Nuffnang

Pengikut

Khamis, 30 April 2009

Jalan-jalan cari makan tanjong malim. Perok

(Artikel ni aku tulis tentang tempat makan menarik tanjong malim. kemudian satu blog tentang tempat makan menarik di malaysia telah menggunakan artikel ni. Yang best tu dia sendiri pergi try makan kat tempat ni. Dia dapati makanannya memang sedap. tak percaya cuba la... Gambar atas tu header blog dia)

Finest Gado-gado and Nasi Lemak, Pak Din - Tanjung Malim, Perak

Located: Hawker centre in front of the Balai Polis, Tanjung Malim town centre

L insisted I try her favourite Gado-Gado, and she was right... It's awesome! Simple, full of flavour, like so many things in Tanjung Malim.


The nasi lemak in TM needs little introducing ever since I ranked it as my favourite nasi lemak anywhere! RM$2.30 for a large portion, magic!



Found a nice writeup about this collection of stalls in TM, on langgas.blogspot.com .
Blog entry is titled "Jalan Jalan Cari Makan Tanjong Malim"!
Nasi lemak, Pak Din - Stall No. 18
Mee Rebus - Stall No. 19, Warung Mangga
Gado Gado, Mee Rojak - Stall No. 20
Mee bandung, Abdullah Kamil - Adjacent stall to No. 20 (Evenings only)

Also mentioned were the following:
Mee Kari (Curry Mee) - Stall 15, Warung Juita
Nasi ayam & Sate (Chicken Rice and Satay) - Stall 7, Warung Lee (Evenings only)

Minyak cap buruh


Dulu hari pekerja disebut hari buruh. Bila sebut hari buruh tergambar aku minyak cap buruh dan buruh yang terdapat dalam gambar tu. Andaian aku dulu-dulu oh macam ni rupanya buruh.

RFC DI Mydin Melaka.


Ramai ahli-ahli HPA terkejut apabila pihak Pasaraya Mydin mula mengiklankan RFC akan dibuka cawanganya di Melaka. Pihak RFC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu bagi pembukaan cawangannya di Pasaraya ini. Selain daripada Mydin Melaka, RFC juga akan dibuka di Keluang,Kuantan,Kelantan dan Perlis dalam jangkamasa yang terdekat ini. Semoga ianya akan menjadi altenatif utama umat Islam bagi mendapatkan sumber yang halal.InsyaAllah.

Semua orang islam kena sokong RFC ni sebab dah tentu datang dari sumber yang halal, bersih dan organik. Apalagi beli produk bumiputra Islam sambil berkempen gunakan barangan buatan Malaysia. Bila la RFC nak bukak kat Perak ni........

Rabu, 29 April 2009

mayday mayday! Gempa bumi dah makin dekat ngan Malaysia

Gempa bumi lemah landa Manjung, Perak


KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada jam 9.35 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. - Bernama

*Makin dekat dan makin dekat gempa bumi ngan Malaysia. Bayangkan pusat gempa hanya 11 km ke utara Pulau Pangkor. Dekat tu.....
Reply With Quote

Datuk


Tadi aku ambik kesempatan menyelami perasaan anak murid yang kelas hujung terutamanya murid asli. Oleh kerana hari ini idea pun dah habih aku ajor mereka nynyi lagu perak darul ridzuan. Kome mesti masih ingat lagu ni. Perak Darul Ridzuan, Negeri indah permai, penduduknya hidup aman damai, dinaungi keadilan sultan..... begitu bait lirik lagunya.

Habih nyanyi masa banyak lagi. Aku pun buka topik perbincangan tentang Datuk. Aku pun tanya "Siapa yang ada Datuk " semua angkat tangan temasuk tiga murid asli ni. Yang melayu ok betul la datuk dia ada lagi.

Pelajar asli 1 jawab "datuk saya dah mati cikgu." tapi tadi angkat tangan kata datuk ada lagi. Aku pun tanya "Dia mati sebab apa". "Datuk saya bawak motor lepas tu dia jatuh sungai cigu. Motor tak jumpa datuk pun tak jumpa" aku dah nak gelak dah. muka dia serius je. Aku tanya pelajar asli kedua. "Datuk kamu ada lagi?". Jawab dia "ada cigu tapi dah mati'. haik mati juga dalam hati aku. Aku tanya lagi "Sebab apa dia mati?" "Demam cigu" oklah tu.

Yang ketiga belum sempat tanya dia dah jawab "Datuk saya mati bunuh diri cigu, dia minum ubat sumpit, lepas tu mati". Yang best tu dengan selamba dia cerita tanpa ada rasa malu datuk dia bunuh diri. Mungkin bagi dia benda tu biasa. Tu cerita ikhlas pelajar aku hari ni.

Confucious


Pada tahun 1952 Dr. Glen Shepard telah menulis dalam Journal Washington Post katanya:-

" Satu daripada enam orang di Amerika dan Kanada ada kuman dalam daging mereka-
Trichinosis disebabkan oleh memakan babi yang ada kuman Trichinella spiralis"

Katanya lagi.
"Siapa yang makan babi sekiranya terkena apa-apa penyakit dia mengambil masa yang lama
untuk sembuh"

Kajiannya mendapati bahawa babi mengandungi 15 jenis kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang tidak mampu di rawat dengan penggunan vaksin kerana virus ini sangat kebal dan sukar nak dimatikan.Bayangkan itu kajiannnya tahun lima puluh. Apa jadi sekarang sudah tentu kuman yang ada dalam babi menjadi lebih kebal terhadap semua jenis vaksin dan mencetuskan pula pelbagai penyakit moden yang baru kita ketahu seperti JE dan selsema babi.

Akan datang kita tak tau lagi apa lagi musibah yang dibawanya. Masalahnya bukan hanya yang makan sahaja kena ia boleh berjangkit kepada yang tak makan babi juga. Itu sebab mencegah lebih baik daripada merawat. Islam amat jelas mengharamkan pengikutnya makan babi. Begitu juga penganut agama Yahudi, Hindu Zorastranisme dan pengikut mazhab Seventh Day Adventist.

Yang best tu ajaran Confucious dan Mencius berasas Lee-Chi (Buku Ibadah) bab Shao Yi berkata "Seorang lelaki beradab tidak makan daging babi atau anjing". Kalau kitab cina pun kata babi tak bagus tak tau nak cakap apa lagi.

