Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 25 April 2009

Aku dan KP



Aku dan kelas KP memang tak boleh dipisahkan. Hampir 7 tahun aku mengajar kelas KP memberikan aku satu nikmat yang sukar dibayangkan. Pelajar-pelajarnya lemah namun ada satu sikap yang tak da pada pelajar lain. Ini hasil pemerhatian aku.

Mereka ni lebih ikhlas. Jumpa la di mana pun pasti mereka akan menegur cikgu. Teguran itu penuh keikhlasan bukan melepas batuk di tangga atau sekadar tegur. Ini lah keunikan mereka. aku ingat seorang pelajar cina sepatah haram cakap melayu tak tau. Ada 2 perkatan je dia betul-betul tau . Cikgu tandad. Mula-mula aku dengar dia ni mencarut ke. Dah lama baru aku faham. Cikgu Tandas maksudnya dia nak pergi tandas.

Jumpa la aku di mana pun dia akan angkat tangan. Makanan dia selalu offer kat aku ajak makan sekali. Tak berani le aku. Pernah sekali pelajar asli ni aku tengok lauk dia sedap je. Aku tanya dia "lauk apa tu". "Babi masak kicap cikgu" selamba je dia jawab. Terus hilang selera aku makan hari tu.

Marah la macam mana pun mereka tak simpan kat hati. Habih kat situ lepas tu macam biasa balik. Semalam balik dari Ipoh aku singgah di R & R Tapah. Kat hentian Tapah majoriti anak murid aku yang jaga kedai terutama kedai jual buah. Lalu je "cikgu singgah le dulu "terpaksa la singgah beli buah. "Cikgu singgah le" terpaksa beli minum.

Tengah syok minum milo panas kira-kira pukul 4.00 pagi. Aku nampak seorang India tengah sapu sampah sambil senyum kat aku. Aku buat tak tau je takut dia senyum kat orang lain. Lama-lama dia datang. "Cikgu ingat saya lagi ke" "Saya Kanageswaran, pelajar KP". Lama aku menung baru aku ingat. Ini lah pelajar yang zip seluarnya sentiasa terbuka terpasa cover ngan baju. Seluar dan kasut koyak-koyak kerana faktor kemiskinan.

Selalu juga aku marah dia ni. Kadang-kadang kena belasah juga. Tapi bila kat kuar elok dia tegor. Lama juga aku nyembang ngan dia. Ini lah yang aku cakap keikhlasan pelajar KP. KP...KP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...