Nuffnang

Pengikut

Rabu, 28 April 2010

Double Trouble Search vs Wings


Menjelang konsert Double Trouble di Bukit Kiara Indoor Arena aku terkenang zaman kemuncak menyaksikan konsert-konsert rock. Setiap kali konsert rock berlangsung di stadium Indera Mulia Ipoh aku memang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya. Antara konsert yang amat aku tidak boleh lupakan ialah menyaksikan konsert Rozana Search.


Hentakan daouble padle Bro Yazid dan kegarangan petikan gitar Bro Hillary memang power. Membangkitkan segala rasa yang ada dalam jiwa. Memang betul-betul layanlah konsert tu. Yang ada dihadapan pentas memang bergoyang habis-habisan. Pada zaman kemuncak Rock kapak kalau lambat sikit membeli tiket memang tak merasa.


Sekali konsert setakat 20 ke 30 ribu orang adalah perkara lumrah. Suasana yang digambarkan dalam filem rock Mamat Khalid sebenarnya belum mencapai tahap maksimum. Hanya mereka yang berada dalam arus rock kapak yang boleh menggambarkannya. Pada masa tu minum rock, makan rock tidur pun mimpi rock.


Kemunculan Battle of The Band ibarat minyak petrol di simbah ke dalam api. Konsert-konsert rock Cukup bersemarak dan harum subur di hati. Setiap minggu ada sahaja band baru yang mengeluarkan album. Kemunculan album baru sentiasa mendapat sambutan hangat. Setakat 50 ke 100 ribu jualan untuk album memang biasa. Apabila mengetahui Kumpulan Search merakamkan album, biasanya peminat memang tak sabar menanti untuk saat dan ketikanya album tersebut dilancarkan. Tambahan pula di dalam konsert-konsert mereka di seluruh negara satu atau dua lagu yang sedang dirakamkan akan dikumandangkan sebagai startegi marketing


Apabila released sahaja album tersebut memang tak cukup tangan taukeh kedai kaset. Lambat bermakna kita terpaksa menunggu lama sikit untuk mendapatkan album tersebut. Antara album yang mampu aku mendapat pada hari pelancarannya ialah album Search ialah album Mentari Merah Di Ufuk Timur.


Mendengarkan lagu Mentari merah diufuk timur bisa meremangkan bulu roma. Berkali-kali mendengar album tersebut tidak jemu-jemu. Kod gitar intro lagu mentari merah di ufuk timur masih aku ingat dan boleh memainkannya sehingga sekarang. Begitulah kuatnya pengaruh Search dalam diri aku. Tengah fikir-fikir ni nak pergi ke konsert double trouble?......ada yang nak joint ke?....

Isnin, 26 April 2010

Ankara Facebook


Mengadap facebook, twitter, myspace , friendster, tagged dan seumpamanya memang mengasyikkan. Seumpama candu semakin lama semakin ketagih dibuatnya. Mula-mula melihat orang melayan facebook dalam hati berkata apalah yang best sangat facebook ni.


Ada yang tersenyum, ada yang bersedih tak kurang juga yang ketawa berdekah-dekah melayan facebook. Memang sifat semulajadi aku yang ingin tahu, maka aku pun mula berjinak-jinak dengan facebook. Mula-mula tak de rasa apa-apa. Semakin lama semakin best. Semakin lama semakin best. Tambahan pula apabila bertemu di alam maya dengan rakan-rakan semasa zaman sekolah yang sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.


Ada yang uban memutih dikepala, ada juga yang langsung tak de uban disebabkan kepala yang dah botak. Ada juga yang allignmet dan balancing dah lari. Nak buat tuning pun tak boleh dah. Akhir-akhir ini aku menemui keseronokan baru apabila aku dapat ngechat dengan orang-orang yang excellant dalam bidangnya seperti DR. Tengku Ismadi, Osman Affan, Dr. Azizan Osman, Dr. Shukri dan ramai lagi.


