Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 17 April 2009

1 PUNCA STRESS KHAS UNTUK ZAYYAT


Hari ni aku dapati ramai guru yang sekadar mengajar untuk melepaskan tanggungjawabnya sahaja (pada pemikiran dia.) Mengajar itu sekadar mengajar lah. Dia tak tengok tahap budak tu macam mana. Aku pernah tengok seorang guru matematik mengajar pelajar yang lemah macam dia mengajar kelas yang pandai. Bagi dia tanggungjawab dia hanya mengajar . Betul ke macam tu?

Budak dapat ke tak dapat ke dia tak kira yang penting dia mengajar. Guru jenis ini semakin banyak. Aku tiru sikit kata-kata Najib dalam version aku. Murid di dahulukan pencapaian diutamakan. Kalau ini menjadi penanda aras kita, pada hemat aku kita akan berjaya merungkai sebarang kunci permasalahan.

Satu lagi jenis guru yang kerja dia masuk kelas marahkan murid. asal masuk je kelas marah murid. Guru jenis ni pun semakin ramai. Stupid, monkey, bodoh, dah jadi zikir kat mulut dia. Macam mana murid nak dapat. murid sentiasa takut. buat kerja pun terpaksa. Guru seronok le kerja yag di bagi semua siap dan murid ikut arahan. Tetapi hakikat sebenar pencapaian murid hampeh. Conclusion akhirnya murid yang salah murid lemah, tak dengor cakap, saya dah bagi dah murid tak mau ikut.

Satu lagi golongan cikgu ialah cikgu on paper. Kerja murid kemas, cantik,nota cukup. Pendek kata kalau pengetua cek buku budak wow budak ni gerenti A. Tapi hakikat sebenar murid hanya buat kerja menyalin. asal masuk kelas menyalin, di rumah menyalin kerja yang dia bagi. Rutin sama sampai hujung tahun. Kadang-kadang ini berlaku di kelas peperiksaan. Bayangkan apa yang murid boleh capai.

Alasan cikgu yang macam ni saya dah usaha, dah bagi pelajar macam-macam tapi tak boleh juga. bagi apa?usaha apa? bagi menyalin dan usaha menyalin. hasilnya dalam periksa pelajar akan termenung sebab tak de bahan nak di salin. Keputusan peperiksaan awamnya tak mencerminkan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam kerja-kerja menyalin.

Cikgu merungut. Golongan ni memang ramai, yang aku heran penyakit ni cepat berjangkit termasuklah guru yang baru sehari posting kadang-kadang merungut. Subjek maternya budak dodoh, budak lemah, budak degil, budak itu dan budak ini. Ya kita tak nafikan memang lah budak tu macam-macam kelakuannya.

Sekali lagi aku tegaskan guru-guru adalah fasalitator. Cari, gali, bongkar, fikir macam mana cara lagi yang boleh menarik minat pelajar, macam mana nak meningkatkan pencapaian pelajar, kalau pelajar lemah macam mana nak luluskan dia. kalau pelajar pandai macam mana nak cemerlangkan dia.

Ni satu lagi perangai cikgu. Nak mengajar kelas pandai je Sebab kalau pelajar lulus ngan baik dia akan dapat nama. Nagajar lebih kurang pun tak pa sebab budak tetap akan lulus ngan baik. Kalau ngajar kelas pertengahan atau lemah budak tak lulus akan nampak kesalahan dan terbongkarlah kelemahan diri sendiri. Nak selamat ngajarlah kelas yang pandai sampai akhir hayat. Pentadbir takkan boleh detect kalau kita tak excellent.Kalau betul nak tau kita tu bagus ke tak bagus turunlah mengajo di kelas pertengahan dan lemah.

Kadang-kadang mengajar kelas bawah dan haprak ni langsung tak nak. Budak pandai buat macam mana pun memang dah pandai semua orang tahu hakikat itu. Yang kita betul-betul nak nak jaga pelajar pertengahan dan hujung. Pertengahahan ni macam mana nak cemerlangkan dia. yang lemah macam mana nak lulus kan dia. Ini lah golongan yang akan melonjak atau menurungkan peratus lulus di sekolah.

Penyelesaian nya bagi aku kita perlu sentiasa berfikir bagaimana nak mengatasi kerenah pelajar yang pelbagai, cara lembut, cara keras, psikologi, memujuk, marah semua cara tu perlu diadun bagi mendapat ramuan yang terbaik. Tak boleh cara A, guna cara B. tak boleh cara B guna cara C. Kalau guna cara sama, pendekatan sama tidak mahu berubah dan tak cari punca berlakunya sesuatu itu maka apa yang boleh diharapkan daripada pelajar kita.

Boleh aku simpulkan guru sekarang ambik mudah dalam banyak perkara, asal dapat gaji sudahlah, asal aku masuk kelas lepas lah tanggungjawab aku yang lebih teruk lagi aku peduli apa ni bukan anak aku anak orang lain. Cuba bayang kan murid tu anak sendiri sudah tetntu kita akan berikan yang terbaik. sudah tentu kita cari puncanya dan sudah tentu kita takut dia kan gagal masa depannya.

Minta maaf cikgu kita selalu kata murid tak mau berfikir dan tak mau berubah. Sebenarnya kita pun macam murid tu jugak tak mau berfikir dan tak mau berubah. Hanya yang membezakan kita ngan murid ialah Kita dibayar gaji dan murid tak dapat apa-apa. Hakikatnya banyak persamaan ibarat meludah ke langit akhirnya kena ke muka sendiri. Kita renung-renung kan lah. kalau aku salah aku minta maaf. kalau betul jadikan lah panduan.

Cari punca penyakit jangan hanya rawat simtom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...