Babi@Tonyok@Kerbau Pendek


Dulu ada satu pertikaian tentang mengapa Tuhan haramkan babi telah berlaku. Sedangkan pada waktu telah ada teknologi yang boleh mematikan sesetengah virus yang terdapat dalam babi. Dan ada juga mengutarakan bagaimana kiranya suatu hari nanti kesemua virus babi dapat dimatikan dengan teknologi moden.

Pening juga ulamak ketika itu nak jawab. Ada seorang yang menjawab kita jangan pertikaikan tentang pengharaman itu kerana itu perintah Allah kena ikut tanpa bantahan. Ada betulnya pendapat itu kerana pada ketika itu penerangan sains yang ada belum cukup untuk menyokong fakta tersebut. Namun jawapan itu sudah pasti tidak menyenangkan puak-puak penentang Islam kerana tiada sokongan fakta saintifik.

Namun hari nyata terbukti bahawa segala yang diharamkan Allah ada hikmahnya. Mungkin dulu belum terserlah sebabnya. Hari amat jelas mengapa diharamkan babi. Ingat lagi wabak JE yang disebabkan oleh virus nipah. Sapa terkena virus ni maut lah jawapannya. Datang pula kini selsema babi juga boleh membawa maut. Akan datang kita tak tau lagi apa musibah yang akan di bawa oleh babi.

Sebagai orang Islam Allah dah bagi peringatan dan dah protect kita awal-awal lagi dengan pengharaman babi. Kalau tak nampak lagi tak tau la. Babi jawapannya maut. Apa yang kita boleh pelajari setiap perintah memang ada penerangan saintifiknya cuma belum ditemui oleh manusia lagi kerana tahap ilmu dan penyelidikan serta peralatan yang ada belum mampu merungkai tahap ilimu tinggi yang diutarakan dalam Al-Quran.

Umpamanya teori evolusi Darwin menguasai dunia berabad lamanya dengan mengatakan semua benda terjadi dengan sendiri tanpa ada pencipta. Namun bila penemuan teknologi DNA terus menutup mulut para evolusioner. Kerana orang yang menemui teori ini James Watson dan Francis Crick mengatakan tidak mungkin susunan kompleks DNA itu terjadi dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya.

Sebenarnya banyak lagi fakta-fakta al-Quran yang dulunya tiada penerangan saintifik tetapi dengan perkembangan sains moden telah merungkai kekeliruan tersebut. Termasuk bidang astronomi, sains, kimia, anatomi manusia dan banyak lagi. wallah hu alam.

Selasa, 28 April 2009

Allahyarham Cikgu Naim



Cikgu Naim satu nama besar dalam dikir barat di Kelantan. Banyak lagu-lagu dikir barat yang sedap-sedap dihasilkan oleh Cikgu Naim. Antara yang aku suka lagu nyamuk memang best. Aku lebih suka Naim jadi tukang karut. Matang,pelbagai dan melucukan. Kalau dia mengarut memang tak kering gusi asyik gelak je.

Cikgu Naim dan Cikgu Sulizi merupakan kawan baik. kedua-dua mempunyai nama yang besar dalam dikir barat. Dari segi mengarut aku suka naim. Dari segi Tok Joro aku lebih suka Sulizi. Sulizi banyak kali menjadi johan dikir peringkat kebangsaan di RTM.

Dengan dua-dua orang ni aku ada kenangan. Pernah main dikir barat ngan dua orang ni. Namun bila aku dapat tau kembalinya Cikgu Naim ke Rahmatullah terkejut juga aku. Sebab dia masih muda. Hilanglah sebutir permata yang genius dalam arena Dikir Barat. Al- Fatihah untuk Cikgu Naim


Ole-Ole dari Sabah


Hari Jumaat lalu seorang member lama datang dari Sabah. Setelah sampai ke Tapah dia check in di Resthouse Tapah. Lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak ke Ipoh untuk jumpa seorang kawan lama. Banyak perkara dibincangkan. Lepas makan di restoran Zulkarnain Simpang Pulai, kami ke rumah kawan lama di Simpang pulai gak.

Agak lama berbincang tentang pelbagai isu sedar tak sedar jam dah dekat pukul 2.30 pagi. Mata dah mula mengantuk. Kami bertolak balik dari Ipoh lebih kurang pukul 3.00 pagi. Setiba di Resthaouse Tapah, selepas menyembang sikit aku minta diri nak balik ke rumah. Sebelum balik dapat lah aku ole-ole dari Sabah. Oleh kerana mata terlampau ngantuk aku dah tak boleh drive.

Masuk Highway Tapah singgah di R&R Tapah. Tidur kejap di Bengkok Hotel (Dalam kereta) Sedar pukul 5.00 pagi bangkit minum dan aku bertolak balik ke rumah. Tiba di rumah pukul 6.00 pagi. Lepas sembahnyang subuh terus terlelap lagi. Thanks Pian Ole-ole Sabah. Bila la agaknya aku nak ke Sabah. Member ni dah banyak kali datang sini. Aku teringin nak ke kundasang........

Subhanallah ....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA.IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM.ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***


AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT.BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN.PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN

(Dipetik dari forum carigold)

Isnin, 27 April 2009

Woi! Esok Pemantau nak datang.


Ini isu hari ni bagi semua sekolah di Daerah Batang Padang. Mesyuarat dah tentu diadakan hari ni sempena pemantau nak datang. Dalam perhimpunan pagi pengetua sibuk memberi macam-macam peringatan kepada murid. Jangan merayau-rayau, jangan pergi kantin bukan waktu P&P, pakaian kena kemas, kelas kena bersih,keluar kelas pakai pas dan macam-macam lagi.

Masa mesyuarat guru, guru diingatkan pula masuk kelas ikut waktu, jangan biarkan pelajar merayau-rayau, kawal kelas jangan bising. Pendek kata semua mesti terkawal. Esoklah segala-galanya. Peringatan demi peringatan dan demi peringatan.

Esok juga dijangka kadar MC, Guru yang mendapat rawatan, guru yang ada urusan luar dan macam-macam masalah negara lain akan meningkat. Yang bestnya tu esok semua sekolah di Batang padang dihias cantik. Yang tak de akan diadakan. Yang tak bercat akan dicat. Pelbagai kata-kata hikmat, motivasi dan kata-kata semangat didinding sekolah ditulis atau di lukis semula. Dinding pun confuse agaknya.

Fail-fail dan dokumen semua dilengkapkan. Sana-sini kedengaran ini pemantau nak tengok dan itu pemantau nak tengok. Wow macam nak sambut raya. meriah, meriah dan meriah. Nasib baik le aku tak jadi pengarah pendidikan negeri. Kalau tidak lawatan ke sekolah semua secara mengejut. Sebab kalau dibagi tau kita tak akan dapat suasana persekolahan dan mutu kerja yang sebenarnya. Segala-galanya kosmetik.