Kita boleh mengikuti perkmbangan diri dan program semasa mereka setiap kali mereka update di dalam facebook. Dalam masa yang sama kita boleh memberikan komen. Ini yang membuat aku lebih penasaran dengan Facebook. Tetapi ada satu kisah lucu tentang facebook yang membuat hidup aku sentiasa tersenyum setiap kali mengenangkan perkara itu.


Seperti biasa aku memang ditugaskan untuk mengajar murid yang tidak tahu membaca dan menulis. Salah seorang anak murid aku ni kalau dilihat muka memang ganas, brutal dan hebat. Aku difahamkan diluar dia hanya berkahwan dengan pelajar yang lebih tua daripadanya. Perwatakan yang brutal dengan kebolehan membaca dan menulis memang sangat kontras. Yang best tu dia pun ada facebook. Bukan satu akaun tetapi dua akaun facebook.


Ana feninglah macam mana dia menaip setiap kali hendak ngechat atau bagi komen. Pada satu hari aku cuba ngechat dengannya menggunakan Facebook orang lain. Setiap kali aku menaip dan menghantar padanya responnya sangat cepat. Tetapi kome tahu ke apa yang dia tulis. Perkataan yang dia memang hafal ialah hai. Tulislah macam mana pun dia akan balas hai, sampai habis lah hai. Kini baru ku tahu rahsianya berfacebook.


Setiap kali bertembung dengannya akau pasti tersenyum mengingatkan betapa mesra hainya itu. Dah macam Bah Roy pulak setiap kali bertembung dengan aku dia akan cakap hai. Aku menunggu saat dan ketikanya Bah Roy berfacebook. Apa agaknya yang dia akan tulis.....

Rabu, 21 April 2010

Minum air kepala


Apa sahaja yang cikgu pakai akan menjadi perhatian anak murid. Begitu jugalah penampilan cikgu akan sentiasa menarik perhatian mereka. Tidak terlepas diri aku yang tidak berapa fotogenik ini juga mampu menarik perhatian pelajar-pelajar tidak kira pelajar lelaki atau pelajar perempuan.


Seperti biasa setiap pujian aku akan membalasnya dengan perkataan "Terima kasih". Kalau ada sepuluh pujian maka sepuluh "Terima kasihlah" yang aku ucapkan. Sebenarnya inilah rahsia dan petua orang berjaya dan terkenal dunia apabila menerima pujian. Petua ini diturunkan oleh penulis buku terkenal Azizi Ali semasa aku menghadiri kursusnya bulan lepas.


Bilangan guru dan murid yang tidak ramai di sekolah aku mungkin menjadi punca mengapa setiap perubahan yang berlaku pada cikgu mendapat perhatian. Namun ada satu perkara lucu dan mencuit hati yang berlaku pada hari ini apabila aku masuk ke kelas peralihan.


"Cigu, cigu potong ......... ke?" Sebenarnya aku tidak berapa dengar perkataan hujung yang dikatakan oleh pelajar tersebut. Aku bertanya semula kepada pelajar tersebut "Kamu cakap apa tadi?" Pelajar tersebut bertanya sekali lagi dengan nada penuh confiden "Cigu, cigu potong rumput ke?". Alamak bila pulak aku jadi tukang kebun. Kawan-kawannya yang lain sudah mula tersenyum kambing dan ada yang mula ketawa.


Sekali lagi dengan nada tidak puas hati apabila melihat aku tersenyum. "Cigu, cigu potong rumput ke?". Dalam hati aku berkata-kata sama ada ingin menjawab atau tidak. Tiba-tiba ada seorang pelajar kelas tersebut bersuara. "Lu apa cakap seelan, Potong rambut la. hayooo itu pun tak tau ka". Seharian aku tersenyum mengenangkan kes potong rumput. Pelajar ini jugalah yang selalu tersalah ayat minum air kelapa menjadi minum air kepala. Meriahkan jadi guru ni penuh dengan memori indah......

Isnin, 19 April 2010

Helikopter


Kalau semalam aku bercerita tentang berus gigi ajaib tetapi hari ini aku nak cerita tentang kisah yang amat mengejutkan minda dan pemikiran ku seketika. Hari ni merupakan hari untuk menghantar anak pulang ke asrama di Ipoh.


