tag:blogger.com,1999:blog-60894231318915627852024-03-18T20:00:18.318-07:00Anjang BlogDaripada orang biasa, untuk orang biasa. Pesan orang biasa "Biasa-biasakanlah yang biasa"anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.comBlogger912125tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-83262463249483646042013-05-30T08:50:00.002-07:002013-05-30T08:50:39.066-07:00The Power of Roti Canai...

Banyak ropenya menu roti canai di kedai mamak ni. Yang biasa kita order roti kosong dan roti telur...Sesekali baru nampak roti tisu.... anak aku pulak suka roti yang dia suka roti planta. Akhir-akhir ni aku pulak suka roti tampal...entah ngapa sedap pulak rasanya roti tampal ni.....

Kepada yang tak tau roti tampal ni ialah roti kosong biasa...kemudian diletakkan telur diatasnya dan dibalik-balikkan sampe telur masak....Makan panas-panas memang sedap....Roti canai kosong sebenarnya amat sedap di makan dalam keaadaan berbentuk bulat....Kalau potong-potong kepanasnnya dah hilang....

Satu lagi teknik untuk mendapatkan roti canai yang panas ialah minta roti canai empat segi...Cakap ngan mamak tu nak roti canai mepat segi dan jangan di potong..Nak tak nak dia terpaksa tebar roti yang baru...sebab jarang mamak buat roti canai empat segi yang banyaknya berbentuk bulat...Maka kita akan dapat roti canai yang masih fresh dan panas..Kalau minta roti canai biasa selalunya dia akan ambil roti canai yang memang dah siap....agak sejuk sedikit....berbanding yang baru di masak...

Selain roti tampal aku juga suka roti pisang....Cuma kadang-kadang apabila order roti pisang..pisang pulak tak de....Kena tengok kat tempat mamak ni menebar roti...kalau ada pisang tergantung maknanya ada le roti pisang....Orang romah aku pulak suka sangat ngan roti nan...Aku pun kadang-kadang layan jugek roti nan ni....Ada banyak pulak jenis roti nan ni...Ada roti nan galic...nan kashmiri...nan kosong dan macam-macam nan lagi....

Tosei pun aku layan juge....Cuma kalau terkena yang terlampau masam tu tak lalu jugek.....Satu lagi tosei rawa...yang ni memang aku tak lalu nak makan..... semacam je rasanya....Martabak pulak setakat ni aku belum jumpa lagi kedai mamak yang jual martabak yang sedap sesedap martabak restoran mamak zaman aku kucil-kecil dahulu...

Bab kuah pulak...kuah pilihan aku ialah kual parpu alias Dhal....Akhir-akhir ni pulak aku suka kuah kari ikan...macam sedap je makan ngan roti canai....Tapi sehandal-handal mamak buat roti canai sebanarnya handal lagi orang melayu buat roti canai yang sedap rasanya...

Ditempat aku dulu ada seorang melayu yang buat roti canai yang sangat sedap....tapi kejap bukak kejap tutup kedainya...Sekarang ni ada sorang lagi yang handal buat roti canai..memang lembut rotinya...kuahnya pun sedap...jauh le rasanya dengan Roti canai mamak......

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-40377354020812931862013-05-30T08:21:00.000-07:002013-05-30T08:21:59.369-07:00Ultarman Tiga....

Tengah syok mengajor kelas hujung ni....tiba-tiba seorang pelajar asli bersuara..."Cikgu nak tinguk Ultraman?". Dalam hati aku apa hal pulak tiba-tiba je budak ni tanya aku tentang Ultraman....Melihatkan aku meneruskan PnP dia bertanya lagi "Cikgu nak tinguk ke Ultraman?"....Apasal pulak budak ni beria-ria sangat tentang Ultraman.....

Teingat aku 2 tahun lepas di kelas hujung jugek...apabila isu betik hangat diperkatakan...Apabila aku sebut perkataan betik je budak-budak dah ketawa....Kebetulan Petikan Rumusan tu banyak perkataan betik di dalamnya...Aku dah naik confuse apa benda le yang budak-budak ni suka sangat....

Setelah jenuh mencari jawapannya...Tiba-tiba sorang pelajar bersuara "Cikgu Betik tu kepala bapak Israq"..."Kepala ayah dia macam Betik Ckigu".....Oh begitu kesahnya...patut le satu kelas ketawa setiap kali aku menyebut perkataan betik....he he alahai betik...

Berbalik kepada citer tentang Ultraman tadi....budak tu bersuara lagi "Kat kelas kite je Ultramannya Cikgu"..tambah budak asli tu lagi...aku bertambah confuse.... "Ultraman Tiga Cikgu"...tambah pelajar asli yang lain. Dah Ultraman tiga pulak..kata hati aku.... Dengan selambanya budak asli tu nyanyi lagu Ultraman tiga.....

Setelah lama aku memikirkan aku pun bertanya... "Mana Ultrman tiganya?"....Dengan pantas mereka menunujukkan seorang budak asli yang mereka panggil Ultraman tiga....Aku bertanya lagi "Mengapa panggil dia Ultraman tiga?" . Jawab pelajar asli yang mula-mula bertanya tadi "Cuba Cikgu tinguk kepala dia...macam kepala Ultraman Cikgu"....Setelah aku amat-amati memang betul bentuk kepalanya sama dengan kepala Ultraman.....

Senang le nak bunuh raksaksa lepas ni..tak payah pergi Jepun...kat kelas aku pun ada Ultraman tiga...Peace Yo.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-41803163190905236472013-05-29T10:57:00.001-07:002013-05-29T10:57:13.725-07:00Ayoyo...aiseh man...bus station....

Dari rumah aku memang selalu kedengaran orang berceramah dari masjid yang terletak di atas bukit (kalau dikira jarak agak jauh juga dari rumah aku)...kadang-kadang clear dan kadang-kadang sayup-sayup bunyi nya...Kadang-kadang ceramah politik sama ada BN dan Pakatan Rakyat juga amat clear bunyinya....Kadang-kadang aku duduk berhampiran tingkap untuk mendengar ceramah yang disampaikan....

Rumah aku terletak ditingkat tiga kuarters kerajaan yang mempunyai lima tingkat....Pelbagai bunyi di bahagian bawah rumah dan bahagian atas rumah dapat aku dengari...macam biasa ada yang kuat dan ada yang sayup-sayup dan ada juga bunyi yang misteri dan menyeramkan....Kadang-kadang apabila aku turun ke tempat parking di bahagian bawah pun aku masih boleh mendengar ceramah dari masjid di atas bukit....

Tadi semasa aku turun ke bahagian bawah untuk ke parking kereta dengan tujuan untuk ke kedai mamak...aku terdengar orang berceramah...Aku agak hairan jugek sebab semasa aku di tingkat atas tadi tak de pulak aku dengar ceramah dari masjid...selalunya kalau ada ceramah tentu aku dengar dari tingkap rumah aku.

Sebelum masuk ke kereta...aku berhenti dan diam seketika untuk mendengar apa yang diceramahkan...Semakin lama semakin jelas bunyinya....Semakin lama semakin kuat pulak bunyinya ....tapi apa menghairankan aku mengapa aku tak paham bahasa yang dituturkan....Aku terus mendengan dengan lebih tajam lagi....aik apa pasal ceramah kat masjid dalam bahasa India....Aku agak kehairanan...

Apabila aku amat-amati suara itu sebenarnya suara jiran aku yang di tinggal di tingkat satu yang berbangsa India sedang bercakap menggunakan telefon bimbit di tepi tingkap...Punya la kuat...Tambahan pula apabila suara itu dilantunkan semula oleh diding di blok yang berhampiran...memang kuat echonya....dah macam ceramah le pulak...he he tersenyum aku sendirian....Teringat aku masa mendengar khutbah di masjid India...Satu benda pun aku tak faham.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-26976383178052912782013-05-29T10:39:00.000-07:002013-05-29T10:39:09.005-07:00Kena tanya Bro...kalau tidak.....Lebuh

Macam biasa seleas selesai setiap kali menjamu selera di kedai mamak...kita pasti akan memanggil mamak untuk mengira apa yang kita makan. Berdasarkan pengalaman aku duit jangan sesekali dikeluarkan..Contohnya anggaran harga kita makan tak sampe 10 ringgit (terutamanya kalau makan bersama rakan lain)...Kalau kita pegang duit sepuluh ringgit maka mamak tu akan mengira makanan yang kita makan ngam-ngam sepuluh ringgit.