Kalau ini caranya pendidikan di Malaysia akan menjadi pendidikan yang kosmetik. Semua kerja akan dibuat bila ada orang nak tengok. Kalau tidak wal hasil balik asal. Budak-budak pun akan heran esok cikgu-cikgu cukup rajin esok. Aku rasa ada yang mengajar bawak bahan bantu mengajar. Pendek kata semuanya berada dalam keadaan Tip Top. Cayalah.

Entah lah bagi aku hari-hari yang berlalu sama sahaja. Lantaklah sapa nak datang yang penting P&P. Aku ingat masa mula-mula mengajar ada seorang cikgu senior nasihatkan aku. "Ri yang penting P&P jaga P&P sapa pun tak boleh kacau". Terngiang-ngiang kata-kata tu.

Pelajar-pelajar juga disuruh lebih berdisiplin esok. Bagi aku mendisiplinkan pelajar ialah pada hari pertama persekolahan. Bukan bulan empat atau bulan lima. Cikgu mesti ontime masuk kelas. Dan jangan ada pula yang tak masuk kelas. Kerana ruang-ruang masa yang terluang inilah menyemai benih-benih pelajar yang tidak berdisiplin dan akhirnya menjadi wabak. Ha, Ha meriahnya Malaysiaku..........

Ahad, 26 April 2009

Macam-macam nama

Rinuel Napitupulu a/l James Friedolin. Agak-agak kome dia ni orang apa. Agak pelik nama tu. Nak nyebut pun letih panjang bebeno. Aku tanya budak ni dia orang apa ? Katanya asli campur batak. Oh... macam tu patut nama pelik macam penyanyi tu Edi Silatongga,

Ada setengah tu nama orang asli ni bunyi jawa pun ada Amitjoyomdan Marjo Martopo. Yang ni sapa nak jawab.Yusri boleh jawab kot? Aku tanya juga ada kahwin ngan orang jawa ke. Mereka senyum je. Ada juga mengambil nama sempena nama buah Bah langsat.

Ada juga mengambil nama sempena minuman Bah Sirap. Minggu lepas aku baru jumpa bah sirap ni. Ada juga mengambil nama sempena haiwan Mazwan anak Gajah. Suaranya sedap selalu RTM Ipoh panggil dia.

Nama orang putih memang banyak la Bah Roy, Tommy, Tom dan banyak lagi. Namun ada satu nama yang tak berapa sedap. Aku tak ingat nama budak tu yang ingat nama bapak. Yang uniknya nama bapak nya. Mula-mula dia perkenalkan diri. Nama saya ____ a/p bah ta`ik. Ha taik kata aku. "Bukan Cikgu sebutannya Ta....... ik....... bukan taik". kata pelajar tu. Dalam hati aku sama la tu. Kesiannya budak tu bila dah besor.

Sabtu, 25 April 2009

Aku dan KP



Aku dan kelas KP memang tak boleh dipisahkan. Hampir 7 tahun aku mengajar kelas KP memberikan aku satu nikmat yang sukar dibayangkan. Pelajar-pelajarnya lemah namun ada satu sikap yang tak da pada pelajar lain. Ini hasil pemerhatian aku.

Mereka ni lebih ikhlas. Jumpa la di mana pun pasti mereka akan menegur cikgu. Teguran itu penuh keikhlasan bukan melepas batuk di tangga atau sekadar tegur. Ini lah keunikan mereka. aku ingat seorang pelajar cina sepatah haram cakap melayu tak tau. Ada 2 perkatan je dia betul-betul tau . Cikgu tandad. Mula-mula aku dengar dia ni mencarut ke. Dah lama baru aku faham. Cikgu Tandas maksudnya dia nak pergi tandas.

Jumpa la aku di mana pun dia akan angkat tangan. Makanan dia selalu offer kat aku ajak makan sekali. Tak berani le aku. Pernah sekali pelajar asli ni aku tengok lauk dia sedap je. Aku tanya dia "lauk apa tu". "Babi masak kicap cikgu" selamba je dia jawab. Terus hilang selera aku makan hari tu.

Marah la macam mana pun mereka tak simpan kat hati. Habih kat situ lepas tu macam biasa balik. Semalam balik dari Ipoh aku singgah di R & R Tapah. Kat hentian Tapah majoriti anak murid aku yang jaga kedai terutama kedai jual buah. Lalu je "cikgu singgah le dulu "terpaksa la singgah beli buah. "Cikgu singgah le" terpaksa beli minum.

Tengah syok minum milo panas kira-kira pukul 4.00 pagi. Aku nampak seorang India tengah sapu sampah sambil senyum kat aku. Aku buat tak tau je takut dia senyum kat orang lain. Lama-lama dia datang. "Cikgu ingat saya lagi ke" "Saya Kanageswaran, pelajar KP". Lama aku menung baru aku ingat. Ini lah pelajar yang zip seluarnya sentiasa terbuka terpasa cover ngan baju. Seluar dan kasut koyak-koyak kerana faktor kemiskinan.

Selalu juga aku marah dia ni. Kadang-kadang kena belasah juga. Tapi bila kat kuar elok dia tegor. Lama juga aku nyembang ngan dia. Ini lah yang aku cakap keikhlasan pelajar KP. KP...KP

AKU BUDAK MINANG


Minggu ni aku cukup suka dengo loghat minang. Mula ngan rancangan bersama mu. ada sorang pakcik tu cakap "Maso lapang ese kojo kampung yo" lepas tu ada satu drama tu aku lupa tajuk nya pun dia cakap loghat negeri sembilan katanya "Ekau jangan tak jadi kobau dah tumbang"

Sebenarnya aku memang ada darah minang, sebabnya moyang lelaki aku memang datang dari minangkabau kemudian kahwin dengan moyang perempuan aku di Padang Rengas. Dari situ berkembang biak lah keturunannya. (Aku pernah cerita ni dalam n3 yang awal).

Itu sebab bila dengo lagu ayam den lapeh alamak bestnya antara bait lirik "Pagaruyuang Batusangka,Tampek bajalan urang baso,Duduak tamanuang tido sabanta,Oi takanang juo ai ai… ayam den lapeh". Ada satu lagu lagi tajuknya bugih lamo pun sedap juga.