Memandangkan pada hari ahad malam aku tiba di rumah pada pukul 12.00 malam setelah menghadiri seminar di negeri jelapang padi maka sudah pasti badan ini terasa letih, lesu dan tidak bermaya. Mata memang terasa amat berat seperti digantung batu. Pantang letak kepala memang terus lelap.


Memandangkan anak aku mesti berada di sekolahnya sekitar pukul 6.00 petang maka aku mengambil keputusan untuk bertolak selepas zohor. Sementara menunggu waktu zohor aku terlelap sekali lagi di atas katil. Sekitar pukul 2.45 anak aku yang nombor dua mengejutkan aku "Ayah bangun nak hantar kakak". Kalau tak kerana hendak menghantar anak necaya aku lelap semula.


Setelah mandi aku bersiap untuk menghantar anak aku. Setelah semuanya masuk ke dalam kereta aku pun perlahan-lahan keluar dari kawasan rumah. Untuk keluar dari kawasan rumah ke bandar berhampiran aku terpaksa melalui satu kawasan berbukit. Tiba-tiba sesuatu yang tidak disangka berlaku.


Tiba-tiba kereta aku berbunyi seperti helikopter. Aku dah mula gabra apa hal pulak kereta aku berbunyi helikopter. Ataupun mungkin hanya perasaan aku disebabakan badan yang sangat penat sehingga otak aku berada diluar kawalan dan imaginasi ku sampai tahap laluk sehingga bunyi kereta ku sangkakan bunyi helikopter.


Aku bertanya kepada anak-anak dan orang rumah "kome dengor tak bunyi helikopter". Jawab mereka "dengor". Aku mula gabra takut kereta aku meragam. Bunyi helicopter semakin kuat. "Ah sudah" kata hati ku. hampir 45 saat bunyi helikopter tersebut. Aku memperlahankan kereta namun bunyi helikopter masih ada.


Aku tak puas hati. Aku menyuruh anak aku mendongak keluar dan melihat ke atas. Rupanya memang benar helikopter terbang rendah dan mengikut jalan yang aku lalui daripada udara. Fuhhhhhhhh lega aku ingatkan kereta aku yang mengeluarkan bunyi helikopter. Lepas tu rasa nak ketawa pun ada memandangkan bagaimana pulak kereta boleh berbunyi seperti helikopter.


Satu pengalaman yang amat mencuakkan dan merenjatkan semua sistem badan aku pada hari ini. Nasib baik tak pengsan. Alahai helikopter.

Ahad, 18 April 2010

Berus gigi ajaib


Setiap kali menghadiri seminar aku akan memastikan semua kelengkapan disiapkan sedari awal. Buku dan pen adalah alatan wajib. Selalunya aku akan menyediakan pen spare takut-takut kehabisan dakwat. Aku sangat risau sekiranya dakwat pen habis semasa aku sedang menyalin point-point penting.


Hari ini aku agak kalut pada awal pagi memandangkan sesi seminar semalam agak habis lewat pagi sekitar pukul 1.00 pagi. Maka sudah pastilah mata terasa amat berat dan badan terasa penat yang amat sangat. Penggunaan minda yang banyak menyebabkan badan menjadi lesu dan seumpama bateri kehabisan tenaga.


Selepas habis seminar sesi malam aku keluar pulak untuk menjamu selera memandangkan perut terasa pedih kerana pada waktu petangnya aku hanya makan capati berkuahkan kari ayam. Tiba dibilik hotel sekitar jam 2.30.


Selepas solat isyak aku set alarm dan terus aku membuta pada tahap pengsan sepenuhnya. Tepat 6.30 pagi alarm handphone berbunyi. Solat subuh dan kembali membuta. Sedar-sedar 8.17 pagi. Punya la kalut mandi kerana seasi pagi akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Kalau lambat bermaksud aku tidak akan mendapat tempat yang strategik.


Selesai mandi aku terus mencapai apa yang ada di atas meja. Dengan penuh confiden, gagah, handsome dan perkasa aku melangkah dengan lagak rajinikhand dalam filem sivaji menuju ke dewan seminar. Alhamdulillah dapat juga port yang best dan strategik. Kemudian buku dibuka sambil tangan menyeluk ke dalam kocek seluar. Tanpa berlengah aku terus mengeluarkan pen untuk menulis apa yang diperkatakan oleh speaker.