Dah aku cuba beberapa kali dengan menu yang berbeza tetapi harganya tetap RM 10.00. Dan beberapa kali juga aku cuba mengusik mamak tu sebelum dia kira dengan mengatakan harga makanan tertentu aku akan terlebih dahulu menyebut harga makanan tersebut sepuluh ringgit. Apabila banyak kali aku usik maka harga makanan menjadi RM 9.50 atau RM 10.50.

Sedangkan makanan yang sama sebelum ni ngam-ngam RM 10.00. Jadi semasa mamak ni mengira simpan duit dalam poket. Lagi besar duit kita tunjuk lagi sedap le dia tekan harga. Apabila hendak mengambil makanan yang agak mahal seperti udang dan ketam...tanya harga dulu....biarlah nampak macam kita kedekut....kalau tak tanya harga memang kena tekan harga....Sebenarnya harga ditentukan oleh orang yang mencedok. Bukannya ada fix price. Ikut anggaran dalam kepala dia je...

Harga yang ada didinding tu hanya harga wayang. Banyak kali dah aku terkena..harga pada dinding lain...harga yang dikira lain...Apabila ditanya...katanya itu harga lama.. Jadi pastikan anda bertanya harga makanan yang anda ambil terutamanya ketam dan sotong...Kalau tidak memang kena sembelih le jawabnya.... Kadang-kadang bila ditanya balik harga tersebut...dan harga makanan yang disebut tak sama dengan harga yang kali pertama mereka sebut...dengan mudah bagi alasan tersilap...

Cer kalau tak suruh kira memang lebuh le jawabnya...Bukan satu kedai..rasanya hampir keseluruhan kedai mamak macam tu le sikapnya.....Tanya Bro....kadang-kadang banyak selisih harganya....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-67385840956070172742013-05-29T10:20:00.000-07:002013-05-29T10:20:35.198-07:00Apa yang penting ???? Kerjasama........

Agak lama jugek aku tak ke kedai mamak yang sebuah ni. Kedai masih tetap sama. Susun aturnya juga sama..yang berbeza ialah pekerjanya...Majoriti pekerjanya aku tak pernah tengok...pekerja lama hampir semuanya tak de kecuali beberapa orang dan yang jaga kaunter...Sempat juga aku bertanya kepada yang jaga kaunter ke mana pekerja-pekerja lama....Katanya balik kampung....Maksudnya balik India le tu...

Pekerja-pekerja baru ni memang nampak sangat tak tau apa...Cakap melayu memang tak tau. Mereka hanya boleh hantar order. Kalau tanya lebih sikit terpaksa le mereka panggil orang lama. Tapi satu hal yang aku suka semangat tolong-menolong dan kerjasama mereka. Nampak je pekerja baru dah panik dan tak boleh nak jawap soalan pelanggan..cepat-cepat deme tolong kawan deme yang baru datang dari India...

Yang best tu pekerja yang baru sampe ni ada yang masih pake kain pelikat. Cakap India laju le...bila kita tanya dalam bahasa melayu..mula le terkebil-kebil biji mata. Muka nampak sangat tak tau apa...Tetapi atas semangat kerjasama rakan sekerja yang lama semua masalah pelanggan dapat diselesaikan..

Aku kagum dengan semangat deme ni...Kalau orang kita mahu ke macam tu...mati kering le jawabnya....Mata pekerja lama ni cepat betui dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh rakan sekerja yang baru...Kadang-kadang belum dipangge lagi pekerja lama ni dah sampe ke meja pelanggan untuk membantu rakan sekerja yang baru...

Tapi pekerja baru ni pun tak lama lagi fasih le cakap melayu...sebab mereka ni cuba belajar memahami bahasa melayu...setidak-tidaknya menghafal menu-menu yang ada. Ramai yang aku perhatikan mereka yang baru datang dari india ni dalam masa tak sampe 3 bulan akan mula boleh berbahasa melayu walaupun tak berapa lancar....Memang best geng mamak ni...Sanggup tolong-menolong dan bekerjasama....Peace yo.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-75949104404587103382013-05-26T09:45:00.001-07:002013-05-26T09:45:25.894-07:00Budak Stomek

Stomek ialah satu istilah yang aku dah dengar sejak lama dahulu...tetapi aku masih tak paham apa itu stomek... Yang aku tahu stomek sering dikaitkan dengan aktiviti hidu gam. Pada peringkat awalnya aku menyangkakan yang stomek ni merupakan jenis gam yang digunakan untuk dihidu. Sangkaan aku silap .Ropanya Stomek ni ialah aktiviti menghidu gam dan itulah yang dinamakan sebagai stomek.

Masalah ketagihan gam sebenarnya agak serius di kalangan remaja. Semasa menghantar surat jemputan ke sebuah balai polis aku pernah melihat tiga orang pelajar yang baru ditangkap polis yang masih memegang plastik hisap gam di tangan. Manurut seorang penghisap tegar gam..gam di jual disebuah kedai repair basikal..harganya antar 4-5 ringgit setong.Mudah sangat nak dapat.

Setelah gam dihidu mereka akan merasa high...Yang aku tak tahan objek-objek yang dikhayalkan mengikut tempat dimana aktiviti stomek dilakukan. Kalau ditepi sungai objek yang mereka nampak selepas menghidu gam ialah kapal besar yang lalu betul-betul dihadapan mereka. Kadang-kadang ikan besar yang berjaya mereka tangkap.

Kadang-kadang ada juga aktiviti menarik bulan....Yang ni kau tak berapa paham macam mana la gayanya menarik bulan. Menurut penghidu gam tegar kadang-kadang mereka merasakan mereka duduk di atas bulan sambil memancing ikan. Dari atas bulan sabit mereka menghulurkan tali pancing hingga ke bawah dengan tujuan untuk memancing ikan.

Yang paling beat

kata penghidu gam tegar ni apabila mereka sedang high di tokong Cina...Macam-macam jenis hantu deme boleh nampak. Memang tinggi tahap khayalan deme ni....Rasa macam best pulak ekk.... Mungkin aktiviti stomek ni boleh digunakan didewan peperiksaan..kot-kot buleh dapat jawapan ..he he peace yo.....anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-13458964996283171912013-04-16T09:13:00.001-07:002013-04-16T09:13:20.051-07:00Tayar aku Kabooommmmm......

Sebelum aku menghantar anak aku pulang ke asrama dia memberi tahu yang dia hendak mengambil tiket train ETS untuk balik ke kampung pada minggu hadapan sempena cuti keputeraan sultan Perak. Alamak kata hati aku ngapa tak kabor awal-awal. Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.

Waktu dia patut sampe ke asrama pukul 6.00 petang . Kalau lewat kena denda. Hanya ada setengah jam untuk aku memecut ke asrama anak aku dari RTC Gopeng kerana sebelum itu aku dan anak-anak berhentti untuk membeli barang dan makan-makan. Untuk ke asrama memang sempat tapi kalau nak beli tiket train memang tak sempat. Tambahan pula pada masa yang sama tayar kereta aku pancit.

Setelah mengisi angin tayar di Stesen Petronas Simpang Pulai menghala utara aku memecut kereta terus menuju ke asarama anak aku. Tiba di asrama anak aku tayar aku hampir pancit. Aku memberitahu anak aku...aku akan membeli tiket train tersebut selepas membaiki tayar yang pancit dan aku akan hantar tiket tersebut ke pondok jaga asrama.

Selepas itu aku bergegas ke stesen minyak berhampiran utuk mengisi angin tayar. Kemudian aku bergerak semula untuk mencari kedai tayar yang masih dibuka. Hampa ...angin tayar aku keluar dengan cepat dan akhirnya tersadailah kereta aku di tengah-tengah pekan Ipoh...

Disebabkan hari tu hari Ahad dan waktu sudah melewati pukul enam petang memang tak de harapan le nampaknya aku nak repair tayar...Ikhitiar terakhir aku menahan teksi...Nasib baiklah teksi tersebut membantu aku...Hampir 3 jam lebih menyelesaikan urusan tayar....

Setelah selesai urusan tayar aku bergegas ke stesen keretapi untuk mengambil tiket train anak aku....Waktu tu dah hanpir pukul 10.30 malam...Ramai le pulak orang yang nak ambil tiket train. Terpaksa ambil nombor giliran le pulak... Ada tiga kaunter yang dibuka....Tiba nombor giliran aku... pun terus ke kaunter. Aku bagi tau pada jurujual tiket... aku nak tiket 18 haribulan dan waktunya atas pukul 5.00 petang.

