Nuffnang

Pengikut

Isnin, 27 April 2009

Woi! Esok Pemantau nak datang.


Ini isu hari ni bagi semua sekolah di Daerah Batang Padang. Mesyuarat dah tentu diadakan hari ni sempena pemantau nak datang. Dalam perhimpunan pagi pengetua sibuk memberi macam-macam peringatan kepada murid. Jangan merayau-rayau, jangan pergi kantin bukan waktu P&P, pakaian kena kemas, kelas kena bersih,keluar kelas pakai pas dan macam-macam lagi.

Masa mesyuarat guru, guru diingatkan pula masuk kelas ikut waktu, jangan biarkan pelajar merayau-rayau, kawal kelas jangan bising. Pendek kata semua mesti terkawal. Esoklah segala-galanya. Peringatan demi peringatan dan demi peringatan.

Esok juga dijangka kadar MC, Guru yang mendapat rawatan, guru yang ada urusan luar dan macam-macam masalah negara lain akan meningkat. Yang bestnya tu esok semua sekolah di Batang padang dihias cantik. Yang tak de akan diadakan. Yang tak bercat akan dicat. Pelbagai kata-kata hikmat, motivasi dan kata-kata semangat didinding sekolah ditulis atau di lukis semula. Dinding pun confuse agaknya.

Fail-fail dan dokumen semua dilengkapkan. Sana-sini kedengaran ini pemantau nak tengok dan itu pemantau nak tengok. Wow macam nak sambut raya. meriah, meriah dan meriah. Nasib baik le aku tak jadi pengarah pendidikan negeri. Kalau tidak lawatan ke sekolah semua secara mengejut. Sebab kalau dibagi tau kita tak akan dapat suasana persekolahan dan mutu kerja yang sebenarnya. Segala-galanya kosmetik.

Kalau ini caranya pendidikan di Malaysia akan menjadi pendidikan yang kosmetik. Semua kerja akan dibuat bila ada orang nak tengok. Kalau tidak wal hasil balik asal. Budak-budak pun akan heran esok cikgu-cikgu cukup rajin esok. Aku rasa ada yang mengajar bawak bahan bantu mengajar. Pendek kata semuanya berada dalam keadaan Tip Top. Cayalah.

Entah lah bagi aku hari-hari yang berlalu sama sahaja. Lantaklah sapa nak datang yang penting P&P. Aku ingat masa mula-mula mengajar ada seorang cikgu senior nasihatkan aku. "Ri yang penting P&P jaga P&P sapa pun tak boleh kacau". Terngiang-ngiang kata-kata tu.

Pelajar-pelajar juga disuruh lebih berdisiplin esok. Bagi aku mendisiplinkan pelajar ialah pada hari pertama persekolahan. Bukan bulan empat atau bulan lima. Cikgu mesti ontime masuk kelas. Dan jangan ada pula yang tak masuk kelas. Kerana ruang-ruang masa yang terluang inilah menyemai benih-benih pelajar yang tidak berdisiplin dan akhirnya menjadi wabak. Ha, Ha meriahnya Malaysiaku..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...