Baru sahaja hendak menenyehkan mata pen ke atas kertas baru aku tersedar rupa-rupanya berus gigi yang keluar. Alamak malunya. Member di kiri dan kanan dah tersenyum-senyum kambing. Macam mana pula berus gigi boleh berada dalam poket seluar. Cempedak dah jadi nangka. Malunya bukan kepalang.... Merah padam juga muko den... nasib baik tak berus jamban yang keluar. Kalau berus jamban mahu aku balik ke bilik masuk dalam selimut dan terus sambung membuta... ha ha ha..

Ahad, 11 April 2010

Sebatang kara


Apa rasanya hidup sebatang kara dalam dunia ini ? . Mungkin sunyi, mungkin juga rasa kosong atau........Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat menerangkan perasaan tersebut. Aku yang kehilangan ibu tersayang pun terasa kehilangan yang amat sangat. Hidup terasa kosong umpama buih-buih halus yang hanyut dilaut lepas tanpa sebarang arah. Adakalanya terasa seperti puing-puing halus yang berterbangan ditiup angin.


Inilah yang berlaku kepada bekas seorang anak murid orang rumah aku. Kerap kali aku mendengar kisah sedihnya daripada orang rumah aku. Kisahnya berkisar tentang seorang pelajar sekolah menengah yang juga merangkap jiran sekampung aku. Ayahnya memang telah lama meninggal dunia.


Hidupnya hanya bergantung sepenuhnya kepada seorang ibu yang amat disayangi. Kadang-kadang semasa cuti sekolah dia bekerja bagi menampung kehidupan dia, emak dan seorang adik perempuan. Itulah satu-satunya adik yang dimilikinya didunia ini. Saban hari kehidupan mereka dihimpit kesusahan disebabkan adik permpuannya yang mengidap pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis , darah tinggi dan buah pinggang. Pada ketika itu adiknya baru berada di tingkatan dua.


Namun segalanya ditempuhi dengan tabah. Tiba-tiba kehidupannya terus dirundung malang apabila adik yang disayangi kembali ke rahmatullah menyusuli pemergian bapanya yang pergi lebih awal mengadap Rabbuljalil. Maka dunia dirasakan gelap kerana kini hanya tinggal dia dan ibunya meneruskan kehidupan seharian. Tiada lagi hilai tawa, gelak dan senda gurau daripada satu-satunya adik yang menceriakan sepanjang hidupnya di dunia ini.


Genap sebulan dia menerima tamparan yang lebih hebat apabila ibu yang amat disayanginya pula menyambut seruan ilahi. Aku tidak dapat membayangkan seorang pelajar tingkatan empat dapat menghadapi keadaan ini. Kali ini suasananya bukan lagi gelap tetapi sudah menjadi gelap gelemat mungkin seperti cahaya yang disedut masuk ke dalam lohong hitam.


Anda cuba bayangkan bagaimana dia menghadapi hari-hari yang berlalu tanpa tiga orang tersayang yang menjadi pasak dan tiang seri hidupnya. Aku sendiri tidak dapat membayangkan betapa sukarnya dia menghadapi kenyataan ini. Aku yang kehilangan seorang orang yang tersayang iaitu arwah ibu mengambil masa yang lama untuk pulih.Bayangkanlah dia hanya seorang insan kerdil seorang pelajar tingkatan empat.


Betapa hebat dan besar cabarannya diuji oleh ALLAH. Bukan calang-calang orang yang mampu diuji dengan ujian yang maha hebat ini. Rasanya aku sendiri tidak mampu menghadapi ujian seberat itu. Apa yang aku boleh nasihatkan kepadanya bukan semua orang mampu menggalas ujian tersebut. Hanya insan pilihanNya atau pun insan yang hebat yang mampu menghadapinya dengan tabah.