Kata jurujual tersebut "Yang ada pukul 5.00 dan pukul 7.00" "Encik hendak yang mana pukul 5.00 ke pukul 7.00"...Tiba-tiba lelaki yang juga nak beli tiket di kaunter sebelah menjawab pukul 5.00 . Sedangkan jurujual tiket dikaunternya tak de tanya apa-apa pun. "Juruajual dikaunter aku bertanya sekali lagi kepada aku dengan lebih kuat. "Encik nak yang pukul 5.00 ke pukul 7.00"

Sekali lagi lelaki tersebut menjawab "Pukul 5.00". Aku dan jurujual tersenyum sendirian....Lain orang yang ditanya lain orang yang menjawab. Mungkin lelaki tersebut tak perasaan yang bertanya tu sebenarnya jurujual di kaunter aku....he he best jugak sekali-sekali berlaku macam ni....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-14276735677601813562013-04-16T08:21:00.001-07:002013-04-16T08:21:14.815-07:00Ada lagi aktiviti Melombong di tengah bandaraya Ipoh...

"Ayah Haikal nak beli sellotape, nak pake esok" Kata anak aku yang nombor 4 selepas aku dan anak-anak menjamu selera di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh. Waktu dah hampir pukul 11.00 malam....Dalam hati aku mana pulak nak aku cari sellotape pada pukul 11.00 malam di tengah-tengah pekan Ipoh....

Kedai yang buka lagi cuma 7 eleven. Kalau tak silap aku dekat-dekat area restoran nasi lemak ayam kampung ni ada kedai 7 E. Dari Restoran tersebut aku membelok ke kiri menuju ke kedai 7 E tersebut. Dari jauh aku dah nampak kedai 7 E. Tapi masalahnya kedai tersebut di seberang jalan. Tak berani pulak nak suruh anak aku melintas memandangkan kereta yang datang dari arah bertentangan banyak.

Aku mengambil keputusan untuk membuat U-Turn agar kereta aku betul-betul dapat parking depan kedai 7 E tersebut. Selepas memberi signal ke kanan untuk aku U-Turn,,aku menunggu agak lama disebabkan kereta yang datang dari arah bertentangan banyak....Selepas habis kereta aku ternampak pula sebuah motor...Nak kata laju tak laju ..lambat tak lambat...aku memang susah sikit nak mengagak jarak terutamanya pada waktu malam.

Kalau aku terus U-turn nanti..tiba-tiba motor tu laju maka eksiden pulak dia, Terkangkang jatuh motor kesian pulak..aku menunggu dengan penuh sabar...Lama benor rasanya aku nunggu motor tu untuk aku U-turn untuk kedai 7 E...Aku riasu kalau motor tu lambat takut nanti ada banyak pulak kereta yang akan datang lagi di belaknag motor tersebut...Lambat lagi le aku dapat U-Turn

Kome tau pase apa motor tu lambat....Ropanya penunggang motor tu sedang asyik dalam dunianya...Memang asyik maksyuk sedang mengorek hidung..hampeh betui....Cis patut le lambat...bukan main sedap dia melombong sambil menunggang motor di tengah-tengah malam di tengah-tengah pekan Ipoh..

Eeeee....Geramnya aku...disebabkan aktiviti perlombongan di tengah bandaraya Ipoh.... aku terpaksa menunggu lama untuk U-Turn.

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-76855234476645192312013-04-13T08:33:00.002-07:002013-04-13T08:33:33.922-07:00He He baca le sampai pecah perut..

Aku amat suka belajar sesuatu perkara yang baru terutamanya melibatkan bahasa. Setakat ini banyak perkataan yang aku pelajari daripada murid asli dan murid India..Murid Cina hanya ada seorang di sekolah aku..Itupun dia merupakan pelajar OKU yang belajar di kelas pendidikan khas...Tak dapat le aku belajar dari dia....Nak nyebut perkataan pun nampaknya susah...kerjanya melambai tangannya je sambil tersnyum.

Banyak juga perkataan yang aku belajar daripada murid asli antaranya "Ma Igah?" iaitu maksudnya "apa khabar" dan jawapannya ialah ialah "Gah Bor" iaitu maksudnya "khabar baik". Mula-mula aku pun salah sebut jugak...Anak murid aku yang melayu pun kadang-kadang menyebutnya sebagai Gebor..Kan jauh maknanya tu...

Begitu juga perkataan India.... Murid aku menyebutnya dengan agak laju....Perkataan India ni memang kena sebut betul-betul kalau tidak memang terselah maknanya. Pernah aku menyebut satu perkataan..... tiba-tiba pelajar India tersebut diam dan ada juga yang ketawa kecil...Rupa-rupa sebutan aku itu salah....Sebutan aku membawa makna kemaluan wanita....Nah sejak hari tu aku amat berhati-hati menyebut...

Aku praktis dulu beberapa kali sebelum menyebutnya. Rupanya kesilapan seumpama ini bukan berlaku kepada aku sahaja. Masalah yang sama juga berlaku kepada Coach Sha penulis 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris. Hidup di Bandar Taiping menyebabkan beliau sentiasa berinteraksi dengan bangsa Cina... sudah pastilah kita biasa mendengar bebarapa perkataan yang diucapkan tetapi tidak tahu maknyanya....Dapat menuturkan perkataan-perkataan asas sudah dapat menyemai bibit-bibit mesra.

Pada suatu hari beliau terserempak dengan Nyonya yang dikenalinya...Dengan mesra dia bertanya "Ni Hao Ma?" yang bermaksud "Apa Khabar?". Nyonya tersbut menjawab dengan mesra "Hao" iaitu "baik" sambil memberi isyarat supaya datang lebih dekat kepadanya...Melihat nyonya tersebut makan nasi maka beliau bertanya lagi kepada nyonya tersebut "Sek Fen?".

Kali ni nyonya tu berkerut dahinya. Coach Sha mengulang semula soalannya "Sek Fen?". Kemudian Nyonya tu menjawab "Amoi Sek Fan bukan Sek fen"... Coach mengulang beberapa kali perkataan Sek Fan dan nyonya tersebut mengangguk...Sebelum beredar Coach Sha bertanya apakah maksud Sek Fen. Kata Nyonya tersebut Sek Fen maksudnya makan tahi....

Ha ha ha ...patut le berkerut dahi nyonya tu.... tiba-tiba orang tanya "Makan Tahi ke?". Sedap-sedap makan nasi orang tanya makan tahi ke...he he indahnyaa Malaysia....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-15758466210259202602013-04-11T09:04:00.001-07:002013-04-11T09:04:56.952-07:00Sambal Terbang Siuttttttt

Aku bukan sahaja menyelongkar gelagat kelas hujung yang ada di sekolah aku sahaja. Kadang-kadang aku mengutip juga pengalaman-pegalaman cikgu di kelas hujung yang mengajar di sekolah lain. Memang budak-budak kelas hujung perangai deme ni pada tahap super duper aktif. Kalau tak sabar memang dah lama jadi lauk budak-budak ni.

Tambahan pula kalau kelas tersebut gabungan satu malaysia....Memang pening cikgu yang masuk kat kelas tersebut. Tak kurang juga ramai Cikgu yang mengalami gangguan perasaan dan tahap stress pada tahap tinggi. Pengalaman aku suatu ketika dulu untuk mengendalikan pelajar Melayu, Asli dan India agak mudah sedikit berbanding pelajar Cina.

Masalah pelajar cina ni cakap melayu pun deme tak paham. Kadang-kadang Cikgu yang masuk kelas macam tunggul kayu dibuat deme. Inilah yang berlaku kepada seorang rakan guru di sekolah jiran. Kejadian ni berlaku sewaktu lepas rehat. Di sekolah antara makanan yang menjadi pilihan pelajar ialah nasi lemak bungkus yang dibeli diluar. Kadang-kadang memang ada murid-murid yang tukang supply yang menjual di sekolah.

Seoarang pelajar Cina berbadan besar memang suka makan nasi lemak. Namun beliau hanya makan nasi lemak sahaja. Sambal akan dibungkus semula setelah nasi tersebut habis. Entah macam mana bungkusan tersebut di bawanya masuk ke kelas. Masa tu rehat dah habis Cikgu pun dah masuk kelas, Deme ni bukan peduli ada cikgu ke idak. Ikut suka deme je...memang cikgu jadi tunggul.

Dengan selambanya bungkusan nasi lemak kosong yang dimakannya tadi dilemparnya ke arah kipas yang ligat berpusing. Cer kome bayangkan apa yang berlaku selepas itu. Maka bertaburlah sambal-sambul itu ke baju kawan-kawannya.... Dengan megah dia ketawa sedangkan Cikgu ada kat depan...Cikgu marah dia buat tak tau je macam tak de salah.....aku yang dengor cerita ni nak ketawa pun ada nak marah pun ada.

