Nuffnang

Pengikut

Isnin, 6 April 2009

Selamat pagi cikgu

Cikgu Linda Jasmin


Bila masuk ke kelas aku rasa seronok. Bila keluar kelas rasa tak barapa seronok. Bagi aku waktu P&P aku sentiasa tunggu-tunggu dan bila berhadapan ngan pelajar tak tau nak cakap macam mana keseronokannya. Tambahan bila apa yang kita ajar mereka dapat. Memang tak boleh terucap ngan kata-kata kepuasannya.2 masa cepat je berlalu. Agaknya cikgu aku dulu bila anak-anak murid berjaya menguasai apa yang diajar macam ni le rasenya.

Namun bagi aku bila berada diluar kelas memang boring dan tertekan sebab banyak kerja-kerja pengkeranian dan kerja-kerja kosmetik yang perlu dilaksanaka. Sehingga kadang-kadang aku tengok rakan setugas ada yang lebih mengutamakan tugas-tugas seumpama ini. Sebab apa? Tugas yang macam ni lah bos akan nampak. P&P tugas rutin tak sapa nampak. Tak masuk kelas atau kelas remote control pun tak sapa nampak.

Kadang ada dialog-dialog yang buat aku naik rimas antaranya "Bos nak tengok macam ni, dia tak suka macam tu'", "Buat kerja nanti pemantau nak datang, orang PPD nak datang , orang JPN nak turun" Aku jadi rimas. Maknanya buat kerja kerana orang la bukan tanggungjawab.

Hari ni dah jadi satu trend ramai Cikgu banyak yang buat tugas luar seperti jmenjadi JU subjek tertentu, penceramah subjek dan bermacam-macam benda lagi. Kadang-kadang yang tak da kena-mengena ngan dia pun. Kadang-kadang sampai tak lekat di sekolah. Anak-anak murid terbiar. Yang lebih menghairankan aku bila diluar bukan main bagi ceramah pada sekolah orang lain.Macam-macam teknik dan kaedah digunakan.Untuk anak murid sendiri kadang-kadang terabai. Hebat diluar dalam sekolah sendiri macam @#$%^&.

Bukan semua tetapi ramai yang begitu. Aku kadang tak paham core bisness dah jadi nombor 2. Tugas-tugas kosmetik lebih diutamakan. Akhirnya banyak yang jadi bunga plastik. Nak cakap susah geng-geng ni. Mereka sangat pandai bercakap. Lantak kome le. Aku tak kose nak cakap apa-apa. Sebab aku minoriti sedangkan kome majoriti. Ikut mana pun aku akan kalah. Lebih baik diam.

Ada mata tengok. Ada telinga dengar, Ada mulut diam. Ada blog tulis le apa lagi. Hanya ini yang aku mampu buat. Antara bait-bait lirik lagu Pak Pandir. Kadang-kadang betul juga lagu tu. Entahlah apa nak jadi dengan sistem pendidikan 10 tahun dari sekarang. Just Wait and See........

3 ulasan:

  1. saya tahu tu cikgu.dan saya dapat syak siapa :)

    BalasPadam
  2. Kalau skrg byk cikgu yg tangkap muat je...iyelah dr xde Kerja, jd cikgu terpaksa blh gak byr balik ptptn....hmm

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...