Jumaat, 9 April 2010

Kayyin pelikat.com.my dan dot dot dot dot


Ini bukan mayyin-mayyin (cara sebutan pelajar asli aku) punya cerita. Kejadian yang amat menyayat hati dan bisa meruntun jiwa. Kepada sesiapa yang membaca janganlah hendaknya berasa syahdu sehingga menitiskan air mata. Kejadian ini memang benar-benar berlaku.


Lokasi dan pelakunya biarlah aku rahsiakan demi kemakmuran negara dan demi membantu memulihkan ekonomi global serta kemajuan bolasepak negara. Ceritanya tentang kisah seorang duda yang berkahwin dengan seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an. Wanita ini merupakan orang yang berada dan berpangkat.


Kalau dibandingkan dengan duda ni hanya berpangkat sarjan dalam pasukan polis. Sedangkan wanita ini berkelulusan ijazah luar negara. Perkahwinannya hanya bertahan sebulan memandangkan sikap si isteri yang boleh dikatakan queen control tahap dewa.


Mulanya aku tidak berapa percaya dengan cerita ini. Mungkin sengaja diada-adakan. Namun setelah mendengar cerita daripada 2 ke 3 sumber yang boleh dipercayai dan cerita ketiga-tiga sumber itu sama maka pada pandangan aku cerita ini ada kebenarannya. Sebagai orang yang baru berkahwin sudah pasti mempunyai tarikan magnet yang kuat.

Apa yang akan terjadi sekiraya Kutub utara bertemu kutub selatan ? tentu melekatkan. Begitu juga halnya dengan pasangan ini. Namun daripada sumber risikan mosad,CIA dan agensi risikan terbaru Fulcrum (daripada cerita Chuck) menyatakan setiap kali hendak mengadakan hubungan intim si suami dikenakan satu syarat. Apa syaratnya? tentu anda tertanya-tanyakan.


Ha ha ini syaratnya, si suami mesti membaca sebuah buku. Lepas tu baru dapat upah. Alamak berapa lama nak habis baca buku sedangkan karan tengah kuat masa tu. Cuba anda bayangkan atau mungkin juga anda tidak dapat membayangkannya. Ombak yang sedang mengganas dan bergelora pun akan kembali tenang dalam proses menghabiskan membaca sebuah buku.


Tunggu-tunggu, anda jangan berhenti membaca teruskan membaca ada lagi yang lebih kisah yang lebih sensasi. Selalunya kalau hendak berjalan ke mana-mana kita akan memakai pakaian yang cantik dan kemas. Begitu juga lah halnya dengan si suami ini. Namun si suami memakai pakaian dengan kemas bukan disebabkan ingin berjalan ke mana-mana tetapi untuk memenuhi syarat si isteri yang seterusnya.


Keluar sahaja pintu rumah mesti memakai pakaian yang kemas. Mesti pakai seluar panjang dan baju dimasukkan ke dalam walaupun hanya untuk menyidai kain. Memakai kain pelikat diharamkan sama sekali. Mungkin untuk langkah keselamatan takut terlucut ke atau takut suaminya diskodeng makcik sebelah rumah. Maklumlah hakcipta terpelihara dan hakmilik eksklusif mana boleh orang lain tengok. Agak aku le....


Patutlah perkahwinan mereka hanya bertahan selama sebulan. Kalau macam ni boleh mati beragan. Datuk Fadzillah Kamsah pun belum tentu boleh bantu menyelesaikan masalah ini.........Apa pandangan anda.......?.....?

Sejarah Yang Dipinggirkan

Artikel ditulis sahabat baik aku Razali Awang Wartawan TV3


Makam Sultan Pattani yang pertama memeluk Islam. Terbiar kerana Siam sebolehnya ingin menghapuskan bukti sejarah kegemilangan Pattani Darus Salam.



Masjid Gerisek, pernah menjadi saksi turun naik kerajaan Melayu Pattani. Di sini juga lebih 144 pemuda Islam dibunuh dengan kejam tentera Thailand pada 2004.


Sejak insiden 5 tahun lalu, masjid ini semakin sepi, tiada lagi kemeriahan pelancong terutama dari Malaysia dan Singapura yang berkunjung.