Masa kecik-kecik aku selalu dengo lagu Ally Nor Mastura aku lupa tajuknya "Batu kikir, jambatan bosi, gulai udang sebelango" Begitu juga lagu apo nak di kato Blues Gang "Poi pokan naik basika, tongah hari tongah paneh, apo daya motong gotah"

Pendek kata semua lagu loghat minang ni memang melekat kat hati aku. Bila sebut tentang kawan aku ingat member aku Fadzil Berhan (aku budak minang) dia ni cool. Yang aku paling ingat aku pernah berduet ngan dia ni nyanyi lagu Rendang tak berbuah lagu Hattan masa majlis perpisahan KPLI IPSI 1996. Dia ni kena posting ke Sarawak lepas tu aku tak tau worih ni poi mano. lamo tak jumpo. Kalau ekau baco blog aku ni tinngga la nombor hp.

Semalam lama juga aku duduk ngan sorang lago worih. Asyik memorex jo worih ni. Banyak untung ko jang. Ok Wa chow dulu. Pak dukun bertunang pulo, bertunang si anak daro.

PETRIFIED FOREST





Apabila menyebut tentang hutan sudah pasti kita menggambarkan hutan yang hijau dan banyak jenis pokok yang berdiri gagah menjulang ke langit. Namun agak berbeza dengan hutan yang aku nak ceritakan ini. Petrified forest merupakn hutan zaman purba yang terperangkap oleh masa disebabkan faktor-faktor tertentu.

Pada tahun 1906, Presiden Theodore Roosevelt menamakan petrified forest sebagai National Monument. Kawasan ini terletak di Arizona Amerika. Bukti telah mendapati bahawa manusia pernah tinggal disini sekitar 2,000 tahun dahulu. Hutan ini telah wujud semenjak 225 juta tahun dahulu. Merupakan tempat tinggal Dinosaur, Giant Fish, pelbagai jenis reptilia purba.

Disini juga merupakan tempat pelbagai jenis haiwan yang telah menjadi fossil banyak ditemui. Sekitar 1850 seorang surveyor telah sampai ke sini dan mendapati banyak kayu-kayu telah bertukar menjadi batu. Hal ini telah menggemparkan seluruh Amerika dan telah menarik ramai pengkaji untuk menyelidiki fenomena pelik ini.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh letusan gunung berapi. Abu dan lanar gunung berapi yang tebal telah menyeliputi pokok-pokok kayu. Kemudian berlaku pula banjir besar yang telah membawa semua kayu-kayu ini terbenampula ke dasarnya. Silica yang terdapat dalam lanar dan abu gunung berapi telah meresap ke dalam kayu-kayu dan dalam masa yang lama telah menukarkan kayu menjadi batu.

Apabila kawasan tersebut menjadi kering-kontang berlaku pula proses hakisan tanah yang lama kelamaan telah menimbulkan semula kayu ini ke permukaan. Namun masih banyak lagi bongkah-bongkah kayu yang masih tertanam di perut bumi. Namun ada juga pendapat mengatakan kawasan ini pernah diliputi laut satu ketika dahulu.

Khamis, 23 April 2009

THE GIANT REDWOOD, CALIFORNIA







Giant redwood atau sequoias merupakan pokok terbesar sekali di dunia. Keluarga hutan malar hijau terdiri daripada 3 spesis utama. Giant Redwood, Coastal Redwood dan Dawn Redwood. 2 daripada spesis tersebut ditemui di California dan 1 daripada nya berasal dari negara China.

Sequoias hanya ditemui di Humboldt Redwood State Park, Sierra Nevada Mountain, California. Ada di antaranya berumur 3,000 tahun dan mencapai ketinggian 300 kaki. Tingginya menjulang ke langit. Pokok raksaksa ini terus menggamit jutaan pengunjung untuk mengunjunginya.

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia dan antara kejaiban semulajadi yang terdapat di Amerika. Pokok yang paling besar disahkan pada tahun 2002 dinamakan General Sherman yang tingginya mencapai 369 kaki. Anda juga boleh saksikan di dalam gambar-gambar di atas betapa tinggi dan lebarnya batang-batang pokok ini.

Giant`s Causeway


Giant`s Causeway terletak di wilayah utara Ireland dan dalam Daerah County Antrim. Tambak gergasi ini terbentuk kira-kira 60 juta tahun dahulu. Ia terbentuk daripada letusan gunung berapi yang besar yang memuntahkan batuan cair atau magma yang tak dapat dibayangkan banyaknya.
Apabila magma tersebut menyejuk ia membentuk tiang-tiang berbentuk hexagon yang bercantum antara satu dengan yang lain dan membentuk satu tambak gergasi yang besar dan indah. Tiang-tiang Hexagon ini ada yang setinggi 12 meter dan ada yang sedalam 28 meter ke dalam laut

Giant`s Causeway ini telah diishytiharkan Tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1986 dan sebagai National Nature Reserve olah jabatan alam sekitar Ireland serta di antara empat benda keajaiban semulajadi oleh Britain.

Terdapat tempat-tempat lain yang menarik di sekitarnya yang juga boleh dilawati. Antaranya Whitepark Bay, Dunseverick, Bushmill town,Ballintoy (bandar pelabuhan), kenbane castle, Dunluce Castle, white rock dan banyak lagi tempat menarik yang lain. Menurut sejarah lama orang viking juga pernah sampai ke sini. Bila la aku nak sampai tempat cantik macam ni. Sifu Lokman OKOB jom buat trip ke sini.

Rabu, 22 April 2009

Spirulina, Omega 3 dan Probiotik COQ 10


Ketiga-tiga jenis makanan kesihatan di atas merupakan penawar kepada sakit jantung. Spirulina membekalkan nutrien yang diperlukan untuk jantung dan saluran jantung.

Berdasarkan kajian 10 tahun sekolah perubatan Havard mendapati risiko serangan jantung di kalangan pesakit yang mengambil beta karotena berkurang kepada setengah. laporan juga menjelaskan 333 doktor yang terlibat dalam kajian tersebut mendapati risiko serangan jantung bagi pesakit jantung dan keperluan pembedahan jantung perigkat awal dikurangkan kepada setengah. Spirulina mengandungi kadar beta karotena 25 kali lebih tinggi berbanding karot.

Omega 3 pula dapat mencairkan plak-plak yang terbentuk dalam salur darah terutamanya di jantung dan di bahagian kepala. Ini juga boleh mencegah sakit jantung dan serangan stroke. Pengambilan Omega 3 berterusan dapat mengurangkan penyakit yang berkaitan jantung, bahagian kepala dan mata.