Namun begitulah ragam pelajar-pelajar kelas hujung.......

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-8158983213190061172013-04-10T07:48:00.001-07:002013-04-10T07:48:32.238-07:00Besar betul cicak ni

Melihat kanak-kanak bercakap amat menyeronokkan...Mengusik mereka juga amat menyeronokkan terutama apabila mereka membalas setiap usikan kita. Aku cukup suka mengusik anak seorang rakan yang dibawa ke sekolah setiap kali dia habis sesi sekolah TASKA nya. Responnya tu yang kadang-kadang amat mencuit hati.

Hati kanak-kanak ni masih putih mulus...tak de apa dosa...apa yang dikatakan mereka memang dari hati mereka..... Teringat semasa kecil anak-anak aku juga begitu...Setiap yang dikatakan mereka kadang-kadang melucukan dan kadang-kadang menusuk ke hati juge...

Namun kita tak buleh le ambik hati apabila mereka berkata-kata...anggaplah ia sebagai hiburan.... Kalau diambil serius setiap kata kanak-kanak maka kita pun samalah macam kanak-kanak tersebut. Berbual dengan kanak-kanak amat mendamaikan jiwa.....

Ada satu cerita yang pernah dinukilkan oleh seorang sahabat aku di alam cyber...Katanya anak sedaranya amat pelat...antaranya beliau selalu menukarkan huruf J kepada huruf T. Umpanya perkataan Jahat jadi Tahat.... Perkataan Pejam jadi Petam... Pada satu hari.....Jeng-jeng..... dia melihat seekor cicak memanjat dinding. Lalu dia berkata "Ayah Cicak Pan*at dinding"...

Tersentak ayahnya mendengarkan apa yang dikatakan oleh anaknya....Anda cuba bayangkan apabila huruf J pada perkataan Panjat ditukar kepada huruf T....Tak sanggup aku nak menyebeutnya...Pandai-pandailah anda mentafsirkannya.......

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-20418522103586795222013-04-09T09:23:00.001-07:002013-04-09T09:23:19.546-07:00Timbang, Bulan dan Mata

Aku memang suka bergurau......Dengan anak-anak murid dan juga dengan rakan sekerja....Ada sahaja perkara yang aku cuba guraukan demi mewujudkan suasana yang ceria....Bak kata pepatah Inggeris Laughter is Medicine..... Namun aku tak pasti sama ada ada pihak yang suka atau tak suka....Yang pastinya aku akan terus begitu sebab aku tak suka duduk salam suasana yang stress...

Aku tak berapa suka suasana di waktu luar waktu mengajar....terutamanya dengan bahang kehangatan pilihanraya PRU Ke-13....Kadang-kadang aku jadi menyampah apabila terlampaau banyak cerita-cerita politik....Itu sebab kadang-kadang apabila orang buka bab politik aku akan menghindarkan diri dan cuba menukar topik....Walaupun sebenarnya akau ada hujah nak mematahkan hujah yang diutarakan...

Sebab membicarakan hal politik akan menyebabkan suhu perbincangan menjadi sangat panas....Menyebabkan stress dan kadangkala boleh menyebabkan kemarahan..... Aku tak de berkira sangat sapa yang akan memegang tampuk pemerintahan asalkan mereka itu Orang Islam dan Orang Melayu.... Apabila aku tidak membicarakan soal politik aku rasa lapang kepala otak....Semua orang aku boleh kawan...tak kira parti timbang, parti bulan atau parti mata....

Aku benci betul dengan orang-orang yang taksub politik.....semua info politik bagi aku susah aku nak percaya.Aku lebih percaya apa yang ternampak depan mata atau apa yang sudah dilakukan...Tak kira sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang.....Ambik le jalan tengah...duduk diam-diam...hari mengundi ikut la kata hati........ Beberapa hari lepas tempat aku didatangi Treler Negara berkebajikan...Disebabkan speakernya kuat sampai ke romah aku boleh dengar apa yang dihujahkan...

Corak penyampaian masih sama seperti politik 80-an dan 90-an...Zaman itu memang aku selalu mengikuti ceramah parti-parti politik terutamanya ceramah Hj. Hadi dan Mat Sabu....Semuanya aku percaya dan telan bulat-bulat....Begitu juga dipihak parti pemerintah....coraknya masih sama juga......Tiada perubahan.....Sikap Wakil Rakyat masih sama macam dulu...Tiada anjakan Paradigma...... Jadi aku mengambil jalan tengah diam.... Keadaan ini menyebabkan aku boleh kawan dengan semua orang.....

Entah le....Adakalanya risau jugek tentang nasib kita selepas PRU-13...Namun serah semuanya kepada tuhan kerana hanya dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya....Peace Yo.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-86985409541233922102013-04-09T08:56:00.001-07:002013-04-09T08:56:12.142-07:00Big Or Small

Sehingga hari ini aku tidak ada masalah dengan pelajar....Mana-mana kelas yang aku masuk mereka dapat menerima cara aku mengajar...alhamdulillah dan syukur pada tuhan yang memberikan pelbagai idea kepada aku untuk menarik perhatian mereka terus mendengar apa yang aku ajar. Rahsia tersebut mungkin akan kongsikan satu hari nanti dalam bentuk sebuah buku.

Tadi aku masuk dan mengajar di kelas hujung...Seperti biasa di kelas hujung ni banyak penemuan-penemuan yang melucukan berlaku.... Seperti biasa aku akan memulakan kelas dengan menulis nota yang paling ringkas sesuai dengan tahap pemikiran mereka...Yang penting mereka dapat sedikit apa yang aku ajar.....

Seperti biasa juga teknik bacaan kuat dan ulangan aku gunakan untuk mengajar di kelas hujung ni....Suasananya akan jadi gamat apabila mereka cuba membaca kuat dan berulang-rulang.....Selesai aktiviti berkumpulan aku akan menjalankan sesi individu.... Di dalam aktiviti ni aku akan minta seoarng demi seorang mengulang dan menyebut sesuatu yang aku ajar sehingga betul.

Hari ini aku menyuruh mereka menyebut nama penasihat Jawatan kuasa Perpaduan Antara Kaum atau CLC iaitu Sir Malcolm Mc. Donald. Seorang demi seorang pelajar menyebut...apabila tiba giliran seorang pelajar ini tiba-tiba dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald.... Alamak lain macam bunyinya...Aku menyuruhnya menyebut sekali lagi.... Tetap dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald....Wa Parah ni....

Aku pun bertanya kepada pelajar tersebut apa itu MAGNUM.... Pelajar itu menjawab..."Tahu Cikgu....itu nombor cikgu...Saya punya bapak ada beli".... Belum sempat aku bertanya lebih lanjut seorang pelajar perempuan menyampuk dan memberi penenrangan kepada aku dengan bersungguh-sungguh "Cikgu ayah saya beli Magnum dan TOTO...Selalu dia menang Cikgu ...kadang-kadang RM 1,000 kadang-kadang sampai RM 3,000"Dalam hati aku...Parah ni.....

Seorang Pelajar yang duduk dibarisan belakang yang sedari tadi diam cuba mencelah "Ayah saya pun beli Cikgu......ada jugek kena..tapi dia beli Magnum je Cikgu....". Apabila aku tanya seorang demi seorang majoriti bapa mereka pernah membeli MAGNUM atau TOTO....Apa nak aku katakan lagi...

Tiba-tiba seorang pelajar lagi mencelah "Cikgu saya sendiri pun ada bili.....Itu Big ka Small?" dia tanya aku.... Mana le aku tahu.....

Melihat keadaan ini maka tak hairanlah budak-budak tak menjadi dalam pelajaran sebab sumber rezekinya........Tak nak la aku menyebutnya........

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-9156691682372904922013-04-08T10:03:00.000-07:002013-04-08T10:03:00.631-07:00Kalau makbul.....parahhhhh Bro....

Apa yang aku nak ceritakan ini aku jumpa isunya dalam salah satu buku yang aku peronah baca...Aku dah tak ingat tajuknya dan jenuh aku mencari semula buku itu tak jumpa-jumapa....Namun ada satiu cerita yang amat mencuit hati aku dan aku masih ingat dengan jelas ceritanya ...Kisahnya berlaku di hadapan Kaabah....Apabila berada dihadapan kaabah sudah tentu orang akan berdoa bersungguh-sungguh sehingga boleh menitiskan air mata....