Makam yang menempatkan dinasti Kelantan yang dilantik Siam untuk memerintah Pattani selepas pemberontakan Datuk Pengkalan.



Makam ini menempatkan puluhan ribu syuhada' Pattani yang melawan Siam pada 1786, terbiar sepi.



Masjid Teluk Manok dibangunkan pada kurun ke 16. Di sini pernah menjadi tempat perlindungan ketika Pattani jatuh ke tangan Siam pada 1786.


Rumah lama di hadapan masjid. Cantik sekali ukiran, nilai estitika amat tinggi, tetapi faktor desakan hidup menyebabkan ia terpinggir.


Istana Teluban di Saiburi. Berusia lebih 200 tahun. Malang sekali ia semakin usang dimamah usia



Waris yang ditemui mengaku tidak banyak yang dapat dilakukan untuk memelihara istana peninggalan kerana faktor kewangan.

Masjid Selindung Bayu berhampiran istana. Cantik sekali senibina klasik Melayu. Ia dibaik pulih selepas runtuh beberapa tahun lalu

Khamis, 8 April 2010

Bisnes Seminar


Sudah lama aku tak bersilat di gelanggang seminar. Sekitar tahun 1993-1996 aku begitu aktif menganjurkan pelbagai seminar pendidikan. Alhamdulillah rezeki mencurah-curah masuk. Di mana sahaja aku menganjurkan seminar kehadiran cukup memuaskan. Memang berbaloi dengan hasil kerja yang aku lakukan.

Johor Bharu, Muar, Negeri Sembilan , Kuala Lumpur dan Ipoh merupakan lokasi yang kerap diadakan seminar. Entah macam mana sedang berfikir-fikir nak buat bisnes apa akhirnya terlintas dalam kepala bagaimana sekiranya aku anjurkan seminar yang berbunyi SEMINAR TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN SECARA BERKESAN PMR,SPM DAN STPM.

Masa tu aku main redah je. Kerja memang aku lakukan secara one man show. Pernah juga ke udara di radio3 negeri sembilan, radio3 ipoh dan iklan-iklan aku menghiasi dada-dada akhbar Utusan, The Star,NST dan dimasukkan ke dalam slot MHI Tv3.
Selain Seminar teknik-teknik menjawab soalan secara berkesan aku juga pernah menganjurkan seminar bersifat motivasi dan transformasi pelajar yang juga tidak kurang hebat sambutannya. Antara penceramah hebat yang pernah bekerja di bawah aku ialah Kak Ruby yang sekarang merupakan motivator remaja yang hebat Rubiah K. Hamzah. Encik Ahmad Ali Seman pensyarah sejarah dan pakar sejarah Jepun. DR. Aziz Jemain ketua jabatan matematik UKM dan Dr. Sahar Yahya pengarah pusat matrikulasi Universiti Malaya dan ramai lagi yang aku lupa namanya.

Namun segala-galanya berakhir apabila aku terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kaki aku patah dan tidak bekerja selama setahun. Bisnes Seminar aku juga terpaksa dihentikan. Aku seolah-olah hilang semangat untuk berniaga tambahan pula pelbagai jenis seminar pendidikan tumbuh seperti cendawan lepas hujan.

Sekolah-sekolah di seluruh Malaysia juga telah mula menganjurkan Seminar Teknik-teknik menjawab soalan. Akhirnya sehingga kini aku tidak lagi menganjurkan sebarang seminar walaupun hasrat tersebut ada. Insyaallah pada tahun ini aku akan mula merangka untuk menganjurkan kembali seminar pendidikan yang unik dan lain daripada yang lain. Semoga usaha aku untuk kembali menjadi peneraju seminar akan berjaya.

Mintak Nyawa


"Tarik nafas, lepas" "tarik nafas, lepas" "tarik nafas dan lepas". Kata cikgu Pendidikan jasmani semasa aku berada di sekolah rendah dahulu. Semasa zaman aku aktif main bolasepak, bolatampar, bolatakraw dan olahraga perkara yang sama akan dilakukan.