COQ 10 pula sejenis probiotik yang berfungsi untuk melembutkan saluran darah yang boleh menyebabkan asterosklerosis. Dengan mengabungkan ketiga-tiga pemakanan kesihatan ini nescaya kita akan dapat sukurangnya-kurangnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Minyak Zaitun juga elok diamalkan kerana dia dapat menurunkan kadar kolestrol yang tinggi.

Semoga dengan penerangan ini dapat membantu kawan-kawan dan pembaca blog di samping mengingatkan aku betapa pentingnya menjaga kesihatan jantung kita. Disamping itu banyakkan pengmbilan serat buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak lalu makan buah kita blender jadikan jus. Minum setiap hari. Wallah hu alam.

Selasa, 21 April 2009

Bom Jangka

Hari ni aku nak ceritakan pada kome tentang penyakit kardio-serebrovaskular untuk peringatan diri aku,kawan-kawan dan pembaca blog. Minggu lalu seorang rakan guru semasa aku di SMK Sri Tapah meninggal dunia kerana sakit jantung. Al-fatihah untuk cikgu Abdul Kadir bin Osman.

Serangan jantung dan strok ibarat bom jangka yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Kadang-kadang tiada tanda-tanda. Ini yang agak menakut dan menggusarkan kita. Serangan ini berpunca daripada aterosklerosis (pengerasan salur darah). Merupakan pembunuh terbesar di Malaysia ketika ini.

Sebenarnya asterosklerosis tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia hasil daripada kecuaian amalan penjagaan makanan dan gaya hidup yang tidak sihat selama bertahun-tahun. Cuma kita akan mula berwaspada apabila simptom-simptom merbahaya mula imbul. Sedangkan pada ketika itu agak terlewat. Kita sering tertanya apakah punca-puncanya?. berikut adalah punca-puncanya.

1. Obesiti. ni yang aku takut ni. Kegemukan di bahagian perut boleh meningkatkan risiko kencng manis dan paras kolestrol tinggi yang menyumbang kepada pengerasan asteroskerosis.

2. Teknan darah tinggi. Menyumbang kepada penyakit kardio-serebrovaskular menyebabkan kecederaan pada vaskular dan tekanan kepada otot-otot jantung.

3. Paras kolestrol dan trigliserida tinggi. LDL(kolestrol jahat) tinggi dan HDL (Kolestrol baik) rendah. aku pernah tulis artikel di awal-awal log aku dulu. Aku akan keluarkan artikel tu balik.

4. Kencing manis. Orang yang mengidap kencing manis lebih cenderung mendapat asterosklerosis. 4 kali lebih cenderung kena serangan jantung dan 5 kali lebih cenderung kena srok.

5.Gaya hidup yang banyak duduk.

6.Merokok (Aku tak payah cerita yang ni semua orang tau)

7. Faktor usia.

8. Sejarah keluarga yang pernah kena serangan strok (Mak aku meninggal kerana serangan strok)

9.Tekanan (Stress) takut,gelisah,muram dan tekanan boleh menyebabkan saluran darah menguncup dan menyebabkan angina(sakit dada) jika seseorang yang memiliki saluran darah yang sempit akibat pengumpulan plak. Tekanan menyebabkan pembebasan adrenalin(sejenis hormon). Kehadiran adrenalin menyebabkan darah bergumpal dan meningkatkan risiko sekatan pada saluran darah.


Kesihatan Kardio

Artikel ni dah lama aku tulis dengan merujuk beberapa sumber. Bila dah ada blog dapat lah aku paparkan untuk maklumat dan kebaikan kita bersama Kolestrol dan Penyakit Jantung

Kolestrol dan Penyakit Jantung

Kolestrol adalah bahan lembut dan melekit yang terdapat secara semulajadi dalam aliran darah. Ia berperanan menghasilkan sel-sel membran, hempedu,sesetengah hormon dan vitamin D.


Sumber kolestrol

Sumber dalaman sebahagian besar kolestrol dihasilkan oleh hati
Sumber luar datang dari makanan yang kita makan (terutamanya sumber haiwan)

Kolestrol dan lain-lain lemak dipanggil lipid yang tidak larut dalam darah terpaksa di hantar dari satu sel kepada sel yang lain. Ia diangkut oleh pengangkut istimewa yang disebut lipoprotein.

Jenis-jenis lipoprotein.


Lipoprotein berketumpatan rendah iaitu LDL. Dikenali sebagai kolestrol jahat dan terenap dalam salur darah dan menyumbat arteri-arteri serta boleh meningkatkan serangan jantung dan strok.
Lipoprotein berketumpatan tinggi iaitu HDL.Dikenali kolestrol baik yang akan membawa kolestrol kembali ke hati dan membuangnya dari badan.
Trigliserida yang dihasilkan oleh badan dan makanan. Ia menyimpan tenaga dan bertukar kepada LDL dan VLDL

Trigliserida meningkatkan risiko arteri koronori.Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi juga memiliki tahap LDL yang tinggi dan rendah HDL.

Lipid yang sihat
1. LDL - 3.3mmol/L
2. HDL- 1.02mmol (lelaki) 1.3 mmol (Perempuan)
3.Trigliserida – kurang daripada 1.7 mmol/L

Kaitan antara kolestrol yang tinggi dan penyakit jantung.

Penyakit kolestrol tinggi di sebut hiperkolestrolemia. Apabila kolestrol tinggi plak akan terbentuk dalam dinding arteri dan menyempitkan arteri serta menyekat aliran darah. Proses ini dikenali dengan sebagai asterosklerosis..
Apabila plak pecah mengakibatkan pembentukan darah beku yang menyekat alirann darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung.
Jika proses ini berlaku di otak ia akan menyebabkan strok.

Faktor kolestrol Tinggi

1. tabiat makanan yang tidak sihat
2. kurang bersenam
3. darah tinggi
4. berat badan berlebihan
5. sejarah keluarga
6. merokok

Memeriksa profil lipid sekurang-kurangnya setahun sekali.

Tip-tip mendapatkan jantung yang sihat.

1. Elakkan pengambila lemak trans contoh barangan bakar komersial,majerin separa terhidrogen,snek,kentang goreng dan onion ring
2. Menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolestrol tinggi contohnya dalam haiwan atau makanan berasaskan produk haiwan seperti susus segar,mentega, susu penuh krim, keju, mayonese dan juga lemak daging dan santan

Kolestrol tinggi seperti daging, ketam,udang,tiram dan sotong
Kolestrol lebih tinggi dalam organ dalaman seperti otak, hati dan kuning telur.

