Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 25 April 2009

PETRIFIED FOREST





Apabila menyebut tentang hutan sudah pasti kita menggambarkan hutan yang hijau dan banyak jenis pokok yang berdiri gagah menjulang ke langit. Namun agak berbeza dengan hutan yang aku nak ceritakan ini. Petrified forest merupakn hutan zaman purba yang terperangkap oleh masa disebabkan faktor-faktor tertentu.

Pada tahun 1906, Presiden Theodore Roosevelt menamakan petrified forest sebagai National Monument. Kawasan ini terletak di Arizona Amerika. Bukti telah mendapati bahawa manusia pernah tinggal disini sekitar 2,000 tahun dahulu. Hutan ini telah wujud semenjak 225 juta tahun dahulu. Merupakan tempat tinggal Dinosaur, Giant Fish, pelbagai jenis reptilia purba.

Disini juga merupakan tempat pelbagai jenis haiwan yang telah menjadi fossil banyak ditemui. Sekitar 1850 seorang surveyor telah sampai ke sini dan mendapati banyak kayu-kayu telah bertukar menjadi batu. Hal ini telah menggemparkan seluruh Amerika dan telah menarik ramai pengkaji untuk menyelidiki fenomena pelik ini.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh letusan gunung berapi. Abu dan lanar gunung berapi yang tebal telah menyeliputi pokok-pokok kayu. Kemudian berlaku pula banjir besar yang telah membawa semua kayu-kayu ini terbenampula ke dasarnya. Silica yang terdapat dalam lanar dan abu gunung berapi telah meresap ke dalam kayu-kayu dan dalam masa yang lama telah menukarkan kayu menjadi batu.

Apabila kawasan tersebut menjadi kering-kontang berlaku pula proses hakisan tanah yang lama kelamaan telah menimbulkan semula kayu ini ke permukaan. Namun masih banyak lagi bongkah-bongkah kayu yang masih tertanam di perut bumi. Namun ada juga pendapat mengatakan kawasan ini pernah diliputi laut satu ketika dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...