Semasa sudah menjadi cikgu pun perkara yang sama akan dilakukan oleh sesetengah guru kepada anak muridnya. Aku terus tertanya-tanya apa pentingnya tarik nafas dan lepas. Apabila ditanya jawapannya untuk apa perkara tersebut dilakukan jawapannya ialah untuk menarik sebanyak mungkin oksigen ke dalam sistem darah dan badan. Setakat itu sahaja jawapannya.


Rasanya kalau setakat itu jawapannya budak sekolah rendah pun tahu. Semenjak dari sekolah rendah sehinggalah aku menjadi guru pertanyaan itu masih belum terjawab dan kalau pun ada jawapannya tidak memuaskan hati sehinggalah aku terbaca buku Unlimited Power Anthony Robin yang menjelaskan secara terperinci tentang peri pentingnya kita melakukan tarikan nafas yang dalam seperti yang dilakukan oleh pengamal Tai Chi dan Yoga.


Nak tau jawapannya teruskan membaca siri dua artikel ini pada minggu hadapan......... janganmare ha.......


Getaran kekayaan


Masih terngiang-ngiang seorang kawan baik aku pada satu masa dahulu yang mengatakan dia merupakan orang membawa nasib malang. Di mana sahaja dia berada pasti orang atau organisasi yang bersamanya akan menghadapi masalah. Namun aku tidak mengiyakan kenyataan tersebut. Aku cuba mencari jawapan disebalik kenyataannya itu.


Setelah membaca satu artikel tentang peranan gelombang dan getarannya aku menemui jawapan kepada permasalahan tersebut. Menurut artikel yang aku baca apabila kita sentiasa berfikiran negatif dan yang bukan-bukan maka perkara yang bukan-bukan dan yang yang negatif akan datang ke dalam badan kita. Setiap benda yang ada didunia ini mempunyai geolmbangya yang tersendiri.


Sekiranya gelombang tersebut berada dalam frekuensi yang sama dengan kita maka badan kita lebih mudah menarik gelombang daripada benda tersebut. Apabila kita terlampau banyak komplen, membangkang, bersangka tidak baik, memikirkan perkara-perkara yang tidak baik maka gelombang negatif akan melingkari hidup kita.


Apa yang kita boleh lakukan kita perlu sentiasa fokus kepada perkara yang positif. Hindarkan perkara yang negatif. Kalau boleh jauhi orang yang berfikiran negatif kerana orang tersebut boleh mengganggu gelombang positif di dalam badan kita.


Mengapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. Juga ada kaitan dengan gelombang dan getaran. Sekiranya kehidupan seharian kita dilingkungi oleh perkara negatif maka ialah akan menyekat getaran dan gelombang kekayaan kerana ia berada dalam frekuensi yang berbeza.


Setelah memikirkan tentang sahabat aku yang sorang itu maka tepatlah dengan teori gelombang dan getaran yang aku baca.Apa yang dapat aku perhatikan sahabat baik aku ini sentiasa membangkang cakap orang, sentiasa bersangka buruk dengan orang malah dia selalu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Maka mungkin gelombang negatifnya itu memberi kesan kepada oarang berada dekat dengannya.


Jangan pula anda percaya 100% apa yang aku tulis disini. Namun setelah difikir-fikirkan banyak juga kebenarannya daripada teori ini dengan sahabat aku ini. Fikir-fikirkan........

Isnin, 5 April 2010

Lagi Gambar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010





















Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pada tahun ni sempat juga juga aku mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ramai juga rakan yang ditemui semasa pesta buku tersebut. Antaranya Hj. Khairul Anuar Shahaludin PK HEM sekolah aku merangkap senior masa di UKM dulu. Selepas tu bertembung pula dengan Fauzi juga senior aku yang baru pulang dari Sabah setelah lama mengajar di semenanjung.


Yang paling aku tak sangka apabila berjumpa dengan sahabat seblogger,sesekolah, seUKM,semain gitar (dulu le), sekampung dengan orang rumah aku iaitu Cheegooden CamniCamtu. Sempat juga bersembang dengannya isu-isu global dan krisis pemanasan rumah hijau secara serius. Setelah mencapai resolosi untuk dibentangkan di PBB kami pun mengambil jalan masing-masing untuk kembali ke pangkal jalan


Pandangan aku tentang pesta buku ni memang meriah dan sambutannya amat menggalakakan berbanding kunujungan aku beberapa tahun dahulu. Ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak ke pesta buku tersebut. Daripada segi penyertaan syarikat penerbitan memang mencatatkan peningkatan yang amat ketara. Namun ada satu perkara yang bermain diminda. Bolehkan pesta buku ini disebut pesta buku antarabangsa?