Gunakan lebih banyak lemak mono tak tepu dan lemak poli tak tepu

Lemak tak tepu contoh – buah keras, biji benih dan minyak sayur-sayuran

Terdapat dua jenis lemak tak tepu

1. Mono tak tepu contohnya kanola,zaitun dan kacang tanah
2. Poli tak tepu contohnya jagung,bunga matahari,kacang soya,badam,kacang hazel dan asid lemak omega3

*Kedua-duanya boleh menurunkan LDL

Meningkatkan pengambilan serat

Terdapat dua jenis contohnya jagung,bunga matahari,kacang soya,badam,kacang hazel dan asid lemak omega3

*Kedua-duanya boleh menurunkan LDL

Meningkatkan pengambilan serat

Terdapat dua jenis serat larut dan tidak larut:

1. Serat larut contohnya beta glucan, pektin di dalam oat,barli,legum dan epal
2. Serat tak larut contohnya buah-buahan,biji benih, bijiran penuh, roti bijiran, roti mil

*Kedua-dua kombinasi perlu diambil 20-30gm sehari

Mengurangkan kolestrol dengan serat larut

1. Serat larut seperti beta glucan dapat menurunkan kolestrol dalam darah
2.Beta glucan memerangkap asid hempedu yang mengandungi kolestrol daripada makanan dalam saluran pencernaan kemudiannya dibuang dari badan

*Beta glucan banyak didapati dalam roti-roti seperti gardenia.



Isnin, 20 April 2009

MEE JAWA TELUK INTAN




Kalau ke Teluk Intan jangan lupa singgah makan Mee jawa. Aku memang dah lama jadi peminat setia Mee Jawa ni. Kalau ke Teluk Intan ada 3 empat yang aku selalu pergi. Nasi Lambai,Mee Mastan Ghani dan Mee Jawa.




Dulu Mee jawa ni kat gerai lama berhampiran masjid Teluk Intan. Sekarang semua gerai tersebut disatukan di gerai majlis. Tempatnya berhampiran Pejabat Majlis Daerah dan Padang Majlis (kalau tak silap aku padang ni dulu namnya padang speedy.Kalau salah tolong betulkan)




Rasa dia memang sedap. Tapi ada satu lagi perkara yang menarik tentang Mee Jawa ni ialah gelagat taukeh yang menyediakan Mee Jawa ni. Cukup ligat macam kartun ligat. Kalau pergi makan Mee Jawa ni aku terkesima melihat gelagat taukeh ni. Cekap dan ligat. Gerai nya bernombor 25 dan buka pada waktu petang sahaja.

Teh Tarik Place












Hari jumaat minggu aku KL lagi ada sikit urusan peribadi. Tempat pertemuan masih di The Curve. Kalau kat sini kedai yang aku selalu lepak Teh Tarik Place. Suasana nya santai dan rileks. Memang best kat sini. Makanan yang disediakan semua jenis masakan mamak. Roti canai, mee goreng, teh tarik dan macam-macam lagi.

Masa nak balik dalam perjalanan ke Car Park tu aku terdengar satu bunyi live band sedang jamming lagi isi dan kulit. Mak oii bestnya. Terkenang zaman dulu-dulu. Aku berhenti sekejap sampai habis lagu tu. Memang best live band ni. Saksikan antara gambar yang sempat aku rakamkan.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009


Agak lama aku tak pergi pesta buku antarabangsa ni. Walaupun agak gawat bulan ni, aku tetap akan cuba pergi hujung minggu ni. Insyaallah minta di sihatkan badan, di panjangkan umur dan di murahkan rezki sampai lah aku ke pesta buku tahun ni. Apa lagi kawan-kawan jom ke pesta buku antarabangsa. Walaupun ekonomi gawat. pengetahuan sentiasa dipertingkat. Knowledge is Power......

KUASA FOREX SEMINAR







Aku memang suka menghadiri sebarang seminar yang bertujuan menambah ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan ilmu-ilmu baru yang aku tak tahu. Rasa ingin tahu ni yang kadang-kadang menolak aku untuk pergi. Pada 17 ogos 2008 nasir yacob sifu dalam dunia menganjurkan seminar FOREXKuasa Forex.

Yuran untuk kursus ni RM 600.00. Venue nya Hotel Equatorial Bukit Jambul Penang. aku bertolak dari sungkai lebih kurang pukul 5.00 pagi. Sampai di penang pukul 8.00 pagi. 8.30 pagi start la seminar tu. Oleh kerana terlampau khusyuk aku dengo nasir yakob ni bagi talk tak sedar dah dekat tengah hari.

Break tengahari untuk makan dan sembahyang zohor sambung balik pukul 2.30 petang hingga pukul 5.30 petang. Oleh kerana benda ni baru bagi aku. Seronok betul rasnya. Banyak info, maklumat dan pandangan baru yang aku dapat. Bertolak dari penang pukul 6.00 petang sampai rumah 10.00 malam. Walaupun letih tetapi puas rasanya.

Insyaallah aku akan cuba menghadirkan diri ke seminar Azizi Hj. Ali , Sifu Lan dan Irfan Khairi. Tengah kumpul modal ni.

ANTHONY ROBBINS


Antara penulis barat yang aku cukup minat ialah Anthony Robbins. Dua buah bukunya yang sempat aku baca Unlimited Power dan Awakening Giants Within. Memang best dan gaya penyampaian yang bersahaja tetapi praktikal.

Dalam Buku Unlimited Power ada satu bab yang sampai hari ini berulang-ulang kali aku membacanya Section 1 Bab ke 10 : Energy: The Feul of Excellence. Bab ini menceritakan tentang tujuh kunci yang kita perlu tahu untuk kita menjadi sihat dan kekal sihat selamanya.

Insyaallah kalau aku sempat menterjemahkannya akan aku tulis dalam blog ni. Memang bertentangan dengan pendapat pakar-pakar kesihatan lain di seluruh dunia. Kerana apa yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri setelah mecari kaedah yang terbaik untuk sihat dan kekal sihat.

Beliau juga antara pengasas NLP (Neurolinguistics Program) yang merupakan suatu program pembangunan manusia. Banyak seminar-seminar pembangunan manusia yang telah dianjurkan dan selalunya fullhouse. Kalau rajin cari lah bukunya di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Sekarang ni aku tengah baca buku-buku tulisan Robert T. Kiyosaki yang juga tak kurang bestnya. Percayalah....

1. SRJK (C) 2.SRJK (T) 3. SRK



Aku nak story sikit satu isu untuk renungan kawan-kawan, kisah ni berlaku di bumi tercinta, dibumi yang aman penuh kasih sayang dan bumi harapan bagi kebanyakan warga asing. Mana lagi kalau tidak Malaysia bumi bertuah.