Menurut penulis tersebut sebaik meghampiri Kaabah dia terdengar seseorang berdoa dengan kuat dalam Bahasa Arab sambil diaminkan oleh sekumpulan orang (mungkin mereka daripada kumpulan yang sama...Dengan doa yang mendayu..maka ramailah yang menitiskan air mata....

Tetapi yang tak bestnya apabila terdapat sedikit kesalahan sebutan yang membawa makna perubahan yang besar dalam doa tersebut... Sepatutnya doanya ialah Minazzulumati ilannur... Yang membawa maksud daripada kegelapan kepada cahaya...Tetapi doa yang dibaca berbunyi begini Minanazzulumati ialannar...yang membawa maksud daripada kegelapan kepada neraka....Kan jauh maknanya...

Menurut penulis dia terpaksa menegur pembaca doa tersebut...Dah lah di hadapan Kaabah...buatnya makbul doa tersebut tak ke haru.....Tu kadang-kadang elok le baca dengan bahasa sendiri kan senang...lebih feel terus sampai maksudnya.....anda bayangkan bagaimana doa tersebut merayu-marayu sambil menitiskan air mata semata-mata untuk ke Neraka....Tak ke lawak bunyinya...Dah le di hadapan Kaabah pulak tu.....he he ..... Tak boleh nak dibayangkan.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-13619150202999957892013-04-07T09:39:00.001-07:002013-04-07T09:39:09.452-07:00Maafkan aku Ibu......

Pagi itu aku bersiap-siap untuk ke Teluk Intan bagi menghadiri mesyuarat penandaan kertas Bahasa Melayu 2 SPM. Untuk tiba awal di Teluk Intan aku bangun lebih awal daripada biasa. Sedang aku bersiap-siap ibu aku bangun untuk ke tandas sambil mengheret-heret kakinya....Aku bertanya kepada mengapa....Dia menjawab tak de apa..... Masih jelas terbayang di ruang minda ini bagaimana payahnya beliau mengheret kakinya ke bilik air.....

Setelah bersiap dan berpakaian lengkap aku menuju ke kereta. aku hidupkan enjin kereta dan terus memecut laju ke Teluk Intan. Sambil memandu fikiran masih tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya kepada ibu aku...... Tak pernah dia mengheret kakinya seperti...Sebenarnya pada pagi itu aku tersepit antara hendak membawa ibu ke hospital atau ke tugas wajib dan tidak boleh di tolak iaitu mesyurat penandaan kertas....

Sedang aku menanda kertas tiba-tiba......Seorang PA di sekolah tempat aku menanda kertas mengetuk pintu dan memaklumkan kepada aku ada panggilan kecemasan... Aku dah mula tak sedap hati...Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat untuk menyambut telefon bermacam-macam perkara bermain di kepala. "Abang balik le emak........ " Terdengar suara isteri aku dihujung talian sambil teresak-esak menangis.....

Tanpa berlengah aku memecut laju balik ke rumah......Setibanya di rumah aku mengambil isteri dan anak-anak dan terus menuju ke hospital....Tiba di hospital Slim River aku dapati ibu terlantar di katil wad emergency dalam keadaan tak sedarkan diri..... Aku betul-betul menyesal mengapa la pagi tadi aku tak terus bawak ibu aku ke hospital. Menurut Doktor yang merawat ibu aku kalau ibu aku dibawa lebih awal ke hospital stroke ibu aku mungkin dapat dicegah......

Akhirnya beliau disahkan mengalami Stroke yang menyebabkan beliau tidak boleh bercakap, tidak boleh berjalan dan lumpuh sebelah kiri badan...... Ibarat halilintar membelah dada...aku termenung lama....Mengapa? mengapa ? dan mengapa aku tak bawa ibu aku ke hospital pagi tadi...Aku dah nampak keadaanya mengheret-heret kaki untuk ke bilik air.....Bodohnya aku....Aku betul-betul menyesal........

Sekiranya aku mengeluarkan air mata darah pun tak berguna lagi.....Aku dah tak dapat tengok ibu berjalan seperti biasa...aku dah dapat tengok ibu ketawa seperti biasa.....aku dah kehilangan sebahagian keupayaan fizikal emak........Dan yang lebih memilukan aku dah tak dapat bercakap dengan emak aku.....Hilang tempat aku meluahkan perasaan apabila aku ada masalah....Hilang juga tempat aku mencurahkan kasih-sayang aku......Segala-galanya hilang....

Pagi itu adalah pagi terakhir aku melihat ibu aku berjalan dalam dunia ini....Pagi itu juga kali terakhir aku bercakap dengan ibu aku....dan pagi itu juga aku melihat dengan penuh sayu ibu mengheretkan kakinya untuk ke bilik air...... Mengapa la aku tak bawa ibu aku ke Hospital....Sehingga hari ini pertanyaan itu terus menerpa dalam minda setiap kali aku terkenangkan arwah ibu.....

Setiap kali mengenangkan peritiwa itu aku dapat membayangkan dengan jelas Ibu mengheretkan kakinya ke bilik air.......Setiap kali itu juga berjurai-jurai air mata aku berguguran.......Setiap titisan adalah menifestasi betapa menyesalnya aku kerana tidak memahami penderitaan ibu yang mungkin dalam hatinya mengharapkan aku membawanya ke hospital....Mangapa aku tak paham atau tak cuba memahaminya......Entah lah.....Maafkan aku ibu.....Ibuuuuuuuuuuu.........

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-17463808674838502052013-04-07T09:03:00.000-07:002013-04-07T09:03:05.928-07:00Woiiii aku takut....

Masa aku kecik-kecik dahulu aku cukup takut dengan orang yang memakai ski mask seperti gambar di atas. Ketakutan yang amat sangat sehingga ke tahap aku akan memekik dan menangis setiap kali bertembung dengan orang yang memakai Ski Mask. Aku tak tau mengapa aku berasa sangat takut dengan orang yang memakai ski mask.

Pada zaman itu orang yang memakai ski mask ialah mereka yang menaiki motor. Aku pun tak tau apa sebabnya....Apabila mereka menanggalkan topi keledar maka akan teserlah ski mask yang mereka pakai...Yang aku paling takut apabila pemakai ski mask hanya nampak mata. Aku selalu membayangkan mereka yang memakai ski mask adalah sejahat-jahat manusia.

Pernah sekali semasa aku nak menaiki Bas dari stesen bas Express Medan kidd Ipoh tiba-tiba aku ternampak seorang yang memakai ski mask berwarna hitam menuju ke arah kaunter tiket bas Express.. Kebetulan aku berada disitu...Apalagi aku menjerit sambil menangis sekuat-kuatnya....Melihat keadaan itu arwah emak aku memeluk aku sekuat-kuatnya.....

Emak aku juga mengetahui yang aku amat takutkan orang yang memakai ski mask.....Kadang-kadang apabila melihat orang memakai ski mask naik motor atau melihat orang tersebut dari jarak jauh...muka aku bertukar pucat sepucat-pucatnya..... Hari ini ski mask amat popular dikalangan pemotong rumput.......Kebanyakan pemotong rumpit akan memakai ski mask.....Eiiii takutnya aku....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-1526914481182194732013-04-06T10:42:00.001-07:002013-04-06T10:42:27.743-07:00Mat Rock dan Panggung Cathay

Sedang menanti di bahagian hadapan Panggung Cathay di Ipoh tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang Mat Rock dari jauh....Fizikalnya tidaklah berapa tinggi.....Dari jauh dia tersenyum dan melambai tangan kepada rakannya yang berada berhampiran kaunter tiket panggung Cathay... Aku masih ingat lagi dia memakai seluar ketat jalur putih merah dengan rambut yang mengerbang panjang....

Sekitar 1987 merupakan zaman Rock yang sangat happening....Mereka yang memakai seluar ketat dan berambut panjang adalah fenomenan biasa. Aku yang masih bersekolah tak dapatlah berambut panjang dan memakai seluar ketat. Namun jiwa tetap rock. Disebabkan aku tinggal di asrama maka setiap kali nak berouting hujung minggu terpaksalah memakai baju sekolah. Memang leceh bro...

Selepas Nasir Jani meletup dengan filem Kembara Seniman Jalanan beliau telah menghasilkan sebuah filem lagi yang bertajuk Rozana Cinta 87. Antara faktor yang menarik orang ke panggung menonton filem tersebut ialah kerana imej rock nasir jani dan juga dalam filem tersebut terdapat satu scene Kumpulan Lefthanded mendendangkan lagu Keadilan.... Tiba je di scene ni mat rock mula menjerit. Memang terasa Aura Lefthanded....Best Bro...Wa cakap lu...

