengunjung. Aku pun membelok ke ruang parkingnya. Selepas tu apa lagi makan time.....

Restoran De Templer (31.10.2020)



Pada 31 0ktober 2010 aku menghadiri kursus bijak bicara bersama Osman Affan. Untuk yang belum mengenali Osman Affan, beliau merupakan jurulatih kemahahiran belajar nombor satu di Malaysia. Osman Affan mempunyai pesona dan aura seorang trainer, motivator dan presenter yang hebat. Gaya penyampaiaannya sangat bersahaja dan menghiburkan seta dipenuhi dengan unsur Humour.

Sehinggakan setiap peserta seminar beliau akan terus melekat dibangku setiap kali mendengar Osman Affan bercakap. Balik daripada menghadiri kursus Osman Affan perut terasa sangat lapar. Sepanjang perjalanan pulang aku mula berfikir tentang kedai mana yang aku nak singgah.

Mata melilau melihat si sebelah kiri jalan kalau-kalau ada tempat makan yang best. Aku teringat tentang satu tempat yang banyak kedai makan yang best-best. Antara kedai yang aku selalu berkunjung di situ ialah kedai nasi dagang ulik mayang yang dimiliki oleh taukeh Denaveche Datuk Azlina.

Apabila sampai ke kawasan tersebut aku mula mencari kedai-kedai yang mungkin kena dengan selera aku hari ini. Tiba-tiba tumpuan mata tertarik ke arah satu kedai makan berkonsep Chinese Muslim. Tanpa berlengah aku terus park kereta dan terus masuk ke kedai tersebut.

Aku pun terus memesan beberapa menu yang kelihatan sedap untuk dimakan. Nama menunya semuanya aku dah lupa. Hanya gambar yang sempat aku ambil untuk tatapan semua pembaca blog.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...