Bila dengor lagu warisan anak kecil main api sayu pulak aku rasa. sebab bait-bait liriknya macam sudah nak dekat terjadi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang........ .Nenek moyang kaya-raya.Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa antara kita. Antara baitnya lagi. Indahnya bumi kita. Warisan berkurun lamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Kita kan merintih sendiri....

Jangan salah anggap. aku cuma menghayati apa maksud tersurat dan tersirat dalam lagu ni. Bukan bersifat perkauman jauh sekali bersifat kepartian. Cuma untuk renungan kita bersama dan ada relate dengan isu yang aku nak utarakan.

Orang rumah aku baru balik kursus antara isu yang diperkatakan ialah kedudukan sekolah SRK daripada segi pencapaian peperiksaan awam. Kalau dulu 1. SRJK (C) 2.SRK 3. SRJK (T) Kini keputusannya sudah terbalik 1. SRJK (C) 2. SRJK (T) 3, SRK. Mengapa jadi begini? ha......

Aku memikir mengapa ini terjadi. 1. bagi aku kembali kepada apa yang selalu aku tulis sikap guru sendiri yang tak mahu berubah (Baca artikel aku yang sebelum-sebelum ini tentang guru). 2. Bagi parti politik dan NGO india mereka amat mengambil berat tentang pendidikan. Mereka cukup ngan tuisyen, kem motivasi dan pelbagai program pendidikan yang betul-betul bukan melepas batuk di tangga. Kita buat juga tapi hanya sekadar buat ,janji buat pencapaian nombor dua.

Kadang-kadang yang buat program tu kerna ada tujuan politik. Akhirnya program kita cincai dan hasilya juga cincai. Pernah dengar Institiut Sri Murugan. Rasanya dari zaman aku sekolah mereka dah buat macam-macam program untuk orang india. Hasilnya sekarang ramai profesional india dilahirkan. Parti politik dan NGO orang kita hangat-hangat tahiu ayam kadang ada buat kadang tak de. Tak konsisten. Parti politik dan NGO cina lagi advance.

Malahan mereka tak harap bantuan kerajaan semua program mereka buat sendiri. cari cikgun yang terbaik dalam bidangnya sanggup bayar mahal sikit. Kita semua nak murah, cincai ,janji buat. hasilnya cincai juga.

Kalau begini lah caranya apa yang tersurat dan tersirat dalam bait lagu warisan akan lebih cepat terjadinya. Selalu aku cakap kat pelajar melayu kalau begini caranya lima tahun lagi kita bukan duduk di no 3 tetapi duduk di nombor 4. Siapa nombor 3 ? Orang asli. Sebab orang asli pun amat kuat NGO nya macam-macam program mereka buat. Ramai orang asli yang dah pandai hari ni. Orang melayu masih lena,khayal dan alpa.

Aku cukup takut ngan hari-hari mendatang kerana takut bila kita bagun pada suatu pagi di suatu hari takut BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.

Erti Hidup Pada Memberi... Hati!

Pohon Sumbangan Untuk Membaiki Rumah Allahyarham Amran Ahmad



Pohon Sumbangan Untuk Membaiki Rumah Allahyarham Amran Ahmad

Allahyarham Amran Ahmad adalah bekas Pengawal Keselamatan UUM yang telah meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 (Rabu). Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Siti Kholijah Ismail (35 tahun) dan empat orang anak seperti berikut:

1.Muhammad Hazim Amran (12 Tahun) Darjah Enam

2.Muhammad Irfan Amran(10 tahun) Darjah Empat

3.Muhammad Asraf Amran (6 tahun) Pra Sekolah

4.Nur Syazrina Amran (2 tahun)

Pencen terbitan yang diterima oleh Puan Siti Kholijah Ismail adalah sebanyak RM180.00 sebulan. Wang ganjaran pencen (sekali sahaja) yang diterima dari Kerajaan adalah lebih kurang RM3,000.00 dan disimpan oleh isteri Allahyarham untuk persekolahan anak-anaknya.

Isteri dan anak-anak Allahyarham tinggal di sebuah rumah kecil atas tanah rezab sungai di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, Kedah. Hasil dari lawatan yang dibuat, didapati rumah ini dalam keadaan yang tidak sempurna. Bumbungnya bocor terutama di ruang tidur keluarga ini di mana terpaksa ditampal dengan plastik-plastik banner UUM yang tidak digunakan lagi. Lantainya reput di sesetengah tempat, tingkap-tingkap dapur rumah anak-anak yatim ini hanya dipaku dengan beberapa keping papan, zink, papan lapis sementara dinding dalam rumah tersebut ada yang ditampal dengan cebisan kotak.

Rumah ini tiada kemudahan air paip dan air terpaksa diambil dari rumah jiran. Puan Siti Kholijah Ismail telah menggali telaga untuk mendapatkan sumber air namun lokasi telaga ini tidak sesuai iaitu dikelilingi tandas jiran-jiran. Tandas dan bilik mandi keluarga ini terletak di luar rumah.

Mengikut pihak kontraktor, untuk membaiki rumah ini memerlukan wang sebanyak RM3,000.00 (untuk hanya membaiki bumbung ibu rumah dan dapur) sehingga RM10,000.00 (untuk membaiki bumbung, tingkap dapur, mengganti ibu rumah yang dibuat dari papan serta menambah sebuah bilik air).

Melihat kepada keadaan rumah anak-anak Allahyarham Amran Ahmad sekeluarga, dan kekangan dari segi kewangan untuk balunya membaiki rumah, besarlah harapan kami agar tuan puan yang prihatin di luar sana menyalurkan sumbangan ikhlas bagi membantu keluarga ini. Semoga dengan sumbangan ini dapat memastikan anak-anak yatim ini mempunyai rumah yang sesuai untuk didiami dan merasai keselesaan seperti anak-anak lain.

NO. AKAUN BANK ISLAM : 02039024574660
NO. IC : 740914-02-5698

*Pembaca blog ni berilah sumbangan ikhlas.

Ahad, 19 April 2009

Kome baca ni kelakor betui

Dipetik dari blog The Antics of Husin Lempoyang

Wow! Jual orang lebih baik dari jual unta

Komunikasi dengan baik

... juga dengan pekerja-pekerja bawahan

Kalau berurusan dengan orang ramai atau rakyat, kena cakap dengan jelas. Dengar dengan baik supaya faham apa yang dimaksudkan. Kalau tidak, masing-masing cakap dan faham lain-lain.

