Nuffnang

Pengikut

Rabu, 29 April 2009

Babi@Tonyok@Kerbau Pendek


Dulu ada satu pertikaian tentang mengapa Tuhan haramkan babi telah berlaku. Sedangkan pada waktu telah ada teknologi yang boleh mematikan sesetengah virus yang terdapat dalam babi. Dan ada juga mengutarakan bagaimana kiranya suatu hari nanti kesemua virus babi dapat dimatikan dengan teknologi moden.

Pening juga ulamak ketika itu nak jawab. Ada seorang yang menjawab kita jangan pertikaikan tentang pengharaman itu kerana itu perintah Allah kena ikut tanpa bantahan. Ada betulnya pendapat itu kerana pada ketika itu penerangan sains yang ada belum cukup untuk menyokong fakta tersebut. Namun jawapan itu sudah pasti tidak menyenangkan puak-puak penentang Islam kerana tiada sokongan fakta saintifik.

Namun hari nyata terbukti bahawa segala yang diharamkan Allah ada hikmahnya. Mungkin dulu belum terserlah sebabnya. Hari amat jelas mengapa diharamkan babi. Ingat lagi wabak JE yang disebabkan oleh virus nipah. Sapa terkena virus ni maut lah jawapannya. Datang pula kini selsema babi juga boleh membawa maut. Akan datang kita tak tau lagi apa musibah yang akan di bawa oleh babi.

Sebagai orang Islam Allah dah bagi peringatan dan dah protect kita awal-awal lagi dengan pengharaman babi. Kalau tak nampak lagi tak tau la. Babi jawapannya maut. Apa yang kita boleh pelajari setiap perintah memang ada penerangan saintifiknya cuma belum ditemui oleh manusia lagi kerana tahap ilmu dan penyelidikan serta peralatan yang ada belum mampu merungkai tahap ilimu tinggi yang diutarakan dalam Al-Quran.

Umpamanya teori evolusi Darwin menguasai dunia berabad lamanya dengan mengatakan semua benda terjadi dengan sendiri tanpa ada pencipta. Namun bila penemuan teknologi DNA terus menutup mulut para evolusioner. Kerana orang yang menemui teori ini James Watson dan Francis Crick mengatakan tidak mungkin susunan kompleks DNA itu terjadi dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya.

Sebenarnya banyak lagi fakta-fakta al-Quran yang dulunya tiada penerangan saintifik tetapi dengan perkembangan sains moden telah merungkai kekeliruan tersebut. Termasuk bidang astronomi, sains, kimia, anatomi manusia dan banyak lagi. wallah hu alam.

2 ulasan:

  1. I ingat lagi wabak Avian Flu yang disebabkan oleh virus H5N1. Sapa terkena virus ni maut jugalah jawapannya. Akan datang kita tak tau lagi apa musibah yang akan di bawa oleh AYAM.

    Kalau ikut logic akal kita alangkah baiknya kita haramkan ayam. Kalau tak nampak lagi tak tau la. Ayam jawapannya maut!

    BalasPadam
  2. Mr Bean games : play all Mr Bean Games online from MrBeanGamesOnline.com. Our site have new Mr Bean Games for you.
    Thank you!!!

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...