Walaupun filem tu filem Cinta tetapi tetap menarik ramai Mat-mat rock menontonnya..... aku juga tak ketinggalan untuk menonton filem tersebut..... Berbalik kepada cerita aku tentang Mat Rock yang memakai seluar jalur merah putih tadi....Sebenarnya dia juga datang ke panggung kerana ingin menonton filem tersebut bersama rakannya Mus May..... Mat Rock yang aku maksudkan ialah vokalis kumpulan Bloodshed iaitu Rosdan Baharom.

Sewaktu aku sampai di panggung Cathay aku dah nampak Mus May....tak berapa lama selepas itu aku nampak pula kelibat Rosdan Bloodshed...Mat-mat Rock yang lain memang dah ramai di hadapan panggung Cathay.. sempat memerhatikan gelagat mat rock yang menggunakan bahasa lu dan gua.... Macam-macam bentuk accessories yang mereka pakai...... Rock Tetap di Hati.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-32236292421918154502013-04-06T10:10:00.001-07:002013-04-06T10:11:14.584-07:00Pretty Women 1

Teringat aku zaman cinta sekolah........Segala-galanya indah dan manis....Semua yang dilakukan hanyalah satu matlamat untuk menarik perhatian si Dia....Aku memang tak pernah merasa perasaan itu sebelum ini....Suka kat seseorang memang ada...tetapi dalam diam je la....Tapi kali ini entah mengapa hatiku bergetaran.... Walaupun sebenarnya kadang-kadang aku rasa macam aku syok sorang-sorang je...Perasan tersebut sukar aku nak mengambarkannya....

Surat adalah medium penghubung antara kami berdua....dapat surat macam dapat emas...bahagia.... perasan rindu terubat seketika....Sehari tak melihatnya rasa tidak keruan..... Masa tu tak tengok orang lain dah...Dia la buah hati pengarang jantung... Dialah segala-galanya dan segala-galanya adalah dia... Setiap kali cuti sekolah adalah masa penderitaan....

Berat betul derita kerinduan hati dan perasaan...Nak telefon takut..tak berani.....Namun setiap kali sekolah dibuka semula perasaan untuk masuk kelas membuak-buak ibarat letusan gunung berapi St. Halen. Memandang kelibatnya sahaja sudah menggetarkan hati dan perasaan......Apabila menatap wajahnya hilang segala kerinduan seketika.....Habis waktu sekolah kerinduan bertamu semula....

Suatu hari....terdengar Cinta telah beralih arah.....Cinta hati ada dating ngan orang lain....Ibarat halir lintar membelah bumi...ibarat kaca terhempas ke batu.....Rasa diri ini kerdil sekerdil-kerdilnya....ibarat terperosok ke lembah asing yang amat sunyi.... Hanya air mata mata yang tidak menitis.....Memang betul-betul terjadi makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah....Apa salah aku ?.... Atau hina sangatkah aku ini? atau rendah sangatkah martabat aku ini? atau tak layakkah aku ini?.... Semua pertanyaan menerpa satu demi satu dalam kotak fikiran....

Oh tuhan apa hikmah si sebalik kejadian yang berlaku......... Selama hampir seminggu perasaan sedih ini menyelubungi diri.....Pada hari minggu aku membawa hati yang lara ini menonton wayang. Ceritanya Pretty Women lakonan Richard Gere dan Julia Robert.....Cerita tersebut sedikit sebanyak mereleasekan perasaan hampa yang bersarang dalam jiwa....Selesai cerita tersebut aku hayunkan kaki ke arah yang aku sendiri tak pasti ke mana arah tujuannya....... Sambung lagi...

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-83553803016135442052013-04-06T09:47:00.001-07:002013-04-06T09:47:34.508-07:00SEPATAH HARAM

Pada tahun ini sekolah aku mendapat seorang Mat Saleh dari US menjadi penolong guru bagi subjek Bahasa Inggeris. Program ini adalah sebahagian daripada program yang diumumkan oleh Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.

Sekolah aku terpilih dalam progran tersebut. Seorang anak muda berkelulusan undang-undang ditempatkan di sekolah aku. Tapi agak unik Mat Saleh ni fizikalnya tak berapa tinggi. Rendah je orangnya.... Tugasnya bukan mengajar tetapi hanya membantu guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Hanya sebahagian guru yang dapat bertutur bahasa Inggeris yang dapat bersembang dengannya.

Namun terdapat juga sebilangan besar yang tidak pernah bersembang denganya kerana kurang mahir berbahasa Inggeris. Ada seorang Cikgu ni cukup takut nak bersembang.....dan katanya dia hanya tahu perkataan-perkatan asas yes...no.. dan Allright.....Dalam benak fikiran aku ada lagi Cikgu yang macam ni....Dari riak wajah Cikgu tersebut dia memang benar-benar ketakutan bukannya ketakutan yang dibuat-buat....

Aku sempat juga bersembang dengan Mat Selah ni... Katanya dia berasal dari Kentucky....Apabila dia menyebut Kentucky Teringat aku tentang Kentucky Fried Chicken....Kata Mat Saleh ni Restoran KFC yang pertama terdapat di sebuah tempat yang bernama Coben...Disitulah asalnya KFC. Sehingga sekarang restoran tersebut masih beroperasi.. Dan antara event penting di Kentucky ialah Kentucky Derby iaitu perlumbaan kuda yang diadakan pada setiap tahun di situ...Ini antara produk pelancongan utama Kentucky.....

Apabila mengenangkan Cikgu yang takut sangat nak bercakap Bahasa Inggeris maka tiba-tiba aku terkenangkan akan cerita bapa mertua aku semasa berkhidmt dalam askar... Tuannya di dalam askar menggelar sesiapa yang tak tau cakap Inggeris dipanggil SEPATAH HARAM. Apabila ada event yang melibatkan penggunaan Bahasa inggeris tuannya akan mengeluarkan arahan "SEPATAH HARAM duduk diam-diam....."

Alahai SEPATAH HARAM.......

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-49177091885789141302013-04-05T11:00:00.001-07:002013-04-05T11:00:52.816-07:00Monolog Celaru

Adakala rindu datang bertamu....Rasa rindu itu semakin kuat menerjah perasaan..... Memang itulah perasaanya....Aku amat pasti....Akhir-akhir ini perasaan itu semakin kuat....Semakin di fikirkan semakin kuat perasaan rindu itu... Tak terdaya rasanya nak menepis perasaan itu...Semakin dalam difikirkan semakin dekat rasanya dengan rindu itu....

Lautan kasih dan zat cinta mula meresap ke urat nadi.....Mengakari sehingga mencengkam kuat umpama akar tunjang yang menghujam jauh ke dasar bumi....semakin hari semakin kuat...semakin hari semakin kuat....Bukan rasa yang dibuat-buat ...tetapi rasa-rasa yang memang aku rasa setiap hari...Namun adakah aku menemui cahaya dihujung terowong.....

Berat rasanya beban yang aku galas......Sesekali perasaan itu hanyut jauh ke laut lepas....Namun perasaan itu datang kembali dengan lebih kuat......Tak tau aku apa petandanya...Adakah musibah atau nikmat....Kalau ia musibah minta dijauhkan...Tetapi kalau ia nikmat Kau teruskanlah... Aku Redho dengan ketentuan itu.....

Aku amat pasti yang aku amat sayang dengan rasa rindu itu.....setiap detik aku menantikan....Rasa rindu yang amat menghibur dan mendamaikan hati.......Umpama kolam-kolam kering yang merindui kehadiran air memenuhi sehingga ke dasarnya....Kadang-kadang rasa rindu itu menerobos jauh ke dasar hati yang terdalam....Kadang-kadang timbul dipermukaan....Namun janganlah di padam rasa rindu itu.....

Kerinduan....rindu....merindu.....semuanya menyatu dalam kesatuan. Kesatuan yang amat pejal sepejal bongkah-bongkah batu di pergunungan.....Namun kadang-kadang rasa rindu itu pergi jauh meninggalkan aku...... Namun kadang-kadang ia kembali dekat sedekat Nyawa dan Badan. Yang saling memerlukan antara satu sama lain...Saling melengkapi antara keduanya....Berilah aku rasa rindu yang kekal abadi......Abadi dalam kesatuan dua jiwa.......

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-38219276720053245572013-04-05T10:36:00.000-07:002013-04-05T10:36:14.140-07:00Akan aku teruskan......