Ini ada satu cerita.

Kisahnya melibatkan sepasang pengantin yang baru berkahwin empat bulan. Pada suatu malam siisteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pegi check kat doktor."

Sisuami terasa amat gembira lalu. Dia akan meluang masa untuk pergi bersama berjumpa gynaecologist. Sementara itu, dia meminta isterinya tidak memberitahu sesiapa pun sehingga benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini dilawati oleh seorang pegawai dari TNB yang datang menuntut bayaran tunggakan letrik. Pegawai TNB tu ketuk rumah bertanya, "Ini rumah Encik Ahmad ker?"

"Ya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB memberitahu, "Puan, saya nak beritahu puan sudah sebulan lewat. Saya kena jalankan tugas. Puan tak boleh tunggu, nanti boss saya marah."

Si isteri hairan pegawai itu boleh tahu dia lewat sebulan. Dengan nada terkejut, si isteri itu membalas balik, "Apa? Macam mana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB menjawab dengan selamba, "Ala Puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Ini yang membuat siisteri lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu!"

Dengan tenteram pegawai TNB tu menerangkan, "Relek Puan. Puan baru lewat sebulan. Ada yang lagi teruk sampai 5-6 bulan"

Siisteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu memberitahu dia akan bincang dengan suami saya. Pegawai TNB itu pun beredar.

Keesokan harinya, selepas Ahmad dia beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia menjerit, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke?! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman ke?"

Pegawai yang datang ke rumah Ahmad keluar dan mententeramkan keadaan.

"Sabar Encik. Sabar Encik. Apa susah, kalau Cik nak settle perkara ni, bayar je ...," kata pegawai TNB.

Ini membuat si Ahmad naik lagi berang. "Apa? Nak bayar korang? Belahlah ..."

Pegawai tersebut pun memberi peringatan, "Kalau macam tu, kami terpaksa 'potong' Encik punya ..."

"Apa? Potong?! Abih isteri saya di rumah nak pakai apa?"

"Nampak gayanya isteri Encik kena pakai lilin aja laa ..."
Ini jadinya bila lemah dalam komunikasi.

Yang jadi bos pula, berkomunikasi bermakna mendengar keluh resah pekerja-pekerja. Jangan asyik sedap bersyarah. Ambillah kisah kebajikan pekerja.

Kalau besar sangat ego tak mahu dengar, berhentikan saja Dato Najib. Susah orang Melayu yang tak ingat asal usul ... Baik juga kasi hantar masuk SPRM sekali.

Jumaat, 17 April 2009

One Malaysia


One Malaysia atau satu Malaysia gagasan besar kerajaan setelah Tsunami politik selepas kemorostan teruk kepercayaan rakyat kepada BN, Kerajaan serta UMNO. Beberapa siri pilihanraya kecil memberi petanda jelas bahawa krisis ini belum berjaya dipulihkan oleh kerajaan. Malahan sesetengah langkah yang dibuat terus menjadi kebencian dan faktor rakyat lebih jauh ngan kerajaan pada hari ini.

Diburukkan lagi dengan isu pasca perhimpunan agung UMNO dan isu selepas pembentukan kabinet baru. Perlis menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana tiada wakil dalam kabinet. Trengganu ibarat gunung berapi yang masih terpendam menunggu masa memuntahkan laharnya.

Tidak kurang hebatnya di Johor UMNO terpecah kepada beberapa beberapa puak. Sambil isu pembentukan kerajaan negeri Perak yang belum reda. Soalnya mengapa ini semua terjadi?. Pak lah yang selalu dijadikan kambing hitam sudah tiada berjaya dilucutkan jawatannya. Kita sudah ada kepimpinan baru dan kabinet yang dikatakan kabinet yang kuat bekerja. Apakah ini semua tidak cukup untuk meyakinkan rakyat.

Jawapannya mudah kerana hari ni BN, Kerajaan dan UMNO hanya merawat simtom bukan merawat punca. Dulu pada tahun 1998 orang kata kerajaan dibenci kerana faktor Mahathir dan pemecatan Anwar Ibrahim . Mahathir pergi Pak lah naik. Nampak juga rakyat kembali sokong BN, Kerajaan dan UMNO melalui kemenangan besar PRU ke sebelas.

Rakyat menuntut lagi menteri yang Expired meletak jawatan atau jangan dilantik sebagai menteri. PRU 12 ramai menteri-menteri gugur diperbatasan. Tetapi masalah tak selesai juga. Apa masalahnya ni?. Lagi sekali kerana Punca nya tidak di rawat. Yang dirawat hanya Simtom.

Rakyat mendambakan pemimpin yang bersih dan tidak korup dan juga mengharapkan kerajaan yang betul-betul bekerja untuk kesejahteraan rakyat keseluhannya. Kalau dikatakan Malaysia negara yang kaya. Maka kekayaan itu dirasai sampai lah ke akar umbi. Orang Kuala Lumpur rasa orang di pedalaman Sabah dan Sarawak pun rasa.

Kalau kita tengok dalam UMNO lebih parah lagi. Pemimpin yang korup itu jugalah yang bercakap soal tranformasi, perubahan dan semua benda yang baik-baik. Sedangkan orang tahu kerja buatnya dan cakap yang tak serupa bikin. Di Bahagian UMNO lebih teruk lagi. Tanah umpamanya kalau dulu contoh ada tanah baru dibuka di Malim Nawar maka orang orang Malim Nawar lah yang akan dapat.

Sekarang apa berlaku buka tanah baru sapa yang dapat. Ketua Bahagian dan kroninyalah yang dapat. Orang tempatan nganga. Buka lah tanah di mana pun yang dapat Ketua Bahagian dan kroninya,proxy, sedara-mara dan AJK Bahagian. Tak percaya pergi cek. Hari ini ahli cawangan UMNO pun tak dapat nikmat apa-apa. Kalau ahli UMNO Cawangan pun tak dapat apa-apa. rakyat biasa sudah tentulah @#$%$%^*

Habis mereka sapu semua. Apatah lagi rakyat marhain yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam Parti. Apatah lagi orang miskin yang tiada tanah sebelah mata pun tak di pandang. Negara kaya rakyat miskin.

Orang inilah yang bercakap tentang pembaharuan, transformasi, anjakan paradigma. Pooorah! Ini yang aku cakap tadi UMNO tidak merawat punca tetapi hanya merawat simtom. Samalah juga dengan BN dan Kerajaan. Namun masa untuk najib membuktikan kemampuannya masih awal maka kita tunggu dan lihat.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...