Nuffnang

Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Kereta Kabel di Bukit Nenas

Agak lama juga menyepi daripada dunia blog. Sesekali aku menjengah juga blog yang agak suam-suam sejak akhir-akhir ini. Kerja yang bertimbun menyebabkan fizikal dan mental menjadi teramat letih. Balik daripada sekolah hanya bantal yang aku nampak.

Sedang menonton rancangan panorama tentang kisah 2 orang rakyat Malaysia yang mengelilingi dunia, tiba-tiba perhatian aku tertarik kepada kereta kabel di Taskent yang terdapat dalam program panorama tersebut.

Serta merta ingatan aku semasa menaiki kereta kabel bersama arwah ibu kembali bermain di ruang fikiran. Kalau tak silap aku peristiwa tersebut berlaku di sekitar akhir tujuh puluhan atau awal lapan puluhan. Pada waktu itu aku dan arwah ibu mengikuti rombongan Cik Kiah ke Kuala Lumpur.

Ke Kuala Lumpur juga merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan bagi seorang anak kampung macam aku. Mana idaknya Kuala Lumpur hanya dapat dilihat dalam Drama minggu Ini. Bila sesekali dapat ke Kuala Lumpur memang best. Tak tidor malam kerojenye.Antara destinasi lawatan ialah Bukit Nenas. Tujuannya untuk menaiki kereta kabel Bukit Nenas.

Pada mulanya aku agak gayat dan juga enggan untuk menaikinya. Namun setelah diberi kata-kata semangat oleh ibu akhirnya aku memberanikan diri untuk menaikinya. Suatu pengalaman yang sanagt menyeronokkan apabila dapat melihat pandangan di sekitar Bukit Nenas daripada atas kereta kabel.

Kini Kereta Kabel sudah tidak ada lagi di Bukit Nenas dan telah digantikan dengan Menara Kuala Lumpur. Bagi aku pengalaman menaiki kereta kabel Bukit Nenas satu pengalaman klasik yang amat berharga. Nanti aku akan ceritakan pengalaman aku menaiki kereta kabel untuk ke Pulau Sentosa di Singapura semasa usia remaja.....tunggu ye

2 ulasan:

  1. peh.. masih lagi terasa gayatnye taim naik tu mike.. maklumlea taim tu.. tinggi kita paras pinggang dewasa... yang paling ngeri hat dalam gambor tu.. masih teman teringat terasa2 jea kasot lepeh ke bawah...

    retro itu indah...

    BalasPadam
  2. aje ngan ye kulop... sayup ke bawah... kalau jatuh memang padam.... ciri-ciri keselamatannya pada tahap yang minimum.....teman sempat jugek naik dengan arwah emak... gayat wehhhh

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...