Aku masih memilih penggunaan Blog bagi menyimpan semua pandangan, perasaaan dan rasa-rasa yang aku rasa berbanding Facebook...Mungkin satu hari nanti Blog ini lah yang menjadi kenangan untuk anak-anak aku mungkin juga rakan-rakan atau mereka yang mengenali aku...Apa yang aku nukilkan kebanyakan adalah sesuatu yang aku lihat disekeliling aku...ada juga ideanya tercetus semasa aku membaca buku-buku yang aku beli....

Bagi aku Blog aku ini adalah khazanah yang sangat berharga...harta yang tak ternilai.....Aku amat menyayanginya.....Walaupun aku bukanlah Blogger ternama namun aku tetap berasa puas apabila mendapat respon yang positif daripada pembaca-pambaca setia.....Disitulah kepuasannya menghasilkan artikle-artikle di dalam blog ini.... Sesiapa nak menggunakan bahan dalam blog aku gunakanlah.....Mungkin ini antara sumbangan amal jariah secara maya.....

Aku juga amat berhati-hati degan penulisan....Walaupun pada peringkat awal aku menulis...banyak perkara yag aku abaikan...Namun semakin lama aku menulis maka aku semakin matang dan bertanggugjawab dalam menghasilkan artikle. Antara perkara yang aku titik beratkan semasa menulis ialah memastikan bahan yang aku tulis adalah cerita sebenar...bukan rekaan dan imaginasi aku.....

Yang kedua setiap kali aku menulis semuanya daripada hati...Aku sangat percaya apa yang datang dari hati akan sampai ke hati orang lain.....Kadangkala aku tersenyum sorang-sorang ...ketawa...terkedu....terkesima dalam menghasilkan sesuatu artikle...Tak kurang juga kadang-kadang aku menitiskan air mata semasa mengetuk papan kekunci komputer aku.....Feedback yang aku terima ketika menghasilkan artikle yang menyentuh perasaan amat mengharukan...Apabila ada yang tersentuh dengan bahan yang aku tulis.....

Apabila menghasilkan artikle tentang anak-anak murid di sekolah aku atau kehidupan aku di asrama satu ketika dahulu atau menghasilkan cerita-cerita mencuit jiwa tentang anak-anak aku....ramai juga yang memberi feedback cerita yang aku paparkan bisa menggeletek hati mereka......Pada zaman aku begitu aktif menghasilkan artikle ada yang sentiasa menanti-nantikan cerita yaang aku tulis......Tak kurang juga penggemar senyap....aku hanya tahu mereka membaca blog aku apabila kadang-kadang mereka memberi komen tentang blog aku apabila berjumpa dengan aku.....

Aku bersyukur kerana masih dikurniakan pencerahan idea yang tidak putus-putus... Ada lagi sebenarnya sisi-sisi cerita kehidupan yang aku belum nukilkan.....Antaranya kisah aku sebagai seorang anak Peneroka.....Kisah aku dan rakan-rakan yang aku rasa mereka ini amat istimewa daripada segi penampilan dan bakat istimewa yang mereka miliki....Dan banyak lagi kisah-kisah lucu dan kisah-kisah yang menyentuh jiwa yang belum sempat aku nukilkan.....Insyallah aku akan teruskan perjuangan di Blog ini.......

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-15683704042249530792013-04-03T09:48:00.000-07:002013-04-03T09:48:06.217-07:002 Perasaan

Apabila diumumkan Parlimen Bubar tiba-tiba rasa sayu dalam hati....Entah ngape jauh rasanya hati ini... Namun sebilangan rakan-rakan berasa seronok kerana saat-saat yang dinantikan sejak sekian lama akhirnya menjelma. Perasaan aku bercampur baur. Namun aku tak mahu menukilkan apa yang aku fikirkan di sini kerana tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa pun. Biarlah aku simpan sahaja perasaan itu. Mungkin satu masa yang sesuai akan aku ceritakan....

Hari ini saat yang sangat mengembirakan bagi aku. Hampir 2 minggu aku bertungkus lumus menyiapkan budak-budak aku untuk persembahan Dikir Barat di sekolah aku. Esok merupakan moment of truthnya....Sepanjang dua minggu latihan aku le tukang gendang dan aku juga tukang nyanyinya.....Hari ni Sifu Gendang dari sekolah jiran datang membantu....Wow...memang tahap permainan tahap Maha sifu....

Jarang aku jumpa orang yang boleh main gendang macam ni....Apa pun aku berasa terima kasih sangat dia sanggup bantu aku.....Esok dia yang akan mengiringi persembahan budak-budak aku. Tentang tukang lagunya juga telah selesai masalahnya apabila anak murid aku yang memang terkenal suaranya yang sedap sanggup menjadi Tok Jogho. Memang sedap dia mengalunkan lagu tersebut.... Budak-budak yang menepuk pun semakin mantop tepukannya......

Aku?????.....aku akan mendendangkan Wau Bulan sebagai lagu penutup.....Terpaksa le bukak YOU TUBE untuk mencari bunga-bunga lagu wau bulan...Cari punya cari jumpe le video klip Seman Wau Bulan.....Dapat le aku belajor sikit bunga-bunga lagu Wau Bulan....Lama sangat dah tak Dikir lagu Wau bulan ni...Harapa esok SUCCES.....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-43050736917430541682013-04-01T10:36:00.002-07:002013-04-01T10:36:44.569-07:00Tolonglah...aku merayu ni......

Kadang-kadang aku jadi serba salah. Kadang-kadang aku jadi tak faham dan kadang-kadang aku rasa nak menyatakan apa yang terkandung dalam kepala aku ni. Tapi kalau aku luahkan dah tentu keadaan akan jadi lebih teruk. Berdiam diri pun salah, cakap pun salah dan cuba menenangkan diri pun kadang-kadang menjadi kesalahan besar. Pendek kata semuanya serba salah.

Aku memang tak suka berkonfrontasi...aku lebih suka mendiamkan diri...Sebab aku nak jaga hati dan minda daripada stress. Menurut sifu aku 75% penyakit berpunca daripada stress. Itu sebab Nabi kita tak suka marah-marah.....Beberapa cara diajarnya kita untuk mengelakkan emosi kita daripada terganngu.

Antaranya beredar daripada mereka yang sedang marah atau mengambil air sembahyang. Hikmat di sebalik mengelak kemarahan rupanya ialah untuk mengelakkan diri daripada terkena pelbagai penyakit. Hari ini dalam kajian moden Stress memang merupakan salah satu sebab penyakit bersarang dalam badan.

Dalam menjaga emosi yang stabil selain mengelakkan kemarahan kita juga di sarankan supaya tidak merungut, tidak menyalahkan orang lain, tidak mengumpat dan melihat sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang kita juga selalu risaukan perkara yang belum berlaku. Yang lebih teruk perkara yang belum berlaku pun kita boleh merungut-rungut. Aku memang tak paham,,kenapa perkara macam ini berlaku.

Kadang-kadang satu hal lagi yang aku tak paham. Sesuatu perkara yang berlaku penyelesainnya amat mudah dan tak perlu bising-bising pun. Tetapi kekadang atas perkara yang kecil-kecil pun ada yang merungut dan luahan rasa perasaan tak puas hatinya sampai setengah jam lamanya perkara tersebut dibebelkan.

Berdasarkan apa yang sifu aku pernah ajar dalam hukum Tarikan...lagi banyak benda negatif dan tak elok keluar dari mulut...maka lagi banyak benda negatif yang kita tarik dalam dunia dalaman kita...Efectnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Lagi banyak tak puas hati dengan orang lain maka lagi banyak benda tak elok yang ditarik masuk dalam kehidupan kita. Lagi banyak merungut lagi banyak masalah yang menimpa dalam hidup

Oleh itu berubahlah....Change Your life...Seronoknya melihat mereka yang tenang dalam hidupnya..Sepanjang hidup Nabi...baginda hanya jatuh sakit sebanyak dua kali.....Cuba hitung sehingga ke hari ini berapa kali kita sakit. Dan hitung lagi berapa banyak kita marah, berapa banyak kita merungut, berapa banyak kita tak puas hati dengan keadaan yang berlaku dan berapa banyak hidup kita ini bermanfaat untuk orang lain...

Agaknya ini lah kunci hidup rahsia panjang umur penduduk Okinawa Jepun. Walaupun mereka ini bukan orang Islam tetapi cara amalan hidup mereka adalah nilai-nilai yang dianjurkan dalam agama Islam. Tolonglah kita memanam azam untuk mengurangkan rasa marah, merungut, menyalahkan orang lain dan memikirkan secara negatif perkara-perkara yang belum berlaku. Aku harap sangat orang yang hampir dengan aku fahamilah perkara ini....Berubahlah Insyallah akan ada perubahan besar dalam hidup bagii menghadapi hari-hari mendatang.