Boleh dikira syarikat antarabangsa yang terlibat kecuali di bahagain buku akademik. Wakil Indonesia dan Brunei boothnya tersorok dan terasing daripada laluan pengunjung. Kalau tidak kerana adanya meja pelukis live karikatur maka tiada siapa yang menyedari kewujudannya. Syarikat buku antarabangsa pula boleh dikira dengan jari.


Namun ada satu perkara yang amat-amat dan amat tidak memuaskan hati aku. Privasi aku sekeluarga untuk berkunjung dari satu booth ke satu booth diganggu oleh jurujual-jurujual Groolier yang amat agresif. Sehingga ada yang melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan apabila kita tidak mahu mendengar penerangan mereka. Aku selalu mengingatkan anak-anak supaya jangan lalu di kawasan jerangkap samar ini.




Memang mereka ni tidak faham bahasa. Apabila orang tidak mahu mendengar penjelasan mereka sepatutnya mereka faham. Jangan desak dan terus mendesak sehingga kita membuang masa mendengar penjelasan mereka. Aku datang dari jauh sebab nak tengok buku bukan nak mendengar penjelasan mereka.





Yang menghairankan di ketiga-tiga dewan pameran ada sahaja booth Groolier. Memang betul-betul menggangu privasi dan ketenteraman. Apapun aku berasa puas hati kerana hajat hendak mengunjungi pesta buku tercapai. Semoga tahun depan aku akan dapat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Sabtu, 3 April 2010

Azizi Ali dan Truewealth

Dah lama sangat aku menyimpan hasrat untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Azizi Ali. Tahun lepas aku tak berkesempatan memandangkan kedudukan ekonomi yang merosot gara-gara kemerosotan ekonomi global.
Tahun ini aku hampir juga tak dapat pergi memandangkan banyak sangat urusan luar. Namun aku tabahkan hati dan tanamkan hasrat untuk pergi juga ke seminar ni. Pada mulanya aku agak riasu juga apabila diberitahu seminar ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai mediumnya.

Kalau setakat english orang Malayasia aku boleh paham. Yang aku khuatirkan kalau Englishnya berabuk macam British. Jawabnya Yes No alrigth je la. Sesampainya aku di Holiday Villa Subang aku menjadi semakin cuak kerana walaupun majoriti pesertanya orang melayu tetapi semuanya speaking London.
Hampir kesemua peserta yang hadir merupakan mereka yang profesional seperti doktor, jurutera, owner syarikat, pensyarah dan peguam. Berpoloh juga nak speaking dengan deme ni. Aku redahnya dengan english yang tak berapa mantop. Akhirnya boleh juga deme paham maknanya ok le tu.

Apa yang Azizi Ali sampaikan mampu aku paham semuanya. Berbaloilah pelaburan aku. Insyallah kalau ada lagi seminar anjuran Azizi Ali aku hendak pergi lagi. Banyak sangat input dan ilmu baru yang aku dapat. Satu perkara yang aku terkilan apabila Azizi Ali tanya aku nak tulis buku apa dan aku tak mampu memberi jawapannya. Agak-agak apa genre yang sesuai ya?

Jumaat, 2 April 2010

Dah boleh memblog seperti biasa



Dah letih dengan kerenah kedai komputer yang mengrepair komputer. Akhirnya aku ambil keputusan membeli sebuah komputer desktop baru direct dari HP. Setelah menunggu hampir seminggu akhirnya pada pukul 7.00 petang sampailah komputer baru ke teratak aku oleh sebuah syarikat kurier.


Insyaalah aku menyambung semula kegiatan memblog. Tunggu ya sahabat-sahabat, rakan-rakan siber dan pengunjung senyap.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...