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-87579267277296305202013-03-30T22:03:00.002-07:002013-03-30T22:03:50.548-07:00Rock OO Super Kinta Vs Komplek Yik Fong

Rock oo merupakan filem yang dah lama aku tunggu kemunculannya. Dalam perbualan aku dengan Mamat Khalid 3 tahun dulu di alam cyber..katanya dia memang nak hasilkan kesinambungan Filem rock yang pertama. Namun mungkin disebabkan kesukaran mendapatkan Que Haidar sebagai pelakon utama kerana beliau telah mengumumkan persaraannya daripada dunia Lakonan merencatkan perkembangan filem tersebut.

Tanpa Que Haidar maka filem Rock OO akan hilang sengatnya. Kerana Watak Amy Mat Piah yang dibawanya merupakan ikon yang akan melekat dalam minda peminat filem Rock yang pertama. Tanpa kelibat Que Haidar dalam Filem Rock OO sudah pasti peminat akan terasa kekurangannya filem tersebut. Semoga ada kesinambungan Filem Rock yang ketiga.

Ada banyak elemen mencuit hati dalam Rock OO ni...Paling aku suka gaya nyanyian dan goyangan badan pelakon tambahan yang menyanyikan lagu Malik Ridzuan secara miming yang bertajuk Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur ketika Rimba Bara dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Rasa nak berguling aku gelak.....

Satu lagi situasi yang menjadi trigger point untuk aku menonton filem ni berkali-kali ialah watak Pyan Habib yang berniaga kedai runcit. Lama tak tengok Pyan Habib di layar Perak. Walaupun ropanya berbeza sama sekali disebabkan faktor usia semasa beliau berlakon dalam Kembara Seniman Jalanan sebagai Osman Tikus namun caranya bercakap tetap sama. Ini yang uniknya..terutamanya dengan selambanya dia sound Amy Mat Piah "Balik pakai seluar, kasi Rock sikit".

Filem Mamat Khalid semuanya boleh jadi Evergreen...Tengok banyak kali pun tak jemu. Cerita Man Laksa tu dah berapa kali aku tengok tetap best dan tetap akan ketawa terbahak-bahak. Lagu-lagu yang ditampilkan dalam filem Rock OO juga cukup menangkap jiwa....terkenang-kenang Zaman kegemilangan Rock. Super Kinta banyak digunakana sebagai latar tempat Filem Rock OO. Memamg pada kegemilangan Zaman Rock Super Kinta merupakan port Rockers-rockers untuk berkumpul dan jamming.

Walaupun SYJ Studio terletak di Pasar Bulat tetapi Rockers tetap ke sana untuk Jamming kerana studio SYJ antara yang tercanggih pada ketika itu. Di Super kinta lah aku mengenali Abu May....Kumpulan TEJA dan ramai lagi.... Rockers-rockers Manjoi antara yang paling ramai melepak di sini. Macam-macam gaya pakaian yang dapat kita lihat. Kalau nak cari accessorie Rock carilah di Komplek YiK Fong yang terletak berdepan dengan Super Kinta. Ramai juga kawan aku yang membeli tali pinggang besi, key merah, baju Iron Maideen dan Loudness di sini.

Banyak babak lakonan Rock OO yang di buat di Kopleks Yik Fong...Memang Yik Fong juga satu daripada lokasi rockers-rockers melepak....Hari ini Yik Fong menjadi syurga peminat-peminat perkakasan komputer... Bestnya Zaman itu....

anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6089423131891562785.post-73075327480988152312013-03-21T10:35:00.001-07:002013-03-21T10:35:17.222-07:00Suatu Ketika ....Dekatnya Rasa 2

Aku cuba mencari jawapan mengapa aku jadi begitu...Sebenarnya sebelum itu aku kerap sakit seperti demam, batuk, sakit kaki den sebagainya.... Setelah terjaga pukul enam petang aku bangkit dan duduk di kerusi sendirian sambil menonton TV.... Pada ketika itu bermacam-macam persoalan bermain di kepala...aku terus cuba mencari jawapan mengapa...Hati ini seolah-olah bermonolog dengan tuhan sambil terus bertanya mengapa...Semakin aku fikirkan semakin kusut rasa fikiran....Sambil itu aku menekan remote untuk mengubah channel di decoder Astro. Dari satu Chanel ke satu Chanel... Seperti biasa aku cukup suka dengan chanel yang berkaitan dengan ceramah sama ada agama atau yang berkaitan dengan pembangunan diri.

Tiba-tiba hati aku amat kuat untuk mendengar program ceramah agama yang disiarkan di satu Chanel di Astro...Pencemarah pula menceritakan tentang persolan hati...Semakin aku mendengar ceramah tersebut semakin dekat rasanya dengan jawapan yang aku cari...Mungkin ini caranya tuhan menjawab persoalan yang aku tanyakan kepada tuhan.... Antara perkara yang menyentap benak fikiran aku ialah kata penceramah tersebut berkata hati yang kotor ialah milik mereka yang banyak mengata orang...mengumpat orang dan memperihalkan keburukan orang lain kepada orang lain....

Pada masa yang sama aku teringat kata-kata Dr. Muhaya "75% penyakit berpunca daripada minda dan hati yang sakit" dan satu lagi kata-kata Dr. Muhaya yang amat aku ingat ialah "Dunia dalaman menentukan dunia luaran". Apabila aku kombinasikan kedua-dua hujah ini maka rasanya aku dah berjumpa jawapannya....Sedar Tak sedar air mata aku mengalir dan mulit terus beristighfar sambil mengucapkan terima kasih kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim....Aku dah bertemu jawapan tentang sakit-sakit yang aku alami sejak akhir-akhir ini......Aku mula sedar satu demi satu kesilapan yang aku lakukan selama beberapa minggu kebelakangan ini... Hati dan minda aku memang tak tenteram kerana banyaknya aku mengata dan mangumpat orang serta membuka banyak keburukaan orang walaupun kadang-kadang perlakuan orang yang aku kata itu memang salah dan tak sepatutnya orang itu lakukan.

Tetapi apabila berfikir semula tentang apa yang aku lakukan aku mula bermonolog dalam benak fikiran aku sendiri Siapalah aku untuk menghukum kesalahan orang tersebut....Fikiran mula kembali tenang setenang-tenangnya setelah aku mendengar ceramah penceramah tersebut di dalam TV. Ilmu tentang kejiwaan ini sebenarnya aku dah belajar dengan banyak sifu di Malaysia...tak kurang juga aku perolehi melalui pembacaan...Tetapi kadang-kadang aku terlupa pada ilmu-ilmu yang aku pernah ada.....Aku menanam azam untuk tidak mengata orang ...tidak mencari masalah dengan orang,...berkawan dengan semua orang....bekerja dengan penuh seronok tanpa stress........Yang lebih penting biarlah kerja aku tak dipandang manusia tetapi di paandang tuhan...Teringat kata-kata Dr. Ary Ginanjar pengasar ESQ 165 "Biarlah kita mengutip hasilnya disana"

Namun sebagai manusia sudah pastilah aku tak dapat memenuhi kesemuanya...Namun setakat ini aku berjaya mengurangkan....Memang aku sentiasa create suasana happy dengan rakan sekerja dan juga pelajar-pelajar aku....Hobi aku yang suka menyanyi , bergurau, mengusik memudahkan laluan untuk mendidik minda dan hati supaya sentiasa tenang dan gembira. Alhamdulillah badan semakin terasa sihat....Fikiran kembali tenang.

Aku cuba memekakkan telinga dan kadang-kadang aku menjauhkan diri apabila mendengar orang merungut, tak puas hati itu dan ini, selalu mengatakan orang lain salah dan pelbagai yang negatif...Aku perbanyakkan mencari unsur-unsur yang positif yang boleh menaikkan self esteem aku...Biarlah oarang lain dengan cara mereka...aku tetap dengan cara aku...Happy go Lucky....Apabila Sakit barulah terasa nikmatnya sihat....Aku cuba nak memahamkan tentang konsep yang aku faham kepada sahabat yang aku amat rapat dengan aku...tetapi setakat ini aku belum berjaya...Tapi tak mengapa biarlah aku yang memulakan dahulu....

Kata Nabi Daud

" Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit"anjanghttp://www.blogger.com/profile/00429547578218681020noreply@blogger.com0